Archive for September 2015

default

KERAJAAN NASIHAT JANGAN TERPEDAYA BANNER PALSU PROGRAM 6P HALALKAN PATI @Zahid_Hamidi @KDNPutrajaya

on Wednesday, September 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tersebar meluas banner iklan promosi  kononnya ada pihak membuat program 6P untuk pemutihan PATI di media sosial .  

Sebenarnya ia palsu dan kerajaan tidak PERNAH  membenarkan mana-mana pihak menjalankan program bulan Oktober dengan mengenakan bayaran  .



PUTRAJAYA - Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi menjalankan program pemutihan '3P' atau '6P' dan sebagainya untuk pendatang asing tanpa izin (Pati), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata majikan dan agensi pekerjaan sah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan serta promosi tentang program '3P' dan '6P' tersebut yang disebarkan secara berleluasa menerusi media sosial. 
"Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat palsu mengenai program pemutihan yang diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengenakan bayaran tertentu kepada majikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustafa berkata majikan serta agensi pekerjaan adalah dinasihat agar sentiasa merujuk kepada laman web Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat yang sahih.
Katanya program pemutihan 6P telah berakhir tahun lepas dan kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menggantikannya dengan program lain seperti 3P dan sebagainya. - Bernama

default

ANIFAH SOUND MENTERI LAIN JANGAN MASUK CAMPUR WISMA PUTRA

on Tuesday, September 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyuarakan kekecewaannya susulan tindakan beberapa menteri kabinet yang mengambil tindakan tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Tanpa menamakan menteri terbabit, Anifah bagaimanapun merujuk kekecewaannya terhadap isu yang melibatkan arahan memanggil Duta Besar China Huang Huikang ke Wisma Putra.

"Saya berasa amat dukacita kerana beberapa menteri kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu."

Jelasnya, beliau tidak pernah membatalkan arahan untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau.

Bagaimanapun, tegasnya campur tangan menteri terbabit dalam hal ehwal Wisma Putra memberikan persepsi negatif.

Beliau juga yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.

Tindakan untuk memanggil Huang juga adalah amalan biasa kata Anifah.

"Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuatnya semasa beliau melawat Jalan Petaling tempoh hari." katanya

"Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya." jelasnya lagi.

Anifah juga menyatakan amalan untuk memanggil wakil negara asing adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Perhubungan Diplomatik 1961.

Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini dilaporkan membatalkan arahan memanggil Huang ke Wisma Putra pada hari sama pertemuan itu sepatutnya berlangsung pada Isnin.

Huang dipanggil ke Wisma Putra bagi menjelaskan mengenai lawatannya ke Jalan Petaling serta kenyataannya baru-baru ini yang dianggap mencampuri hal ehwal dalaman negara.

Bagaimanapun, Huang mempertahankan lawatannya bersifat muhibah.

Arahan untuk memanggil Huang ke Wisma Putra dikeluarkan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Naina Merican.

Anifah kini berada di luar negara.

default

KHAIRY NASIHAT JANGAN SAMPAI HILANG MARUAH KERANA JAGA HATI NEGARA BESAR @KhairyKJ

on Monday, September 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Maruah Negara tidak boleh hilang dengan mudah semata-mata kerana menjaga kepentingan dengan China atau negara besar yang lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, isyarat itu harus dihantar ke semua negara untuk membuktikan keutuhan kerajaan sendiri.

"Kita kena hantar isyarat ke negara lain, apa sahaja yang berlaku di Malaysia ini adalah urusan kita, jangan sampai hendak menjaga hati negara besar, kita hilang maruah dan menyalahi norma diplomasi," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia Pasifik Untuk Orang Pekak (APDG 2015) di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Khairy, apa yang dilakukan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang merupakan kesalahan besar.

Pada Ahad, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Huikang tidak harus mencampuri hal ehwal negara apabila membuat kenyataan selepas membuat lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini.
Tegas Dr Rais, kenyataan Huikang juga seolah-olah mengganggu urusan kerajaan Malaysia sekali gus di luar konteks Kedutaan China sendiri.

Huikang sebelum ini dilaporkan berkata negara China mengecam golongan yang menggunakan keganasan dalam usaha mengganggu ketenteraman awam selain mengakui kerajaan China cintakan keamanan sesama kaum dalam hubungan antarabangsa dan tidak akan masuk campur dalam mana-mana isu domestik negara-negara lain.

default

KHAIRY NASIHAT KHAIRUDDIN JUGA TIDAK KEBAL UNDANG -UNDANG

on Tuesday, September 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ahli perniagaan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dinasihatkan tidak melatah dengan tindakan dan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadapnya ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihak berkuasa bertindak selepas kritikan keras bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu terhadap polis melalui laman sosial Facebook sebelum ini.
Menurut beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan, tindakan Khairuddin itu jelas merupakan satu kesalahan kerana mempertikai tugas pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Khairuddin serta pihak-pihak lain supaya memahami tidak ada individu yang kebal daripada undang-undang di negara ini.

“Beliau harus melalui proses siasatan selepas terdapat laporan polis dibuat dan sekiranya berasakan tidak bersalah, beliau boleh menggunakan khidmat peguam,” katanya.

Khairy ditemui pemberita selepas menghadiri program Fit Malaysia peringkat negeri di sini hari ini yang dihadiri lebih 25,000 peserta.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP), Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Jumaat lalu, Khairuddin direman selama enam hari dan kini disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sebelum ini peguamnya, Matthias Ching seperti dipetik laman web akhbar New York Times mengesahkan Khairuddin dijadual bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di lokasi rahsia di Amerika Syarikat (AS) esok.


default

POLIS TINGKATKAN KESELAMATAN SERUAN IS SERANG MALAYSIA

on Monday, September 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Negara IS kini declare terang2 mahu melakukan serangan terhadap Malaysia. Ini yang kerajaan ,Polis dan  Tentera sedang usahakan untuk perangi tindakan pengganas ini .

Pemimpin dan macai2 cauvinis Dap mereka tak fikir itu semua dan tindakan mereka menghina agama  Islam  sebenarnya boleh mengundang bahaya oleh pengganas IS .




default

VIDEO : LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA DAKWA SUARA GHAIB ARAHNYA JADI IMAM

on Saturday, September 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Seorang lelaki bertindak menampar Imam Masjid Negara ketika solat Jumaat hari ini kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semasa rakaat pertama solat berkenaan yang dipimpin oleh Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39.
Lelaki warga negara India berusia 31 tahun itu datang dari arah belakang ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah, kata Zainol.
Difahamkan lelaki berkenaan cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee namun gagal menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba.
Pihak pengurusan masjid kemudiannya serta merta membawa lelaki berkenaan keluar dan menyerahkannya kepada pihak polis.
Zainol berkata lelaki itu telah ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
“Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai mengalami masalah mental dan sering bercakap seorang diri,” katanya.
Zainol berkata imam itu ditampar di sebelah pipi kanan dan telah menyebabkan mangsa mengalami sakit kepala akibat kesan tamparan.
Insiden itu berlaku selama kira-kira tiga minit sebelum Mohd Zuhairee kembali mengimamkan solat Jumaat dan meminta semua makmum solat semula.
Bilal bertugas Mohamed Shukri Che Yusoh, 23, berkata beliau tidak menyangka insiden itu boleh berlaku.
“Sebelum ini tidak pernah berlaku perkara seperti ini di sini (Masjid Negara), saya agak terkejut dan syukur keadaan terkawal,” katanya – BERNAMA




default

NURKILAN SEORANG KETUA BAHAGIAN TENTANG HEBATNYA MELAYU DI #HIMPUNAN #RAKYATBERSATU

on Thursday, September 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Akhirnya Melayu Jua

16 September 2015 sebaik saya turun dari Royal Bintang Kuala Lumpur Jam 11 pagi, kawasan sekeliling hotel, simpang masuk ke Jalan Alor, Low Yatt Plaza, Lorong2 Kecil dan sepanjang jalan ke Pavilion di penuhi anggota polis yg beruniform dan berpakaian biasa.

Suasana jalan lenggang tanpa kenderaan di kawal sepenuhnya.  Perjalanan saya bersama 15 orang Jawatan Kuasa saya di rakam secara terangan oleh anggota2 bertugas.

Kehadiran trak FRU dan Polis yang d parkir sepanjang jalan serta pagar yang di pasang seolah menunjukkan anggota keselamatan kita begitu bersedia mengawal sebarang kemungkinan.

Jam 1 tengahari kumpulan dari Jalan Conlay mula bergerak ke Padang Merbuk
Di sebabkan semangat yang membara kumpulan ini memilih untuk membelok ke kiri walaupun di arah anggota bertugas untuk ke arah kanan, Jalan ke Istana Hotel menuju ke Padang Merbuk.

Sampai di hadapan Pavilion menuju ke Jalan Bukit Bintang kami telah di halang dengan bentengan kemas 3 lapis  anggota FRU

Bentengan ketiga siap bersenjata lengkap !!

Beberapa rakan NGO termasuk Sdr Armand Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato Megat Omar Din dan saya telah berbincang cara lembut meminta kebenaran kami melalui jalan yang agak signifikan dengan matlamat Himpunan Merah ini

Beberapa pegawai kanan polis dengan amat berhemah juga meminta kami untuk berpatah balik secara baik mengikut laluan yang telah di persetujui awal oleh pihak penganjur dan PDRM.

Kedatangan OCPD Kuala Lumpur dengan bahasa dan riak wajah yang amat di senangi memudahkan lagi proses rundingan. Walaupun ada ketikanya beberapa sahabat NGO mula meninggikan suara akibat cuaca panas dan tolakkan dari belakang oleh peserta2 himpunan yang semakin sukar di kawal.

Saya tidak tahu pihak mana yang Tuan OCPD hubungi beberapa kali dan akhirnya beliau meminta 10 minit untuk melepaskan kumpulan ini masuk ke 'laluan  impian'
Keputusan ini di sambut tepukan gemuruh oleh peserta Himpunan sambil melaungkan Hidup Melayu !

Selepas 10 minit Tuan OCPD memohon lagi 10 minit dan pada ketika inilah timbul sedikit aksi tolak menolak antara peserta himpunan dan anggota FRU sehingga saya terpaksa menjerit memohon kerjasama demi kebaikan nama penganjur . Rakan2 NGO dan Sdr Armand memainkan peranan mengawal peserta dengan amat baik sekali.

Bimbang keadaan semakin tidak terkawal saya memohon Tuan OCPD untuk memberi kebenaran segera kami bergerak masuk. Ketika ini lah beliau menjelaskan kepada saya dan rakan2 bahawa beliau perlu mempersiapkan semua anggota di segenap tempat yang ingin kami lalui agar tidak ada sabotaj dan provokasi yang akan menghancurkan imej Melayu.

 Tanggungjawab beliau untuk memastikan kami semua selamat melalui jalan ini. Beliau mohon masa untuk pastikan segala bangunan di kiri kanan laluan yang tidak ada dalam senarai ini selamat kepada kami !!

Wah ..betapa hebatnya pegawai Melayu ini, jiwa nya cukup besar selain memastikan semua kepentingan Peniaga2 Cina di Bukit Bintang tidak terganggu, beliau juga mahu nama Melayu terpelihara dengan keputusan yang beliau buat !!!

Saat ini saya terfikir sekiranya pegawai tertinggi ini bukan orang Melayu apakah keputusan seadil ini akan berlaku ? Atau mungkin saya dan sahabat2 sudah di bawa naik trak FRU atau di belasah dengan belantan kerana tidak mengikut laluan yang di benarkan

Akhirnya kami di benarkan dengan cukup baik dan kami juga berjanji mengawal para peserta agar tidak melakukan sesuatu yang pelik sepanjang berada di laluan Bukit Bintang

Akhirnya saya berada di atas pentas dan melihat lautan merah menyala dan betapa kagum dan bangganya saya menjadi Melayu kerana Melayu itu begitu baik , Melayu itu begitu pekerti , Melayu itu begitu tertib dan sopan sehingga tidak berlaku sedikit pun perkara2 kurang baik sepanjang laluan dan himpunan berlangsung.

Saya melihat sekeliling pentas dan mengingati kembali sepanjang laluan yang di lalui - yang berhimpun ini Melayu yang menjaga keselamatan nya Melayu, yang berucap semua Melayu ... Melayu seolah boleh buat apa saja semalam namun Melayu tetap Melayu hormat nya sangat tinggi dan barang di ingat amuk nya juga sukar di kawal

Akhirnya Melayu Jua Yang Akan Menjaga Tanah Air Ini

Selamat Hari Malaysia

Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said

default

WARTAWAN DINASIHAT JANGAN JADI PENYAMPAI ADU DOMBA - TPM

on Friday, September 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 10 Sept . - Para wartawan dalam pelbagai dimensi di negara ini perlu berhati-hati supaya tidak menjadi penyampai mesej yang mengadu-domba, memesongkan isu dan menimbulkan kacau-bilau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai wartawan di Malaysia, mereka tidak boleh berkarya menggunakan kaca mata barat, topeng orang luar dan berasaskan nilai-nilai sejagat semata-mata.

Sebaliknya, tegas beliau, golongan pengamal media itu perlu bertindak dengan kefahaman untuk membina, positif serta bermaruah berdasarkan panduan dan kebijaksanaan tempatan serta berjiwa negara.

“Kebebasan mesti diiringi dengan tanggungjawab. Saya berharap para wartawan di Malaysia sentiasa melihat sesuatu isu kebebasan ini secara komprehensif, adil dan mengambil kira kepentingan umum dan bukan dari sudut sensasi semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysoa MPI-Petronas 2014, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


default

KHAIRY KECEWA , SALAHKAN FAM & PENYOKONG INSIDEN BALING SUAR #ULTRASMALAYA #FAM

on Tuesday, September 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kesal dengan perbuatan penyokong yang membaling suar ketika aksi Malaysia-Arab Saudi di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. 

Beliau yang berada di stadium, menyifatkan ia sebagai perbuatan yang memalukan negara dan mengkritik pihak stadium kerana gagal mengawal keadaan. Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi sebelum itu dihentikan pada minit ke-88. 










Menerusi Twitternya, Khairy berkata: "Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal,".

default

#BERSIH4 TERIMA BIL PEMBERSIHAN RM65 RIBU DBKL

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





PETALING JAYA – Penganjur Perhimpunan Bersih 4 menerima bil pembersihan RM65,000 daripada wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu pegawai kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan gagal menemui rumah yang betul untuk menyerahkan bil tersebut pada Sabtu.

“Kami menerima ‘bil’ walaupun kami membantu membersihkan jalan di sekitar Kuala Lumpur,” kata Bersih 2.0 di laman Twitternya pada Isnin.

Dalam Twitter itu turut dimuat naik gambar Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima bil tersebut daripada seorang pegawai DBKL.

Terdahulu, penganjur Bersih menaikkan kain rentang dan papan tanda di luar premisnya di Petaling Jaya untuk memastikan pegawai tersebut sampai ke lokasi yang tepat.

Jawatankuasa tersebut turut mencetak notis dengan alamat lengkap Bersih 2.0 di Petaling Jaya dan papan tanda berbunyi Ibu Pejabat Bersih 2.0 yang diletakkan di pagar premis tersebut.

Lukisan anak patah berwarna merah turut ditampal di sebelah pagar supaya pegawai tersebut tidak terlepas premis No.13 itu. – mstar

default

AG SAHKAN DPP KEVIN MORAIS TAK TERLIBAT SIASATAN 1MDB

on Monday, September 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais tidak terlibat dalam sebarang siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, Mohamed Apandi menjelaskan kes-kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih dikendalikan beliau semasa dalam portfolionya sekarang adalah untuk kesinambungan pendakwaan.
Katanya, beliau ingin menjelaskan bahawa pertukaran semula Morais ke Jabatan Peguam Negara dari SPRM yang berkuat kuasa 15 Julai 2014 adalah untuk menduduki semula jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Rayuan dan Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara.
Mohamed Apandi berkata, tatkala siasatan polis ke atas kehilangan Morais masih berjalan, Jabatan Peguam Negara menggesa supaya tidak ditimbulkan spekulasi mengenai di mana dia berada.
"Jabatan Peguam Negara merujuk kepada pelbagai laporan mengenai kehilangan Anthony Kevin Morais.
"Kawan-kawan dan rakan-rakan Morais di jabatan itu berkongsi kebimbangan ahli keluarganya berhubung laporan kehilangannya. Ingatan dan doa kami bersama mereka pada masa sukar begini," katanya.
Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka.
Morais dilaporkan hilang pada Sabtu selepas beliau kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta di sini untuk ke tempat kerja pada pagi Jumaat.
Beliau memandu kereta Proton Perdana kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264 Q.
Morais dipinjamkan ke SPRM sebelum ditukar ke Jabatan Peguam Negara pada 15 Julai lalu.
Morais mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi antara lainnya membabitkan kes bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Sime Darby Berhad Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid yang didakwa melakukan pecah amanah dan menipu.
Beliau juga merupakan Timbalan Pendakwa Raya dalam beberapa kes membabitkan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang didakwa rasuah berkaitan duti import arak.

default

POLIS TAWAR GANJARAN KESAN PENYOKONG #BERSIH4 PIJAK GAMBAR PM & PRESIDEN PAS

on Sunday, September 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments






KUALA LUMPUR 4 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran kewangan kepada orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya dua individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya memandang serius insiden itu dan sedang mengesan individu yang terlibat.
“Individu terbabit diminta untuk tampil bagi membantu siasatan namun sehingga kini, mereka gagal berbuat demikian.

“Sehubungan itu, kami menawarkan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi maklumat hingga kami dapat menangkap mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zainuddin, tindakan akan diambil mengikut undang-undang bagi memastikan perkara sebegini tidak mencetuskan tindak balas mana-mana pihak yang akhirnya akan menjejaskan keselamatan awam.

“Mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kejadian itu akan dikenakan tindakan,” ujarnya.

Perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu dicemari dengan pelbagai insiden oleh pesertanya termasuk memijak gambar Najib dan Abdul Hadi.
Berikutan itu, perbuatan dua wanita sedang memijak poster terbabit tersebar di internet dan menjadi viral dalam laman sosial.

Perbuatan itu dilihat menimbulkan kemarahan rakyat dan dianggap sebagai sesuatu yang biadab.

Susulan itu, PDRM menerima 250 laporan di seluruh negara bagi mendesak individu yang berkelakuan biadab itu segera ditahan dan dikenakan tindakan

default

KJ MAHU GANTUNG FAM BUKAN LANGKAH BIJAK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Apakah ini jalan terbaik diambil oleh KJ selaku Menteri Belia & Sukan ??   Gantung FAM tidak menyelesaikan masalah sebaliknya kepimpinan  persatuan itu perlu dirombak kembali dan strukturkan semula  .

Cadangan TMJ yang mahu menampung kos melantik jurulatih asing menjadi Jurulatih Harimau Malaysia adalah langkah yang baik dan short term planning untuk memulihkan kembali pasukan bola sepak negara

Gantung sukan No 1 negara ibarat  satu tindakan kurang bijak  !

default

KERAJAAN MALAYSIA UCAP TAKZIAH MANGSA BOT KARAM, PIHAK MANGSA PATI BERDEPAN TINDAKAN KERAS

on Saturday, September 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Pihak yang ‘memangsakan’ pekerja asing dan pendatang tanpa izin (PATI) sehingga menjadi korban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam, Selangor semalam berdepan tindakan keras, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan akan diambil mengikut Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) yang memperuntukkan hukuman berat.


“Saya harap mereka tahu bahawa Atipsom dikuatkuasakan beberapa waktu yang lalu. Pihak Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan bagi memperoleh maklumat berkenaan dan saya ingin memberitahu mereka yang telah ‘memangsakan’ PATI ini bahawa tindakan undang-undang di bawah Atipsom adalah berat,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam itu di Jeti Hutan Melintang, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta pihak terbabit menghentikan segera aktiviti menyeludup masuk dan keluar PATI ke negara ini tanpa memikirkan aspek kese­lamatan.

“Jangan hanya fikir wang ringgit, fikir nyawa manusia ... saya minta mereka hentikan semua peranca­ngan mereka ini,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan Indonesia yang kehilangan rakyatnya dalam tragedi itu.

“Kerajaan Malaysia ingin menya­takan belasungkawa iaitu rasa dukacita dan sedih di atas kematian 24 rakyat Indonesia dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam,” katanya.






Beliau berkata ketika ini, unit udara APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti liputan di kawasan kira-kira 2,000 kilometer persegi manakala Agensi Penguatkuasaan Kelautan Indonesia berada di sekitar kawasan 250 kilometer persegi.

Agensi lain yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat ialah PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kita akan terus bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia untuk melakukan beberapa tindakan susulan terutamanya apabila 24 jenazah yang kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan Hospital Teluk Intan dan seramai 20 orang yang terselamat dibawa ke APMM Klang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bot sepanjang 40 kaki itu yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam me­nuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh. – BERNAMA

default

EXCO PEMUDA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ALVIN UGUT ROGOL

on Wednesday, September 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Semakin biadap CINA chauvinis DAP hinggakan anak TPM kritik  BERSIH 4.0 dimaki & diugut oleh Alvin Tan. 



Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO untuk membuat 1 laporan polis berkenaan 1 kenyataan di dalam Facebook. 

Pada 2hb 9 2015 semasa saya berada di Pejabat Pemuda UMNO PWTC jam lebih kurang 8.15 pagi apabila saya terbaca laman sosial Facebook milik saya, saya dapati pemilik akaun facebook atas nama Alvin Tan telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut - HOLY MOTHER FUCKING SHIT - MY NEXT GOAL IN LIFE IS TO FAR ZAHID HAMIDI' DAUGHTER, NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID, SHE'S SO FUCKING HOT, WHO GIVES A SHIT WHAT SHE SAID ABOUT #BERSIH4? SHE'S PROBABLY RIGHT ANYWAY. ANYONE WANTS TO JOIN ME FOR A DOUBLE - PENETRATION OF THIS SLUT? (I'LL TAKE THE ANUS OK, DON'T FIGHT WITH ME)



Tujuan laporan dibuat adalah untuk pihak polis menjalankan siasatan lanjut keatas pemilik akaun Alvin Tan dimana kenyataan ini berunsurkan hasutan kepada orang ramai.

Sekian laporan saya
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

default

AKTA POTA KUATKUASA SEMALAM PERANGI KEGANASAN @Zahid_Hamidi @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) berkuat kuasa secara rasmi hari ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan POTA itu selaras dengan pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 November 2014 bertajuk ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Militan Islamic State’ di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, susulan daripada itu, kerajaan telah pun membentangkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] di Parlimen pada sesi Mac 2015 lalu, yang boleh digunakan pihak berkuasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya melibatkan diri dalam perbuatan keganasan.

“Akta 769 tersebut telah pun diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei 2015 dan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Sept 2015,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata dalam penggubalan akta itu, terdapat satu undang-undang baharu yang turut digubal di samping beberapa pindaan selari yang dibuat terhadap empat undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid berkata, ia bertujuan untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar man­tap dan komprehensif agar anasir-anasir ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Katanya, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770] (SMATA) iaitu undang-undang baharu yang membenarkan Ketua Pengarah Imigresen menggantung atau membatalkan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia, yang terlibat dalam organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.

Beliau berkata, menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah menuntut penyerahan do­kumen perjalanan asing milik seseorang bukan warganegara Malaysia, yang terlibat dengan pengganas di sesuatu negara asing, dan diserahkan kepada polis serta ditahan 14 hari untuk proses siasatan.

Katanya, empat pindaan selari tersebut adalah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK); Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA); dan Akta Penjara (Pindaan) 2015.

“Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA), Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) telah pun dikuatkuasakan pada 15 Jun 2015,” katanya.

Beliau berkata, Akta Pencegahan Keganasan 2015 ini dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 dan Akta Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 iaitu pada 1 September 2015.– BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.