Archive for August 2012

default

PANAS ! 19 pasangan dicekup ketika nak projek di malam merdeka !

on Friday, August 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

 Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

 "Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

 Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama


default

Pembangkang mati akal bila majoriti rakyat terima tema #JanjiDitepati #Merdeka55 @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini kemeriahan perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka  meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.

Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Ternyata majoriti rakyat boleh menerima tema Janji Ditepati  yang dipilih kerajaan . Yang dok meroyan menuduh ia ada unsur politik & menagih undi rakyat itu hanya lah pembangkang serta pencacai-pencacainya sahaja .



Perarakan hari ini membuktikan tema ini diterima rakyat . Malah menariknya perarakan kali ini diakhiri dengan segmen kelima "Bangga Menjadi Rakyat Malaysia" yang dimulakan dengan persembahan oleh generasi muda dengan pergerakan cergas dan bertenaga dengan diiringi lagu 'Drumline' dan medley lagu-lagu patriotik Nadi Rakyat, IM4U, Janji Ditepati, Tanggal 31, 1Malaysia dan diakhiri dengan Jalur Gemilang.

- Majoriti rakyat ternyata senang dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan selaras dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, "Janji Ditepati" hari ini.

 Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kesemua ini dapat dilihat menerusi kemeriahan suasana sambutan sama ada dari sudut persembahan mahupun kehadiran orang ramai.

 "Hari ini kita telah mengumpulkan satu kumpulan rakyat yang padat dan padu dari segi gerak geri suara dan persembahan serta semua aspek kemerdekaan nampak ceria dan kejayaan bagi menepati janji sebagai tema telah tercapai. - BERNAMA


default

Polis nasihat orang ramai guna pengangkutan awam, elak kesesakan #Merdeka55

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Orang ramai dinasihat agar memanfaatkan perkhidmatan rel percuma yang disediakan untuk ke Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati, di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor berkata, ini kerana tempat letak kenderaan di stadium hanya untuk kenderaan dengan pelekat khas yang dikeluarkan penganjur.

 Disebabkan tempat yang terhad, hanya 1,100 lot disediakan untuk kenderaan berpelekat khas itu, manakala 1,004 lagi diperuntukkan untuk bas.

 "Selain parkir stadium, parkir untuk bas juga disediakan Taman Teknologi Malaysia, Kelab Lumba Kuda Selangor, Taman Pameran Pertanian Malaysia dan di Universiti Putra Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini.

 Bagi mengelak kesesakan, bas tersebut diminta mengikuti jadual ketibaan yang ditetapkan iaitu bermula 10 pagi hingga 6 petang bagi menurunkan penumpang sebelum meletakkan bas di tempat yang telah dikhaskan, katanya. Beliau juga meminta orang ramai mematuhi arahan polis dan pihak berkuasa lain manakala pengguna jalan raya yang tidak mempunyai urusan mustahak dinasihatkan tidak menggunakan jalan-jalan di sekitar stadium itu.

 "Tindakan tegas seperti menunda atau saman akan dikenakan kepada pemandu yang meletakkan kenderaan yang menyebabkan lalu lintas terhalang," katanya. Sementara itu, beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada kenderaan sempena perbarisan Hari Kemerdekaan pagi esok. Rusli berkata, jalan terbabit akan ditutup secara berperingkat bermula 6 pagi dan dijangka dibuka semula setelah acara selesai pada pukul 10.30 pagi.

 Jalan berkenaan ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja. Jalan lain yang ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

default

Barack Obama ucap Selamat Hari Kemerdekaan kepada Malaysia

on Thursday, August 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika Syarikat (AS) mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara esok. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, AS dan Malaysia berkongsi ikatan kekeluargaan dan persahabatan dengan tahun ini kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-50 program Peace Corps di Malaysia.

 “Program ini telah meletakkan asas persahabatan dan muhibah antara rakyat kita. Kami bangga dengan Program Fulbright Pembantu Guru Bahasa Inggeris kami yang membawa bakat anak muda Amerika membantu mengajar bahasa Inggeris di sekolah Malaysia,” katanya.



 Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media seperti yang disiarkan oleh Pejabat Jurucakap Jabatan Negara AS di sini hari ini. Hillary Clinton berkata, beliau berharap Malaysia dan AS dapat bekerjasama mengembangkan perdagangan, pelaburan dan hubungan pendidikan serta kebudayaan bagi membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara

 “Sewaktu anda menyambut hari istimewa ini, AS adalah rakan kongsi dan teman anda. Saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia di seluruh dunia Selamat Hari Merdeka,” katanya lagi. – mynewshub.my

default

Kibaran Jalur Gemilang hambar di negeri kerajaan DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Malam ini semua rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 55 tahum. Tapi di P.Pinang iaitu negeri yang diperintah Dap, kemeriahan  sambutan kemerdekaannya  seperti  mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan bangunan cukup hambar.

Hanya bangunan2 milik kerajaan Pusat seperti balai polis,sekolah,klinik  dan lain-lain mengibarkan Jalur Gemilang.   Adakah kerana pasal kerajaan Dap boikot tema Janji Ditepati menyebabkan rakyat ini menjadi mangsa?

GPB yakin rakyat PP telah sedar dan dapat menilai beza semasa pemerintahan BN dan DAP dalam memeriahkan acara nasional seperti Hari Kemerdekaan ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

default

LRT & Monorel percuma sempena #Merdeka55 @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang akan dilanjutkan untuk dua malam berturut-turut mulai esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Jumaat ini.

 RapidKL, iaitu operator LRT dan monorel dalam kenyataan di sini hari ini berkata perkhidmatan percuma juga akan diberikan kepada semua pengguna yang menghadiri acara "Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini. 

 Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka esok, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjut sehingga pukul 1 pagi keesokan harinya.

 Stesen-stesen tersebut ialah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah, Titiwangsa, Kelana Jaya, KL Sentral, Masjid Jamek, Dang Wangi dan KLCC. - BERNAMA


default

Contoh Rakyat Malaysia tak prihatin..sokong penjenayah ! #TwtMerdeka

on Wednesday, August 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang  ni ???  ... macam sial sekali   2- 3 ekor mangkuk   ini boleh buat bodoh je sambil berdiri  melihat seorang  mangsa disamun ketika bulan Ramadhan di sebuah stesen minyak Shell di lebuhraya BKE .

Kalau pembangkang & segelintir rakyat sering meroyan jenayah meningkat  kepada pihak polis & kerajan  ..inilah punca utamanya !

Kalau depan mata pun ada berlaku jenayah didiamkan , apatah lagi yang lain !

GPB cukup simpati sekali dengan mangsa ini walaupun cuba sedaya upaya pertahankan motosikalnya daripada disamun , tapi bila diugut dicederakan dengan senjata (pisau) , beliau terpaksa merelakan demi menyelamatkan nyawannya .

Yang bahalol -bahalol kat situ boleh tengok je ..seolah-olah macam drama Yusof Haslam pulak adegan tu.

Apa yang GPB boleh katakan kepada mereka ini ialah ini lah segelintir rakyat Malaysia yang sokong  penyampun ,samseng & perompak !



default

Nak menang Proton Preve , jom tweet #Merdeka55 #TwtMerdeka @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR - Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini. 

Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.

 Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.

 Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).

 Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.

 Layari laman rasmi 'Tweet #Merdeka55' di http://twtupmerdeka.blogspot.com atau ikuti laman twitter mereka @twtupMerdeka untuk sebarang keterangan lanjut.

default

HOT ! Pemimpin kanan pembangkang ditangkap kes sumbang mahram !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram. Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan pada Isnin.

 Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur. "Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. 

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

 Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12. Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA


*** Siapakah pemimpin ini ??? Dari parti  PKR atau PAS yang bertanding  kawasan Jerantut ini ?? 

default

Kaki khalwat buat muka selamba lakukan maksiat

on Tuesday, August 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUANTAN – “Mereka seolah-olah sudah biasa melakukan perbuatan terkutuk itu hinggakan berani keluar-masuk ke hotel bajet dengan muka tidak bersalah,” kata Mamat Ibrahim, 60, pemandu teksi di Jalan Pasar, di sini. Katanya, lebih memalukan, kebanyakan pelanggan yang mendaftar masuk ke hotel berdekatan kawasan itu adalah golongan remaja Islam.

 “Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka orang sini atau orang luar. Tapi kebiasaannya jika ada sambutan atau program besar di sini, biasanya orang luar yang ramai datang menginap di hotel bajet ini.

 “Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada di antara mereka yang tinggal di Kuantan, tetapi sanggup mengeluarkan duit untuk bermalam dengan kekasih masing-masing,” katanya ketika ditemui semalam. Mamat berkata, kebiasaannya mereka akan mula mendaftar masuk sekitar jam 6.30 petang sehingga lewat malam. “Mereka daftar masuk tak tentu masa. Kadangkala saya sendiri tak sedar bila mereka masuk, tahu-tahu sahaja sudah keluar keesokan harinya.



 “Yang peliknya, mereka sedikit pun tidak ambil peduli dengan pandangan masyarakat, sebaliknya bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bag imereka, orang ramai tidak berhak untuk menegur perbuatan mereka. Sebab itulah mereka berani buat apa sahaja,” katanya. Tambahnya, selepas menunaikan ‘hajat’ masing-masing, ada di antara remaja terbabit menaiki teksinya untuk pulang ke rumah. “Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman Kuantan. Bila ditanya, mereka jawab terpaksa bermalam di hotel murah kerana hari sudah lewat malam serta tiada kenderaan,” katanya.

 Dia yang lebih 20 tahun memandu teksi berkata, kawasan itu bukan hanya menjadi tumpuan remaja ketika sambutan hari kemerdekaan atau Tahun Baru, tetapi menjadi tempat persinggahan setiap malam minggu. “Faham-faham sahajalah, jika tiada acara besar di sini pun sudah ramai yang datang, bila tiba hari kemerdekaan, lagilah berebut bilik. Pendek kata, siapa yang lambat mendaftar masuk, tiadalah peluang untuk melampiaskan nafsu.

 “Tauke hotel bertambah kaya, mereka pula tambah dosa,” katanya. Manakala, bagi peniaga tudung dan pakaian muslimah, Zainon Mamat, 28, kadangkala golongan ini mendaftar masuk sekitar jam 9 pagi. “Mereka memang bijak, seolah-olah sudah tahu waktu operasi Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) hinggakan ada yang terlepas daripada ditahan pihak berkuasa.

 “Saya memang tidak berani tegur jika nampak ada pasangan yang mencurigakan masuk ke dalam hotel kawasan ini. Saya bimbang, jika ditegur mereka akan buat perkara yang tidak diingini.

 “Golongan seperti ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepaskan diri. Justeru, jika saya nampak sesuatu yang mencurigakan, saya akan segera menghubungi pihak berkuasa,” katanya. Katanya, perbuatan ini memang sukar dibendung jika ada pihak yang tidak memberikan kerjasama terutama pemilik hotel murah. “Jika mereka tegas serta tidak berkompromi, kemungkinan aktiviti maksiat ini dapat dikurangkan. Namun, pemilik hotel murah lebih kepada mengejar keuntungan, mereka tidak peduli sama ada pelanggan itu muhrim atau tidak,” katanya.

 Ambil tindakan tegas Sementara itu, bagi Madri Mohd, 61, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu bagi mengelakkan ia terus berleluasa.

 “Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kerana semakin hari saya lihat aktiviti ini semakin rancak seolah-olah mereka tidak takut dengan pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan.

 “Mungkin kerana mereka sudah dapat membaca pergerakan pihak berkuasa, sebab itulah masing-masing berani mengusung teman wanita naik ke bilik,” katanya. Lebih menyedihkan, dia pernah melihat teman wanita yang mendaftar masuk manakala yang lelaki menunggu di bawah.

 “Saya faham, pihak berkuasa tidak mampu untuk menempatkan pegawai mereka 24 jam di hotel-hotel murah, namun saya harap mereka dapat mempertingkatkan operasi bagi mengurangkan aktiviti tidak bermoral ini. “

Saya bimbang, jika ia tidak dibendung, masalah pembuangan bayi akan meningkat serta merosakkan masa depan remaja itu sendiri. Kita memerlukan generasi muda untuk membangunkan negara, jika mereka sudah rosak, bagaimana pembangunan negara kita pada masa akan datang,” katanya.

 Sebelum ini Jaip memberi amaran supaya tidak mencemarkan sambutan ambang merdeka dengan melakukan maksiat dan perkara yang ditegah agama. Jaip juga tidak akan berkompromi dengan golongan itu yang jelas menyalah ertikan sambutan kemerdekaan dengan melakukan perkara tidak senonoh sehingga melanggar hukum syarak.

default

Jika jadi PM , saya tak tinggal di Putrajaya - Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih menjadi perdana menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di Putrajaya. "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbuka PKR di Bukit Gantang, Perak semalam. "Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu.

 Kira-kira 2,000 orang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang. Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara. Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.

 "Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi. "Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka." -UTARA NEWS-


Komen GPB

Puak-puak PAS setiap malam mimpi dok di Putrajaya ...tiba-tiba Anwar tak mahu pulak ..hahaha.. adakah Anwar tahu PR memang tak dapat tawan Putrajaya ??

default

Bukti DAP tak iktiraf pingat & darjah kebesaran Raja Melayu ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jawapan Guan Eng dalam isu darjah kebesaran Raja ini mudah saja untuk difahami  yang tersiratnya .  Kalau beliau jawab pemimpin parti DAP sedia menerima pingat & darjah kebesaran , confirm la akan dihentam punya oleh pemimpin veteran mereka .

Jadi untuk play safe  dalam politik , jawapanya ialah  sukar untuk jawab . Lepas itu dok pusing kononnya mereka tak mengejar kedudukan dan pingat kebesaran .

 Apa yang GPB faham maksud  merekaialah DAP masih lagi  tetap tidak iktiraf pingat /darjah kebesaran  dikurniakan oleh institusi Beraja .  Sewajarnya Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak boleh memberi jawapan sedemikian .

Kalau YDP Agong nak beri pingat , adakah beliau sebagai CM  nak menolaknya ???

default

Apa kejadahnya Singapork kalut nak Najib bubar Parlimen ??

on Monday, August 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Negara kerajaan  PAP SingaPORK ini memang cukup tak senang sekali dengan MALAYSIA ..sampai nak bubar Parlimen pun mereka kalut nak desak seperti mana dilakukan Pakatan pembangkang .

Mengapa mereka nak sangat parlimen dibubar ?? Apakah mereka pun akan terlibat sama membantu pembangkang di negara ini dalam pilihanraya bagi menjatuhkan kerajaan BN ??




Setelah 'panas telinga' dengan desakan demi desakan dari pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, perdana menteri Najib kini tertekan dengan satu lagi khabar cemas dari seberang tambak!

 Akhbar perniagaan The Business Times Singapura hari ini yang ditulis oleh S Jayasankaran dalam laporannya meminta supaya pentadbiran Najib supaya memanggil segera pilihanraya umum ke 13 kerana petunjuk prestasi ekonomi Malaysia semakin menampakkan ketidak tentutan sekiranya ia tidak diadakan dengan kadar segera.

 Memetik laporan berkenaan bertajuk PM Najib should not delay holding general election yang disiarkan hari ini dalam kolum Insight Malaysia, akhbar itu menambah bahawa Malaysia sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas republik itu dan Indonesia, tidak akan mampu bertahan lama dalam petunjuk ekonomi suku kedua dan ketiga kerana negara jiran tersebut akan terus jauh mendahului Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

 Walaupun Malaysia mendahului dua negara tersebut tetapi pertumbuhan sebenar kedua-dua suku itu adalah disebabkan oleh permintaan domestik, yang meningkat oleh satu penyusutan 13,8 peratus berbanding 9.7 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini. Ia menyatakan bahawa sementara perbelanjaan pelaburan melonjak kepada 26.1 peratus daripada 16.1 peratus pada suku pertama dan bahawa perbelanjaan kerajaan adalah 9.4 peratus berbanding 7.3 peratus sebelumnya, pertumbuhan eksport diunjur sangat perlahan, daripada 3 peratus pada suku sebelumnya, ia kini merekodkan hanya 2.1 peratus.

 "Usaha pemberian bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan perbelanjaan pelaburan yang lebih kukuh di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah jelas membantu untuk merangsangkan pertumbuhan," akhbar itu menyatakannya dalam kolum Insight Malaysia yang, merujuk kepada pemberian tunai pelbagai Perdana Menteri Najib itu dan pembaharuan polisi di bawah program tersebut.

 Semua sektor telah mendapat manfaat daripada program pemberian "one-off" Najib Altantuya, kata akhbar itu, selain rakyat yang menikmatinya pada awal tahun ini telah pun menghabiskannya. Tetapi akhbar itu turut memberi amaran bahawa Najib telah mengambil "perjudian berisiko besar kata agensi penarafan, merujuk kepada ia telah sampai bernafas ke lehernya".

 Ia berkata bahawa Bank Negara yang diterajui Zeti Akhtar Aziz terus mengharapkan permintaan domestik yang kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara walaupun ia berkata "risiko yang berpunca daripada perkembangan luaran kekal".

 Akhbar perniagaan berpengaruh di Singapura itu juga berkata bahawa keadaan akan menjadi lebih baik bagi Najib untuk memanggil pilihanraya terlebih dahulu dan bukannya menunggu mandat kerajaan BN tamat yang berakhir April tahun depan.

 "Tetapi kebanyakan rakyat ssmakin bosan dengan karenah politiking yang berterusan. "Mungkin Perdana Menteri tidak perlu menunggu lebih lama dan memanggil pilihan raya umum terlebih dahulu dan bukannya selepas itu," katanya, menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak akan boleh bertahan sehingga tahun depan.

 Sumber: The Business Times Singapore

default

Amerika guna Neil Armstrong tipu dunia jejak kaki di bulan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

 Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu. Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.



 Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi. Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

 Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.



 Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif. TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.

 Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

 Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi. Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

 Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.


 Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB). Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

 Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya. Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

 Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

 Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar. Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

 Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan. Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

 Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA. Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

 Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

 "Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill. Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

 Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan." Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

 Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi

default

Benarkah Wanita Malaysia No 3 paling curang di dunia !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar   China Press.

 Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka. Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

 Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Komen GPB 

Kajian ini boleh dipertikaikan kerana ia tidak  detail dan tidak menjelaskan wanita dari  bangsa mana yang paling banyak curang.  Kalau dari bukan Islam  itu biasala tapi kalau dilakukan wanita Islam ia jelas haram sama sekali .

Memang ada dikalangan wanita Islam berlaku curang tapi segelintir sahaja bukannya angka 39 % yang digambarkan . Kalau seperti ini lah , GPB ingat ramai lelaki kat Malaysia takut nak kahwin sebab risau isteri curang selepas itu .


default

Nazmi ledak gol sulung untuk kelab SC Beira Mar

on Sunday, August 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



"JARINGAN itu sebagai hadiah Aidilfitri dan hari jadi saya kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia." Demikian reaksi bintang muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor selepas meledak gol sulung bersama kelab remaja Portugal, S.C Beira-Mar minggu lalu.

 Dalam aksi persahabatan menentang kelab Loursa pada 18 Ogos lalu, Nazmi Faiz berjaya menyumbang satu gol buat skuad Bawah 19 tahun (B-19) Beira-Mar itu. Dua hari sebelum aksi itu yang menyaksikan skuad B-19 Beira-Mar meraih kemenangan 3-0, Nazmi Faiz telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

 Meskipun masih tidak mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad utama Beira-Mar, Nazmi Faiz percaya jaringan tersebut menjadi suntikan semangat kepadanya untuk menambat hati pengendali kelab Divisyen Satu Portugal itu.

 "Saya rasa sangat gembira selepas sebulan berada di Portugal. Walaupun saya tidak beraksi bersama skuad utama Beira-Mar tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk beraksi dengan lebih baik dalam setiap perlawanan. "Selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun, saya berazam untuk berusaha dengan lebih keras untuk memikat pihak pengurusan skuad utama Beira-Mar.

 "Buat masa ini, saya masih perlu belajar dan jurulatih Beira-Mar, Ulisses Morais telah banyak membantu saya ketika sesi latihan bagi memperbaiki skil serta kemahiran di tengah padang. "Beraksi dalam liga di Eropah sememangnya menjadi impian saya sejak kecil dan saya mahu menimba seberapa banyak pengalaman bersama Beira Mar," ujar Nazmi Faiz ketika dihubungi Kosmo! Ahad di Portugal baru-baru ini.


Sementara itu, bapa Nazmi Faiz, Mansor Mustapha berharap bekas perancang skuad Harimau Muda A itu memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi. Menurut Mansor, beliau yakin Nazmi Faiz akan menjadi lebih matang sebagai seorang pemain profesional jika terus mendapat pendedahan beraksi di peringkat kompetitif.

 "Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia untuk terus lebih maju dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional. "Harapan saya agar dia dapat beraksi bersama skuad utama Beira-Mar dan bijak mengawal emosi jika mendapat peluang diturunkan dalam kesebelasan utama," katanya.

default

Penganggur perempuan dipenjara 4 bulan kerana cuba rasuah seks !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Jumaat selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis, Rabu lepas.
Majistret Azmil Muntapha Abas memerintahkan Thung Siew Wan, 47, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap 22 Ogos lepas.
Thung didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Koperal Abd Rashid Jamaludin, 30, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan RHB Bank, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini pada 10 malam 22 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

default

Video K-Pop Aidilfitri rosakkan identiti bangsa Melayu !

on Friday, August 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Apa nak jadi  dengan anak muda generasi sekarang dalam video ini ... Kalau taksub sangat  dengan  muzik K-Pop pun agak-agak la ..Jangan la sampai terkinja-kinja macam orang hilang akal  , lepas itu pulak buat lagu sempena Aidilfitri .

Geng -geng rock kapak yang bikin lagu Raya seperti Wings , Search tak la terlampau sangat  seperti  budak seekor  ni . Malah geng rap terkenal  seperti 4U2C pun buat lagu 20 kali sedap dan sopan .

Ada kawan GPB cakap ..di hari raya ini  ada segelintir  orang Melayu tak tahu identiti bangsa sendiri . Sepatutnya kita hendaklah memakai baju Melayu /kurung/kebaya di hari raya kerana ia adalah lambang budaya bangsa kita menyambut perayaan   , tapi sayang  ada yang  jubah kononnya nak  ikut tok Arab .

Sama la seperti kes budak di atas ini ..seorang yang kreatif sampai boleh bikin lagu tapi sayang lupa identiti bangsa sendiri .

default

PANAS ! Dr Asri tak setuju hukum hudud ala PAS ???

on Thursday, August 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini. “

Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

 “Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

 Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat. “Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam.

Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak. “

Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

 Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut. “Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya

default

Sampul duit raya pun PAS nak masuk politik ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apa kejadahnya sampul raya pun tertera logo bulan besar ni ?? Agak-agak la nak berpolitik pun . Nak beri duit raya je pun kepada kanak-kanak.

Bila orang kata tak ikhlas nanti puak-puak kopiah putih ini meroyan pulak ..hahaha






default

Guan Eng tersentak nak main politik perkauman serang Pemuda UMNO !!

on Wednesday, August 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Celaka punya lahanat  Guan Eng ..di ketika sambutan Hari Raya baru masuk hari keempat  , beliau dah  cuba memainkan mengapi-apikan sentimen Perkauman dan Hasutan   dengan terus menyerang Pemuda UMNO & Khairy Jamaluddin dalam isu facebook kontroversi .

Walaupun Khairy sudah 2 kali menafikan  isu berkenaan , Guan Eng cub  mengambil kesempatan dalam isu ini bermain politik perkauman  dengan mendesak AG dakwa Pemuda UMNO . Memang dajjal DAP cukup tak senang sama sekali dan kalau boleh mereka mahu organisasi sayap utama UMNO ini dibenci melalui sentimen agama .


Tapi Khairy steady dan menjawab Pemuda UMNO  tidak gentar & sedia didakwa untuk lihat siapa yang benar .

Kalau kekasih Rainbow ini  ada teloq nak saman Pemuda , silakan saman kalau berani !!!


 Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi. 

Menjawab kenyataan Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Khairy berkata, "

Guan Eng nak main politik, kata Pemuda (Umno) hasut." "Kami sedia didakwa. Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul," kata beliau menerusi Twitter kira-kira 7 petang tadi.

 Khairy membuat respons ini ekoran kenyataan Guan Eng di Georgetown awal hari ini, antara lain menggesa Peguam Negara supaya mendakwa Pemuda Umno berhubung poster provokasi yang dibawa oleh sebuah laman Facebook atas nama pergerakan itu hujung minggu lalu. Sejam sebelum itu Khairy juga menulis: 

"Guan Eng yang terdesak mencabar (Peguam Negara) AG agar mendakwa Pemuda Umno atas penyebaran poster yang menyinggung, di mana saya sudah katakan ia bukan perbuatan kami." Khairy juga menambah: 

"Saya mahu AG teruskan (langkah) dan mendakwa Pemuda Umno dan saya sebagai ketua." "Walaupun tanpa (Seksyen) 114A (Akta Keterangan) saya yakin dapat membuktikan bahawa kami tidak bertanggungjawab (atas isu tersebut)," kata beliau merujuk kepada seksyen yang turut muncul sebagai perkara kontroversi itu baru-baru ini. Khairy merupakan antara pemimpin BN yang mahu seksyen itu dikaji semula. 

Pakatan Rakyat juga mendesak ia disemak balik. Menerusi Twitter hari ini, Khairy mengaitkan gesaan Guan Eng itu sebagai mainan politik dan menegaskan beliau sedia untuk didakwa di mahkamah. Khairy menulis: "Guan Eng nak main politik, kata Pemuda hasut. Kami sedia didakwa. 

Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul." Pada sidang media di Pulau Pinang, Guan Eng menggesa Peguam Negara mendakwa Pemuda Umno kerana cuba menyemarakkan kebencian kaum dan agama demi membuktikan mereka adil dalam menguatkuasakan Seksyen 114A. "Jika AG tidak mendakwa Pemuda Umno, ini menunjukkan wujudnya 'double standard'," katanya.

default

KJ diserang gara -gara facebook kontroversi

on Tuesday, August 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.

Menjawab siri pertanyaan dan respons daripada pengikut Twitternya, Khairy berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada wujud unsur sabotaj.

Buat hari kedua berturut-turut semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menegaskan, akaun yang menjadi tumpuan ramai tidak dikendali atau diuruskan oleh sayap muda Umno itu.

Sebelum ini, Pemuda Umno Pusat menafikan bahawa akaun 'fan page' yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia itu dikendalikan pergerakan tersebut.

Seorang pengikut, Geminianeyes berkata: "It's hard to buy 'unsanctioned' page excuse when FB link on your official site points to profile that likes said page."

Khairy menjawab: "Laman FB ini tidak disekat dan tidak ditadbir oleh Pemuda Umno."

Kemudian Geminianeyes mempersoalkan: "Jika ia bukan sesuatu yang dibenarkan, mengapa ia dipaut 'Liked' menerusi profil FB dari laman anda? Melainkan http://www.pemudaumno.org.my/ bukan milik anda," katanya.

Seorang pengikut yang lain, Dinesh Nair mengaitkan dengan isu Seksyen Akta Keterangan, dengan antara lain mengatakan bahawa, "di bawah (Seksyen) 114A, beban adalah pada Pemuda.

Langkah baik anda melahirkan bantahan ke atasnya."

Khairy, Ahli Parlimen Rembau, sebelum ini telah meminta agar kerajaan mengkaji semula Seksyen 114A, yang diluluskan oleh Parlimen April lalu.

Khairy berkata, susulan laporan polis yang sudah dibuat petang semalam, tiada masalah bagi Pemuda Umno dan BN untuk membuktikan perkara berkenaan bukan dilakukan oleh pihaknya.

Sekali lagi Dinesh Nair menimbulkan persoalan kemungkinan ia perbuatan sabotaj dalaman.

Khairy membalas respons dengan mengatakan bahawa perkara itu akan disiasat tetapi beliau percaya tiada seorang pun di Pemuda Umno Pusat yang mengendalikan akaun Facebook tersebut.

Semalam Sinar Harian melaporkan Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan

Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”



default

Pemuda UMNO buat laporan polis facebook kontroversi

on Monday, August 20, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee di sini, jam 4 petang tadi. “(Sedang) membuat laporan polis bagi pihak (Ketua Pemuda Umno dan BN) YB Khairy Jamaluddin berkenaan laman FB yang berbaur hasutan,” katanya menerusi laman Twitter.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian Online, Ibdillah menolak keras akaun itu dikendalikan oleh Pemuda Umno Pusat. "Akaun Facebook itu menggunakan nama Pemuda Umno Malaysia dan ia seolah-olah mewakili Pemuda Umno.

 Jadi YB Khairy mengarahkan saya untuk membuat laporan polis berhubung hal ini," katanya. Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah.

"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau. Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan ters

ebut. "Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya. Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).” Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN). Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy pada hari yang sama dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya. Mengulas lanjut, Ibdillah berkata, perkara itu akan dibawa kepada pucuk pimpinan oleh Khairy bagi menunjukkan bahawa Pemuda Umno memandang serius perkembangan tersebut.

Pagi tadi, Sinar Harian Online melaporkan Pemuda Umno menafikan laman itu dikendalikan oleh pihaknya. Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis. "Ya, bukan laman FB kami," kata Khairy menerusi mesej Twitter menjawab pertanyaan susulan pengikutnya, malam tadi. Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan." "Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.

default

Pemuda UMNO difitnah di laman facebook - Khairy

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok. "Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya. Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau. Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok. Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor. Poster yang kontroversial itu menyatakan:

“Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

default

Kerana bergambar ini , PAS reject Nasha tanding di Bachok PRU 13 !

on Saturday, August 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang. Ganti calon lain Katanya, kemunculan bekas Timbalan Presiden PAS bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah, Rabu lalu, langsung tidak memberi kesan kepada parti itu kerana pengundi PAS di Bachok sudah menolaknya.

“Pada pandangan kita (PAS Kelantan), kemunculan beliau (Nasharudin) bersama Najib sempena mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak memberi kesan kepada parti walaupun akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.



“Nama Nasharudin tidak termasuk dalam senarai (calon) yang diangkat baru-baru ini dan kita dimaklumkan bahawa pengundi di kawasan itu sudah mencadangkan beliau digantikan dan desakan ini dibuat sebelum Nasharudin bersama Najib di Makkah.

“PAS Kelantan sudah ada beberapa calon yang dilihat sesuai menggantikan Nasharudin, namun keputusan muktamad di tangan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya kepada BH selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini, semalam.   – Berita Harian Online

default

FREEMASON : Jangan hanya nafi di twitter, jelaskan lebih terperinci -PERKASA

on Friday, August 17, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menuntut penjelasan lebih terperinci daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kaitan seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason. Menurut Ibrahim, jawapan Anwar menerusi laman Twitternya dengan menganggap tuntutan penjelasan beliau sebelum ini berhubung perkara tersebut sebagai satu fitnah di akhir Ramadan adalah terlalu lemah dan tidak menyakinkan, kerana ketua pembangkang itu tidak membuat penafian secara jelas.



 "Saya tidak menuduh beliau terlibat dalam gerakan Freemason itu tetapi hanya menuntut penjelasan bagaimana individu bernama Anwar Ibrahim boleh menyandang jawatan penting dalam gerakan zionis tersebut. Anwar kena ingat, beliau seorang ketua pembangkang, jadi adalah penting beliau memberi penjelasan.

default

Guan Eng dah terkena jerat , Pemuda BN sanggup beli tanah Taman Manggis !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perjuangan Pemuda BN P.Pinang untuk membina rumah low cost untuk rakyat miskin di tapak tanah Taman Mangssi semakin menampakkan hasil . Ini kerana Guan Eng  telah checkmate di mana Pemuda BN  menerusi  kenyataan Ketuanya Sdr Oh Tong Keong bersedia untuk  membeli tanah kontroversi itu semula daripada kerajaan DAP.  Sebelum ini Guan Eng telah mencabar Pemudan BN  membeli tanah berkenaan .

Ini bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan dan tanah berkenaan hendaklah dibeli daripada tangan Guan Eng sendiri bukan orang tengah/syarikat lain

Kita nak tengok samada Guan Eng berani tak jual tanah berkenaan atau nak berbelit lagi beri pelbagai alasan .


PULAU PINANG 15 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada mereka bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini.

 Ketuanya, Oh Tong Keong (gambar ke-2 di kanan ) berkata, pihaknya sedia membeli tanah tersebut pada harga pasaran RM450 sekaki persegi dengan jumlah keseluruhan RM21,562,200. Tegasnya, tanah tersebut hanya akan dibeli daripada Guan Eng dan bukan pihak lain kerana Setiausaha Agung DAP itu yang mencabar mereka membelinya sebelum ini.

 "Pemuda BN akan mengumpul wang itu daripada orang ramai dan pemaju yang menyokong kami berbuat demikian demi rakyat Pulau Pinang.

 "Sekiranya berjaya membeli tanah berkenaan, kami tetap melaksanakan rancangan kerajaan BN sebelum ini iaitu membina satu blok tambahan PPR kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan hospital swasta.

 Tanah itu sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. Sementara itu, Tong Keong memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan PPR fasa kedua di atas tapak berkenaan jika berjaya membelinya. - Utusan

default

GEMPAR ! Ustaz Kazim kena ancaman bunuh kerana video ini !!

on Thursday, August 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


GPB sudah jangka ramai juak-juak taksub Pakatan terutama PAS akan bengang giler dengan video di bawah ini oleh Ustaz Kazim Elias yang minta PAS hentikan main isu hudud .

Rakan blogger Penang , blog Laman Izz mendedahkan ada satu penyokong tegar PAS di facebook telah komen di facebook nya  bahawa Ustaz Kazim Elias halal dibunuh !!

Komen tersebut boleh dikatakan satu ancaman bunuh terhadap Ustaz Kazim sepertimana dibuat oleh pelajar USM yang mahu meletupkan helikopter PM di facebook . GPB berpendapat komen tersebut dibuat di dalam media sosial sudah pastinya akan mempengaruhi segelintir pembaca lain terutama penyokong Pakatan .

GPB mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memantau serta menyiasat individu berkenaan yang secara jelas mendatangkan bahaya kepada pendakwa terkenal ini iaitu Ustaz Kazim.


komen ugutan serta bukti Abe Mus adalah penyokong Pakatan 

default

PANAS ! Aksi gay songsang berpelukan ketika ditangkap

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja
lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam. Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu. Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis. Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah. – SinarHarian

Komen GPB

3 serangkai ... -tak posa - lakukan aksi songsang/liwat - menagih dadah lagi ..... syabas kepada PDRM yang cekup 2 jantan gay ini.  Ini lah bahayanya LGBT jika tak dibendung dan ada sesetengah itu tak tau apa  menyokong perjuangan mereka .

default

Iftar bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments











Hari ini GPB dijemput ke Majlis Berbuka Puasa/Iftar dan penyampaian Sumbangan Aidilfitri oleh Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Sdr Zaidi Hj Mohd Said.Majlis ini diadakan di Dewan Giat Mara Prtmg Pauh dan  dihadiri lebih 300 orang penerima terdiri ketua cawangan,ketua Pemuda cawangan,ketua wanita,Puteri , aktivis UMNO  dan juga pihak media.

Ramai penerima yang GPB temui amat berterima kasih kepada Sdr Zaidi di atas sumbangan ikhlas ini dan sedikit sebanyak membantu untuk persiapan raya.

Terima kasih Cikgu Zaidi..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 

Published with Blogger-droid v2.0.6

default

Bekas pemimpin PKR label Anwar manusia paling MUNAFIK !

on Wednesday, August 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Baru-baru ini, penulis berkesempatan menghadiri program ceramah di kawasan Pengerang, Johor. Program tersebut antara lainnya telah mengundang penceramah khas iaitu Dr Mohammad Fairus Khairudin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri I dari PKR bagi menerangkan kepada penduduk berkenaan isu-isu semasa dan perkembangan terkini politik tanahair.

 Antara isu yang dibangkitkan oleh beliau ialah berkenaan kerjasama antara PAS dan DAP yang dilihat bukan berlandaskan Islam tetapi lebih kepada inginkan kuasa yang bersifat politik semata-mata. Beliau mengesa gar para pemimpin PAS segera melakukan bertaubat nasuha kerana merelakan perkongsian kuasa bersama kafir harbi yang secara jelas anti kepada Melayu dan Islam.

 Walaupun para pemimpin PAS cuba berdolak dalik berkenaan isu ini, dengan mengatakan DAP telah mula mendekatkan diri dan lebih memahami Islam berbanding dahulu, namun menurut Fairus pendirian tersebut masih kekal dan tidak pernah bertukar sejak dari dahulu lagi.

Para pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta tidak ketinggalan Karpal Singh masih tebal fahaman perkaumannya walaupun wujud kerjasama antara PAS dan PKR. Selain dari itu Fairus turut menegaskan bahawa antara punca beliau mengambil keputusan drastik untuk meletakkan jawatan dan keluar dari PKR adalah kerana sikap dan tindak tanduk Anwar yang jelas berbeza dari apa yang dipersembahkan kepada rakyat.

 Sedangkan pada ketika itu belau boleh dikatakan sedang berada pada tahap yang tinggi sebagai seorang ahli politik. Namun semua kesenangan dan kemewahan itu tidak mampu untuk membeli hatinya ditambah dengan tindak tanduk para pimpinan pakatan yang rakus terhadap kuasa. Anwar Ibrahim sebegai contoh, menurut Fairus adalah merupakan seorang insan paling munafik yang pernah dijumpainya.

 Dia begitu pandai bertukar wajah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Pernah suatu ketika dahulu semasa masih bersama pimpinan PKR, beliau membawa satu pelan perancangan bagi membantu rakyat khususnya orang Melayu yang dilihat semakin terpinggir telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Anwar.

 Dengan alasan pada ketika semua pimpinan parti harus memberikan tumpuan dan gerak kerja bagi menghadapi PRU-12 untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO. Akur dengan keputusan tersebut, Fairus menyimpan hasrat dan cadangan itu dengan alasan pakatan pembangkang masih lagi tidak mempunyai kuasa politik yang besar.

 Maka sejurus selepas PRU-12 bila mana pakatan berjaya merampas Kedah, Selangor, Perak, Kedah dan mengekalkan kuasa di Kelantan beliau sekali lagi membawa cadangan tersebut atas kapasiti sebagai orang no 2 di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Namun sekali lagi cadangan tersebut ditolak oleh Anwar Ibrahim atas alasan mahu memberikan focus kepada kepada usaha untuk merampas Putrajaya pula.

 Ia akhirnya membuat Fairus berfikir sejenak apakah Anwar benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat khususnya orang Melayu yang dilihat sebagai kumpulan majoriti di dalam negara. Atau Anwar memang tidak pernah mempunyai sebarang hasrat untuk membantu rakyat?

Ini kerana secara lojiknya sekiranya rakyat masih terus dibelenggu jurang perbezaan ekonomi yang luas antara bangsa lain, bakal mengakibatkan persengketaan kaum suatu ketika nanti. Namun dari sudut, sekiranya dibairkan maka sudah tentu ia boleh terus dimanipulasikan oleh pakatan untuk menyalahkan kerajaan BN/UMNO.

 Rentetan dari itu, ditambah dengan beberapa faktor lain, beliau akhirnya merasakan perjuangan Anwar hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata dan bukannya untuk rakyat. Di hadapan rakyat ketika berdiri di atas pentas ceramah, Anwar akan sedaya mungkin mengatakan bahawa dirinya adalah merupakan pejuang rakyat, namun sebaliknya ia hanya bertujuan untuk mewujudkan api kebencian kepada parti pemerintah.

Rentetan dari itu Fairus akhirnya mengadakan solat hajat selama 3 bulan berturut-turut bagi memohon kepada Allah swt agar diberikan petunjuk. Menurut Fairus, selama 3 bulan tersebut hatinya mula menilai sedikit demi sedikit dan akhirnya berjaya menerima UMNO sebagai landasan perjuangan sebenar. Mungkin secara kebetulan, namun Fairus percaya hanya Allah swt yang mampu mengerakkan hati hambanya yang memohon agar diberikan petunjuk dan kebenaran.

 Namun begitu, Fairus mengakui BN/UMNO bukanlah maksum dari melakukan sebarang kesilapan dan sudah tentu tidak lari dari kelemahan. Tetapi antara semua parti politik yang ada di Malaysia ini, BN/UMNO boleh dikatakan yang terbaik dalam memastikan kebajikan rakyat terus dibela dan dipertahankan.-SuaraGenerasiBaru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.