Reformis bidas MB
PUTRAJAYA 30 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan negeri yang tidak bijak dan tidak tahu mentadbir sebuah negeri maju.
Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, antara kelemahan ketara Menteri Besar itu adalah kegagalannya menangani isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam dengan baik sehingga mencetuskan rasa kurang senang majoriti penduduk Islam di kawasan itu.
Beliau berkata, Reformis sejak dulu lagi mengecam segala bentuk pentadbiran Abdul Khalid yang lemah sehingga menjurus kepada penganiayaan terhadap rakyat khususnya di Selangor.
''Isu pembinaan kuil di Seksyen 23 seharusnya boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu mencetuskan ketegangan antara kaum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri yang meluluskan pembinaan kuil di tapak seluas 0.2 hektar sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam kerana Seksyen 23 dihuni 75 peratus masyarakat Islam.
Tambahnya, sebagai seorang ketua kerajaan negeri, Abdul Khalid mempunyai kuasa untuk membatalkannya dan keputusan tersebut sudah pasti mampu mewujudkan kembali keharmonian di situ.
komen PB
Dari dulu lagi PB sudah nampak Khalid Gagap ini tak boleh jadi pemimpin untuk memerintah negeri Selangor ini . Geng Reformis yang juga Ahli PKR ini pun sudah nampak kegagalan Khalid yang cukup lemah sehingga isu kuil di seksyen 23 ini gagal ditangani dengan baik.
Kerajaan negeri sepatutnya berbincang dahulu dengan penduduk sebelum memutuskan rumah ibadat di kawasan berkenaan. Ini selepas bantahan daripada penduduk ,baru lah Khalid gagap ini nak turun bincang .Walau bagaimnapun , perbincangan itu hanya disertai oleh MBSA dan PKNS bukanya khalid sendiri @ Exco yang bertanggujawab dan tidak pun khalid gereja dan rodziah ... takut jumpa rakyat ke ?? dulu rakyat inilah yang undi hang pa masa pilihanraya dulu kini berlagak pulak tak mahu tengok depa....macam inikah pemimpin ???Rakyat Selangor kini benar-benar menyesal kerana memberikan kuasa kepada pakatan haram pembangkang pada PRU ke 12 lalu dan kini sedang bergelut membetulkan keadaan.Justeru, tepatlah seperti apa yang cuba ditionjolkan oleh penduduk seksyen 23 Shah Alam sebenarnya ialah meminta para pemimpin Melayu supaya jangan jadi lembu atau bodoh macam lembu hingga sanggup dicucuk hidung.
Semoga sambutan kemerdekaan yang ke 52 ini memberi erti dan kesedaran kepada orang Melayu supaya sedar akan kuasa politik Melayu kini semakin ditekan oleh pihak yang rakus merebut kuasa dengan bantua Sang Pengkhianat Bangsa yang sanggup gadai maruah agama dan bangsa sendiri .
Link