Umno Mesti berdepan dengan saya: bukankah ada unsur riak?MURSYIDUL Am Pas, Tok Guru Nik Aziz melenting dan mengamuk sakan sehingga membuat kenyataan dalam keadaan berang mahu menyaman Utusan Malaysia dan juga saya yang menulis di ruangan Pendapat akhbar berkenaan pada 16 Jun yang mengulas tentang ungkapan memastikan nasihatnya didengar yang kononnya beliau tidak kata begitu tetapi telah dilapor dengan niat jahat.
Ekoran lentingan dan ngamukkannya itu, gagasan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas dibatalkan dengan penggagasnya sendiri tidak menyokong gagagasan itu. Pelik tapi benar.
Tentulah Tok Guru Nik Aziz bangga sakan kerana semua orang Pas, termasuk Presidennya terpaksa 'tunduk menguku' kepada apa yang dimahukannya.
Hari ini Tok Guru Nik Aziz dalam cabarannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak antaranya dilaporkan berkata:
"UMNO mesti berdepan dengan saya sebagai pemimpin Islam, Perdana Menteri sebagai pemimpin sekular, maka kita berdebat.....". Mudah-mudahan tidak akan berbangkit soal salah lapor lagi bagi setiap patah yang saya petik semata-mata untuk lari dari keperluan bertanggungjawab terhadap apa yang dikata.Pada pendapat saya 'mesti berdepan dengan saya' sama juga dengan 'mesti didengar' , membawa maksud sesuatu yang mutlak, tidak boleh menolak atau membahaskannya, apakah lagi mempertikaikannya dari sudut apa sekali pun.
Nampak sangat betapa angkuh, sombong, riak dan bongkaknya bila seseorang mengucapkan demikian.
Secara tidak langsung sebenarnya ada bibit-bibit 'over perasan' bahawa takah ketokohan beliau sama dengan Perdana Menteri.
Tidak hairanlah kalau gagasan Presiden mengenai kerajaan perpaduan ditolak kerana apa pun yang Pas mahu, yang pimpinan Pas nak gagas dan sarankan tidak boleh menduhului beliau, tidak boleh tidak dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
Saya secara peribadi, malah saya yakin rakyat negara ini yang tidak terkatup pemikirannya tanpa mengira fahaman politik, kaum dan anutan agama sudah mendapat jawapannya kepada pertanyaan kenapa gagasan kerajaan perpaduan ditentangnya.]
Juga boleh diteka jawapan kepada pertanyaan kenapa Timbalan Presiden Pas yang menang jawatan itu hasil majoriti undi perwakilan boleh dianggap menjadi sampah sarap dalam Pas kerana menyokong gagasan itu.
Menyamakan perdebatannya nanti sama seperti secara amalan nabi-nabi, contohnya Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad s.a.w. berdepan dengan Abu Jahal adalah juga menunjukkan betapa takbur, angkuh, sombong, bongkak dan riaknya beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.
Yang pasti yang secara Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w.nya adalah beliau dan Pas 'lah bagi beliau manakala yang secara Namrud, Firaun dan Abu Jahalnya adalah Dato' Seri Najib dan Umno.
Sekali lagi nampak sangat betapa takbur, angkuh dan riaknya beliau, bahana terlalu anggap diri tersangat tokoh dari segala tokoh gara-gara diuji dengan anugerah kuasa dan kedudukan oleh Allah.
Macam mana pun saya yakin jika Pedana Menteri menyahut cabaran itu, pelbagai alasan dan syarat yang tidak munasabah akan dikenakan supaya cabaran perdebatan itu tidak akan menjadi kenyataan yang nantinya akan diletakkan pada batu jemala Umno di atas tidak menjadi kenyataan cabaran perdebatan itu nanti.
Tetapi lebih baik bagi Dato' Seri Najib biarkan cabaran itu sebagaimana Si Luncai dibiarkan terjun dengan labunya.
Perdana Menteri atau mana-mana anggota kabinet dan pimpinan Umno atau pun BN tidak perlu buka langkah silat apabila gendang yang dipalu awal-awal lagi sudah pun sumbang.
Tidak akan ada apa hasilnya yang akan diperolehi jika Umno berdebat atau berbincang dengan pihak yang telah menganggap Umno sama dengan komunis, seruapa ajaran sesat Ayah Pin, sama dengan Namrud, Firaun dan Abu Jahal kerana pihak yang membuat anggapan itu terlalu yakin bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas, malah seolah-olah pemimpin Pas sudah ada senarai nama dalam syurga macam para sahabat yang menerima anugerah rodhiallahu-anhu.
Bagi saya 'Pak Had Ceton Tembus' pun nampak betapa terkatupnya pemikiran politik Nik Aziz oleh daki angkuh, sombong, riak, takbur dan bongkak apabila beliau berkata sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga hari ini, rakyat belum mendapat jawapan mengenai dasar Umno.
Bagi saya, bukan rakyat yang belum mendapat jawapan, tetapi Nik Aziz dan pentaksubnyalah yang ketinggalan 'beca roda tiga' dalam perkara tersebut.
Harus diketahui dan diterima hakikat bahawa Umno bukannya tentang Pas kerana Umno itu sendiri lahir lebih awal dari Pas, tetapi Pas 'lah yang tentang Umno.
Sebenarnya sejak tahun 1951 lagi Umno melawan tentangan Pas terhadapnya. Ini suatu fakta yang tidak boleh dipinda dan tidak mungkin terpinda kalau pun usaha dibuat oleh mana-mana pihak sekali pun.
Umno melawan tentangan Pas kerana Pas perasan dan melabelkan Pas itu Islam dan Islam itu Pas yang pada saya kalau itulah yang menjadi pegangan orang Pas, ianya boleh rosakan akidah sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pas dan Islam adalah dua item yang berbeza. Pas tidak cukup suci untuk disama-tarafkan dengan Islam. Saya mohon alim ulamak, termasuk para mufti membantu saya memberi hukum dalam soal ini.
Harus diingat bahawa yang Umno tolak adalah Pas, bukannya Islam. Hanya Pas yang anggap Umno tolak Islam kerana tolak Pas.
Lagi pun Mana tahu apa yang Pas labelkan macam-macam terhadap Umno betul-betul selari dengan Islam dan yang Pas label terhadap Pas sendiri pula memang betul macam tetak dengan golok dari penilaian Allah dan Rasul-Nya.
Apakah halal Umno dilabelkan sama dengan komunis atau sama dengan ajaran sesat Ayah Pin atau dengan melabelkan Umno memusuhi Islam dan hukum hakam semata-mata kerana melawan tentang Pas terhadapnya?.
Saya amat bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tok Guru Nik Aziz tidak perlu meminta maaf kepada Umno bila beliau menyamakan Umno sama seperti komunis dan ajaran sesat Ayah Pin atau pun apa-apa juga pelabelan dan tanggapan yang memisahkan Umno dari Islam, sebaliknya beliau kena minta ampun dari Allah.
Cuma kalau saya boleh nasihatkan orang Umno, jangan sekali-kali ikut rentak berparti politik dan bepolitik terkatup fikiran macam Nik Aziz dan pentaksub-pentaksubnya yang anggap diri sendiri sahaja yang betul tanpa mengambil falsafah dari tundingan jari yang mana ketika sebatang jari dituding ke arah orang lain, empat batang jari lagi tertuding ke arah diri sendiri.
Berparti politik dan berpolitiklah secara rasional dan profesional serta sentiasalah berdoa memohon petunjuk dari Allah agar apa yang dilakukan menjadi kerja ibadah.
Manakala kepada orang Pas pula, saya juga mengambil peluang ini mengajak anda semua agar berpolitik secara rasional dan profesional dan elakkan dari berparti politik dan berpolitik secara taksub dan seakan memBERHALAkan sesama manusia.
Rujuklah al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak untuk semua perkara.
Buka telinga untuk mendengar dengan fikiran dan dada yang lapang hujah dari ulamak yang dilabelkan sebagai ulamak Umno dan ulamak tanpa berparti politik, jangan hanya dengar sebelah pihak, yakni dari ulamak Pas sahaja sebagai pendukung dan penyokong Pas.
Kena ada rasa bimbang kalau-kalau apa yang kita sangka perbuatan ahli syurga sebenarnya perbuatan ahli syurga dan sebaliknya.
Dengan itu kita tidak akan leka dan hanyut dengan keyakinan kerana terpengaruh dengan apa yang kita rasa selari dengan Islam yang dikatakan oleh orang yang dianggap alim tetapi pada masa yang sama ada dia kepentingan politik bagi parti politik yang didukung.
sumber :
http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/06/muncul-kembali.htmlKomen PB
Debat yang dirayu oleh Nik Ajis kepada Perdana Menteri sebenarnya tidak ikhlas. Yang ikhlasnya ialah Pertemuan, Muzakarah, Muqabalah, Perbincangan sebagaimana yang telah dimulakan oleh Pemimpin2 Pro-Ulama PAS dengan pemimpin2 UMNO tahun lepas dahulu.Nabi kita sendiri menganjurkan Musyawarah bukan debat seperti Amerika . Debat ini adalah cara di Amerika dan cukup digemari oleh Anwar Ibrahim. Aku takut di atas pentas itu Nik Aziz dimalukan sahaja seperti mana anak didiknya Husam yang dibantai teruk di depan ribuan penyokong PAS oleh Khairy Jamaluddin di Kota Bahru dahulu.