Archive for December 2014

default

MALAPETAKA BESAR BANJIR BERPUNCA PEMBALAKAN DI HULU KELANTAN ? #Pray4PantaiTimur

on Wednesday, December 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan banjir yang melanda negeri ini sebagai malapetaka besar dan bukan fenomena biasa.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan kerajaan akan membina kediaman sementara dalam bentuk blok supaya mangsa banjir di negeri ini dapat menduduki kediaman tersebut untuk sementara waktu sehingga penempatan kekal dibina.

Beliau berkata, pihaknya perlu berunding dengan Kerajaan Pas Kelantan terlebih dahulu sebelum penempatan kekal dapat dibina.

‘‘Hari ini saya membuat tinjauan di daerah Gua Musang dan Kuala Krai, kedua-dua daerah ini merupakan kawasan yang paling berat atau teruk sekali.

‘‘Saya juga melihat keadaan di jambatan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang mana air di kawasan itu naik hampir ke paras tiang lampu, cuba bayangkan jambatan itu sudah tinggi tetapi air naik lebih tinggi sehingga mencecah lampu jambatan ini.

‘‘Keadaan ini menggambarkan betapa dahsyat malapetaka menimpa negeri ini khususnya kawasan Kuala Krai sebab itu lawatan saya telah dapat kesimpulan, kita perlu melihat ini sebagai satu bencana atau malapetaka yang sangat berat dan bukan banjir biasa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan sehari meninjau mangsa banjir ke Gua Musang dan Kuala Krai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.


Najib berkata, malapetaka tersebut berlaku disebabkan pembukaan tanah secara berleluasa terutama pembalakan yang berlebihan sehingga memberikan kesan kepada alam sekitar.

‘‘Tidak ada keadaan semula jadi yang boleh menahan air daripada turun ke sungai dengan begitu pantas. Kedua, balak yang mengalir dalam sungai membawa kesan sebab balak itu menutup laluan jambatan yang menyebabkan air melimpah kiri dan kanan jambatan Manek Urai,’’ katanya.

Sementara itu, katanya, pembinaan rumah sementara itu tidak termasuk dalam peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan untuk negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu.

‘‘Ini semua kos tambahan yang saya dapat andaikan besar kali ini kalau kita hitungkan keperluan untuk seluruh negara, ini merupakan keperluan perbelanjaan yang cukup besar dan tidak dirancang tetapi perlu diperuntukkan oleh kerajaan.
‘‘Saya tanya berapa rumah yang musnah di Kuala Krai mereka tidak dapat bagi tahu saya secara tepat tetapi beratus buah rumah yang telah musnah sama sekali.

‘‘Yang tidak musnah pun mengalami kerosakan yang begitu berat sekali, saya berasa amat sedih dan apa yang saya lihat menyayat hati saya,’’ katanya.

default

BENCANA BANJIR LUAR BIASA & KEMUSNAHAN DASYAT - @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sebagai luar biasa dengan kemusnahan yang serius dan dahsyat.

Najib berkata, kerugian yang besar bukan sahaja ditanggung pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat kerajaan Persekutuan.



"Saya diberitahu sampai tiga hari tak ada bekalan makanan sebab keadaan kali ini amat luar biasa.
Air naik begitu mendadak dan arus amat deras.

" Tentu sekali skala kerosakan dan kemusnahan pada kali ini sangat dahsyat dan serius. Kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar," kata Najib pada sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO/BN di Menara Dato' Onn hari ini.



Jelas Najib, kerajaan juga bakal berhadapan dengan perbelanjaan tambahan yang tidak terduga dengan jumlah amat besar terutama sekali bagi membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dan lain-lain.

Menurut Najib, kerajaan telah mengambil tindakan fasa pertama iaitu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan berjaya.



Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara dan memastikan bantuan-bantuan terutama makanan disampaikan kepada mereka.

Ketika ini pihak kerajaan sedang membuat anggaran awal jumlah kos yang bakal ditanggung bagi kerja-kerja bantuan dan baik pulih.

"Kita belum tahu lagi jumlah kerugian. Saya telah minta anggaran awal terutama bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sam sekali. 

"Saya mahu tahu jumlah dahulu kemudian kita akan bina rumah sementera iaitu rumah panjang kemudian rumah tetap. Kerajaan akan buat keputusan selepas itu," kata Najib.

Skuad Sayang Wanita UMNO/BN yang dilancar Najib berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.

Kira-kira hampir 200,000 ahli Skuad Sayang Wanita UMNO/BN di seluruh negara telah digerakkan bagi tujuan tersebut.

Selain itu ibu pejabat UMNO turut membuka bilik gerakan bantuan banjir dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibu pejabat UMNO dan agihan bantuan akan disalurkan melalui bahagian dan cawangan UMNO.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil-UTUSAN ONLINE

default

MB TERENGGANU PRIHATIN , AMBIL ANAK PASANGAN GURU MATI LEMAS SEBAGAI ANAK ANGKAT #Pray4PantaiTimur

on Tuesday, December 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri  Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa simpati kepada enam anak pasangan Suhaimi Awang serta isteri, Nurhayati Sulong yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki mereka, Rabu lalu.
Kejadian berlaku apabila Nurhayati, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dikatakan pulang ke rumah kerana ingin mengambil kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum selesai ditanda permarkahannya.
Ahmad Razif berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat ternilai sehingga menggadai nyawanya sendiri.
“Saya amat merasa tersentuh dengan apa yang berlaku kerana saya dapat maklumat Allahyarham Cikgu Nurhayati ini, dia pulang ke rumah semata-mata hanya untuk mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum selesai ditanda.
“Dia seorang guru yang hebat. Tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau tetap nak balik mengambil kertas soalan SPM,” katanya.
Beliau ditemui pemberita di Hospital Kemaman selepas menziarahi jenazah Suhaimi semalam.
Sebagai menghargai khidmat bakti pasangan itu, Ahmad Razif berkata pihaknya akan menjaga segala kebajikan dan pendidikan serta akan mengambil keenam-enam anak mangsa sebagai anak angkat Kerajaan Negeri Terengganu.
Mereka ialah Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izah Insyirah, 11; Muhammad Ifran Irshad, 9; Nur Intisar Iedihar, 6; Muhammad Aqil Amsyar, 4; serta anak bongsu Nor Adifa Arissa, yang merupakan bayi berusia 4 bulan.
“Bantuan khas kepada anggota keluarga mangsa akan kita putuskan sebaik selesai urusan pengkebumian,” ujarnya.

default

PENJELASAN POLIS TENTANG KEMATIAN & ORANG HILANG AKIBAT BANJIR #Pray4PantaiTimur

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sejak dua tiga hari ini macam-macam cerita yang 'dikarang' oleh individu tidak bertanggungjawab kononnya puluhan mayat dijumpai akibat banjir di Kelantan. Lagi menarik siap ada gambar 'kain kafan' yang disebarkan melalui facebook dan whatapps...

 Persoalannya kerja siapakan ini... apakah gambar tersebut diambil dalam studio dan apakah tujuannya...

Juga soalan mana pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan memantau internet? Ini kerana menurut polis Kelantan sejak 17 Disember lalu 13 orang dilaporkan hilang akibat banjir di negeri itu.

 "Sembilan daripada mereka ditemui meninggal dunia, dengan tiga di Kota Baru, empat di Pasir Mas, dan dua di Tumpat, manakala empat lagi masih tidak ditemui," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.



 Menurut beliau, pihaknya masih mengesan mayat seorang berusia tiga tahun di Pasir Mas dan tiga di Kuala Krai," katanya pagi Isnin. Beliau berkata berdasarkan siasatan polis, semua sembilan mayat yang ditemui mati lemas.

 "Kami juga telah menubuhkan lapan pasukan untuk memantau aktiviti kecurian di seluruh negeri ini," katanya.

 Jelas cerita 'kain kafan dengan jumlah yang banyak diperlukan di Kuala Krai' adalah cubaan untuk menimbulkan situasi panik, marah dan benci kepada kerajaan.

 Satu tindakan subversif yang sepatutnya dipandang serius oleh SKMM.

 Sementara itu, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi Isnin dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat. Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.



Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah. Bernama melaporkan di jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

 Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 33,225 orang berbanding 31,095 mangsa semalam. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

 Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan). Sehingga kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama masih ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.

 Di PERAK jumlah mangsa terus meingkat kepada 7,813 mangsa berbanding 7,539 mangsa malam tadi. Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 54 pusat pemindahan iaitu 22 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (20), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu). Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 4,220 orang. Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat jumlah mangsa banjir sebanyak 2,565 manakala di Hulu Perak sebanyak 738 dan Kerian (290) mangsa.

 Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,260 orang berbanding 36,210 malam tadi. Di Kemaman masih tinggal 22,214 mangsa manakala hampir 3,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan air beransur surut.

 Di Dungun masih terdapat 10,138 orang mangsa, Kuala Terengganu (759) orang dan Hulu Terengganu (149) mangsa. Jumlah pusat pemindahan di Terengganu juga menurun daripada 88 malam tadi kepada 79 pagi ini, iaitu Dungun 34, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (35) dan Kuala Terengganu (enam).

 Sementara JOHOR mencatatkan sedikit penurunan mangsa banjir iaitu empat orang, dengan seramai 328 mangsa direkodkan pagi ini berbanding 332 mangsa malam tadi. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sembilan pusat pemindahan menempatkan 85 keluarga masih dibuka iaitu di satu di Muar, Batu Pahat (dua) dan masing-masing tiga di Segamat dan Kluang. Jalan Kampung Asli Sedohok di Kahang, Kluang masih belum boleh dilalui, menurut pusat kawalan terbabit.

 Sementara di SELANGOR, hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Klang, antaranya Kampung Budiman, Meru dan Kampung Sementa, Kapar mengalami banjir kilat melibatkan 33 mangsa. Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.-29/12/2014 - agendadaily-

default

FB PAGES SUKAN STAR TV MELAMPAU, SEBAR FITNAH LUAHAN TENTERA BERTUGAS BANJIR ! #Pray4PantaiTimur

on Monday, December 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Portal MYKMU menerima banyak rungutan dan memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan Facebook PAGE Sukan Star TV menyiarkan satu tulisan yang memfitnah bahawa kerajaan tidak membenarkan askar wataniah mengambil bahagian membantu mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.
Kebanyakan komen meminta SKMM bekerjasama dengan Facebook menutup laman terbabit memandangkan ia mempunyai begitu ramai pembaca tetapi menyebarkan maklumat secara semberono dan boleh menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat.
starsukan2
Rintitan seorang tentera di kuala krai : kami tahu kalian memerlukan kami,kami tahu kalian menangs kelaparan ,kesejukan,ketakutan, tapi kami tak punya kuasa untuk buat sewenangnya, salah disisi undang2 mahkmah tentera wahai saudara sesislam ku. Kami menangs mengenangkan kalian disana.
Kami sudah siap sdia untk gempur bila diberi arhan, tpi kami cuma wataniah,kami bkn brigged,tntra darat ,kerahan ataupun askr melyu. Wahai PM , isthrkn lah darurat, kami siap untk keluar dgn alatn kami, kami siap untk meredah arus. Tapi mengpa smpai skg belum diisthrkn ? PM tkot duit hbis ? pm xkesah tntg nyawa rakyt ? Pm ,bukak mata anda , lhat lah bumi kelantan, lumpuh sepenuhnya.
Adkh pm xpunya hati perut melhat byi brgelimpgn? Melht nenek disana sini dgn kembung stiap tbuh? Kmi d kuala krai sayu melht nsib saudara kami. Rumah cuma tnggl tapak, kereta smua ke sungai, bgai dimedan perang. Kami pernh ke lahad datu saat brlaku pencrbohn,tp tdk steruk ini.
Mana ksh PM kpda rakyat . Ini saudara kita, !!! Mengpa perlu smbyikn tntg kmatian d kuala krai? Tkot ? Ini benar. Mayat ditemui di rumah. !! Di bkit , kanak2 mati kelaparan ! Ada yg mati dipatuk ular namun krna tiada jaln keluar untk dibwa kehosptl !! Msh belum ckup ? Mash belum smpai tahap darurat ? Ini PM ke apa ? Tak punya nurani !
Kami tentra blajar erti kekerasan,kami diajar untk tidak brbelas kasihan !!! Tp airmata kami tumpah melhat saudara kami. !!! Kami cuma mampu doakan kelantan cepat pulih ,dan kami akan ingat tragedi ini dan jasa PM buat kami !!
Pengendali FB terbabit yang mempunyai lebih 1 juta Likes tidak memadamkan artikel tersebut sungguhpun ditegur oleh sebahagian pembacanya.
Mereka juga mahu pengendali laman tersebut didakwa kerana menyebarkan berita palsu dan cuba mencetuskan kekacauan serta menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
Tulisan yang mengaku dari askar wataniah itu bukan sahaja tidak dibuktikan ketulenannya malah bertentangan dengan kenyataan Angkatan Tentera Malaysia bahawa mereka telah mengerahkan pelbagai aset dan pasukan termasuk Wataniah bagi membantu banjir kali ini
sumber : mykmu.net 

default

KERAJAAN AKAN BANTU ANAK ALLAHYARHAM GURU MATI LEMAS - @Shaberyc #pray4PantaiTimur

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KEMAMAN :Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menambah beg tidur dan power bank dalam bekalan bantuan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua barangan itu perlu dimasukkan dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) kerana ia sebahagian daripada pengurusan bencana alam seperti banjir.
"Ada dua perkara yang saya cuba di sini (Kemaman) ternyata berkesan, pertama beg tidur kerana ia lebih praktikal dan boleh menjadi tikar serta selimut dan memudahkan proses penghantaran menggunakan lori sehingga boleh memuatkan kira-kira 1,000 beg tidur dalam satu-satu masa.
Kalau kita hantar tilam sudah semestinya ia memakan ruang dan proses penghantaran juga menjadi terhad," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di kuarters polis, Bukit Mentok, di sini.
Ahmad Shabery berkata, power bank pula amat penting untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik atau berlaku bencana alam seperti banjir.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman turut melahirkan rasa sedih kepada enam anak pasangan Allahyarham Nur Hayati Sulong, 37, dan Suhaimi Awang, 37, yang ditemui mati lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, di sini, Rabu lepas.
"Sekarang saya sedang berbincang dengan ahli keluarga mereka untuk apa jua bentuk bantuan yang akan diberi selain berbincang dengan kerajaan negeri.
"Selain itu, saya akan bawa perkara ini kepada kabinet tentang apa jua sokongan dan tanggungjawab yang boleh kita ambil bersama atas kemalangan yang menimpa ibu bapa mereka," katanya selepas menziarah enam anak arwah di Taman Geliga Intan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan telah berusaha membuat persiapan yang begitu rapi untuk mengelak sebarang tragedi tetapi malangnya ia masih berlaku dan amat mendukacitakan. - BERNAMA

default

INDIVIDU TAK BERTANGGUNGJAWAB SEBAR BERITA PALSU BANJIR DIBURU SKMM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




CYBERJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan
2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan
4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan


Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.

default

TERKINI ! PESAWAT AIR ASIA QZ8501 BAWA 155 PENUMPANG HILANG

on Sunday, December 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pesawat AirAsia dalam penerbangan antara Surabaya - Singapura terputus hubungan pagi Ahad 28 Desember 2014.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Keselamatan dan Standar AirNav Indonesia, Wisnu Darjono, kepada media Indonesia.
Wisnu menjelaskan, pesawat dijadulkan tiba di Singapura pada 07.20 pagi (08.20 pagi waktu Malaysia).
Namun, pesawat tersebut terputus hubungan di sempadan Indonesia dan Singapura. "Sampai saat ini belum ada komunikasi," ujarnya.
Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan satu bayi, dua pilot, lima petugas kabin.
Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.
Pesawat berangkat dari Surabaya pada 06.36 waktu Indonesia. Perjalanan dari Singapura ke Surabaya mengambil masa 2 jam 20 menit.-28/12/2014

default

WIRA TAK DIDENDANG AKAN TERUS BANTU MANGSA BANJIR #MALAYSIASUPPORTYOU

on Friday, December 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ini lah Wira Malaysia yang tidak didendangkan .

Walaupun pelbagai kritikan whasapp   seperti           " Shame On You Malaysia "    oleh mangsa banjir  yang terkenal iaitu  Dr Adibah dari Kuala Krai  ,Namun perjuangan membela bangsa dan tanahair tetapi berjalan walaupun susah payah dan menggadai nyawa.

Jika kita tak mampu menyumbang , seperti kata khatib di mimbar Jumaat tadi berdoalah agar saudara2 kita di sana diberi kekuatan menghadapi ujian Allah ini "


Ingatlah " Malaysia Support You "  not Shame On You Malaysia " 






















Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri taklimat banjir di Kelantan yang turut disertai MB Kelantan , Tok Pa dan DS Shahidan Kassim 


KOTA BHARU  - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keperluan logistik dan aset untuk membantu serta menyelamat mangsa banjir di seluruh negara terutama negeri ini dipertingkatkan.

Beliau berkata, pada masa yang sama, bekalan makanan akan ditambah untuk dihantar kepada mangsa khususnya di kawasan yang terputus hubungan.


Katanya, selain makanan dan logistik, bekalan diesel juga turut dipertingkatkan bagi dihantar ke lokasi yang terjejas khususnya untuk 10 buah hospital di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini hari ini.



Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan berhubung keadaan banjir di negeri ini. - UTUSAN ONLINE






Antara misi bantuan kemanusiaan digerakkan UMNO & NGO  untuk 
membantu mangsa banjir 








default

RAKYAT SAMBUT BAIK KONSERT AMBANG TAHUN BARU 2015 AM BANK DIBATALKAN @NajibRazak

on Thursday, December 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Konsert Ambang 2015 dijadualkan pada malam 31 Disember ini sah dibatalkan selepas perbincangan diadakan antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kumpulan Ambank, menurut PPj.

Dalam laman Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj), perbadanan itu memaklumkan,”Sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan.”
Kira-kira pukul 12 tengah hari tadi laman Facebook PPj memuat naik status bahawa perbincangan akan diadakan dengan Kumpulan Ambank untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.

Sementara itu, kebanyakan pengunjung Facebook berterima kasih kepada pihak penganjur kerana membatalkan sambutan itu yang antara pengisian utamanya ialah Konsert Ambang 2015.

“Terima kasih PPj kerana mendengar suara hati rakyat. Terima kasih kepada Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat atas keprihatinan dengan memberi pertimbangan semula dan mengambil langkah proaktif selaras dengan kehendak orang ramai,” kata Mida Anan Amin.

Wati Ibrahim berkata, “Congratulations for being sensible and decide accordingly.” 
(Tahniah kerana bersikap bertimbang rasa dan membuat keputusan sewajarnya)
Intan Salina pula berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi banjir yang melanda negara, dengan membatalkan acara sambutan itu.

“Alhamdulillah, gantikan dengan munajat di Dataran Putrajaya atau masjid dan surau di seluruh Putrajaya”, cadang Mat Rani.

Mohd Fadli Musa pula mencadangkan pembatalan acara itu boleh digantikan dengan program keagamaan dan solat hajat memohon supaya dijauhkan daripada perkara buruk. - Bernama

default

BOMBA gadai nyawa, mangsa SMK Manek Urai masak air lumpur !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kira-kira 500 mangsa banjir yang terperangkap di SMK Manek Urai sejak kelmarin kini dalam keadaan terkawal selepas empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di sana, 10 malam tadi.

 Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman berkata, empat anggota itu mengambil masa hampir lapan jam untuk tiba di pusat pemindahan sementara itu berikutan menempuh beberapa halangan termasuk arus deras.

 "Mereka menggunakan bot beroda dan bertolak dari Kota Bharu pada 2 petang semalam.

 "Memang agak sukar untuk ke sana disebabkan ada kawasan yang tidak berair dan ada pula kawasan yang tenggelam, perjalanan mereka tersekat-sekat.

 "Tetapi akhirnya mereka berjaya dan kini masih berada bersama mangsa banjir di sana untuk membantu terutama beri kaunseling dan sokongan moral yang sangat diperlukan ketika ini," katanya ketika dihubungi, di sini.

 Kisah pilu mengenai mangsa banjir di pusat pemindahan berkenaan yang dianggarkan 500 orang menjadi perhatian sejak semalam dan dilaporkan Harian Metro.

 Ini berikutan gambar 'mengerikan' air banjir menenggelamkan bangunan di situ sehingga tingkat tiga menyebabkan mereka berlindung di tingkat empat, malah tersebar di laman sosial rintihan mereka.

Azmi berkata, mengikut laporan diterimanya juga, mangsa tidak lagi ketakutan seperti awal kejadian sebaliknya mereka lebih rasa selamat apabila anggota keselamatan tiba.

 "Laporan diterima juga dapati trend air di situ menunjukkan penurunan sejak pagi tadi.

 "Kemungkinan besar mereka tidak berpindah ke tempat lain," katanya. Beliau turut menasihati mangsa lain yang berada di kawasan tanah tinggi mahupun bukit supaya bertahan di situ kerana ia tempat paling selamat ketika ini selepas kebanyakan lokasi tenggelam.

 Sementara itu, seorang mangsa banjir di situ yang dihubungi Harian Metro memaklumkan, mereka terpaksa memasak air lumpur untuk minum menggunakan dapur gas yang sempat dibawa dan kelaparan kerana tiada bekalan makanan sejak dua hari lalu.

 "Anak kecil menangis, orang tua ada yang sakit, malah kami tidur bergelap kerana terputus bekalan elektrik," kata Mohamad Daniel Mohamad, 26, Menurut Mohamad Daniel , anggota bomba sudah tiba di situ kira-kira 10 malam tadi menggunakan bot. 

"Mereka sedang berusaha menyelamatkan kami," katanya.

default

MACAI PR KANTOI SEBAR CERITA FITNAH BAS BANJIR KONON DIBELI TERENGGANU #PRAY4PANTAITIMUR

on Wednesday, December 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Di ketika keadaan meruncing bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri Pantai Timur , macai-macai PR di media sosial terus menyebar berita fitnah bagi memburukkan kerajaan . 

Hari ini mereka mendakwa kerajaan Terengganu diperintah BN telah membeli BAS AMPHICOACH bernilai RM6 juta dan mempersoal di mana bas terbabit ketika banjir  ini .





Tanpa mengetahui cerita sebenar tentang bas ini , mereka terus menyebarkan fitnah ini . Pelbagai maki dan cacian dilemparkan kepada kerajaan Terengganu disebabkan fitnah ini . 

Kebenarannya tentang status pembelian bas ini sebenarnya  masih lagi diperingkat rundingan dan belum dibeli lagi !!

Jadi apa yang disebarkan oleh fan page pembangkang ini satu pembohongan dan dilihat ramai macai2 mereka percaya  .


GPB sarankan kepada Astro , buat rancangan " Kalau Dah Bodoh " agar puak-puak ini boleh sertai .Ini kerana mereka terus percaya bulat-bulat segala yang tersebar tanpa memeriksa kesahihan beritai ini . 




Proses pembelian dua buah bas “amphicoach” (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.  

"Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat. 

 "Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. 

 Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas. 

Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3 juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat pelancong terutama di Asia Tenggara. 

 "Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan. "Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana melanda," kata Mohd Jidin. 

 Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai Terengganu. – Bernama, 3 April, 2014.




Ini penipuan KETUM mereka di twitter 


default

HARIMAU MALAYA MASIH LAGI PERLUKAN SENTUHAN MAGIS DOLLAH SALLEH

on Monday, December 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kejayaan Malaysia mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi, membuktikan Dollah Salleh mempunyai 'sentuhan ajaib' dalam membawa skuad negara melangkah lebih jauh.
Dollah yang mula mengambil alih 'kerusi panas' itu daripada Datuk K Rajagobal pada Julai lalu, melakar kejayaan dengan membawa skuad Harimau Malaya layak ke final walaupun banyak pihak meragui kemampuan beliau membentuk pasukan mantap dalam tempoh singkat.
Skuad itu yang hanya sempat berkumpul bagi sesi latihan pusat selama dua bulan, membuktikan kemampuan dengan mara ke final sebelum kalah dengan agregat 3-4 kepada juara tiga kali, Thailand.
Malaysia menang 3-2 ke atas Thailand pada aksi timbal balik malam tadi, namun gagal meraih kejuaraan kedua selepas 2010, berikutan kekalahan 0-2 pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lalu.
Untuk rekod, Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010 di bawah Rajagobal menerusi agregat 4-2 ke atas Indonesia.
Kehadiran lebih 90,000 penyokong pada aksi timbal balik malam tadi wajar diberi pujian kerana mereka masih percaya dengan corak taktikal Dollah walaupun sebelum ini, beliau dikritik kerana sering membariskan beberapa pemain berusia dalam perlawanan peringkat kumpulan B yang berlangsung di Singapura dari 23 hingga 29 November lalu.
Mengimbau perjalanan skuad Harimau Malaya dalam kejohanan edisi ke-10 itu, mereka bermula dengan langkah sumbang selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Jalan Besar, Singapura, 23 November lalu sebelum kalah 2-3 kepada Thailand di venue sama tiga hari kemudian.
Dollah bijak mencatur strategi dengan mempertaruhkan pemain veteran seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Mohd Radzi pada aksi terakhir menentang Singapura di Stadium Nasional Kallang, 29 November lalu yang menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir menerusi kemenangan bergaya 3-1.
Pengendali kelahiran Melaka itu sekali lagi membuktikan sentuhan beliau menjadi apabila Malaysia menundukkan Vietnam dengan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir untuk mara ke final.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 1-2 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 Disember lalu, bangkit melakar kemenangan bergaya 4-2 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan yang ditemui pemberita selepas final kedua malam tadi, menyifatkan Dollah mempunyai sentuhan berbisa dan yakin jurulatih itu mampu membimbing pasukan negara meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Sebelum kejohanan bermula, ramai pihak memandang rendah kemampuan Dollah serta pemain senior yang ada dalam skuad ini tapi akhirnya, kami buktikan kepada mereka kami berjaya ke final.
"Beri peluang kepada Dollah untuk merealisasikan harapan rakyat Malaysia bagi menaikkan mutu bola sepak negara. Apa yang Dollah buat pada perlawanan ini serta perlawanan terdahulu, kita harus hargai," kata pemain berusia 35 tahun itu yang membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Bakri Ibni turut bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan mutu persembahan skuad Harimau Malaya walaupun diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan itu.
Beliau bagaimanapun menggesa pemain skuad Harimau Malaya supaya mengubah mentaliti dengan memberi fokus lebih jauh, iaitu beraksi di kejohanan benua Asia.
"Saya cukup bangga dengan kejayaan Dollah yang berjaya meningkatkan prestasi pemain ke tahap yang boleh dipuji namun kejayaan sebenar adalah apabila kita dijemput beraksi menentang jaguh bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan tidak kira dalam perlawanan persahabatan atau kejohanan Asia.
"Kita sepatutnya berada sebaris dengan mereka sebagaimana yang pernah dilakukan bekas pemain pada era kegemilangan bola sepak negara sekitar 60-an dan 70-an," jelas bekas pengendali pasukan Perlis itu.
Piala AFF Suzuki 2016 yang dianjurkan bersama Filipina dan Myanmar, bakal menjadi medan terbaik kepada Dollah, andai dikekalkan sebagai jurulatih, bagi menebus kekecewaan skuad Harimau Malaya dan jutaan rakyat Malaysia, malam tadi.
- BERNAMA

default

GAMBAR MENARIK FINAL PIALA AFF SUZUKI 2014 MALAYSIA VS THAILAND

on Sunday, December 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Walaupun keputusan menang 3-2 digelanggang sendiri semalam, namun belum cukup untuk Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki Cup 2014 apabila secara agregatnya tewas 4-3 kepada Thailand.
Tahniah Thailand dan Malaysia dengan aksi menghiburkan semalam dan pasti semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain dan penyokong Harimau Malaya akan dibawa kembali ke Liga Malaysia musim 2015.

GPB  suka gambar di atas ini kerana sebelum turun ke padang , semua pemain beragama Islam telah  menunaikan solat maghribi di bilik persalinan  dan juga lawatan mengejut oleh PM Malaysia DS Mohd Najib Tun Razak dan Menteri YB KJ yang hadir memberi kata-kata semangat  . Ada yang masih memakai kain pelikat... haha.. 

Kalah dan menang itu adat permainan ..tapi GPB bangga dengan semua pemain Harimau Malaya dan Coach Dollah Salleh yang tidak mudah putus asa dan bukan tugas mudah menyamakan kedudukan agregate 2 -2 dan seterusnya menjaringkan lagi gol ke 3 yang cukup menakjubkan .



Dollah bangga prestasi Harimau Malaya
Meskipun tewas dengan agregat 3-4 kepada Thailand, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati aksi anak buahnya yang tampil dengan aksi cemerlang. Bagaimanapun Thailand lebih bijak mengenalpasti kelemahan skuad Malaysia yang berdepan masalah kecergasan selepas 70 minit perlawanan sekaligus memanfaatkan peluang tersebut meraih dua gol untuk mencatat kejuaraan kali ini.

Hanya dalam masa sebulan bersama pemain, Dollah berbangga dengan prestasi pasukannya yang mara ke final. Bagi kejohanan akan datang, Dollah akan lebih memberi penumpuan kepada pemain muda. Namun khidmat beberapa pemain senior masih diperlukan untuk memberi panduan kepada pemain muda.



Bagi Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang perlawanan semalam amat sengit ditambah dengan kehadiran hampir 100 ribu penyokong tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun bagi pengendali Thailand yang pernah menyarung jersi Perlis sebagai pemain import suatu masa dahulu, harapannya agar medan kejohanan AFF ini dimanfaatkan setiap pasukan untuk melahirkan lebih ramai pemain Asia Tenggara yang bermutu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.





''
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.