Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen

on Saturday, January 10, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) -- Kemesraan dan kematangan berpolitik jelas tergambar antara pemimpin Umno dan PAS semasa kempen rumah ke rumah pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang tiba-tiba bertembung dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut di Kampung Raja Chendering dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Buruk kira-kira 4 petang, bertegur sapa dan saling beramah mesra.

Khairy ketika itu menunggang motosikal "kapcai" bersama beberapa petugas pilihan raya dalam lawatan rumah ke rumah apabila bertembung dengan Mohd Abdul Wahid yang mahu memulakan lawatan rumah ke rumah di kawasan yang sama.

Anggota Parlimen Rembau itu dan Mohd Abdul Wahid serta penyokong mereka kemudian sempat berbual mesra dan berjenaka selama kira-kira 10 minit berbicara mengenai kempen masing-masing sebelum mereka meneruskan program menemui pengundi.

Semasa pertemuan itu, Khairy kedengaran memberitahu Mohd Abdul Wahid supaya PAS tidak menggunakan taktik menyerang peribadi, sambil disambut oleh beberapa orang sekeliling mereka yang berkata "let's the best man win".

Ketika mengulas mengenai pertembungan itu, Khairy berkata ia menunjukkan kedua-dua parti saling bekerja keras bagi memastikan kemenangan.

"Pertembungan tadi cukup mesra. Tadi dia (Mohd Abdul Wahid) ada kata pendekatan BN ini cukup baik.


"Dia kata kempen yang dijalankan BN juga cukup baik kerana kita tidak menyerang peribadi calon. Kita ucap tahniah pada dia. Kita nampak kempen yang dijalankan oleh kedua-dua parti cukup matang dan berhemah," katanya.

Khairy berkata terdapat segelintir penyokong PAS sendiri tidak menyenangi strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan serangan peribadi dalam kempennya.

"Saya dengar cerita, penyokong PAS dan jentera PAS tidak senang dengan kehadiran Anwar... bila dia buat serangan peribadi termasuk menyamakan Umno dengan Israel, ini yang tidak boleh diterima mereka (penyokong PAS)," katanya.

Sebelum itu, Mohd Abdul Wahid memberitahu pemberita beliau yakin mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kali ini.

"Sokongan daripada pengundi Cina saya amat berpuas hati dan saya telah terangkan kepada mereka tentang wadah perjuangan saya dalam Pakatan Rakyat dan saya yakin mereka menyokong saya," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Abdul Wahid, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan calon Bebas, Azharudin Mamat alias Adam.

-- BERNAMA


7 Responses

  1. Dah bertembung, mestilah bertegur sapa..
    sekurang2nya senyum :-)















    Suara Keramat Rakyat Terengganu :
    Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

  2. itu lah yang kita mahu kan ..dalam kita berpolitik semangat ini yg kita mahukan ..

    tiada serangan peribadi seperti PKR itu yg awal2 lagi sebelum penamaan calon sudah tampal gambar altantunya .ini semua kerja anwar ibrahim dan konco2 dia la

  3. Anonymous says:

    xkan la nak bermusuh... politik politik la jugak... apa ke bodohnya ko nih? bengong... aku hrp biar be end (bn) kalah padan muka...

  4. Anonymous says:

    Nate kahairy

  5. aku masih percaya BN mampu menang di K. Terengganu ..

    Gelombang Biru 2004 akan bersama dgn BN ..

  6. gelombang biru ke? atau tidak... kita sama2 tgk laa nanti... kalah menang adat bertanding..... islam hadhari... terengganu bestari... ia sesat dan menyesatkan...khaaaakkk..tuihhh!!!!

  7. islam hadari tidak menyesatkan , ustaz pas je kata sesat ..

    kita tunggu joe keputusan mcmana nanti 17hb

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.