Archive for September 2011

default

PANAS ! Safee Sali berang latihannya di Cardiff City dianggap makan angin

on Thursday, September 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




“SAYA bukan pergi makan angin ke sana,” tegas penyerang sensasi Mohd Safee Sali, kurang senang dengan persepsi segelintir pihak yang menganggap kunjungannya ke Cardiff City bagi menjalani ujian percubaan selama dua minggu sebagai kerja sia-sia.

Malah dia yang tiba ke tanah air semalam juga menolak andaian dipergunakan pengurusan kelab Liga Kejuaraan itu untuk mendapat populariti di negara ini.


“Ini peluang yang amat bagus untuk saya, biarlah orang nak kata apa, janji saya dapat menjalani latihan di negara itu sudah dianggap satu penghargaan dan saya cukup berbangga. Saya bukan pergi makan angin ke sana.

“Saya rasa mereka tidak mengambil apa-apa kesempatan, sebab daripada reaksi pengurus Cardiff City (Malky Mackay), dia berminat dan terkejut dengan kemampuan pemain dari Malaysia. Bagi saya tawaran ini cukup berharga dan dapat menyertai latihan mereka adalah satu impian,” kata Safee sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.


Safee, 27, selesai menjalani ujian pemilihan selama dua minggu bermula 12 September lalu bersama Cardiff City dalam usahanya untuk melakar impian selaku pemain Malaysia pertama beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris.


Namun ada yang menganggap ia sebagai kerja sia-sia memandangkan syarat ketat untuk pemain Asia untuk beraksi di United Kingdom khususnya membabitkan soal permit kerja.

Sehingga kini belum ada keputusan sama ada Safee berjaya ataupun tidak pada ujian pemilihan itu melainkan kenyataan Mackay yang mencadangkan supaya penyerang Pelita Jaya FC dari Indonesia itu mengikuti ujian sekali lagi selepas ini.


Ini kerana tempoh dua minggu ujian sebelum ini dianggap tidak cukup untuk Mackay membuat penilaian.

“Memang mungkin masa tidak cukup sebab saya tidak ada perlawanan persahabatan cuma hanya latihan. Mungkin mereka tidak puas melihat aksi saya ketika latihan dan saya harap dapat pergi ke sana lagi untuk membuktikan aksi sebenar,” kata Safee.


Dalam tempoh terdekat dia dijangka mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab divisyen dua itu, Datuk Chan Tien Ghee bagi perbincangan lanjut.


“Selepas menjalani latihan dua minggu di sana memang ada tanda positif daripada pengurusan Cardiff City dan saya amat berminat untuk bermain di sana. Apa yang saya lihat, saya memang boleh bersaing di sana kerana boleh mengikuti latihan dan tidak berdepan masalah dengan cuaca.

“Saya harap akan ada perkembangan positif dan berharap bukan saya seorang saja yang akan pergi menjalani ujian pemilihan sebaliknya pemain-pemain Malaysia yang lain jika diberi peluang oleh mana-mana kelab,” jelas Safee yang terus melapor diri bersama skuad kebangsaan semalam bagi persediaan menghadapi Australia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, 7 Oktober ini.

default

Komuter KTMB baru sudah tiba dari China , hasil inisiatif NKRA Kerajaan

on Tuesday, September 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments








Ada class dan moden  !  Itu yang GPB boleh gambarkan selepas melihat gambar baru tren Komuter KTMB dari China yang baru sahaja tiba di Malaysia baru-baru ini .  Buat masa ini 1 set  Komuter  yang mempunyai 6 gerabak  sahaja baru  tiba di Malaysia yang akan bermula operasi tidak lama lagi.

Menurut maklumat , sebanyak 38 set komuter  ini ditempah dari negara China  bagi menampung keperluan 1 juta pengguna komuter setiap hari .  Ada sumber menyatakan 1 set komuter ini boleh menampung hingga 900 orang pengguna !

Jika dilihat  design gerabaknya , ia seakan-akan seperti  ETS . Pada tahun 2012 disasarkan kekerapan 7.5 minit pada masa puncak.

GPB yakin dengan adanya gerabak komuter baru ini yang dibeli kerajaan untuk NKRA Menambah Baik Pengangkutan Awam   , sekurang-kurangnya ia  dapat menyelesaikan masalah kelewatan dan kesesakan  jutaan pengguna yang mengguna  pengangkutan awam utama di Lembah Klang ini .



6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana


• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.


• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012.





















default

Al Fatihah… Ibu Datuk Zainal Abidin Osman Meninggal Dunia

on Monday, September 26, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB  mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Chik Haji Ismail.

Allahyarhamah meninggal dunia malam tadi dalam usia 83 tahun dan  akan dikebumikan pukul 11.00 pagi ini di tanah perkuburan Sungai Ahceh, Nibong Tebal.

 Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

default

ISA hapus : GMI ambil kesempatan kelapaq duit pampasan pulak ..

on Friday, September 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tak sampai 24 jam Najib umum hapus ISA , sudah ada puak-puak nak ambil kesempatan . Mungkin kerana pertubuhan itu tidak relevan lagi sebab perjuangannya sudah mati bila ISA dimahsuhkan .

Tidak lain tidak bukan ialah GMI di mana mereka nak tuntut pampasan duit pulak  kepada semua  tahanan  yang pernah kena tahan ISA   .Malah orang yang terbabit kerja menyiksa mereka juga hendaklah  dihadapkan ke mahkamah .

Ini bermakna Tok Him Perkasa, Ezam Md Nor , Lokman Nor Adam yang pernah ditahan ISA akan    dapat la duit pampasan ini  ?? Atau mereka ini dikecualikan sebab sokong kerajaan dan menentang Pakatan ?

Pampasan ini mungkin  hanya akan diberikan bila Anwar jadi PM Malaysia  ...hahaha



KUALA LUMPUR, 16 Sept - Gerakan Mansuh ISA (GMI) menuntut kerajaan membayar pampasan kepada tahanan-tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang terpaksa berhadapan dengan penganiayaan dan penyeksaan ketika ditahan tanpa perbicaraan.


Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerajaan bukan sewajarnya hanya mengambil kira pertimbangan kewangan, tetapi juga perlu membayar pampasan ke atas apa jua kesan psikologi dan emosi dialami oleh mereka yang ditahan di bawah ISA.




"Kesemua mangsa ISA harus dibayar gratuiti yang sewajarnya kepada mereka yang ditahan dan anggota keluarga mereka," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.




Malah beliau juga menuntut agar pihak-pihak yang terbabit dalam kerja-kerja menyeksa dan menganiaya tahanan ISA dihadapkan di mahkamah.




GMI mengadakan kempen perhimpunan menuntut ISA dimansuhkan di ibu negara pada 2009.

default

Gambar Safee Sali beraksi di Kelab Cardiff City

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Gambar  penyerang sensasi Harimau Malaya Safee Sali mencuba nasib di UK iaitu di kelab Cardiff City .. Semoga beliau berjaya & mendapat tawaran kontrak di sana.  Malaysia Boleh !







default

Safee Sali pamer aksi terbaik di Cardiff , digelar David Beckham Malaysia

on Thursday, September 15, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai 'David Beckham Malaysia.'

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.


"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.


"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.

"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

default

Pentadbiran kerajaan BN bawa Malaysia negara ke 21 paling berdaya saing di dunia

on Thursday, September 8, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bukti pentadbiran Malaysia di bawah kerajaan BN  lebih cekap !

Kita tidak perlu tunggu janji Buku JingGay  ciptaan Pakatan atau  CAT cakap tak serupa bikin   untuk menunjukkan bahawa mereka lebih baik memerintah negara ini .

Malaysia sudah lebih 50 tahun diperintah kerajaan BN dan kini sedang menuju sebaris negara maju utama di bawah pentadbiran transformasi  DS Najib Tun Razak .  Tahniah Malaysia !


default

Mat Sabu penakut rupanya berdebat pasal Komunis

on Monday, September 5, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




"Yang pasti,saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah.Takut sebab salah".

"Tewas sebelum bertempur"


Begitulah reaksi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Khairy Jamaluddin apabila Mohamad Sabu menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain


Mohamad Sabu pagi ini berkata beliau menyerahkan tugas kepada pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan UMNO itu lebih sesuai berbuat demikian.


Dalam tulisan yg beliau di laman twitter,Khairy berkata beliau tidak ada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS dan beliau menyifatkan Mat Sabu "takut dan lari".

Itulah jadi apabila Timbalan Presiden PAS sendiri kecut nak berdebat dan hanya menyerahkan kepada pemuda PAS untuk menjadi kambing hitam dan mangsa sekiranya Khairy dilihat lebih menyerlah dan berjaya meyakinkan kebenaran hakiki tentang isu ini.

Khairy juga sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa mengenai isu hudud dan qisas yang dilihat telah memalukan PAS di gelanggang sendiri.

Khairy juga ditohmah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana tidak layak berdebat dengan Mohamad Sabu kerana bukan seorang menteri tetapi Khairy dengan sinisnya menjawab:


"Woi ,korang lupa ka Sabu itu kalah pilihan raya,YB pun tidak".


Komen GPB

Cakap dalam ceramah saja berani tetapi bila diajak berdebat lari !! ... 

Kesian kepada Tuan Ibrahim yang angkuh masa ajak UMNO berdebat tentang siapa pejuang merdeka sebenar tetapi tak sangka Mat Sabu lari lebih dulu ..hahaha

default

Anak Melayu Pantang dicabar,KJ sanggup debat tapi dengan Mat Sabu Komunis !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Anak Melayu  pantang dicabar ! .... macam ini lah Pemuda UMNO , kita  lawan puak-puak  penyokong Komunis zaman ini diketuai Mat Sabu .

Kita pertahankan pejuang kemerdekaan dan  wira-wira negara terdahulu  yang telah  terkorban pertahankan negara  dari ancaman Komunis. Kalau nak debat biar debat dengan Jeneral Komunis PAS  ini iaitu Mat Sabu kerana keceluparan mulut beliau lah  yang menghina  polis Melayu yang terkorban di Bukit Kepong .

Tak sabar nak tengok Mat Sabu bakal dimalukan KJ sepertimana Husam dulu ..hahaha



Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak lengah seminit pun untuk terima jemputan debat antara beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di kubu kuat PAS, Balai Islam Lundang Kelantan.

Menurut Khairy, beliau sudah menerima jemputan dari kerajaan PAS Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islan Lundang.

"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu," katanya dalam satu mesej di laman sosial twitter pada Ahad.

Khairy sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang yang ramai orang kata 'Husam kena' walaupun menang sorak.

Debat itu dijangka akan diadakan hujung bulan ini. Bagaimana pun, penganjur Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sedang berusaha untuk mendapat jawapan dari Mat Sabu.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

default

Pakai jaket keselamatan kalis peluru tak dapat selamatkan Noramfaizul - Dr Alwi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini.

Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

"Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

"Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini.-Bernama-

default

Video ketibaan Allahyarham Noramfaizul di TUDM Subang

on Sunday, September 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Takziah dari GPB kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul ..

default

Milo Suam kantoi menipu puak-puak buta sejarah tentang Tugu Negara

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Di atas ini ialah fakta sejarah yang berjaya dibongkarkan oleh pakar sejarah Blogger Pakatan Milo Suam kuku .  Kaki pembohong No 1 blogger Pakatan   ini berjaya membongkarkan pembohongan kerajaan Malaysia selama ini tentang   Tugu Negara yang telah dilawati jutaan pelancong .

Mangkuk ini dakwa tugu negara cipta kerajaan BN ini suruh Allah rahmati juga kepda askar British yang terkorban .  Malah , hanya nama-nama askar Bristih sahaja yang terpapar di Tugu Negara .


Kalau hang pa nak tau kaki fitnah Milo Suam telah menipu sebenar gambar-gambar ini. Kalau orang yang tak pernah pergi ke Tugu Negara, boleh search di google terdapat 2 monumen   di situ iaitu Tugu Negara & Tugu Peringatan Negara.

Maksud di antara 2 tugu ini juga berbeza  iaitu Tugu Negara untuk memperingati perajurit-perajurit kita gugur mempertahankan negara







Ini pulak  tugu Peringatan Negara yang cuba di spin oleh blogger fitnah Pakatan ini . Orang kalau sokong Mat Indera  dam  Komunis memang macam ini lah . Tak boleh terima kenyataan komunis tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara ini .





Tugu Peringatan Negara bagi memperingati mereka-mereka yang mati semasa perang dunia pertama dan perang dunia kedua.

Lain kali kalau nak menipu pun cari lah yang susah-susah sikit supaya tak kantoi ...kah kah kah ..ini orang search google pun sudah dapat maklumat ..kah kah kah


BODOHNYA MILO SUAM KUKU............




default

Jangan lah pakai baju raya fesyen seperti ini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Macam inikah baju fesyen Hari Raya Aidilfitri zaman sekarang ini ?   Lebih baik tak payah pakai baju langsung !

Cukup memalukan sekali bila baju macam  ini ditayangkan di rumah-rumah  terbuka yang menjadi tumpuan  orang ramai . Lelaki yang mata bola keranjang cukup syok la usha sampai terkeluar biji mata.

GPB nasihatkan kepada golongan wanita ,  jangan la pilih fesyen seperti ini . Sebagai orang Islam kita ada adab dalam berpakaian  .


default

Takziah kepada Jurukamera Bernama TV yang terbunuh di Somalia

on Saturday, September 3, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment










GPB amat bersimpati dengan pemergian seorang Sukarelawan dari  negara kita dalam misi bantuan ke  negara bergolak Somalia .  Semoga roh beliau dicucuri rahmat . AL Fatihah ..

default

Strategi kajian Merdeka Centre hanya takutkan BN lambatkan isytihar PRU 13

on Thursday, September 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apa yang kecoh  sangat tentang kajian Merdeka Centre ini hingga jadi isu  besar sekarang ini.  Kerana turun 6 % saja  populariti Najib melalui kajian telah buatkan ramai Pak Menteri  mula bercakap .

Jangan mudah gelabah dengan propaganda Merdeka Centre ini  kerana diketahui umum mereka adalah alat pembangkang . Kadang-kadang GPB lihat silap  media  kita  juga  yang mana bila kajian seramai  1000 lebih respoden saja oleh Merdeka Centre  dulu yang cakap populariti Najib naik sehingga 73 % , ia diperbesarkan .  Masa itu pak2 menteri ini syok la membodek PM dan gah bercakap kononnya sebagai isyarat rakyat kembali sokong kerajaan .

Tetapi bila ianya merosot , mula lah bising sana sini.  GPB setuju dengan pandangan TPM   bahawa   bancian populariti PM sebenarnya tidak mencerminkan pun situasi sebenar . Berapa  kerat responden dan siapa mereka temui   ini kita boleh pertikaikan .

Cuma di sini silap pihak kerajaan & media kita dulu  kerana terlalu percaya kajian mereka ketika peratusan populariti meningkat .  Tak mustahil selepas ini kajian Merdeka Centre akan  terus menunjukkan graf penurunan populariti PM agar ia menguntung Anwar dan konco-konconya.

Sebabnya mudah ialah mahu

1) melengahkan Najib dari membuat keputusan bubar Parlimen & isytihar PRU 13

2)  Memberi keuntungan kepada politik Anwar & Pakatan untuk gambarkan rakyat mahu kerajaan baru

3)  Isu harga barang naik & kos sara hidup tinggi akan terus dimainkan pembangkang



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.

Beliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.

"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya Selasa.

Bernama mlaporkan Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.

Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.

Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini. – 30/8/2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.