Archive for March 2014

default

MH370: Satelit Jepun Kesan 10 Objek Terapung Dekat Australia

on Friday, March 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



imej satelit Jepun menunjukkan 10 objek terapung berdekatan Australia yang "berkemungkinan besar" ada kaitan dengan pesawat MH370, kata kerajaan negara itu.

Pusat Risikan Satelit berkata, objek itu dikesan kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.
 
Objek berkenaan terapung di kawasan 10 kilometer dengan lingkungan berpusat pada 44 darjah, 17 minit selatan latitud dan 90 darjah, 56 minit timur longitud.

"Kawasan ini amat dekat dengan tempat objek yang dikesan lebih awal oleh satelit lain.

"Objek ini berkemungkinan besar adalah sebahagian serpihan pesawat MH370 jika dikaji dari segi lokasi dan berdekatan dengan tempat penemuan sebelum ini," kata jurucakap kerajaan, Shinichiro Maki.

default

TERKINI ! PILOT AIR ASIA MENCARUT HINA SAR #MH370 DIGANTUNG TUGAS !!

on Wednesday, March 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines. 


Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polisi syarikat. 
"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter. 
Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka. 


Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan. 
"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter. 
Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu - MK

default

KAPTEN NORUDIN MAS UCAP TERIMA KASIH @HISHAMUDDINH20 , BUKAN MUDAH TANGANI #MH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 15 Comments



Tidak salah rasanya kalau kita ucapkan TERIMA KASIH kepada beliau atas segala usaha yang dilakukan didalam krisis #MH370.

Ketepikan ideologi politik masing-masing.. bukan senang hendak menangani situasi yang tidak pernah terjadi di  dalam sejarah dunia.. TAHNIAH dan TERIMA KASIH Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. 


                                                                                                                           Kapten Norudin MAS 


Datuk Hisham, Dato' Azhar & Ahmad jauhari...3 insan ni yg paling banyak menjawab persoalan  MH370 dari  hari 1   kehilangan pesawat yang akhirnya  menitiskan airmata akibat tragedi ini....

3 insan inilah yang memegang amanah dan tanggungjawab yang amat besar di dalam operasi mencari #MH370. Tetap cekal walaupun sentiasa mendapat kritikan daripada manusia yang suka membuat andaian dan spekulasi.

Komitmen   yg diberi oleh Dato Seri Hishammuddin Hussin amat dihargai ...beliau menunjukkan berapa prihatin beliau kepada apa yg terjadi sebagai insan ALLAH yg cuba bertanggungjawap atas apa yg ALLAH telah uji umat manusia.

 Tiada guna kita suka mencari salah org sedangkan apa yg terjadi adalah kuasa ALLAH.

kita sebagai hamba ALLAH lebih baik muhasabah diri dari mencari salah org lain atas dasar politik. jadi lah umat yangg bijak berfikir kerana ALLAH kurniakan akal fikiran yg amat baik buat manusia. Akal yg diberi bukan mencari dan menghina umat lain..

Semoga Allah S.W.T  memberi mereka  kekuatan untuk mengendalikan pencarian ini . AMIN



default

TEORI KONSPIRASI DIEGO GARCIA & MENGAPA KOMANDO MALAYSIA KE KORIDOR UTARA ?? #MH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 23 Comments



Artikel  di bawah ini tersebar meluas di media sosial &  tak mustahil teori konspirasi ini boleh berlaku kepada MH370 .


Jika  8 saintis China & ratusan lagi rakyatnya  berada dalam pesawat MH370 , kerajaan negara itu tak akan duduk diam & akan terus menyiasat  . Walaupun keluarga penumpang dari negara itu marah kepada kerajaan kita , tapi pemerintah negara itu tetap berkerjasama  kerajaan Malaysia . 


Tetapi dalam keadaaan apa sekalipun ,  kita memerlukan bukti jika benar teori ini berlaku.  


Mungkin sebab itu Komando Malaysia dihantar ke negara di lokasi rahsia  koridor utara seperti India & Maldives (Klik di  sini ) untuk menjejaki petunjuk MH370 walaupun PM menyatakan melalui data satelit ,  MH370  berakhir di lautan Hindi dekat barat daya Australia . 


Malah PM sudah beri jaminan  polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dengan secepat mungkin punca sebenar tragedi menimpa pesawat MH370. klik di sini 









Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.


Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).




Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US) 

-SUMBER - 



default

MARUAH NEGARA SEMAKIN TERCALAR , CNN TERUS SERANG BURUKKAN MALAYSIA #MH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Agenda jahat CNN yang dikuasai Yahudi memburukkan Malaysia semakin biadap .  Selepas pengumuman PM mengenai MH370 berakhir di Lautan Hindi , CNN terus mememburukkan kerajaan Malaysia .

kerajaan & tentera malaysia adalah pembunuh sebenar kepada kematian mereka ( penumpang2 mh370 ) 


Mereka jelas  cuba melaga-lagakan  antara  negara kita Malaysia dengan China menjadi tegang.


Sebagai rakyat , kita harus bersatu bersama-sama kerajaan Malaysia  yang kini maruahnya cuba digugat oleh kuasa asing . Malaysia sudah melakukan setakat mana kemampuannya untuk mengesan MH370 disampig dibantu 26 buah negara .


Pasukan Mancari dan Menyelamat kiya  terlatih dibantu dengan negara-negara yang bersedia memberi perkhidmatan mereka.

Apakah motif sebenar CNN menyiarkan kenyataan-kenyataan yang membuat keadaan lebih tegang? Mengapa mereka terlalu teruja menceritakan kelemahan Malaysia?


Menuduh negara kita sebagai Pembunuh satu kenyataan yang paling BANGSAT !!

Negara ini umpama IBU kita dan jika sesiapa menuduh ibu kita dengan tuduhan liar ..ia juga sebenanrya mencabar maruah kita.


default

KAPTEN NIK HUSLAN DEDAH PENIPUAN DAILY TELEGRAPH TRANSKRIP PESAWAT !! #MH370

on Tuesday, March 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




–  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas, kata bekas Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussein.

Ujarnya, ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira.

“Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam.

“Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari,” katanya dipetik dalam wawancara  bersama Astro Awani.

Beliau juga berkata, keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang  walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi  pencarian menggunakan mata kasar.

Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka.

Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan.

Jelas beliau, lebih meragukan apabila transkrip itu berdasarkan versi bahasa Mandarin daripada terjemahan bahasa  bahasa Inggeris dengan salinan asal tidak dedahkan.

“Kita tidak bertutur secara beramah mesra dalam komunikasi penerbangan kerana banyak kapal terbang nak guna radio, dan akan ‘jammed’ dan tidak ada peluang orang lain.

"Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa juru terbang, tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang diguna pakai sedangkan tidak,” katanya.
Ujar beliau, radio ada ungkapan dan terma tertentu dan mereka  perlu menjalani ujian.

Beliau juga berkata, tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat.

Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph.

Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan.

Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, “All right good night”.

default

3 GAMBAR PILU INSAN YANG CEKAL & BERANI BERDEPAN DUNIA #MH370 #PRAYFORMH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments


Selain ahli keluarga penumpang MH370 yang paling sedih , 3 insan kerdil berbangsa Melayu   ini GPB rasakan   juga antara  sebahagiannya  .

Selama 17 hari mereka berdepan  wartawan asing & masyarakat dunia dengan pelbagai kritikan , tohmahan , spekulasi  setiap hari bukan satu tugas mudah .

Kita mungkin mudah bercakap dan membuat apa sahaja spekulasi tetapi 3 insan ini memerlukan kudrat serta kekuatan dari segi mental dan fizikal.

Sebagai rakyat  , GPB  amat berterima kasih   dengan jasa  ,tanggungjawab & pengorbanan mereka . Siapa kita mampu mempertikai kredbiliti mereka ?

Rakyat Malaysia patriotik   bangga dengan pengorbanan  anda bertiga ...


 1.Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan , Pemangku Menteri Pengangkutan)

 2.Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)

 3.Encik Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS )



Hisham sudah melakukan yang terbaik untuk MH370 & negara ...

Kamalanathan cuba mententeramkan Ahmad Jauhari yang 
sebak dan sedih selepas pengumuman PM 


default

PILOT AIR ASIA MENCARUT MAKI PERTIKAI PENGUMUMAN PM SEMALAM #MH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Ketika negara hari ini sedih dan dukacita mengenai tragedi malang pesawat MH370 , ada seekor manusia iaitu bernama Krish Jejendira ,  Pilot Air Asia ini yang mempertikaikan kesahihan pengumuman oleh PM semalam bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi . 

Selain menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu , beliau juga mencarut & maki  hamun di status facebooknya  . 

Adakah pilot Air Asia kaki mabuk ini tahu bahawa pengumuman PM semalam bukan dibuat semberono , tetapi  profesional dan ia  berpandukan data  daripada  wakil  Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom(AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan

Malah  pagi tadi Perdana Menteri telahpun membuat usul di Dewan Rakyat seperti di bawah.

Apa lagi pilot berkenaan mahu lagi? 
Di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Di bawah usul itu, dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi.

Pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang. Kerajaan berpendapat, kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut. Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bila patut dilakukan.

default

PILOT #MH370 SEORANG YANG BIJAK & HERO SEBENAR - CHRIS GOODFELLOW

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




sila lihat pada Google Earth tentang lapangan terbang ini. Juruterbang ini melakukan semua perkara yang betul. Dia berhadapan dengan suatu situasi sukar di dalam kapal yang membuatkan dia segera mengambil keputusan kembali ke lapangan terbang terdekat.

Lapangan Terbang Langkawi yang dikatakan Goodfellow

Bagi saya kehilangan transponder dan komunikasi suatu yang masuk akal jika berlaku kebakaran. Dalam kes kebakaran tindak balas pertama ialah menarik semua busses utama dan memulihkan litar satu demi satu sehingga anda mengasingkan yang rosak.

Jika mereka menarik busses itu, pesawat akan menjadi senyap(tiada perhubungan). Ia mungkin satu keadaan yang serius dimana mereka perlu mengawal pesawat dan cuba memadam api. Aviate, Navigate dan akhir sekali berkomunikasi.

Melihat kepada masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.

Terdapat satu insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 dimana tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Benar, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan ketika kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit


Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit dan seterusnya terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda akan menemuinya sepanjang laluan itu – mencari di kawasan lain hanya sia-sia.

Juruterbang ini, seperti yang saya katakan adalah seorang hero yang bergelut dengan satu situasi yang mustahil dimana dia cuba mendaratkan pesawat itu ke Langkawi.

Tidak ada keraguan dalam fikiran saya. Itulah punca mengapa pesawat itu melakukan pusingan dan terus meluncur ke laluan lurus.

Rampasan tidak akan membuatkan pesawat itu beralih arah secara sengaja dan menuju ke Langkawi. Pesawat pasti terbang lebih lama sehingga perampas mengambil keputusan membawa pesawat itu ke sesuatu lokasi.

Apa yang menghairankan tiada seorang pun daripada pemberita, pegawai-pegawai, dan juruterbang lain yang ditemuramah melihat perkara ini dari sudut pandangan juruterbang.

Jika sesuatu yang buruk berlaku kemana dia akan pergi?…

Melalui Google Earth yang hanya mengambil 30 saat saja, saya langsung ternampak Langkawi. Membesarkan peta, dan ternampak landasan…. Naluri saya tahu juruterbang ini mengetahui lokasi lapangan terbang itu.

Dia mungkin telah banyak kali melakukan penerbangan di situ.

Kebakaran dalam pesawat hanya menuntut satu perkara – anda perlu menurunkan pesawat itu ke atas landasan secepat mungkin.

Terdapat dua pengalaman dalam ingatan saya. AirCanada DC9 pada tahun 80-an contohnya telah melintasi beberapa lapangan terbang kerana juruterbang tidak mengetahui landasan terdekat. Juruterbang itu berjaya mendaratkan pesawat namun 30 nyawa tidak dapat diselamatkan.

Pada tahun 1998, kemalangan melibatkan Swissair DC-10 juga salah satu contoh menunjukkan juruterbang adalah hero sebenar. Mereka baru sahaja berlepas 15 minit menuju ke Halifax tetapi kebakaran menyebabkan pesawat itu terpaksa mendarat di lautan. Kejadian itu berlaku selepas sejam pesawat itu berlepas daripada Kennedy. Transponder dan alat komunikasi lain terpadam kerana mereka telah menarik busses di dalam pesawat itu.

Bagi saya itu adalah penjelasan yang mudah mengapa ia berpusing dan menuju ke arah itu.

Juruterbang seorang yang bijak, hanya tidak mempunyai masa.

Chris Goodfellow
-Bekas Juruterbang warga Canada
-Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Penerbangan

default

MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI , AL FATIHAH KEPADA PENUMPANG & KREW #MH370 #PRAYFORMH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom(AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka,Inmarsatdan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidangmediaesok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlinessudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan; saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.


** Al fatihah kepada semua penumpang dan krew MH370  dan takziah kepada keluarga penumpang. Kita semua perlu kuat dan terus berdoa. 


default

PENASIHAT OBAMA TERKEJUT MALAYSIA BERJAYA KERJASAMA NEGARA LAIN MISI #MH370

on Monday, March 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Timbalan Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Presiden Barack Obama, Tony Blinken memuji Malaysia, China dan negara lain kerana bekerjasama dalam misi pencarian pesawat MH370.

"Kita melihat negara-negara bekerjasama dalam cara yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini," kata Blinken kepada CNN. Tetapi Blinken mengatakan selepas dua minggu, masih belum ada "teori kukuh" tentang apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Malaysia mendedahkan semalam Perancis mempunyai imej satelit yang menunjukkan objek terapung, berpotensi sebagai serpihan di kawasan pencarian utama pesawat MH370 di Lautan Hindi bagi Australia.

Pegawai kerajaan Australia berkata semalam, salah sebuah kapal terbang yang digunakan untuk mencari pesawat MH370 dapat mengesan palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan terpinggir Lautan Hindi.

Objek itu dilihat oleh salah satu pesawat awam yang membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu. Agensi berita AFP melaporkan pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".

Dibantu oleh beberapa negara lain, AMSA sedang melakukan "pencarian berkaedah" di kawasan perairan seluas 59,000 kilometer persegi. Mereka sedang mencari objek besar yang ditemui satelit pada 16 dan 18 Mac.

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengatakan Australia, China dan Perancis sudah mengeluarkan imej satelit yang berkemungkinan besar objek boleh dikaitkan dengan MH370. China sudah menghantar kapal mereka untuk mencari pesawat tersebut, menambah kepada kapal tentera laut Britain dan Australia yang sudah mula mencari.

Jika pesawat terhempas di lautan, penyiasat berharap untuk mengenalpasti kawasan terhempas tersebut sebelum kotak hitam pesawat berhenti memberikan isyarat – kebiasaannya selepas 30 hari.

Kotak hitam pesawat amat penting untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapalnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. – tmi

default

SELAWAT BERGEMA PUTRAJAYA DISERTAI 500 RIBU UMAT ISLAM #SELAWATPERDANA @NajibRazak

on Saturday, March 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Dataran Masjid Putra di sini malam ini bergema dengan alunan merdu bacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh ratusan ribu yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang merupakan perhimpunan selawat ter besar pernah dianjurkan di pusat pentadbiran negara. 

Majlis bertemakan ‘Kesatuan, Per paduan dan Persaudaraan’ itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 Orang ramai yang majoritinya ber pakaian jubah warna putih mula membanjiri dataran Masjid Putra seawal pukul 6 petang walaupun hujan renyai bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan dise diakan penganjur. Alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW itu dipimpin oleh tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

 Sepanjang program yang berlang sung hampir empat jam itu, para ha dirin turut menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, selain disajikan dengan zikir terapi dan bacaan al-Quran berduet oleh peserta Imam Muda Amiril Md. Banin serta Pencetus Ummah (PU).

 Hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof. Selepas solat isyak, Perdana Menteri menyertai hadirin daripada pelbagai latar belakang dan usia menunaikan solat hajat serta bacaan doa bagi memohon supaya operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan. -







default

HANYA ALLAH SAHAJA TAHU BEBAN DITANGGUNG OLEH PM MALAYSIA @NajibRazak #pray4MH370 #mh370

on Friday, March 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Gambar PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak  di Masjid Putra Putrajaya mengerjakan solat maghrib semalam.

 Hanya Allah tahu betapa beratnya beban yang ditanggung oleh Perdana Menteri #Malaysia ini.

Semoga beliau dan  keluarga dirahmati  dengan  tragedi kehilangan #MalaysiaAirlines #MH370 terjawab.

Sama2 la kita #doauntukmh370 #PrayForMH370 #prayformh370 #pray4mh370 #Pray4MH370 #pray4allpassengermh370



default

ANWAR KANTOI PUTAR BELIT FAKTA HENTAM NAJIB GAGAL SELESAIKAN KRISIS #MH370 #PRAY4MH370

on Thursday, March 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. 

Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.





Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.


Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. Full Stop.

default

MALAYSIA NEGARA KECIL TAPI BERJAYA URUSKAN OPERASI SAR TERBESAR SEJARAH DUNIA #MH370 #PRAY4MH370

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bukan senang nak menguruskan Operasi SAR yang dianggap terbesar dalam sejarah dunia tetapi Malaysia sebuah negara kecil berjiwa besar  berjaya menguruskannya dengan baik & ini diakui oleh tentera AS. klik di sini

Bantuan dihulurkan oleh 25 buah negara membuktikan  hubungan baik pemimpin negara kita dengan negara luar berjaya digunakan dalam usaha mengesan  pesawat hilang MH370 milik Malaysia Airlines .

Tetapi ada juga pemimpin dan macai pembangkang menghentam membabi buta  usaha kerajaan  hingga sanggup menjadi tebusan digantikan dengan penumpang MH370. 

Insiden kehilangan MH370, menampakkan dengan lebih jelas, pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil namun tidak tunduk kepada mana-mana pihak dan pada masa yang sama berjaya menjaga hubungan antarabangsa. 

 Malaysia juga  mempunyai pemimpin-pemimpin negara , ketua pasukan keselamatan  dan perisikan yang bijak terutaman dalam mengurusan operasi SAR MH370  . Yang terbabit majoritinya pemimpin berbangsa Melayu !!

 Sekali gus, menolak spekulasi yang merendah-rendahkan kemampuan kerajaan Malaysia. Tambahan setelah menolak kerjasama dengan Interpol dan tidak terus membuta tuli menerima tawaran Iran. 

Sejak itu, Malaysia terus dihentam zionist Barat terutaman di zaman Tun M menjadi Perdana Menteri  . Syabas Malaysia! kerana tindakan itu sebenar tindakan yang sangat bijak. 

Bagi mereka yang memahami dan berfikir pastinya bangga dengan pendirian Malaysia dalam menghadapi krisis kehilangan pesawat MAS Boing 777-200 MH370.






- Usaha mengesan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 telah menjadi antara operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan dalam sejarah dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kuala Lumpur menghargai bantuan daripada semua negara terlibat dan menggambarkan kerjasama itu merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

"Ini mungkin merupakan perkongsian maklumat satelit dan mobilasi aset dan armada paling besar yang pernah dilakukan dalam situasi yang tenang untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima adalah sangat baik," katanya kepada pemberita di lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Hishammuddin pada masa yang sama mengakui kerjasama dalam skala besar-besaran itu turut mewujudkan cabaran yang besar.

"Kerjasama itu bukan sahaja melibatkan perkongsian maklumat radar dan satelit, tetapi turut membabitkan aspek teknikal selain mobilasi aset untuk mengesan pesawat MH370," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, dengan mengenal pasti kedudukan pesawat MH370 di koridor utara dan selatan, memudahkan Kuala Lumpur mendapat kerjasama daripada negara-negara jiran khususnya dalam soal perkongsian maklumat radar tentera.

Beliau turut memberitahu bahawa usaha mencari dan menyelamat di koridor selatan bukan satu keadaan yang menarik tetapi sangat mencabar kerana melibatkan kawasan laut yang luas.

Hishammuddin berkata, dari segi pembekalan data radar di koridor selatan, hanya terdapat dua negara yang boleh menawarkan bantuan iaitu Indonesia dan Australia.

"Kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk memimpin usaha mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita yang mahu tahu sama ada koridor selatan sebagai lebih 'menarik' kerana menawarkan lebih banyak petunjuk untuk mencari pesawat MH370.

Malaysia sebelum ini telah menegaskan bahawa tumpuan sama akan diberikan kepada kedua-dua koridor untuk mencari pesawat MH370.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pasukan Perancis yang berpengalaman mencari kotak hitam Air France Airbus A330 di Lautan Atlantik turut menawarkan bantuan.
"Kita tengah mengenal pasti aset yang boleh digunakan dalam usaha mencari di koridor selatan," katanya.
Koridor selatan melibatkan kawasan maritim yang luas iaitu dari timur Sumatera di Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, Hishammuddin menafikan bahawa pesawat MH370 yang hilang lebih 10 hari lalu pernah dijumpai di Maldives.
Penduduk di Maldives sebelum ini dilaporkan melihat sebuah kapal terbang besar dengan jalur merah terbang rendah ketika melalui kediaman mereka kira-kira pukul 6.15 pagi, 8 Mac lalu.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengesahkan bahawa pesawat MH370 tidak ditemui di Thailand selepas beliau melakukan semakan dengan pemimpin negara itu.
Pihak Thailand dilaporkan mengesan pesawat tidak dikenali dalam radar tentera yang berkemungkinan pesawat MH370.

default

BILA KOMANDO ELIT MALAYSIA DIHANTAR KE KORIDOR UTARA MENGESAN #MH370 ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments



Keputusan ini dinantikan GPB  dalam Operasi SAR MH370 yang sudah memasuki hari ke 12 bila MINDEF sudah bagi Green Light arahkan sekumpulan komando elit ATM  dihantar membantu operasi .

Kalau disebut Komando sudah tentunya dihantar  mungkin dari GGK iaitu pasukan khas naungan ATM   kerana ia ditugaskan  mengesan di kawasan  Koridor Utara iaitu meliputi negara India , Kazakstan , Pakistan & lain-lain . Lokasi dituju dalam misi ini sudah tentunya rahsia kerana membabitkan keselamatan.

Walaupun beberapa negara di koridor utara mendakwa gagal  mengesan pesawat MH370 memasuki ruang udara mereka contohnya India , penghantaran pasukan komando ini dibuat  sejurus selepas  taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara .

GPB tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung taklimat tergempar ini tetapi sebagai rakyat  kena yakinlah dengan usaha kerajaan & pasukan keselamatan  kita. 

Kadang-kadang ada perkara  yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang . 



Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.
Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro. 

Sabtu lalu PM  memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro - 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.