Archive for August 2016

default

PENGAKUAN MAHATHIR TUNJUKKAN LAPORAN POLIS KHAIRUL AZWAN HARUN BERASAS @Azwanbro

on Wednesday, August 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepada  orang UMNO  yang menghentam Azwan Bro kerana  membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri pengawai tinggi kerajaan  sebelum ini mesti terkejut  sekarang.

Ini kerana pengakuan Tun Mahathir sendiri mengesahkan bahawa 3 pegawai tinggi kerajaan yang  dituduh bersubahat telah dikhianati .  Malah jika mereka tidak dikhianati , nasib PM sudah tidak seperti sekarang digulingkan oleh mereka ini secara tidak demokratik .



Dalam masa yang sama mengulas tentang keputusan pihak polis itu , Azwanbro menyifatkan tindakan tersebut adalah tanggungjawab beliau untuk mempertahankan kepimpinan negara dan juga presiden parti.

"Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.

"Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan)," katanya.


Persoalan siapa yang mengkhianati gerakan jahat gulingkan PM ini ? Sewajarnya pihak POLIS perlu membuka semula kertas siasatan terhadap laporan polis oleh Azwan Bro berdasarkan kepada pengakuan terbaru Tun Mahathir . 





KUALA LUMPUR -  Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak, 'dikhianati' seorang daripada mereka.

Dr Mahathir berkata, jika pegawai terbabit iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak dikhianati, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berdepan tindakan undang-undang.

 "Saya fikir, Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Abdul Gani namun mereka dikhianati oleh salah seorang dalam kalangan mereka. "Jika tidak, Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.

Yang turut hadir, Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dr Mahathir berkata demikian susulan tuduhan mengatakan beliau bersubahat dengan tiga pegawai terbabit untuk menjatuhkan Najib.

"Semua tidak benar sama sekali. Saya berharap kami boleh lakukan. Memang saya berharap," katanya.




Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan siapakah pengkhianat itu dan individu yang beliau maksudkan itu, Dr Mahathir dengan pantas berkata, ia hanya khabar angin saja. Beliau turut melahirkan kebimbangan berdepan tindakan undang-undang jika terus memperkatakan hal berkenaan. "Ini semua hanya khabar angin, saya tidak cakap.

Saya tidak mahu mereka menyaman saya kerana saya tidak mempunyai wang yang banyak seperti Najib miliki," katanya. Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendakwa Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Khairul Azwan mendakwa ia berdasarkan kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

Komen berkenaan dijangka dikongsikan bersama trio terbabit ketika sidang media khas, akan dirakam dan klip video itu akan dihantar kepada Dr Mahathir. Khairul Azwan berpendapat laporan polis yang dibuatnya tempoh hari terhadap tiga individu terbabit adalah faktor yang menyebabkan rancangan mereka gagal. - sumber-

default

BEREGU BADMINTON MERINTIS KEMUNGKINAN MELAKAR SEJARAH MENGENGGAM PINGAT EMAS #OLIMPIK2016

on Tuesday, August 16, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pingat Sukan Olimpik sudah dalam genggaman Goh V Shem-Tan Wee Kiong cuma warnanya belum dapat dipastikan selepas beregu lelaki negara itu melakar kejutan mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei pada separuh akhir di Riocentro, Brazil hari ini. V Shem-Wee Kiong, yang menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang Sukan Olimpik kali ini mengetepikan pasangan No. 5 dunia itu 21-18, 12-21, 21-17 dalam aksi berlarutan selama 68 minit.

Dengan kemenangan itu, V Shem-Wee Kiong kini hanya selangkah lagi untuk menggapai pingat emas Olimpik dan akan turun dalam perlawanan akhir pada pukul 10.50 malam, Jumaat ini.

Siapa lawan mereka di final bagaimanapun belum diketahui dan ia bergantung kepada keputusan satu lagi saingan separuh akhir di antara pasangan No. 4 dunia, Fu Haifeng-Zhang Nan dari China dan beregu No. 22 dunia dari Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge yang akan berentap sebentar lagi. Jika berdepan Haifeng-Zhang Nan, V Shem-Wee Kiong memegang kelebihan psikologi selepas mengalahkan pasangan itu dalam pertemuan mereka di peringkat kumpulan.

 Kejayaan V Shem-Wee Kiong, tanpa mengira mereka menang atau tidak dalam perlawanan akhir nanti sudah memastikan kontinjen Malaysia pulang dari Rio dengan pencapaian terbaik mereka selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terlebih dulu mengesahkan pingat dengan melangkah ke final awal pagi tadi.

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam perebutan emas pada pukul 11.30 malam esok. Terdahulu, Malaysia meraih pingat pertama dalam acara terjun menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong yang meraih perak acara 10 meter platform seirama wanita. - UTUSAN ONLIN -

default

LUAHAN PEMINAT PERAK INSIDEN KEKECOHAN PERLAWANAN PERAK VS JDT DI STADIUM IPOH

on Sunday, August 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments















Ipoh: "Saya ke bahagian penyokong selepas mendengar letupan mercun untuk merakam gambar, tiba-tiba saya ditarik oleh sekumpulan penyokong yang menutup muka menyebabkan saya terjatuh.
"Saya kemudiannya dipijak di bahagian leher, ditumbuk di bahagian muka dan disepak di bahagian pinggang sebelum kamera saya dilarikan," kata jurugambar NSTP, Supian Ahmad.
Menurutnya, pada waktu itu keadaan kelam kabut dan dia sedaya upaya cuba menyelamatkan kameranya namun gagal selepas kumpulan penyokong itu membelasahnya.
Katanya, mereka cuba merampas semua barang dimilikinya termasuk lensa kamera sebelum seorang lagi jurugambar menyelamatkannya dan membawanya keluar dari kawasan itu.
Supian berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian mata, leher dan belakang manakala kameranya masih gagal ditemui.
Kekecohan itu berlaku selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor DT di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Dalam perlawanan itu, Perak tewas 0-1 kepada Johor DT hasil jaringan Pereyra Diaz pada minit ke-16.

default

KHAIRY BANGKIT SEMANGAT AHLI UNTUK LAWAN HABIS-HABISAN DENGAN PUAK KELUAR PARTI

on Wednesday, August 3, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tidak kira siapakah mereka, kita mesti berani berdepan dengan mereka." Itu kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin yang mahu ahli UMNO berani beberapa individu yang bukan calang-calang orangnya keluar parti UMNO dan menentang mereka secara habis-habisan.

"Ini adalah cabaran langsung, dan kita tidak boleh leka sebaliknya bangkit untuk berdepan dengan mereka bagi mempertahankan dan meneruskan perjuangan parti,”tegasnya.

Beliau jelas merujuk kepada sebilangan bekas pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menubuhkan parti baru serta bergabung dengan pembangkang.

Serentak dengan itu Khairy menekankan perlunya warga UMNO terus menunjukkan perpaduan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan negara walapun isu-isu baharu meletup dengan mengetengah agenda tersirat pihak-pihak tertentu.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan. Siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat seolah-olah berbentuk tuduhan tanpa diiringi bukti dan fakta. Kita berhadapan dengan tahap bias dan prejudis yang tinggi.

"Inilah masa kita guna akal dan perlu menunjukkan kebersamaan bersama dan berdiri teguh di belakang Presiden Umno untuk menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.

Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan demikiian katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2016 di Putrajaya Isnin malam.

Beliau berpendapat  aspek mentaliti untuk berjaya, keberanian dan kesamaan perlu diterapkan di dalam hati dan minda anggota UMNO bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini buat selama-lamanya.

Khairy berkata ketiga-tiga aspek itu perlu diberi perhatian bagi menghadapi pelbagai dugaan dan kontroversi melibatkan nama baik negara mahupun presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sokongan terhadap UMNO dan BN belum 100 peratus pulih, beliau menyifatkan keyakinan serta mentaliti untuk berjaya itu amat penting bagi mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Inilah kunci kejayaan kita. Kita perlu ada 'mentaliti untuk berjaya'. Ada kalanya kita sedang melalui masa sukar tetapi kita perlu ada keyakinan diri sekiranya mahu menang dalam PRU14.

"Kalau kita sendiri tidak yakin, bagaimanakah orang luar boleh yakin bahawa UMNO mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menyentuh beberapa strategi dalam menghadapi PRU14, antaranya mendekati masyarakat bandar agar mereka tidak terpengaruh dengan sentimen-sentimen negatif yang dibawa pihak pembangkang.

"Pertarungan hari ini adalah antara servis (perkhidmatan) berlawan sentimen. UMNO sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Putrajaya tetapi ada kalanya, sentimen yang dimainkan oleh pihak lawan selalunya terpahat dengan mudah di hati dan minda pengundi.

"Kita berdepan gelombang tsunami dari bandar ke luar bandar. Oleh itu, kita perlu ada corak perang saraf yang lebih cerdik dan canggih bagi menghadapi perkara-perkara yang kita tidak nampak. Carilah bagaimana untuk atasi sentimen negatif dalam PRU14," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.