Archive for February 2020

default

DESPERADO MAHATHIR & PH YANG GILA KUASA

on Saturday, February 29, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sebelum meneruskan ulasan, abam ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana akhirnya beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Namun disebalik kelegaan semua pihak dgn berakhirnya kemelut politik yang sudah berlarutan selama seminggu, pihak Pakatan Harapan yang kini diterajui oleh Tun Dr Mahathir masih meneruskan drama yang sepatutnya sudah berakhir pada waktu Asar tadi.



Malam ini, secara tiba tiba, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian membuat pusingan U dgn menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan. Malah, Pakatan Harapan kini mendakwa mereka mempunyai 114 sokongan dengan penyertaan semula Baru Bian ke dalam kem mereka.

Lebih hebat lagi, mereka mendakwa Gabungan Parti Sarawak -GPS telah menyatakan sokongan mereka terhadap Tun M. Mereka mendakwa mempunyai SD bagi menyokong dakwaan mereka.

Agak menghairankan, sejak 3 hari kebelakangan ini, GPS dengan tegas menyatakan, mereka menerima siapa sahaja menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan asalkan tidak bersama DAP.

Persoalannya, adakah dgn penyertaan Baru Bian seorg seperti yang digembar gemburkan, angka sokongan mereka bertambah secara mendadak dari 108 kepada 114?

Dalam hal ini, abam berpendapat, Pakatan Harapan dengan sengaja mencabar keputusan YDPA yg telah mengambil keputusan melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Disamping itu, mereka cuba mewujudkan persepsi dan tekanan yg tidak sepatutnya terhadap rakyat.

Sebenarnya, apa yg telah diputus oleh YDPA hari ini tidak lagi boleh dicabar. Ianya seumpama telah digazetkan dan mana mana pihak yang ingkar, boleh ditakrifkan sebagai penderhakaan terbuka terhadap Istana.

PH hari ini mempunyai dua sahaja pilihan iaitu mencabar keputusan YDPA di mahkamah atau mereka membawa usul undi tidak percaya di Parlimen apabila Parlimen bersidang kelak.

Mereka pasti sedar, sebarang usaha mencabar keputusan YDPA di mahkamah tentu akan memakan masa yg lama dan sukar untuk mereka memenangi kes ini. Justeru, pilihan yang ada adalah mengusulkan undi tidak percaya.

Namun perlu diingatkan, andai usul ini berjaya, kuasa menasihati YDPA untuk membubarkan Parlimen ada di tangan Perdana Menteri ke 8. Tidak mustahil beliau akan menggunalan kuasa eksekutif ini untuk menggagalkan gerakan PH terutama sekali Tun M.

Dalam hal ini, kita perlu melihat beberapa segi Perundangan yang ada. Sebagai contoh keputusan YDPA dalam isu lantikan ini tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana ianya

(i) di bawah kuasa budibicara Tuanku yg tidak perlu mengikuti nasihat oleh mana-mana pihak - lihat Artikel 40(1) dan 40(2), Perlembagaan Persekutuan;

(ii) kaedah penentuan oleh Tuanku mengenai isu "sokongan majoriti" adalah kuasa prerogatif Tuanku yg mana adalah "non-justiciable" (tidak boleh dicampurtangan oleh Mahkamah).

Dalam menangani krisis seperti ini memerlukan:
(i) Raja yang matang & bijaksana: "In this, the maturity and wisdom of the ruler is incumbent"

(ii) Raja yang memastikan keamanan terjaga: "One of the most critical executive powers of the ruler is his constitutional duty to maintain peace and order for the public good"

Malah, YDPA telahpun menyelesaikan kes ini dengan matang bijaksana kerana:

(i)  Negara kekal aman;
(ii) PM Ke-8 dilantik melalui proses yang teliti oleh Tuanku yang telah membuat pelbagai penilaian ke atas Ahli-ahli Parlimen dengan berjumpa dengan mereka dan wakil-wakil parti-parti yang berkenaan.

Justeru, apa yang dilakukan oleh PH malam ini dan hari hari mendatang tidak lebih dari sekadar tindakan terdesak yang boleh ditakrifkan sebagai cubaan menderhaka kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Melayu.

Adios

~Abam JMK~

default

MUHYIDDIN HAMPIR PASTI PM 8 , AWAS SERANGAN PASUKAN ANWAR !!

on Friday, February 28, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 UMNO , PAS , BERSATU  serta MCA MIC sudah bersetuju menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin  sebagai calon PM 8 seperti yang dititahkan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong .

Hampir pasti GPS ,Warisan serta beberapa parti di Sabah akan menyokong TS Muhyiddin . Malah TS Shafie Afdal sudah berada petang tadi di kediaman TS Muhyiddin . 

GPS pulak tentu akan menyokong sebab mereka akan menentang DAP di PRN Sarawak tahun 2021 . 



Kita yakin Anwar  tengah sibuk   hubungi Ahli Parlimen yang belum membuat lagi keputusan seperti Warisan , GPS , Bebas  dan lain lain .  

Teringat dulu semasa penipuan bersejarah   16 Sep   , bekas Ahli Parlimen PKR  Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim  pernah berkata beliau   dijanjikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri jika berjaya 16 Sept  menjadi Perdana Menteri . 

Jadi , tak mustahil dalam tempoh sekarang hingga esok , tentu pelbagai janji bulan dan bintang akan didengar oleh Ahli Parlimen .


Manusia bernama Anwar Ibrahim ini  tidak akan mengaku kalah dan pelbagai cara akan digunakan beliau bagi memastikan dirinya yang menjadi Perdana Menteri ke 8 .  AWAS !!


default

ADAKAH BUBAR PARLIMEN DIUMUMKAN PETANG INI ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kenyataan Tun M kelmarin  agak mengejutkan iaitu sidang khas Parlimen minggu depan diadakan bagi memilih PM.

Diketika semua Rakyat lebih tertumpu kepada keputusan dari Istana Negara , PM Interim dilihat seolah olah mendahului Istana.

Adakah Tun M semakin terdesak ?

 Jika dilihat tindak tanduknya  memang jelas malah secara tiba tiba setuju kalau Tan Sri Muhyiddin dicalonkan PM  gabungan baru.

Adakah Tun u turn mahu  kembali terima kerjasama dengan Umno seperti Langkah Sheraton sebelum ini  dan mengetepikan politik dendamnya demi negara ?

Muafakat Nasional mahukan penyelesaian krisis politik ini melalui PRU15 manakala Tun M mahu kekal berkuasa melalui unity goverment dan kini mahu meletakkan TS Muhyiddin calon PM pulak .




1. Ini kerana saya telah membaca berita sebelumnya yg Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang di Istana Negara esok berkaitan kemelut politik negara.

2. Berdasarkan kenyataan Tun M bahawa YDPA tidak menemui mana-mana ahli parlimen yg mempunyai majoriti mudah untuk dilantik sbgi PM maka satu sidang khas pada 2 Mac 2020, isnin depan akan diadakan bagi memilih PM.

3. Kenyataan Tun M ini sebenarnya bercanggah dengan Perkara 43(2)(a), (4) dan Perkara 55 (1)&(2) Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes DS Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin v DS Zambry Abdul Kadir; Peguam Negara (Pencelah) [2012] 6 MLRA 259.

4. Peruntukan2 Perlembagaan di atas memberikan kuasa kepada YDPA utk terus membubarkan Parlimen apabila tiada mana2 ahli parlimen yg mempunyai majoriti mudah untuk dilantik sbgi PM. Ini sangat jelas.

5. Malah Mahkamah Persekutuan di dalam kes yg dinyatakan di atas telah memutuskan:

Persoalan sokongan majoriti mudah ke atas mana2 ahli Dewan Undangan Negeri (di dalam kes ini Ahli Parlimen) boleh ditentukan di Istana dan tidak semestinya di Dewan Undangan Negeri (di dlm kes ini Dewan Rakyat).

6. Maka setelah YDPA menentukan tiada mana2 ahli Parlimen mempunyai sokongan majoriti mudah di Istana Negara dengan menemui seorang demi seorang ahli Parlimen TIADA LAGI KEPERLUAN di sisi undang2 utk satu persidangan khas Dewan Rakyat bagi tujuan itu.

7. Majlis Raja-Raja belum lagi bersidang esok maka tindakan mengeluarkan kenyataan sebegini adalah tidak wajar sama sekali.

Adnan Seman
Peguam

default

7 SEBAB KERAJAAN PH RUNTUH BUKANNYA SALAH UMNO PAS

on Monday, February 24, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Dengan perletakan jawatan Tun Mahathir selaku PM, maka *secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri* sebagaimana yang diperkenankan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

Secara mudahnya *KENAPA* Kerajaan PH runtuh?

1. *Perebutan kuasa* kerusi Perdana Menteri (PM ) secara berterusan antara DS Anwar Ibrahim dengan penyandangnya Tun Mahathir.

2. *Perbalahan besar* antara parti-parti politik dalam PH terutamanya antara PPBM dengan PKR, DAP dan PAN.

3. *Persengketaan dalaman* PKR antara kumpulan Anwar Ibrahim dan kumpulan Azmin Ali hingga keluar video yang memualkan.

4. *Tekanan berterusan* pihak DAP, PKR dan PAN ke atas Tun Mahathir untuk serahkan kuasa PM kepada Anwar Ibrahim sehingga kemuncak perbalahannya dalam *Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan* pada hari Jumaat lepas 21 Februari 2020.

5. Rentetan daripada *perbalahan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH,* PPBM mengadakan Mesyuarat khas tergempar pada hari Ahad 23 Februari 2020 untuk membuat keputusan sama ada *terus kekal dalam PH ataupun sebaliknya.*

6. PPBM secara rasminya membuat *pengumuman keluar* daripada PH, diikuti DS Azmin Ali bersama 11 Ahli Parlimen PKR pada hari Isnin 24 Februari 2020.

7. Akibat tekanan dan pertelingkahan berterusan maka akhirnya Tun Mahathir mengumumkan *perletakan jawatan* selaku PM pada hari Isnin 24 Februari 2020, yang kesannya terbubarlah Kabinet dan Kerajaan PH setelah *21 bulan berkuasa!*

*CUKUP-CUKUPLAH MENYALAHKAN MUAFAKAT NASIONAL (UMNO ataupun PAS) ATAS KELEMAHAN DAN KONFLIK DALAMAN PH!*

#KerajaanSeparuhPenggal


*Dr. Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_

24 Februari 2020

https://www.facebook.com/116331768396879/posts/3256005027762855/

default

MP UMNO & PAS KE ISTANA NEGARA PETANG INI !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SEMUA ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan ke Istana Negara pada jam 5 petang ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu mendakwa, pihaknya sudah memiliki jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ya kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (ahli Parlimen). Petang ini kami akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,” katanya.
Ditanya sama ada semua ahli Parlimen BN dan PAS akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bersama Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini, Takiyuddin sekadar menjawab ya.

default

TERKINI : TUN M LETAK JAWATAN PM & PENGERUSI PPBM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perletakan jawatan PM & Pengerusi Bersatu menandakan isyarat bahawa Tun M akan bersara & tidak memegang lagi jawatan dalam politik

Ini bakal memberi laluan  akan untuk Malaysia PM ke 8 yang baharu setelah mendapat mandat dijangka hari ini



default

ANNUAR MUSA JAWAB KENAPA UMNO SOKONG KERAJAAN GABUNGAN BARU TUN M

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru- TS Anuar Musa

Baca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah 👇


TS SAnnuarMusa:

Segalanya bermula dari dlm PH sendiri.Apabila kami di beri bayangan 14/15 Ahli Parlimen PKR dan hampir semua 25 MP ppbm hilang KEYAKINAN pada PH,bererti kjaan PH runtuh.
Dlm situasi ini kita ada 2 option.pertama BUBAR PARLIMEN,kedua BENTUK KJAAN BARU jika mandat mencukupi..

Dua option ini kuasanya terletak pada PM dan SPB YDPA.Sebagai parti politik kita buat pendirian kita..BUBAR PARLIMEN KITA SETUJU..atau  pilihan kedua,KERANA PH RUNTUH KITA BERI DOKONGAN PADA PM UTK BENTUK MUAFAKAT BARU.Antara 2 itu,yg penting jgn rakyat jadi mangsa

Hari ini UMNO memberi mandat kpd PRESIDEN utk ambil apa jua langkah yg terbaik utk parti dan rakyat,khusus nya org melayu dan bumiputera.6 parti tertentu jika bersepakat MAMPU MENSTABILKAN POLITIK NEGARA.

Kita sudah tunaikan tanggung jawab kita,KINI TERPULANG PADA PM DAN PERKENAN SPB YDP Agong..

Yang bermasaalah itu PH,yg gagal itu PH,yg berpecah itu PH.Blok Pembangkang committed mengutamakan apa yg terbaik bagi kepentingan rakyat.Negara mesti selamat,stabil dan pimpinan tumpu bekerja utk rakyat.Kami ketepikan sentimen.Kami hulurkan PENGIMBANG demi kestabilan..

Segalanya berpunca dari sifat takabbur,sombong,dan rakus dlm PH itu sendiri.Usah salahkan orang lain.Jgn lupa,bukan mereka dlm kjaan saja ada mandat rakyat.Bukan LGE,LKS,MS,KS,DSAI saja!!Kami pembangkang juga ada mandat.Kjaan itu campuran..bukan mutlak mana mana parti!!

Bila formula kamu runtuh,tiada pintu depan atau belakang.Kami ada pilihan sama ada MEMBAKARNYA,atau hulur tangan bina baru.Kami harus fikir mana terbaik utk rakyat.Pemimpin mau terus SOMBONG DAN BERCAKARAN?atau kita stabilkan dan bekerja utk rakyat.Kemudian kita kembali pd rakyat

Govt that loses the support loses the legitimacy....simple right?..the people??..YES!!...all MPs represent the people..SEBAB ITU JGN TERLALU SOMBONG YB!!..only now you talk about rakyat..for two years you kencing rakyat!

default

SIAPA KHIANAT TABUNG HAJI, BN ATAU PH?

on Thursday, February 20, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



1. Kemelut yang melanda Tabung Haji (TH) hari ini bukan berpunca dari penyelewengan, curi duit atau pelaburan palsu seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan (PH).

2. Keuntungan Bersih TH pada 2017 ialah RM3,412 juta, RM2,486 juta (2016), RM3,536 juta  (2015), RM2,979 juta (2014).

3. Manakala Hibah yang dibayar menggunakan peruntukan sejumlah RM3,324 juta (2017), RM2,871 (2016), RM3,220 juta (2015) dan RM3,237 juta (2014). Terlebih bayar hibah berbanding keuntungan pada 2014 dan 2016 telah di offset dengan pengurangan hibah pada 2015 dan 2017.

4. Justeru adalah sangat tidak benar dakwaan seorang ekonomis populis pro-PH yang pergi memberi tahu orang kampung bahawa TH di bawah BN beroperasi seperti sistem Pak Man Telo atau skim piramid; yang menggunakan wang pelabur bagi membayar dividen.

5. TH adalah satu institusi pelaburan besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit setahun. Ia tidak sama langsung dengan skim Pak Man Telo atau mana-mana skim Piramid seperti cuba digambarkan oleh ekonomis ini. Skim Piramid tidak mempunyai pelaburan luar yang mampan dan mencatatkan keuntungan.

6. Kemelut TH bukan sebab Azeez Rahim curi duit atau berlaku penyelewengan berbilion ringgit. TH menjadi kontroversi kerana PH memerlukan naratif politik bahawa UMNO khianat institusi melayu dan Islam.

7. Apabila PH menjadi kerajaan, orang Melayu/Islam tidak mempercayai mereka dan melihat PH sebagai ikatan politik yang didominasi oleh DAP.

8. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana 70% orang Melayu tidak mengundi PH. Perdana Menteri Melayu PH datang dari parti yang mempunyai mempunyai kerusi tidak sampai separuh dari DAP. Jawatan-jawatan penting diberikan kepada mereka yang berasosiasi dengan DAP.

9. Justeru PH perlukan batu loncatan untuk menarik sentimen orang Islam di negara ini. Salah satu naratif ialah TH kerana agensi ini sangat dekat dengan hati dan emosi umat Islam.

10. Maka dibesar-besarkan aset semasa kurang dari jumlah wang pendeposit. Digembar-gemburkan TH telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana membayar hibah walaupun liabilitinya melebihi aset.

11. Benar ini berlaku. Tapi ini bukan kehilangan wang seperti cuba dikelirukan oleh PH. Kebanyakan aset TH yang rosot nilai ialah pegangan saham di Bursa Malaysia. Ia boleh berubah bila saham meningkat kembali.

12. Ambil contoh, rosot nilai aset TH pada 2017 ialah RM4.1 bilion meningkatkan kepada RM10 bilion pada 2018 apabila Bursa Malaysia jatuh teruk akibat kegagalan pentadbiran PH.

13. Namun kita tahu sebahagian aset yang mengalami rosot nilai atas kertas ini memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun.

14. Ambil contoh Malakoff, TH beli sahamnya 500 juta saham pada harga RM1.80 sesaham, namun pada penghujung 2018, akibat kegagalan pentadbiran PH, Bursa Malaysia merosot dengan teruk, maka harga sahamnya jatuh kepada 80 sen seunit. Ia bermakna TH rugi atas kertas RM500 juta.

15. Kerugian TH ini hanya atas kertas. Jika tahun hadapan saham ini meningkat semula maka aset TH akan kembali meningkat. Namun dalam masa yang sama TH mendapat dividen sekitar RM30 juta setahun daripada Malakoff.

16. Kini apabila saham Malakoff dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dividen sekitar RM30 juta setahun ini akan diterima oleh syarikat ini. UJSB tidak perlu membayar sesen pun kepada TH kecuali pada Sukuk yang tamat pada 7 dan 10 tahun lagi.

17. Siapa tidak mahu berniaga bagi satu sijil hutang dan anda dapat RM30 juta setahun?

18. Ambil contoh kedua, TH telah membeli tanah di Tun Razak Exchange dengan harga RM186 juta. UJSB di bawah Kementerian Kewangan telah mengambil alih tanah ini dengan memberi satu surat hutang sebanyak RM400 juta kepada TH yang perlu dijelaskan dalam tempoh 7 atau 10 tahun.

19. Tanah ini telah dinilai mempunyai GDV minima sekitar RM900 juta apabila dibangunkan kelak. Bayangkan berapa banyak sub projek yang akan diwujudkan di bawah pembangunan ini. Jika di bawah TH ia akan memberi peluang kepada usahawan dan kontraktor Islam. Apabila di bawah SPV bawah kawalan MOF, anda fikir sendirilah.

20. Siapa pun boleh berniaga macam UJSB ini. Tidak perlu keluar apa-apa modal. Bagi dua kertas Sukuk tanpa jaminan, anda dapat perniagaan yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

21. Sekarang orang Islam fikir sendiri siapa khianat Tabung Haji, Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

AB Jalil Backer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.