Archive for January 2009

default

UMNO tidak perlu bubar sayap parti

on Thursday, January 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



UMNO tak bubar sayap parti - Abdullah
29/01/2009

KAMPAR 29 Jan. — Umno tidak akan membubarkan sebarang sayap parti walaupun langkah itu boleh mengurangkan politik wang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata ketiga-tiga sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah penting kepada Umno dan perlu dikekalkan.

“Masalah yang ada hubung kait dengan poltik wang boleh diatasi dengan pendekatan-pendekaan yang lain,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam agar struktur Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti bagi membanteras gejala politik wang.

Alasan Tengku Ahmad Rithauddeen ialah dengan adanya sayap parti akan berlaku perebutan untuk jawatan, dan ini akan menyebabkan politik wang berlaku.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Tindakan Desa di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning di sini hari ini.

pautan

Cadangan tidak munasabah – Muhyiddin

“Jika kita bubarkan semua sayap parti, mana kita hendak letak pemimpin pelapis untuk mengasah bakat sedangkan kita tahu mereka yang muda-muda ini memiliki semangat juang tinggi.“UMNO masih memerlukan semua sayap ini kerana ia terbukti telah melahirkan ramai pemimpin pelapis parti untuk memimpin negara pada masa depan.”

‘Mengapa mahu bakar kelambu?

‘Hanya segelintir ahli UMNO terlibat dengan politik wang, jadi mengapa ‘kelambu’ yang lebih 50 tahun menjadi tonggak kekuatan UMNO mahu dibakar?’’ soal Rafidah.


KOMEN PB

saya rasa tidak perlu sayap Pemuda dan Puteri dibubarkan kerana terbukti Pemuda dan Puteri adalah generasi palapis yang boleh menyumbangkan idea untuk parti dan sebagai pemimpin masa depan UMNO . Memetik kata-kata pemimpin UMNO yang mengatakan jangan dibakar kelambu semuanya adalah tepat kerana yang bermain politik wang ini adalah segelintir sahaja. Cuma apa yang penting untuk UMNO ialah menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan UMNO yang menyebabkan politik wang ini berleluasa dan bermaharajalela .

default

Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?

on Wednesday, January 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
fairol.ismael@utusan.com.my

PULAU PINANG 27 Jan. – Sambutan Tahun Baru Cina kali ini membuka lembaran baru dalam hubungan UMNO dan Gerakan Pulau Pinang selepas ia terputus sejak Ogos lalu ekoran isu kaum Cina didakwa sebagai penumpang di negara ini.

Kehadiran pemimpin UMNO Pulau Pinang yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan negeri hari ini membuktikan, para pemimpin terlibat masih boleh duduk semeja dan mengetepikan perbezaan pandangan antara mereka.

Mengulas situasi tersebut, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pihaknya masih berhubungan dengan UMNO sebagai kawan di bawah ‘payung’ Barisan Nasional (BN).

“Parti Gerakan sememangnya menjalin kerjasama dengan parti- parti lain di bawah konteks BN. Ia sentiasa dikekalkan.

“Namun begitu, menyentuh hubungan kami dengan UMNO negeri, ia mungkin mengambil masa untuk dipulihkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Pengerusi MCA Negeri, Datuk Liow Tiong Lai; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob serta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan pakatan pembangkang.

Hubungan tegang Gerakan-UMNO Pulau Pinang bermula apabila bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh membangkitkan kemarahan masyarakat Cina apabila mengatakan kaum itu menumpang di negara ini.

Ekoran kenyataan tersebut, hubungan UMNO dan Gerakan di negeri ini menjadi renggang sehingga mewujudkan perang dingin antara pemimpin kedua-dua parti.

Dalam pada itu, Tsu Koon mengakui kehadiran para pemimpin UMNO ke rumah terbuka Gerakan hari ini sebagai satu permulaan yang baik dalam menerapkan semangat perpaduan dan muhibah.

“Kita gembira semua pemimpin daripada komponen BN dan parti-parti lain hadir pada majlis ini. Ini menunjukkan kita sememangnya mesra,” tambahnya.

komen PB

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH ..semoga dengan bermula Tahun Baru Cina ini membuka lembaran baru untuk UMNO dan parti-parti komponen lain mengeratkan semula tali persaudaraan dan semangat perpaduan . Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni .

default

MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN SOGOK WANG, MASAKAN SPRM TAK TAHU LAGI

on Tuesday, January 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments





Oleh Abidin Manap

Cerita betapa kemaruknya calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Mohd Khir Toyo menawarkan wang tunai berpuluh-puluh ribu ringgit kepada perwakilan pemuda supaya beliau memenangi jawatan impian terakhirnya di persada politik bukan lagi satu rahsia.

Untuk mendapatkan jaminan supaya beliau akan mendapat undi solid semasa pemilihan nanti, Khir telah bertindak di luar batasan hingga meminta perwakilan yang sanggup menerima sogokan lumayan itu dengan mengangkat sumpah tidak akan mengalihkan pendiriannya kepada calon lain seperti Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.
Khabar yang meniti dari telinga ke telinga orang ramai ketika ini bermula dengan begitu ketara ketika semua orang UMNO bertumpu disepanjang musim berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Khir telah menggunakan peluang keemasan itu menemui perwakilan membuat tawaran ‘membeli’ penyokong yang dikenali beliau sebagai menyokong Mukhriz dan Khairy.

klik di sini artikel kempen Khir di KT


Perwakilan yang kelabu mata dan juga mengambil kesempatan menerima habuan ‘meringankan beban’ pemuda yang berkempen dengan menerima dua tiga ratus ringgit kononya sebagai menanggung kos semasa berkempen setiap kali berjumpa akan dipanggil untuk runding terus mengadakan pertemuan lanjutan untuk mengangkat sumpah laknat menggunakan lafaz sumpah wallahi, wabillah, watallahi akan memberi undi kepada calon Mohd Khir Toyo sahaja semasa pemilihan di Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac akan datang nanti.

Setelah bersumpah dan Khir puas hati dan dijelaskan kalau belot akan menerima bala yang dahsyat, anggota itu akan diberi wang tunai sekurang-kurangnya RM10,000 sebagai permulaan. Kemudian akan ditambah RM20,000 lagi sebelum pemilihan berlangsung serta ditawarkan pekej bercuti dengan keluarga supaya terhindar dari berkempen untuk calon yang mereka sokong sebelum ini sama ada Mukhriz atau Khairy.
Bagi mereka yang Khir sudah yakin orang Mukhriz atau orang Khairy itu tidak berpaling tadah, mereka boleh menerima lamsum sebanyak RM30,000 dan boleh ditambah jika ada keperluan hingga mencecah RM50,000 seorang. Khir akan membuat penilaian individu yang telah ‘dibeli’ itu untuk menjadi pelacurnya dari masa ke semasa.
Perkara ini sudah heboh, tetapi apakah tindakan Khir yang melampau ini tidak dapat dikesan oleh pemantau politik wang dari kalangan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang begitu garang mahu membantu UMNO membasmi politik wang yang hingga memperluaskan skopnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu UMNO ke arah itu?
Apa yang dilihat secara kasar, fungsi Jawatankuasa Disiplin UMNO dan SPRM setakat ini hanya memberi tumpuan seperti otek-otek sahaja dengan menangkap seorang dua semusim bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja. Mereka tidak memberi tumpuan kepada orang-orang seperti Khir Toyo yang bebas mengamalkan rasuah dan tambah pula menggunakan kaedah sumpah yang sekaligus menggunakan agama untuk mencapai kepuasan berpolitik beliau.
Apakah Jawatankuasa Disiplin UMNO atau anggota SPRM yang katanya berkerja siang malam mengekori aktiviti calon semua peringkat dan agen-agennya hanya mencatat dan membuat laporan positif sahaja untuk Khir yang mungkin begitu berani kerana orang-orang berkuasa itu telah dibeli dengan kos lebih mahal dari pembelian perwakilan?
Pada pandangan kalangan pemuda yang mengetahui corak pergerakan Khir yang sibuk membeli undi walaupun dengan pelbagai cara yang bagaikan silap mata dan begitu bebas hingga tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa, tentunya ada sesuatu yang mencabar kewibawaan SPRM dan JK Disiplin UMNO yang lebih guruh dilangit untuk mengesan Khir yang begitu melampau dalam usahanya mendapatkan undi.
Kalau ahli UMNO di peringkat menteri-menteri pun sudah tahu akan kisah betapa lumayannya Khir membina jambatan emas untuk memecah keadilan supaya pemilihan kali ini diadakan dalam suasana bersih dan sihat, masakan anggota SPRM tidak dapat pun mencium baunya melainkan ada udang sebalik batu.
Adalah cukup tidak baik untuk menuduh atau mencemuh kewibawaan SPRM hingga ke paras itu tetapi orang sudah mula bercakap. Di ruangan-ruangan forum akhbar sudah tersiar umpatan terbuka dari orang ramai akan kelemahan SPRM sejak diberi kebebasan dan keluasan kuasa tanpa sempadan untuk bertindak.
Kalau dulu semasa berada dalam hanya atas nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kuasanya terhad, sekarang sudah dinaikkan taraf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tidak lagi dapat meningkatkan prestasinya menyiasat kes rasuah seperti permainan Khir Toyo yang terus menerus telah melambakkan wang berjuta-juta untuk dapatkan jawatan idamannya, lebih baiklah Malaysia bebaskan amalan rasuah ini menjadikan siapa kaya, merekalah jadi pemimpin.

Percayalah bahawa mana-mana perwakilan yang sudah terlanjur mengangkat sumpah dan menerima wang sogokan berpuluh-puluh ribu ringgit tetapi masih meletakkan calon lain jauh disudut hati mereka, sangat-sangat mengharapkan SPRM dapat mencekup Khir Toyo dalam waktu terdekat ini supaya sumpah yang dilafazkan tidak lagi mempunyai apa-apa makna.

www.kpmu.net

link

Email dan blog negatif terhadap Khir Toyo ?

Khir anak didik Tun

Kenapa Khir terlepas tindakan BPR dan kini kegilaan tabur wang

default

Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR

on Monday, January 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota,Parit,Perak Datuk Nasarudin Hashim yang sebelum pilihanraya umum 2008 ialah Ahli Parlimen Parit dan baru-baru ini tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi FELCRA serta tewas dan pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit hari ini umum sertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya.Hadir sama ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasarudin,58 mendakwa keputusannya itu adalah demi kepentingan para pengundinya di kawasan Bota.

Nasaruddin yang sebelum ini Pengerusi Felcra diganti oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 beliau diturunkan bertanding kawasan Dewan Undangan Neegeri Bota.Tempatnya sebagai Ahli Parlimen Parit ditandingi oleh Mohd Nizar Zakaria yang Berjaya tewaskan calon PAS.




Nasaruddin menewaskan calon PKR Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi di DUN Bota dalam pilihanraya Mac lalu.

Berikutan langkah ini kini Pakatan Rakyat ada 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak berbanding 27 Barisan Nasional.

PKR pula tambah satu kerusi dari tujuh sebelum ini jadi lapan manakala DAP 18 dan PAS enam.
Ada khabar angin yang bergelar kata PKR kini mengintai balik jawatan Menteri Besar Perak yang terpaksa diberi pada datuk seri Nizar Jamaluddin dari PAS kerana ADUN Melayu PKR tidak ada kelayakan akademik.

IBARAT MASUK KE KADANG HARIMAU - itu ulasan awal saya mengenai Adun Bota yang membuat keputusan agak mengejut menyertai PKR pada hari ini . dahulu kita mendengar ura-ura Datuk Arif Shah ,tetapi tindakan bijak UMNO PP yang cepat bertindak memujuk Arif Shah serta Pak Lah berjaya menghalang beliau ke PKR . Saya tidak mahu menyalahkan UMNO Perak kerana bagi saya keputusan mengejut kerana sebelum ini tiada khabar angin pun mengenai lompat parti ini .Apa yang saya hendak katakan tawaran lumayan oleh Pak Sheikh kepada Adun Bota berjaya mengumpan beliau lompat ke PKR walaupun beliau tahu ramai orang akan marah dan chop sebagai pengkhianat Melayu /UMNO ,tiada maruah dan lain-lain lagi .Jika Adun -adun @ Ahli Parlimen dari bukan Melayu saya tidak berasa hairan sangat tetapi Saya berasa cukup kecewa da rasa begitu murah harga pemimpin UMNO untuk dibeli yang dikatakan mahu berjuang untuk bangsa Melayu ..ADUN BOTAK INI ADALAH AHLI POLITIK YANG TIDAK BERMARUAH DAN PENGKHIANAT !!

LINK

Umno Perak jumpa Najib hari ini bincang isu ADUN bota

apa sebab Adun Bota ke PKR


PENGUNDI BOTA UNDI BN-TOLONG BUKTIKAN MEREKA MAHU PKR

default

3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak pilih bulu dalam membanteras rasuah

on Saturday, January 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiga termasuk dua pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan rasuah pada pemilihan peringkat bahagian parti itu tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka dituduh memberi suapan wang tunai bagi mendapatkan undi pada pemilihan tersebut.

Di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini seorang guru penolong kanan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah RM400 kepada dua ahli parti itu bagi pemilihan ketua dan timbalan ketua UMNO bahagian Raub pada September tahun lalu.

Junaidi Abdul Hamid, 45, yang juga ahli UMNO bahagian itu didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberikan RM200 kepada Noranizah Abd. Hamid yang juga adik iparnya di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season di sini pada pukul 8 malam, 13 September 2008.

Wang itu dikatakan sebagai dorongan agar Noranizah mengundi Datuk Mustafar Kamal Ab. Hamid sebagai Ketua dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub.

Junaidi turut didakwa merasuah Adnan Samad sebanyak RM200 atas tujuan yang sama di hotel berkenaan.

Hakim Rosbiahanim Arifin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.klik di sini

Tindakan SPRM tepati hasrat Umno

DUBAI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa beberapa pemimpin Umno berhubung politik wang boleh dilihat sebagai sesuatu yang menepati hasrat parti untuk membasmi gejala itu.

Presiden Umno itu berkata, ia juga menghantar mesej kepada setiap anggota Umno bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan amalan politik wang.

"Nampaknya pihak suruhanjaya menjalankan peranannya sebagaimana yang diharapkan kerana tugas mereka ialah mencegah rasuah.

"Dan tindakan yang telah mereka ambil baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang dari parti Umno membuktikan bahawa mereka (SPRM) ada kebebasan, dan mereka bertindak dengan bebas," kata Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi dua hari beliau ke Emiriyah Arab Bersatu di sini, semalam.


Menjawab satu pertanyaan, Abdullah berkata SPRM menyiasat laporan berhubung amalan politik wang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh orang Umno sendiri. BERNAMA


komen PB

Kita ucapkan syabas kepada SPRM yang menangkap ahli UMNO yang terlibat di dalam pemilihan UMNO tahun lepas. Kita semua sedia maklum politik wang ini dalam UMNO sudah menjadi barah dan inilah ubat yang mujarab untuk membanteras perasuah politik ini. Jika dahulu ahli2 UMNO dan pemimpin2 besar UMNO tidak takut dengan tindakan lembaga disiplin yang hanya menggantung keahlian beberapa tahun dan kini reform yang dilakukan kerajaan telah berhasil untuk membanteras politik wang dalam UMNO. Hukuman yang mampu menghadapkan perasuah ini ke mahkamah pastinya akan membuatkan ahli2 UMNO yang telah lama buat kerja ini berfikir 2 kali selepas ini . Kita harap dengan langkah ini ,ia dapat mengubah pandangan rakyat bahawa UMNO serius dan komited membanteras rasuah .

default

Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resign !!

on Thursday, January 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



by ERIC SAMUEL

KUALA LUMPUR: National coach B. Sathianathan is ready to quit after watching his team go down 0-5 to the United Arab Emirates in their Asian Cup qualifying round Group C opening match at the KL Football Stadium in Cheras last night.

A brace each from Mohd Omar Alshaddadi (29th, 44th) and Ismaeil Matar (62nd, 75th) plus an 85th minute goal by Ahmed Khalil sealed full points for the Gulf side.

The defeat prompted Sathianathan to declare: “I’m prepared to go.”

The coach, who revealed on Tuesday that only three of his 18 players were fit for last night’s game, added that: “The M-League is not football. This is the best you can get out of the players who ply their trade in the Super League.

“The players were committed but we are simply not good enough.”

As for the match, the Malaysians simply lacked the fitness to last the pace, leading to the embarrassing defeat in front of 5,000 supporters.
klik di sini

komen PB

SEBELUM SKUAD MALAYSIA MENENTANG UZBEKISTAN ,FAM HARUS MENUKAR COACH SATHIA INI DENGAN SEGERA TAK PERLU TUNGGU DIA LETAK JAWATAN DAN SAYA BERPENDAPAT ROMBAK SEMUA PEMAIN DALAM SKUAD YANG SEDIA ADA SEKARANG ,BUANG PEMAIN YANG SUDAH EXPIRED DAN TIDAK BERSEMANGAT ,MENTAL LEMAH SEPERTI HAFIZ ZAMANI ,HAIRUDDIN OMAR ,HARDI JAAFAR ,GOALKEEPER .. JANGAN LA HANYA PILIH PEMAIN TENGOK CAPS KEBANGSAAN DAN PENGALAMAN TETAPI PERFORMANCE VERY WORST PLAYER..

default

Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Oleh: ROSLAN BIAN

Siapakah yang ingin diperbodohkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa serta dana kerajaan negeri Selangor membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur?

Adakah Menteri Besar itu ingin memperbodohkan wartawan, rakyat Selangor serta pengundi-pengundi di Bandar Tun Razak ataupun dirinya sendiri?

Apa yang pasti ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut.

Beliau yang mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil, tidak tahu siapa yang membuat pembayaran malah mendakwa tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.

SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.

Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu.

Beliau sebaliknya berkata, pemberian lembu-lembu korban itu adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang mahu mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Disember.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya kepada sekumpulan wartawan yang menunggu lebih empat jam bagi sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu.

Khalid juga menegaskan, dana anak syarikat kerajaan negeri termasuk PKNS tidak akan digunakan keluar daripada Selangor.

Sama ada beliau tahu atau buat-buat tidak tahu, enam anak syarikat di bawah PKNS adalah PKNS Engineering & Construction Berhad, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad, De Palma Management Services Sdn Bhd, Worlwide Holdings Berhad serta SIC.

Apakah enam syarikat ini adalah sama seperti dimaksudkan Khalid sebagai syarikat yang mengagihkan haiwan itu atas dasar program khidmat sosial syarikat korporat?

Sekiranya benar, bererti memang benar pembiayaan lembu itu menggunakan wang syarikat di bawah anak kerajaan negeri sekaligus membenarkan dakwaan GERAK berlaku aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul.

Untuk rekod, amalan mengagihkan lembu korban kepada masjid di Seluruh Selangor sebelum kerajaan negeri itu ditadbir pakatan PKR, DAP dab PAS dibiayai oleh Perbadanan Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Bagaimanapun tahu lalu, PKNS diarah memikul tanggungjawab itu.

PKNS pula yang mempunyai ‘ enam anak’ syarikat meminta ke semuanya menyediakan peruntukkan membeli kira-kira 370 ekor lembu daripada PKPS yang beharga RM2.400 seekor.

Bagaimanapun difahamkan, selain jumlah itu ada arahan supaya 46 ekor lembu dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak.

Kesemua anak syarikat dikatakan enggan membuat pembayaran kepada PKPS setelah menyedari bekalan bukan untuk kegunaan di Selangor.

Akhirnya, SIC yang mana salah seorang pengarahnya ada Pemangku Pengurus Besar PKNS Datin Paduka Low Siew Moi sudah menjelaskan bayaran kepada PKPS.

Terdahulu, GERAK ketika membuat aduan kepada SPRM Selangor meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Terpulang semua pihak menilai penjelasan Khalid dalam isu tersebut. Sikap beliau pusing sana atau pusing sini menjawab pelbagai isu di Selangor sudah cukup difahami oleh petugas media di negeri itu.

Contohnya dalam isu pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana bagi kegunaan Exco, Khalid pada 12 Disember menafikan kerajaan Selangor sudah membuat keputusan membeli kenderaan itu.

Seperti laporan akhbar, katanya katanya kerajaan negeri hanya sedang mengkaji dan meneliti model-model kereta termasuk Toyota dan Honda tetapi pada 9 Januari kereta Toyota Camry 2.4 sudah diterima kerajaan negeri.

Khalid berkata, harga 10 kereta itu hanya RM130,000 seunit beerti harga 15 unit sebanyak yang diterima ssepatutnya kira-kira RM1.9 juta.

Bebrapa hari kemudian Khalid mengakui harga kesemua kenderaan itu RM2.32 juta bermakna harga bagi setiap unit adalah melebih RM154,000.- 21/1/2009

------------------------------

Politik Lembu:GERAK dakwa Khalid salahguna wang Selangor

Belumpun reda isu kerajaan pakatan pembangkang di Selangor membeli Toyota Camry bagi kegunaan anggota Exconya yang diaggap membazir wang, satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar..

Laporan itu dibuat olehGerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) di pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, Rabu oleh Pengerusinya Mohd. Nazree Mohd. Yunus. Ia diserahkan pada Pengarah SPRM Selangor Mohd Shamsudin Yusof.

Laporan itu mendakwa Khalid menggunakan kedudukannya mengarahkan supaya 46 ekor lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk di Selangor dihantar ke kawasan parlimennya Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Khalid turut memenangi kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Kesemua haiwan bernilai kira-kira RM110,000 adalah sebahagian 400 ekor lembu yang diperuntukkan kepada masjid di seluruh Selangor bagi ibadah korban pada sambutan Aidil Adha lalu.

Program agihan lembu korban itu dibiayai oleh beberapa anak syarikat negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Difahamkan, pembayaran bagi membekalkan 46 ekor lembu ke kawasan parlimen Tun Razak dibuat oleh Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) anak syarikat di bawah PKPS.

Secara tidak langsung, Khalid dipercayai menggunakan kedudukannya mengarah wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membayar harga haiwan korban itu bagi kegunaan rakyat luar negeri itu.

Mohd. Nazree dalam sidang media selepas laporan itu berkata, GERAK mendesak Khalid melepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu.

“Sebelum ini beliau pernah mengarahkan seorang pegawainya di Pejabat Menteri Besar melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam usaha mengumpul dana bagi sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawabannya dalam kes penyelewengan wang kerajaan dan rakyat Selangor ke pihak tidak berkaitan.

GERAK juga katanya akan memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum meminta Khalid digantung tugas atau digugurkan jika beliau enggan bertanggungjawab dalam kes ini.- 21/1/2009

agendadaily.com


link

Politik Lembu ; Ezam Checkmate Khalid Ibrahim

default

Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerja ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ini adalah result peti undi di PRK KT yang diamanahkan kepada bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia .

ANALISA KEPUTUSAN PRK KT(P36)

1) Peti Undi Kg Nibong, bapa angkat – Mukhriz. Keputusan [BN – 751] [PAS - 1,010]

2) Peti Undi Kenanga, bapa angkat Khir Toyo. Keputusan [BN – 907] [PAS – 1,035]. Dalam PRU-12 yang lepas BN menang.

3) Peti Undi Chendering, bapa angkat Khairy. Keputusan [BN – 827] [ PAS – 625]


Persoalan yang cuba saya timbulkan untuk anda fikirkan ialah

a. Siapa sebenarnya yang ‘Retorik Kosong’?

b. Siapa sebenarnya yang ‘Hanya Hipokrit’?

c. Siapa sebenarnya yang ‘Boleh Bekerja’?

Khairy telah berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya di Peti Undi beliau dan memperoleh kemenangan untuk BN tetapi calon2 yang mendapat pencalonan tertinggi dari perwakilan serta dianggap senior menerima tamparan hebat kalah dan jika di syarikat GLC , KPI boleh di bagi 0 kepada mereka ini kerana gagal mencapai target untuk syarikat.

Seperti kata Sdr SUKJ " Peti undi pun tak boleh nak jaga. Inikan pula nak uruskan Negara Malaysia. Orang lain sibuk dengan kempen pilihan raya, mereka berdua mungkin sibuk dengan berjumpa perwakilan"

Jika kita melihat pada prestasi kerja di KT ,tahap populariti kita boleh lihat yang KJ lebih menonjol dan berusaha di KT dari Khir dan Mukhriz. Kemenangan peti undi KJ mungkin KJ dekat di hati rakyat Terengganu kerana mengenang jasa beliau menubuhkan Pusat Tuisyen Emas pada tahun 2002 di mana memberikan pelajaran secara percuma kepada pelajar-pelajar luar bandar dalam pelbagai subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Program ini berjalan selama 5 tahun dan meliputi beberapa kawasan seperti Dungun Terengganu, Kuala Berang Terengganu,dan juga kawasan beliau sendiri iaitu Rembau.



Kepada perwakilan pemuda ,fikir semula calon yang lebih layak, mampu dan berwibawa untuk menjawat tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO.

pautan

http://suarasukj.blogspot.com/2009/01/siapa-yangretorik-kosong-hipokrit-boleh.html

default

Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandiwara lakonan Pakatan

on Tuesday, January 20, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments


Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

kata PB

-SATU SANDIWARA LAKONAN PR UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA INI SEPAKAT DAN HALA TUJU PEJUANGAN MEREKA SAMA . MEREKA SEBENARNYA CUBA BERSELINDUNG KELEMAHAN PENTADBIRAN DAN PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA MEREKA SEPERTI KATA KJ "BAGAI RETAK MENANTI BELAH "

- KENAPA BARU AWAl TAHUN INI BARU HENDAK DIFIKIRKAN HENDAK BUAT MAJLIS MB /KM KONONNYA MAHU MENINGKATKAN HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA MEREKA .. INI BERMAKNA MEREKA MENIPU RAKYAT SELAMA INI KONONNYA MEREKA INI BERSATU DAN SEGALA KEPUTUSAN DIBINCANG BERSAMA.

-JELAS PENUBUHAN MAJLIS INI DIBUAT INI SEPERTI TINDAKAN TERDESAK KERANA SEBELUM INI KITA BANYAK MENDENGAR BANTAHAN ,RUNGUTAN RAKYAT YANG MENENTANG TINDAKAN KERAJAAN NEGERI PAKATAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN MELAMPAU .

default

Strategi DAP mahu jawatan MB Perak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak tahun lepas, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangan DAP di seluruh negeri termasuk di kawasan yang DAP tidak bertanding.

“Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon dalam kalangan ustaz serta peguam,” Katanya-Bernama

Sumber : Sinar Harian –Ahad 18 January 2009

kata PB

-Inilah taktik halus DAP setelah Nizar ditembak dan diasak bertubi-tubi oleh orang Melayu Perak ,mereka menggunakan cara ini pulak pada PRU13 nanti .

-Apabila mereka menang lagi la pada PRU 13 nanti ,majoriti tentunya kerusi dari DAP maka automatik la jawatan MB diserahkan kepada DAP ,parti yang memenangi kerusi majoriti DUN . PAS pastinya akan ditendang dan dipandang sebelah mata oleh DAP ..

-Tindakan DAP ini dianggap sebagai “Strategi Mesra Pelanggan”, seperti dalam perniagaan. Contohnya peniaga Cina menggunakan Orang Melayu sebagai pekerjanya dan mungkin orang atasan sikit mungkin meletakkan namanya sebagai Melayu untuk menarik pelanggan dan mendapat kontrak . Maka dalam politik, DAP mahu gunakan orang Melayu untuk mendapat ahli baru.

default

Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

Pada minggu lalu Raja Muda Perak, Raja Datuk Dr. Nazrin Shah menyatakan bahawa Raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap telah mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Titah Raja Narin, penempatan semula di bawah Rancangan Briggs itu yang memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan Raja-raja Melayu kerana orang Melayu sendiri masih banyak yang tidak bertanah.

Pendedahan Raja Nazrin itu telah mengundang pelbagai rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak organisasi dan individu Melayu masa kini kerana sejarah yang lebih hitam kini kembali berlaku gara-gara kerajaan negeri Perak di bawah 'pimpinan' Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik pajakan 999 tahun kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Para pemimpin organisasi bukan kerajaan untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu mahukan Mohamad Nizar bewrtanggungjawab terhadap pendedahan dan teguran Raja Nazrin itu.

Malah ada juga suara yang mahukan Nizar segera meletakkan jawatan dan insaf akan tindakannya yang amat menyayat perasaan orang Melayu Perak khususnya dan Melayu lain amnya.

Walaupun sering dikatakan bahawa sejarah ibarat pusingan roda yang membawa maksud sesuatu peristiwa itu akan berulang, para pemimpin Cina negara kita nampaknya mahu menidakkan perkara itu. Lantaran itulah, MCA dan Gerakan meminta semua pihak berhenti mengungkit soal sejarah kerana ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum.

Apabila Raja Muda Perak menyebut kembali pendirian Raja-raja Melayu menzahirkan teguran berkenaan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950, tentulah Baginda tidak bermaksud untuk mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Persoalannya, jika mengungkit-ungkit sejarah boleh menjadi punca ketegangan kaum, tidakkah pula mengambil tanah Melayu lebih awal mengundang ketegangan?

Apabila mereka mengingatkan semua pihak agar tidak mengungkit kembali fakta sejarah, adakah mereka juga bermaksud untuk meminta Raja Nazrin atau mana-mana Raja Melayu agar 'tutup mulut'?

Timbalan Ketua Wanita Gerakan, Ng Siew Lai yang meminta tindakan mengungkit itu amat penting dihentikan pada saat-saat negara menghadapi krisis ekonomi dan semua pihak hendaklah berfikiran terbuka serta berganding bahu mengukuhkan hubungfan muhibah.

Setiausaha Agung MCA, Senator Wong Foon Meng pula memberitahu setiap anggota masyarakat di negara ini telah memainkan peranan masing=masing membangun dan memajukan negara.

Oleh itu, katanya, sumbangan mereka tidak harus dipertikaikan, sebaliknya harus diiktiraf.

Benar sangatlah kata kedua-dua tokoh politik berkenaan. Cuma, kita tertanya-tanya adakah mereka benar-benar mmemahmi erti pengiktirafan yang diperkatakan itu.

Jika usaha mereka membangun dan memajukan tanah Melayu harus diberi iktiraf, pernahkah pula agaknya mereka memikirkan apakah iktiraf yang harus diberikan kepada orang Melayu yang bukan sahaja menjadi penduduk asal negara ini yang dipanggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu, juga mempertahan dan memertabatkan negara ini.

Dengan usaha dan titik peluh dan adakalanya titisan air mata serta darah inilah menjadikan Malaya dan kemudiannya Malaysia sebqgqi tarikan untuk orang asing khususnya dari China dan India mencari rezeki di sini.

Sudahlah rezeki iaitu bidang ekonomi mereka 'pulun', tanah orang Melayu juga hendak disapu bersih.

Secara pentadbirannya, mereka tidak kelihatan menyapu bersih tanah milik Melayu kerana kelulusan pajakan dari 99 tahun yang menjadi tradisi di seluruh negara dipanjangkan kepada kira-kira 12 generasi iaitu 999 tahun diputuskan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Benarlah seperti yang ditegaskan oleh Pemuda Pas negeri Perak bahawa keputusan itu bukan dibuat oleh Ir. Mohamad Nizar, tetapi oleh EXCO, jadi Menteri Besar harus dipertahankan dan tidak perlu meletak jawatan walaupun desakan datang secara bertalu-talu kerana gagal memertahankan hak orang Melayu, sebaliknya memberi keistimewaan kepada pemastautin di kampung-kampung baru.

Barangkali, Pemuda Pas Perak serta sesiapa sahaja yang mempertahankan Nizar Jamaluddin tidak faham apa yang didesak. Nizar selaku ketua kepada kerajaann negeri Perak didesak kerana harus bertanggungjawab terhadap keputusan Exco itu,

Orang ramai juga setuju bahawa langkah memberi pajakan 999 tahun itu bukanlah keputusan Nizar, tetapi apa yang amat mendukacitakan ialah kegagalan beliau 'mengawal' atau memimpin para ahli EXCOnya hingga mengakibatkan ada orang yang berputih mata sedang yang lain pula bertepuk tangan.

Gejala yang berlaku di negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini bukanlah sesuatu yang asing. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (kerana perlembagaan negeri menyatakan sedemikian), EXCOnya bercampur-campur dan mempunyai 'kuasa untuk tawar-menawar'. Jika tawar-menawar tidak menjadi kenyataan, kaedah lain boleh digunakan.

Salah satu daripadanya untuk menarik diri dan keluar dari pakatan berkenaan. Taktik inilah yang agak digeruni dan mereka, iaitu para Menteri besar tiada mempunyai pilihan kecuali akur kepada desakan atau kata dua.

Nampaknya, kini orang bukan Melayu bukan sahaja telah 'menguasai; orang Melayu, tetapi mereka sudah semakin berani dengan mengeluarkan kenyataan yang turut melibatkan raja-raja Melayu dengan memberi ingatan jangan mengungkit sejarah lama .-19/1/2009

agenda daily

default

Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir

on Monday, January 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....

Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...


Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

panglima perang cyber

default

Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



KUANTAN 18 Jan. - Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata.

Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

“Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kekalahan .

bernama.com

link

MUHYIDDIN PUN TAKUT HANTU PAKATAN RAKYAT

Siapa yang mahu UMNO Berubah?

saya rasa kekalahan UMNO bukan berdasarkan kepada faktor calon ,buktinya BN telah berjaya menarik sokongan undi orang Melayu iaitu yang dahulunya mengundi PAs di Wakaf Mempelam yang menjadi kubu kuat PAS sendiri . Ini bermakna Melayu di sana sudah berani untuk tidak lagi memangkah PAS .Apabila ramalan untuk menang 50-50 untuk kedua-dua parti ,Pas menang bukan kerana undi melayu, tetapi menang kerana saluran 2,3,4 di dun bandar yang majoriti pengundinya cina telah memangkah pas.protes jelas pengundi melayu merupakan cerita baik yang boleh kita buat kajian selepas ini . Pengundi Cina di Dun Bandar mungkin tertarik mengundi PR selepas pemimpin-pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim turun berkempen dan berceramah kerana mereka tahu undi Cina penting untuk mereka . Saya rasa UMNO dan BN perlu bekerja dan berusaha lebih keras untuk menarik sokongan rakyat dari semua kaum . Undi positif dari pengundi Melayu Wakaf Mempelam memberi isyarat kepada kita bahawa perubahan yang UMNO /BN lakukan telah berjaya menarik sokongan dari rakyat ..

default

Nizar digesa letak jawatan

on Saturday, January 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Oleh Siti Mariam Md. Zain

IPOH 16 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin perlu meletak jawatan kerana tindakannya memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung baru yang menggambarkan sikap beliau tidak menghormati dan membelakangkan teguran raja-raja Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar sepatutnya menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu seperti yang diharapkan, bukannya 'menggadaikan' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

Katanya, tindakan seumpama itu juga jelas menunjukkan Mohammad Nizar tidak langsung berusaha untuk melindungi hak-hak orang Melayu.

''Saya minta beliau insaf dan ingat semula siapa yang melantik beliau menjadi Menteri Besar.

''Kalau beliau insaf, beliau perlu meletak jawatan kerana telah melakukan tindakan mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata, sebagai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku dan bakal mengambil tindakan susulan.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin pula menegaskan, tindakan Mohammad Nizar memberikan hak milik tanah tersebut menunjukkan beliau seorang pemimpin yang buta sejarah.

Katanya, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar tidak seharusya bertindak melulu melakukan perubahan untuk kepentingan peribadi.

''Sepatutnya beliau melihat atau mengkaji dulu sejarah bagaimana asal usul kampung baru, bukan tergesa-gesa membuat perubahan yang akhirnya menguris perasaan orang Melayu sendiri.

''Mungkin sekarang tidak nampak sangat kesannya tetapi 10 atau 20 tahun lagi, bila sedar, semuanya sudah terlambat," ujar Zainol.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan negeri mahu 'menyumbang', adalah lebih sesuai mereka memberikan hak milik tanah tersebut kepada para pejuang kemerdekaan dan anggota keselamatan yang telah mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berkata: ''Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak percaya dengan laporan Utusan Malaysia."

default

Inilah wajah pemimpin PAS sebenar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Saya ada mendapat komen daripada pembaca mengenai video ini iaitu beliau mengatakan akhir zaman ini ada 2 jenis golongan iaitu ulama benar dgn ulama sesat mengikut sunnah Rasulullah.

INILAH WAJAH PEMIMPIN PAS SEBENARNYA ,CACI DAN MAKI HAMUN MEMANG MENJADI DARAH DAGING MEREKA DAN MAKANAN HARIAN ..SEPERTI KATA AHMAD NABIL RAJAK LAWAK ..

LU FIKIR LA SENDIRI ..

default

PAS berubah demi PKR dan DAP

on Thursday, January 15, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Dalam kamus politik PAS, UMNO musuh PAS manakala DAP sahabat PAS. Darah orang UMNO halal bagi orang PAS. Itulah kenyataan yang pernah dibuat oleh Haji Hadi. Tak kiralah walaupun UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mungkin bagi PAS, DAP yang (menyatakan bahawa negara ini adalah sekular dan menolak hudud) tak halal darahnya. Tapi apa boleh buat, kenyataan seorang ulaRmak, sebagai pengikut kena akur. Sebagai orang yang mahukan kuasa, PAS kena tunduk menyembah menjilat air kaki untuk mengharapkan undi dengan tuntutan DAP dan PKR.

Lihat apa sudah jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tolak Pulau Pinang (sebab Ketua Menteri DAP), Menteri Besar di Selangor dan Perak tunduk kepada DAP. Di Selangor, Tan Sri Khalid tidak mempunyai kuasai mutlak begitu juga Menteri Besar Perak, Haji Nizar (PAS) sanggup untuk gadaikan tanah tercinta kepada golongan yang berasal daripada penyokong komunis yang telah membunuh para pejuang Islam dan pembela tanah air, hanya atas dasar nak jaga hati pemimpin dalam pakatan dan mahu menarik sokongan. Sedarlah bahawa sokongan yang cuba diraih oleh PAS hanya akan memberikan kelabaan kepada DAP. Kes tanah di Perak dan penubuhan Jawatankuasa Kilang Haram di Selangor semuanya adalah ke arah perjuangan DAP. Isu bahasa dan pendidikan juga untuk DAP. Konsep samarata yang dilaungkan melalui perjuangan Malaysian Malaysia juga untuk DAP. Jangan lupa sejarah. Jiran di selatan kita adalah contoh terbaik dalam memperjuangkan hasrat Chin Peng yang ingin menguasai dan memiliki tanah tercinta ini.

DAP juga menconteng arang kepada PAS apabila secara terbuka menyatakan bahawa mereka menghantar wakil mereka Tan Seng Giaw dan membantu PRK Kuala Terengganu apabila Husam Musa menarik balik kenyataan beliau mengenai hukum hudud dan menukar kenyataan mengenai perlaksanaan hukum tersebut. Tapi nak buat macam mana? Biar dimalukan oleh DAP asalkan bukan UMNO yang memalukan mereka.

PAS pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung.

Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

PAS menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran.

Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.

Jika hudud dilaksanakan, maka pencuri bersertakan bukti sudah PASti dipotong tangannya. Persoalannya, jika termakbul hukum Hudud dilaksanakan oleh PAS, adakah lidah, tangan dll anggota ketua-ketua PAS akan dipotong kerana telah tertera segala bukti perkara-perkara seperti diatas? Adakah Nik Aziz, Hadi serta kuncu-kuncunya sanggup menerima hukuman ini? Jika PAS masih ingin mempertikaikannya maka terbukti bahawa mereka cuma berlakon selama-lamanya sehingga ke liang lahat.

PAS hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan PAS bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang mengetahui mereka yang menyertai PAS ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata. Jika kita lihat kepada pemimpin PAS dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut PAS, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.

Tak sedar-sedarkah lagi orang-orang PAS, rakan sekutu mereka, DAP secara terang-terang menolak hukum hudud, malah boleh pula pemimpin-pemimpin PAS berkata, mereka sanggup tunggu 30 tahun lagi untuk menjalankan hukum hudud. Ini bermakna akan menjadi 80 tahun, lebih dan selamanya PAS akan berdolak-dalih umpama badut membuat persembahan untuk menghiburkan dunia politik sahaja terutamanya umat Islam.

Nampak sangat mereka yang mempolitikkan isu hukum hudud ini. Kalau PAS katakan Lim Guan Eng tu sebagai "khalifah" yang KONONnya memahami Islam, untuk apa secara terang-terangan dia menolak hukum hudud. Bukan saja LGE, malah Karpal Singh tu juga tak suka langsung dengan hudud. Nah, terbukti sudah hudud itu tidak lebih daripada politik PAS yang tak bijak dan tak matang langsung. (Sebenarnya nak kata orang yang sokong membabi-buta PAS itu tidak lebih daripada BODOH saja!)

Tak nampak pun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun sudah hampir 30 tahun memerintah. Yang PAS tau, kutip balak, sebab tebang balak boleh dapat duit dengan cepat. RamPAS SAR, ramPAS Masjid dan Surau, ramPAS dewan orang ramai untuk dijadikan markas dan bermacam-macam lagi kalau hendak disenaraikan bagi melemahkan umat Islam.

Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam, menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada.

PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada "everything is alright" dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini.

Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar.

Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput.

Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan DAP adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat yang berselindung disebalik parti politik.

Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP?

Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori (berceramah), tetapi tidak banyak bertindak (pratikal). Mereka sebagi peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.

Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak selruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah umat Islam ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.

Sebagai hamba Allah yang Islam selagi berikrar bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di sebuah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah di bidang fardu kifayah.

Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah kalau dilaksanakan.

Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : "Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara." Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.

APA SUMBANGAN PAS?

Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi. Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.

Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO. Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.

Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu.

Kerajaan DAP (Komunis) Perak telah berusaha sedaya upaya agar orang Melayu ditindas, dan terus ditindas sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi. Kezaliman mereka tidak dapat dibendung lagi. Sedikit demi sedikit mereka makan harta orang-orang Melayu dan Sultan. Inilah tindak tanduk Komunis Moden yang menggunakan boneka Melayu nya yang kononnya "Islam" dan "Islamik".

Sementara orang-orang PAS yang kurang cerdik dalam hal pentadbiran, masih lagi bangga dengan Menteri Besar Boneka mereka. Mereka memang mahukan tanah-tanah mereka dijual kepada Cina Komunis ini supaya mereka boleh dapat duit dan duduk senang lenang goyang kaki sambil hisap rokok dan melepak di kedai kopi tanpa mereka sedari orang Melayu semakin lemah dan melemah.

Lihat sahaja status tanah pajakan yang ditukar kepada status KEKAL kepada penduduk Kampung Baru Kuala Rui di Gerik. Dan tindakan itu akan menyusul di semua Kampung Baru di seluruh negeri. Secara ringkas nya, penduduk di Kpg Baru ini adalah penyokong Komunis, dan rancangan British untuk menempatkan mereka di Kpg Baru supaya perhubungan dengan Komunis terputus.

Tetapi lihatlah betapa hebatnya Menteri Besar Boneka yang tak bijak itu walaupun ada IR. Secara tidak langsung mereka bersubahat dengan komunis-komunis itu.

Bukan saja perihal tanah, TADIKA KEMAS yang banyak berjasa kepada orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS juga menjadi mangsa. PAS sendiri pun tak sanggup hantar anak ke TASKI kerana mereka tahu TADIKA KEMAS UMNO lebih bagus pengajaran dan pembelajarannya. Itulah sifat jelek orang PAS yang tak tahu malu. Kutuk UMNO bergantang-gantang tetapi kalau ada kemudahan disapu lebih awal dulu daripada orang UMNO.

Maka dengan ini, kalau anda ingin merujuk kepada kerajaan negeri Perak, jangan rujuk sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi KERAJAAN DAP KOMUNIS PERAK kerana yang memerintah bukan PAS atau PKR, tetapi hanya DAP sendirian.

Siapa penduduk kampung baru ini?

Mereka ini adalah Cina bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang membuat huru-hara di Tanah Melayu selePAS pengunduran Jepun. Mereka ini telah diberi pengampunan dan mendiami kebanyakan kampung baru di Perak. Ngeh Koo Ham iaitu Exco Kanan Kerajaan Perak ini adalah ketua kepada kampung baru ini. Dia inilah yang membawa usul pemberian tanah kekal dan mengunakan bonekanya Nizar, MB Perak untuk mengukuh hajatnya.

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri (Perak) oleh rakan se'KUTU' PAS oleh MB Nizar perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz? Di mana keadilan yang dicanang oleh pemimpin Pakatan Rakyat andai semua ini jelas DAP dan Cina semakin berani meramPAS hak-hak Melayu dan mereka akan sedaya upaya mendapatkan pemilikan tanah dimana-mana negeri dibawah PR dan dengan mudah mempertikaikan hal ehwal Islam?

Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau dan terkini Palestin. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita tetapi masih menuduh kerajaan dengan bermacam-macam tomahan.

PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Islam-Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini. Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauhmana kejujuran politik tidak matang PAS yang menjadi tonggangan DAP dan PKR terutama sekali Anwar.

Rakyat harus sedar bahawa PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu. Keadaan ini akan menimbulkan huru hara sekiranya rakyat terus membenarkan Pakatan memanipulasi rakyat dengan konon-kononnya perjuangan tanpa batasan ras. Kenapa kalau tidak ada batasan ras mereka tidak bergabung? Mungkin pula Pakatan ini lebih teruk kerana bukan sahaja ada batasan ras tetapi juga batasan agama. Ini lebih menakutkan apabila batasan-batasan yang wujud ini kelak di perjuangkan apabila Pakatan sudah memperoleh kuasa. Konflik besar PASti berlaku dan konflik ini PASti akan menggoncang kedudukan sosiopolitik negara ini.

Ingat kegusaran dan ketidakstabilan sosiopolitik ini mampu merosakkan negara, keharmonian perpaduan dan akhirnya meruntuhkan tamadun kita sesama. Pakatan Rakyat tidak akan melihat implikasi-implikasi yang akan berlaku. Mereka asyik dengan kekuatan mereka dan niat mereka untuk menggoncang dan merampas kuasa. Inilah matlamat mereka dan matlamat ini adalah untuk memperoleh kuasa tanpa mahu memikirkan implikasi akibat kempen buruk yang memberi mudarat kepada negara kita ini.

Kita harus diingatkan bahawa jangan sehingga kita terleka dengan gendang dan tarian yang mengasyikkan sehingga kita tersungkur. Sedarlah, negara ini sudah makmur dan jangan dikorbankan kemakmuran akibat kealpaan kita. BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP melalui Barisan Nasional dan PAS HANYA BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP UNTUK KEUNTUNGAN DAP DAN PKR.

Inikah jenis kumpulan yang kita hendak percayakan? Bersihkah Pakatan daripada kronisme dan nepotisme seperti yang dituduh kepada kerajaan kita yang sedia ada? Jika kita melihat kepada Dinasti Pakatan Rakyat, pentadbiran politik Anwar dikongsi bersama anak beranak, begitu juga dengan Lim kit Siang dan Karpal Singh. Kesemuanya aktif bersama "keluarga" masing-masing.

Pakatan Rakyat menuntut hak rakyat daripada kerajaan yang dinaungi UMNO kononnya ia telah dirampas untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja. Tetapi siapakah sebenarnya perompak yang hendak meragut hak bumiputra dan Melayu daripada tanah Melayu sendiri? Siapa yang lebih celupar hendak merompak kuasa raja-raja dan pentadbiran orang Melayu? Siapa yang berniat hendak meramPAS negara kita daripada pemerintahan orang Islam dan menggantikannya dengan negara berkonsep agama bebas seperti Singapura?

Kerajaan kepimpinan UMNO dituduh pengamal ajaran sesat Islam Hadhari, sedangkan Hadhari itu sebenarnya hanya satu konsep dan bukannya satu ajaran agama ataupun hukum agama. Jika slogan PAS "BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAM HIDUP" iaitu memberi maksud kepada anjakan paradigma kearah perubahan kepada kemakmuran dari kontek agama, bangsa dan negara, maka tiada bezanyanya dengan konsep Hadhari yang cuba diketengahkan oleh pemimpin dalam membentuk perubahan kepada umat Islam keseluruhannya dalam memajukan agama, bangsa, diri, keluarga dan negara untuk membentuk negara yang kuat dan masyarakat yang harmoni. Akan tetapi rakan PAS didalam pakatan begitu juga PAS sendiri tidak mahu Hadhari dilaksanakan dan dipolitikkan adalah kerana DAP, PKR mahukan ianya sebagai alat melemahkan umat Islam-Melayu demi keuntungkan kuasa politik DAP dan PKR. PAS dikaldaikan untuk tujuan melemahkan agama Islam dan bangsa Melayu khasnya oleh DAP dan PKR.

PAS menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang Islam yang lain, tidak segan silu meletakkan dosa pahala ke atas kertas undi demi perkara-perkara duniawi. Mereka berjihad memperjuangkan hak Islam dengan cara berkompromi dan menunggu restu daripada DAP untuk membentuk kerajaan Islam cara mereka. Akhirnya terbacul kenyataan "sokong DAP-PAS dapat pahala" dari ketua ajaran PAS sendiri.

Dapatkah kita memberitahu pihak manakah yang lebih rasional dalam menghadapi masalah rakyat, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Renungkanlah kembali semua isu-isu kontroversi yang melibatkan maruah orang Melayu selama Pakatan Rakyat berkuasa di negeri-negeri yang ditawan mereka. Ketua ajaran PAS, Nik Aziz menyoal anda, Undi PAS dapat pahala? Berdosakah atau dapat pahala?

Apakah kita tidak mengetahuinya? Dikala kita berusaha memboikot produk-produk Israel dan Amerika kerana menghancurkan umat Islam maka patut juga kita memboikot PAS, DAP dan PKR (Pakatan Rakyat) dalam usaha mereka menghancurkan, memecahbelahkan, memporak-perandakan, menghina Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara MALAYsia. Cuba fikirkan. Berubahlah dan jagalah AQIDAH ISLAM ANDA sebelum terlambat! Berdosakah atau dapat pahala?

Suara Politik
Taminsari

default

Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahulu ..

on Wednesday, January 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Apa Kata Anwar Ibrahim Terhadap Pembangkang :

~"Pemimpim DAP, PAS dan Semangat 46 gila kuasa sehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat Politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong, hanya berminat kepada kuasa & tidak mengendahkan kepentingan rakyat & negara."

~“Ia tiga serangkai berkhalwat; perkahwinan untuk keselesaan. Parti-parti ini tidak mempunyai objektif yang sama dan setiap satu mengikut agenda sendiri.”(Apakah bezanya dengan Pakatan Rakyat.)

~"Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu".


Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya?

Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:

~“Parti-parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian. Pas dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pembangkang.”

(Anwar sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat 'Malaysian Malaysia'nya untuk menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu.)Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP? “Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya."

anti-anwar-ibrahim.blogspot.com

default

PAS parti tidak berprinsip -KJ

on Monday, January 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.

Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-oleh tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.

"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.

"Namun kenyatan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit.

"Adakah ini kita mahu pilih Pas sebagai sebuah parti pilihan kerana amat jelas mereka tidak konsisten dan tidak berprinsip demi mendapatkan kuasa. Inilah parti 'dok rok cetong' dan tidak bermaruah", katanya ketika berceramah di Bilik Gerakan BN Cawangan Gelugor Raja di sini, Jumaat.






Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.

Husam berkata demikian ketika membalas cabaran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mencabar Naib Presiden Pas itu supaya menyatakan pendirian mengenai hudud jika pembangkang membentuk kerajaan pada satu sesi debat di Kota Bharu baru-baru ini.

Namun begitu, DAP menafikannya dan menyatakan hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang.

Khairy seterusnya menegaskan Pakatan Rakyat sebenarnya retak menunggu belah ekoran prinsip mereka yan berlainan dan tidak wujud tolak ansur sepertimana BN.

"Kita menerusi parti-parti komponen yang lain telah lama duduk semeja dan bernaung di bawah satu payung. Kita di dalam BN pun ada wujud perbezaan pendapat dan sebagainya, namun akhirnya kita mencapai satu kata putus bersama demi kepentingan rakyat.

"Justeru bila keluar mengundi 17 Januari nanti, jangan fakir banyak-banyak terus pangkah BN untuk kepentingan penduduk Kuala Terengganu", ujarnya.

sumber prokhairy.com

default

Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen

on Saturday, January 10, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) -- Kemesraan dan kematangan berpolitik jelas tergambar antara pemimpin Umno dan PAS semasa kempen rumah ke rumah pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang tiba-tiba bertembung dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut di Kampung Raja Chendering dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk kira-kira 4 petang, bertegur sapa dan saling beramah mesra.

Khairy ketika itu menunggang motosikal "kapcai" bersama beberapa petugas pilihan raya dalam lawatan rumah ke rumah apabila bertembung dengan Mohd Abdul Wahid yang mahu memulakan lawatan rumah ke rumah di kawasan yang sama.

Anggota Parlimen Rembau itu dan Mohd Abdul Wahid serta penyokong mereka kemudian sempat berbual mesra dan berjenaka selama kira-kira 10 minit berbicara mengenai kempen masing-masing sebelum mereka meneruskan program menemui pengundi.

Semasa pertemuan itu, Khairy kedengaran memberitahu Mohd Abdul Wahid supaya PAS tidak menggunakan taktik menyerang peribadi, sambil disambut oleh beberapa orang sekeliling mereka yang berkata "let's the best man win".

Ketika mengulas mengenai pertembungan itu, Khairy berkata ia menunjukkan kedua-dua parti saling bekerja keras bagi memastikan kemenangan.

"Pertembungan tadi cukup mesra. Tadi dia (Mohd Abdul Wahid) ada kata pendekatan BN ini cukup baik.


"Dia kata kempen yang dijalankan BN juga cukup baik kerana kita tidak menyerang peribadi calon. Kita ucap tahniah pada dia. Kita nampak kempen yang dijalankan oleh kedua-dua parti cukup matang dan berhemah," katanya.

Khairy berkata terdapat segelintir penyokong PAS sendiri tidak menyenangi strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan serangan peribadi dalam kempennya.

"Saya dengar cerita, penyokong PAS dan jentera PAS tidak senang dengan kehadiran Anwar... bila dia buat serangan peribadi termasuk menyamakan Umno dengan Israel, ini yang tidak boleh diterima mereka (penyokong PAS)," katanya.

Sebelum itu, Mohd Abdul Wahid memberitahu pemberita beliau yakin mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kali ini.

"Sokongan daripada pengundi Cina saya amat berpuas hati dan saya telah terangkan kepada mereka tentang wadah perjuangan saya dalam Pakatan Rakyat dan saya yakin mereka menyokong saya," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Abdul Wahid, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan calon Bebas, Azharudin Mamat alias Adam.

-- BERNAMA

default

Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk menarik golongan muda

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Jentera BN tingkat kempen SMS, internet
KUALA TERENGGANU: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) diminta meningkatkan kempen terutama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menjelang hari mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata jentera pilihan raya BN sedang mengumpul semua nombor telefon pengundi muda di Parlimen Kuala Terengganu dan bahan kempen akan dihantar melalui SMS, selain internet.

Katanya, SMS digunakan kerana lebih mudah difahami dan diterima golongan muda bukan saja berada di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, malah pengundi berdaftar di luar negeri ini.

"Kita sudah arahkan jentera pilihan raya BN yang berkampung di kawasan Parlimen Kuala Terengganu supaya menggandakan usaha berkempen sehingga ke hari pengundian, terutama mengedarkan bahan kempen melalui SMS," katanya selepas menghadiri Majlis Menjana Modal Insan Terbilang di Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas, di sini, semalam.

Selain calon BN Parlimen, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, hadir sama Guru Besar SK Gong Kapas, Hafsah Mohamad dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG), Raja Ghazali Abdul Rahman.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata jika dilihat pada trend pengundi muda, sokongan dan kecenderungan mereka kepada calon BN dan Pas sama, tetapi BN memiliki kelebihan kerana Wan Ahmad Farid masih muda jika dibandingkan calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut.

Katanya, Wan Ahmad Farid adalah bekas Exco Pergerakan Pemuda dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, selain memahami kehendak golongan muda.

SUMBER : prokhairy.com

kaedah berkempen menggunakan SMS dan internet merupakan langkah baik untuk mendekati pengundi muda dan saya rasa ia lebih berkesan dan dekat kepada pengundi .Kata-kata yang mesra rakyat pasti mampu menarik hati pengundi kepada BN terutama golongan muda. Teruskan lagu usaha Jentera BN Kuala Terengganu !!! SEDIA GEMPUR !!

default

Anwar berlakon drama lagi di KT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," kata Anwar Ibrahim ketika berceramah di hadapan 100 orang pendengar di satu kawasan rumah pangsa, Jalan Bukit Kecil di Kuala Terengganu pada 8 Januari 2008.


Eloklah kita pakat ramai-ramai ludah Anwar yang berkata dalam ceramah beliau bahawa beliau sanggup diludah jika Pakatan Rakyat, beliau sebagai Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa untuk merubah nasib rakyat. Kita lihat sahaja apa yang telah diubah di kawasan beliau sendiri Permatang Pauh ,Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah khususnya Selangor setelah 8 bulan mereka memerintah.

Apa yang telah Anwar bela. Malahan hak-hak Melayu telah dinafikan oleh Anwar kerana mahu menjaga hati DAP. Anwar sanggup berkata apa sahaja bagi menjadi popular dan sanggup diludah. Anwar berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberikan mandat memerintah negara, “Saya tidak berani bersumpah dan berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat,” Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya.

Berapa banyak ikrar yang mahu Anwar buat sedangkan Ikrar PRU dahulu banyak yang tidak dilaksanakan dan seharusnya beliau diludah sekarang dan tidak perlu menunggu selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Penipuan demi penipuan dibuat oleh Anwar. Selepas pilihan raya yang lalu Anwar langsung tidak menumpukan kepada kebajikan rakyat tetapi menumpukan perhatian untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri.

Anwar menghabiskan banyak masa beliau dengan bertemu ahli-ahli Parlimen untuk melobi mereka untuk melompat parti. Sehingga November, Anwar hanya menumpukan kepada Road To Putrajaya dan seterusnya disambung lagi dan melarat ke Sarawak dan Hari Raya korban adalah tarikh waktu sasaran beliau. Masa bila Anwar tumpukan kepada Rakyat.

Kuala Terengganu sepatutnya meludah Anwar sekarang.

Ibrahim Isamil - Kuala Terengganu

sumber : www.kpmu.net

-DRAMA BARU ANWAR KALI INI DI KT LAGI HEBAT DARI PRMTG PAUH .JIKA DULU DI SANA ,ANWAR PEKENA RAKYAT PERMATANG PAUH DENGAN FILEM DARI PERMATANG PAUH KE PUTRAJAYA PM KE-6 . KINI DI TERENGGANU BELIAU BERLAKON IKUT TAMIL PULAK SANGGUP DILUDAH OLEH RAKYAT JIKA TIDAK MEMBELA NASIB RAKYAT ..HEHE SAMPAI TAHAP INI ANWAR MAIN POLITIK UNTUK TARIK ORANG MELAYU SELEPAS BERJAYA MENDAPAT UNDI CINA ..

default

Boikot Barangan Israel / AS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Boikot semua barangan-barangan yang berlabel seperti dibawah ini kerana ia dihasilkan oleh yahudi dan proksi Israel di seluruh dunia..




Ingat jika kita membeli barangan yahudi dan Israel, kita pun akan terlibat sama menyumbang terhadap kekejaman Israel. Kerana wang pendapatan yahudi akan disalurkan ke negara Israel, samada dalam bentuk derma,cukai dan lain-lain cara.

Tiada cara lain untuk kita membantu mereka. Kita tidak mampu untuk mengangkat senjata.
Tapi kita ada kuasa pengguna. Jika kita lumpuhkan ekonomi mereka, mungkin satu hari nanti mereka tiada dana untuk melakukan serangan ke atas Palestin

Mari bersama-sama kita lakukan.... Akhiri penjajahan Israel terhadap Palestin!!

Boikot barangan Yahudi dan Israel!!!!

default

PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid

on Thursday, January 8, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments


Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

"Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.


Kenyataan Dr Mahathir ini sekali lagi menyerang Pak Lah dan BN . Apa lagi yang Tun Mahathir ini nak ??? Kami ahli UMNO tidak menganggap Datuk Wan Farid itu sebagai orang Pak Lah ke ..jika siapapun terpilih menjadi calon BN ,kita akan sokong kerana itu calon kita !!!

Mulut celupar Tun sekali lagi menjadi tajuk utama Harakah dan Suara Keadilan muka depan untuk menyerang BN dan mengatakan BN mempunyai masalah dalaman mengenai pemilihan calon . Tun suka sangat membuat cerita yang menunjukkan BN ini lemah dan aku rasa beliau suka BN kalah kerana boleh hantam Pak lah lagi jika BN kalah di Kuala Terengganu. Kita semua ahli UMNO di seluruh negara mengharapkan BN mampu menang dan tentunya juga jentera BN di Kuala Terengganu yang bertungkus lumus membuat kerja siang malam berkempen tetapi sayang ada yang mahu mengagalkan usaha itu .

Kenapa begitu buruk sangat hati Tun membenci Pak Lah sehingga dendam beliau seolah-olah masih menghitam didalam hati beliau. Tun cuba menghapuskan semua orang yang berkait dengan Pak Lah termasuklah calon Parlimen KT ini.

Dalam pada masa yang sama, Pak lah yang turun ke Kuala Terengganu pada hari ketiga berkempen selepas penamaan calon berkata, Dr Mahathir boleh kata apa sahaja kerana ia tidak relevan kepada parti itu.

"Kita tahu apa yang kita buat, kita tahu apa kita mahu dan kita akan berjuang habis-habisan untuk memenangi pilihanraya kecil ini," katanya.

Marilah sama-sama semua ahli,penyokong BN berjuang habis-habisan untuk menang dalam PRK Kuala Terengganu ini ..

SEDIA GEMPUR !!!


default

Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...

on Tuesday, January 6, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Setelah proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pagi Selasa hanya tiga calon sah bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga calon berkenaan ialah daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Bagaimanapun Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Harun Alias Ab Rahman Mohamad yang juga tiba di pusat penamaan calon di Stadium Negeri dan menyatakan akan turut serta pada pilihan raya kecil berkenaan tidak menyerahkan boring pencalonannya.

Seorang lagi calon bebas, Isma Airsath yang disebut-sebut akan bertanding, tidak muncul menyerahkan borang pencalonan.

Proses pencalonan berjalan lancar dan cuaca amat baik sejak semalam.





YB KJ turun padang support jentera BN Kuala Terengganu

Terdahulu kedua-dua parti terbesar yang bertanding mengadakan perarakan calon ke pusat penamaan calon di Stadium Negeri. Perarakan calon BN yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyaksikan kira-kira 15,000 penyokong BN bersama-sama memberikan sokongan mereka.





Manakala PAS yang diketuai oleh Presidenya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berarak bersama-sama kira-kira 10,000 penyokong mereka. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pencalonan.

Calon BN, Wan Ahmad Farid yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon itu sebaik sahaja ia dibuka pada 9 pagi tadi.

Apabila kita berhadapan dengan pilihan raya kecil , soal siapa yang bertanding lawan calon Barisan Nasional (BN) kerap dijadikan ukuran bagi memastikan sama ada perjalanan pilihan raya itu lancar tanpa insiden buruk terutama penyokong-penyokong atau ahli parti yang bertindak agresif.Sebelum ini jika calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding, pastinya soal keselamatan menjadi keutamaan polis dan Suruhjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia.Ini kerana dalam pilihan raya kecil di Lunas, Ijok dan Permatang Pauh beberapa insiden buruk tercetus gara-gara penyokong PKR yang bertindak liar dan ganas malah ada antara mereka ditahan polis .Sememangnya PKR memang terkenal dengan keganasan dan ia cukup sinonim dengan PKR yang dikatakan memperjuangkan keadilan. Syabas pihak polis yang menjaga keselamatan di pilihanraya ini dan kita berharap kejadian di Permatang Pauh tidak berulang di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.