Pandangan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin memang pedas untuk penyokong2 tegar Mahathir dan pembangkang.
Hinggakan seorang negarawan berusia 90 tahun diheret keluar daripada persaraan politik untuk menubuhkan parti sendiri menunjukkan betapa teruk dan tenatnya parti pembangkang seperti PAN - PKR - DAP . Lebih memedihkan selepas kekalahan besar di PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar - Sg Besar kepada BN .
Manakan tidak pelbagai fitnah , taktik kotor dilakukan sudah lebih setahun termasuk mendapat bantuan luar media asing seperti WSJ dan Sarawak Report , ia masih lagi gagal untuk menjatuhkan PM dan kerajaan BN .
Tetapi ada juga pandangan menyatakan Mahathir tubuhkan parti baru ini sebab senang untuk meneruskan legasinya Muhkriz untuk menjadi Perdana Menteri . Jika masuk ke dalam parti pembangkang amat sukar bersaing serta puak ini bukan mahu jadi pengikut tetapi jadi ketua.
Perkara pokoknya . apa yang dibuat Mahathir dan konco-konconya sekarangi ni termasuk beberapa bekas pemimpin yang dulu hidup senang kaya berjawatan tinggi kerana UMNO , ia adalah keranan TAMAKKAN KUASA bukan perjuangan .
Pemuda Umno melihat hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu, sebagai tanda ketidakyakinan beliau terhadap parti-parti pembangkang sedia ada.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyebabkan Mahathir terpaksa menubuhkan parti baharu dan tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang lain.
"Kalau beliau yakin dengan rakan-rakan pembangkang beliau yang baharu ini iaitu DAP, PKR dan Amanah, tak perlu beliau tubuhkan parti baharu.
"Ini bagi saya satu tamparan buat DAP, PKR dan Amanah sampai negarawan usia 90 tahun terpaksa keluar daripada persaraan dunia politik untuk tubuhkan parti sendiri," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong, dekat sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.