Archive for January 2017

default

NETIZEN KUTUK JERSI TERBARU PENANG 2017 MACAM BAJU SEKOLAH

on Saturday, January 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


13/01/2017 Pulau Pinang – Walaupun Faiz Subri telah mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia ke persada dunia, namun lain ceritanya dengan apa yang terjadi didalam skuad bolasepak negeri itu hari ini.
Pelancaran jersey baru untuk skuad bolasepak berkenaan bagi musim 2017 ternyata mendapat respon yang sangat negatif dari kebanyakan peminat bolasepak negeri ini.
Malah peminat dari negeri-negeri berhampiran juga tak kurang mengambil kesempatan untuk mengkritik jersey baru yang dianggap paling buruk dalam sejarah sukan bolasepak negeri tersebut.
Jersey baru skuad Harimau Kumbang itu dilancarkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama-sama Timbalannya Rashid Kasnon.
Dengan menggunakan tagline ‘Simple tapi Rare’.., jersey berkenaan mendapat kritikan kerana dianggap ketinggalan zaman serta setaraf dengan jersey kanak-kanak sekolah rendah.
Ada juga netizen yang menyifatkan penglibatan orang politik DAP didalam pasukan bolasepak negeri telah mencacatkan sukan tersebut terutamanya dari segi pemilihan jersey.
Mungkin mereka merujuk kepada Adun DAP Bukit Bendera iaitu Zairil Khir Johari yang dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Pulau Pinang ketika ini.
Apapun persepsi yang dilemparkan oleh penyokong serta peminat skuad Harimau Kumbang kepada pihak pengurusan Penang FA, yang pastinya jersey baru skuad bolasepak Pulau Mutiara itu bagi musim 2017 sangat memalukan.
Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan, walaupun dijual dengan harga RM19.90 sehelai sekalipun, penyokong dan peminat Pulau Pinang akan ragu-ragu untuk membelinya. – Utaranews.com


default

Belasungkawa untuk Ketua Menteri Sarawak TS Adenan Satem

on Wednesday, January 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dukacita dimaklumkan Ketua Menteri Sarawak, Tok Nan yang berjiwa rakyat & penyayang terhadap rakyatnya telah kembali ke rahmatullah jam 1:20PM tadi di IJN Samarahan, Sarawak.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Semoga Allah SWT ampuni segala dosanya, merahmatinya, muliakan pemergiannya, lapangkan pusaranya, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. #AlFatihah

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

#SalamTakziah

default

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI PINDAH KERANA SUDAH TAK STRATEGIK

on Sunday, January 8, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

Mana tidaknya, jika kita lihat di kawasan berhampiran, sudah muncul bangunan mencakar langit bagai 'cendawan selepas hujan'. Bukan kata tak strategik, malah agak bodoh sekiranya pihak berkuasa menjalankan operasi ketenteraan di sebuah kem yang berada di 'bawah' bangunan tinggi, khususnya premis pejabat dan perumahan.

Tidakkah kita terfikir, jika ada sebarang misi pengintipan terhadap sistem keselamatan dan pertahanan negara kita, maka cukup mudah untuk para pengintip melihat setiap aktiviti dan rahsia dalaman kem tentera kita hanya melalui jendela bangunan-bangunan tinggi di tepian kem berkenaan.

Apatah lagi kem berkenaan terlalu hampir dengan lebuh raya dan ibu negara kita yang menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan rakyat sendiri, malah para pelabur asing. Tidak terfikirkah kita betapa mudahnya kem tersebut untuk disabotaj pihak tidak bertanggungjawab? Bagi mereka yang amat suka mempolitikkan semua perkara, mungkin soal ini sukar untuk mereka perasan.

Oleh sebab itu kem tentera udara berkenaan telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

Cuma, apa yang dikesalkan adalah serangan dari DAP yang cuba mempertikai tindakan Kerajaan memindahkan kem tersebut ke sebuah lokasi yang lebih strategik dan selesa. Tuduh DAP, proses penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil Bandar Malaysia adalah pada nilai bawah pasaran.

Kerajaan tampil menafikan bahawa penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kerajaan (Kementerian Pertahanan) dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama, sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai. Mana mungkin sebuah projek atau perkara yang masih belum terjadi dituduh seakan telah berlaku?

Ikut logik pembangkang, jika kita membangunkan sebidang hartanah untuk manfaat masa depan, ia boleh mengundang kepada kerugian. Walhal, persepsi ini hanyalah propaganda DAP yang mahu melibatkan rakyat bersama-sama menentang pembelian tanah oleh 1MDB demi kepentingan pemilikan hartanah Melayu.

Dalam penjualan kem tentera udara itu kepada 1MDB, ia dilakukan pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, mencecah antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi. Jadi, adakah Kerajaan sedang berusaha 'melenyapkan' kem tentera udara berkenaan seperti didakwa pembangkang? Selain daripada mahu menjadikan kawasan itu sebagai bandaraya moden dunia, kem tentera udara tersebut terpaksa 'diubah' demi untuk memastikan ia lebih strategik. - BeruangBiru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.