Archive for February 2016

default

ISTERI KENA RABA SALAHKAN PM & MENTERI SEPERTI TINDAKAN ORANG HILANG AKAL

on Thursday, February 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




ISTERI diraba warga Nepal. Tindakan drastik, belasah Nepal tersebut hingga berdarah. Muatnaik gambar Nepal tertiarap tanpa melihatkan wajah yang jelas. Kemudian sambung berbusking, menghiburkan orang ramai. Kira-kira 4 jam kemudian, baru buat laporan polis. Dalam masa sama salahkan Perdana Menteri dan Menteri.
Manusia diberikan akal dan otak untuk berfikir. Haiwan pula walau diberikan otak, ia tidak berakal. Bezanya manusia dengan haiwan ialah akal. Kerana itulah haiwan senang seperti lembu senang dicucuk hidung dan hanya mengikut kehendak tuannya yang memberinya makan rumput setiap hari.
Malangnya di akhir zaman ini, manusia dikatakan semakin hilang akal. Akal yang menghasilkan budaya dan ketamadunan seakan-akan gagal digunakan dengan sempurna. Budaya murni bertukar menjadi budaya mental ‘tak cukup akal’. Hasilnya, terbitlah kedangkalan manusia itu.
Baru-baru ini, seorang busker mengamuk di media sosial mendakwa isterinya dicabul Nepal. Akalnya memilih untuk bertindak sendiri, membelasah Nepal berkenaan hingga tertiarap. Dimuat naik pula gambar mangsa tanpa menunjukkan wajah jelas yang dikatakan bersalah pada isterinya itu.
Paling menjengkelkan, tiba-tiba saja busker itu mengaitkan kejadian itu dengan nama Menteri dan Perdana Menteri. Menteri dan Perdana Menteri dipersalahkan dalam insiden tersebut. Dia menggunakan rasional isu bawa masuk pekerja asing Bangladesh seramai 1.5 juta yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Melalui laman Facebooknya, busker itu juga mengakui selepas membelasah Nepal itu, dia terus sambung berbusking dan hanya membuat report pada jam lebih kurang 2.00 pagi. Sedangkan kejadian diraba itu berlaku kira-kira jam 9 malam?
Jika benar busker itu ingin menuntut keadilan, mengapa tidak terus sahaja dia bawa Nepal itu ke balai polis berdekatan dan selesaikan ketika itu juga? Mengapa perlu sambung berbusking dan melewat-lewatkan waktu?
Soalnya, waraskah akal yang menggunakan rasional tersebut untuk menyalahkan Menteri serta Perdana Menteri atas kejadian tersebut?
Jika dirujuk pada perbuatan meraba, perbuatan itu dilakukan oleh Nepal berkenaan, bukan Menteri atau Perdana Menteri yang meraba isterinya. Wajarkah akal menyalahkan mereka yang tidak membuat perbuatan meraba itu?
Perbuatan mengimport masuk Nepal itu ke Malaysia adalah perbuatan majikan Nepal berkenaan. Tapi yang dimaki ialah Menteri dan Perdana Menteri. Majikan yang membawa masuk bangla yang tidak bermoral itu tidak ‘disentuh’. Waraskah akal itu?
Mungkin kerana akal busker itu menyimpul dan mengatakan kononnya mengimport masuk bangla berdasarkan polisi kerajaan yang dibuat oleh kementerian yang diketuai oleh Menteri dan kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Itu kaitannya untuk menghalalkan busker itu memaki hamun dan menyalahkan Menteri dan Perdana Menteri? Maksudnya, kerana polisi yang dibuat kerajaan, maka setiap dosa jenayah atau kesalahan itu harus diletakkan di bahu pemerintah?
Sekiranya itulah logik akalnya, maka sudah tentulah Rasulullah SAW akan dipersalahkan juga jika berlaku jenayah dan insiden sumbang di zaman pemerintahan baginda di Madinah dulu. Di zaman Rasulullah, berlaku dosa zina dan sebagainya walaupun ajaran Islam yang baginda sampaikan menegah keras perbuatan tersebut.
Soalnya, apakah wajar dan tergamak akal kita untuk menuding jari pada Rasulullah atas dosa umat Islam yang berlaku di zaman baginda?
Ketika zaman itu, ekoran Madinah menjadi tumpuan pedagang dan umat seluruh dunia, pelbagai kaum wujud dan tinggal di kota Islam berkenaan. Ada yang datang dari Habsyi, Mesir, Iraq dan sebagainya. Polisi Madinah ketika itu adalah terbuka sempadan politiknya dan sesiapa saja diterima masuk dan dibenarkan bermastautin di situ.
Namun, sekiranya berlaku apa-apa kejadian jenayah oleh mana-mana pendatang luar yang menetap dan bekerja di kota itu, apakah kesalahan itu mewajarkan Rasulullah SAW dan para sahabat yang membantu baginda dimaki hamun.
Bukan mahu membela warga asing. Tapi jika difikirkan secara rasional, apabila kita berada dalam keadaan yang marah kerana isteri diraba, apa tindakan yang akan kita lakukan? Sambung menyanyi atau membuat laporan polis terlebih dahulu? Tepuk dada, tanya iman.

sumber : KLxpress

default

PM PUJI GOL FREEKICK FAIZ SUBRI @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma yang sungguh cantik dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.

“Hebat gol freekick Faiz Subri, khabar mengenainya sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip freekick itu, memang cantik,” tulis Perdana Menteri dalam catatan terbaru di akaun Twitternya hari ini.


Najib turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma pada minit ke-62 dengan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum masuk ke gawang Pahang.

Gol cantik hasil sepakan percuma itu telah mencuri tumpuan dunia termasuk beberapa portal antarabangsa.

Menurut portal berita British Independent (www.independent.co.uk), kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai ‘Goal of the Year’.

Pada perlawanan semalam Pulau Pinang menundukkan Pahang 4-1.

default

FREEKICK LENCONG FAIZ SUBRI ALA ROBERTO CARLOS VIRAL SELURUH DUNIA

on Wednesday, February 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PETALING JAYA: Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

 Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa. Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year’. eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

“Amazing goals…..faiz subri..biar coach (jurulatih) Malaysia buka mata sikit,” komen Mohd Farid. “Kalau konsisten player (pemain) ini sampai habis musim,

 Team (pasukan) luar mesti nak beli punya. Gol mcm ini, terbeliak biji mata kot,” kata Kamal Hayat.

“Gol paling mahal. Messi pun tidak boleh buat apa,” kata Mohd Shahfiqry.

Dalam perlawanan semalam itu pasukan Pulau Pinang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.



default

BILLBOARD MEMPERINGATI ANWAR , PBT KERAJAAN SELANGOR BUAT SENYAP ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tahniah kepada Rakyat Selangor. Billboard memperingati Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dipasang di merata-rata di Selangor. Kita berharap Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit pembayar cukai untuk membuat billboard berkenaan. Tidak ada hasilnya untuk Rakyat Selangor pun. Yang pastinya, Billboard berkenaan tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran. Mungkin mereka tertidur kot?


Cuma kita hendak bertanya Peguam Negara, adakah tindakan sebegini tidak menghina undang-undang negara apabila dikatakan pesalah kes liwat dikatakan tahanan politik?Kalau billboard ini bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah, sewajarnya tindakan diambil kepada sesiapa yang memasangnya dan tindakan menurunkan billboard ini harus dilakukan

default

KHAIRY SOKONG PENDIRIAN TPM , BELIA TAK MINAT KERJA SEKTOR LADANG & PEMBINAAN @Zahid_Hamidi

on Monday, February 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu angka 1.5 juta tenaga asing Bangladesh  terus menjadi isu hangat dan pendirian TPM DS Zahid Hamidi hari ini  bahawa belia Malaysia tidak berminat kerja sektor ladang dan binaan memang tepat. 

Malah ia turut disokong oleh  Menteri Belia sendiri YB Khairy Jamaluddin  yang menerangkan mengapa tenaga kerja asing diperlukan terutama sektor pembinaan .

Jika gaji buruh tinggi dengan menggunakan pekerja tempatan maka harga rumah pun akan lebih tinggi . 

Tweet KJ turut disokong pengikutnya yang bersetuju bahawa kerja di supermaket pun rakyat kita tak nak apatah lagi kerja di sektor pembinaan . 








Isu 1.5 juta pekerja Bangladesh…jangan salahkan saya,kata TPM Zahid



Melihat kepada berjuta jumlah pekerja asing yang ada permit dan tanpa izin yang sudah ada di negara ini memang ada pihak yang kecut perut mengenangkan keputusan kerajaan nak benarkan bawa masuk 1.5 juta dari Bangladesh.
Ada yang kata boleh ‘ banjir’ Malaysia dibuatnya.
Tidak kurang yang desak kerajaan timbang semula keputusan itu.
Soalnya apakah kerajaan pakai hentam main semberono nak luluskan kemasukan pekerja asing serentak seramai itu?
Lojik akal kata tak mungkin kerajaan tidak fikir masak-masak hal itu.
Ini disahkan melalui penjelasan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai mengulas isu berkenaan Sabtu.
Kerajaan memutuskan benar baw amasuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat selama tiga tahun.
Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Shah Alam,beliau meminta rakyat tidak salahkan kerajaan sebaliknya memahami isu sebenar disebalik keputusan berkenaan.
Kata Zahid soal kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu diluluskan atas permintaan para majikan sendiri yang mungkin gulong tikar kerana tiada tenaga kerja…dan bukan atas kehendak kerajaan atau kerana nak kutip levi.
Majikan-majikan kata syarikat mereka tidak boleh berfungsi tanpa tenaga kerja yang mencukupi.
Katanya kerajaan mendengar permintaan para majikan dan hendak memenuhi keperluan mereka saja.
“Jangan salahkan saya,jangan salahkan kerajaan,jangan salahkan Kementerian Dalam Negeri,jangan salahkan Kementerian Sumber Manusia,”katanya.
Timbalan Perdana Menteri kata ini kerana rakyat Malaysia tidak mahu berkerja dalam sektor dimana pekerja Bangladesh kerja.
Beliau bertanya ,“Berapa ramai yang mahu kerja dalam sector perladangan.Bedrapa ramai yang nak kerja dibawah panas dan hujan dalam sektor pembinaan.Berapa ramai nak kerja dalam keadaan kotir,bahaya dan sulit ..tak ada.”
Zahid juga nafi kerajaan hendak hadkan peluang kerja kepada rakyat negara ini menerusi keputusan ambil pelkerja Bangladesh itu.- 13/2/2016




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.