Archive for December 2013

default

SUSPEK BAWA BOM BUATAN SENDIRI AMBANG TAHUN BARU DITANGKAP DI AMPANG !

on Tuesday, December 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 - Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

"Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan polis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman, Ampang.

"Pemeriksaan yang dibuat ke atas beg silang suspek, polis menjumpai sebutir bom buatan sendiri berupa paip PVC yang mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan.

"Siasatan mendapati suspek yang dalam keadaan khayal ketika ditahan memberitahu beliau belajar membuat bom menerusi Internet," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Abd. Rahim berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai peralatan sembahyang di Serdang hendak meletupkan bom itu pada sambutan ambang tahun baharu dan polis masih siasat sasaran tempat bom itu hendak diletupkan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan sama ada bom itu akan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

"Polis bimbang dengan isi kandungan bom itu yang dimampatkan dengan belerang, paku dan kaca yang boleh mendatangkan kecederaan serius dan berkemungkinan kematian apabila diletupkan," katanya.

Abd. Rahim berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan samun.
Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

default

Dalang hasut guling kerajaan di facebook telah ditangkap Polis

on Thursday, December 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Polis hari ini menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 11 pagi di Saratok, Sarawak.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur kini dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," katanya dalam catatan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia.Hadi Ho berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen. - Bernama

default

RBA kantoi Fitnah PERKASA sokong kenaikan harga barang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Awas RBA kini mahu menjadi batu api melagakan orang Melayu . Terbaru mereka telah palsukan gambar Perkasa Alor Star kononnya menyokong  kerajaan kenaikan harga barang.

Gambar sebenar adalah demo mempertahankan Kalimah Allah bukannya mengenai kenaikan harga barang.


default

RBA serang & fitnah @NajibRazak di rumah terbuka Krismas Malaysia

on Wednesday, December 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Juak2 RBA hari ini berlambak di Rumah  Terbuka Krismas Malaysia..maklum lah negeri tempat mereka.

Apa depa spin & tipu hari ini orang  Cina Penang pasal Najib ?

 Depa kata Najib tak mesra dengan bos mereka Guan Eng ketika duduk semeja dan terus disebarkan di facebook dalam berbahasa cina .

Tetapi realiti dan kebenarannya , Najib bukan seperti yang dituduh RBA dan gambar beliau senyum dan bersembang mesra dengan Guan Eng boleh dilihat sendiri gambarnya .

Kesimpulanya , selagi RBA terus menipu dan fitnah BN seperti ini  ..selagi itu lah cina tak akan undi BN di PRU akan datang


default

Balut keranda bendera Pas untuk mudah masuk syurga ke ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Apa hal ni bendera Pas dijadikan kain balut keranda mayat ?

Mungkinkah puak2 ini  percaya cakap juak2 Pas bahawa sokong dan undi parti mereka akan masuk syurga ?

Teringat kata2 Tailong

" Lu confirm masuk syurga "

default

BiaDAP bangsat Nga Kor Ming DAP menghina Najib & Isteri di twitter

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Bila jumpa dan berdepan Najib dan pemimpin BN , muka macam haramjadah ultra kiasu Dap ini senyum menyambut pemimpin No 1 negara ini .



Tapi bila di belakang , depa la dalang dan kepala menghasut rakyat menghina PM seperti di twitter sendiri.

Beginikah sikap seorang ahli Parlimen ?  Kalau Najib pun depa hina apatah lagi rakyat yang tidak menyokong mereka terutama Melayu.

default

TERKINI ! BUKIT AMAN DIFITNAH KENA SERANGAN , PDRM CARI DALANG TUKANG SEBAR !!

on Tuesday, December 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perbuatan siapakah yang sebarkan Bukit Aman diserang bom di facebook ini ?? RBA ?? 

Tangkap je tukang sebar berita menipu ini . Dengan polis pun dia nak main ....tunggu la nasibnya ..




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya berlaku serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Lai Lee Ching berkata, keadaan di Bukit Aman tenang dan ia beroperasi seperti biasa.

Beliau menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan polis akan bertindak tegas terhadap pelakunya.

"Susulan penyebaran khabar angin itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali, kata Lai. 

Beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu seumpama itu atau berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Catatan di Facebook itu antara lain mendakwa Bukit Aman diserang sekumpulan pengebom berani mati yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota polis. - Bernama

default

POLIS KETATKAN KAWALAN SEMPADAN , JAMIN RAKYAT DI SEMPADAN SELAMAT

on Sunday, December 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR: Polis mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thai ekoran empat serangan bom di Danok yang terletak kira-kira 1km dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, Ahad.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin bagaimanapun memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran sempadan akan berada di bawah kawalan polis.
"Berikutan kejadian pengeboman di Padang Besar, Danok dan Dadao, polis sedang memantau perkembangan dan telah mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengetatkan keselamatan di kawasan sempadan kita.
"Orang ramai tidak perlu bimbang tetapi saya menasihati orang-orang yang mempunyai urusan di kawasan itu untuk lebih berhati-hati," kata Mohd Bakri dalam satu kenyataan


default

GAMBAR & VIDEO DANNOK DI BOM , 2 RAKYAT MALAYSIA CEDERA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DANOK: Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini.

Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti.

Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit.

Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari.

Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.



*** Kepada rakyat Malaysia yang nak bercuti di sana , lebih baik ditangguhkan hasrat jika sayang nyawa anda. Bom tak pernah kenal siapa ..nasib la siapa kena..







default

WEE KA SIONG JANGAN TERIKUT DAP TUDUH UMNO ANCAM KAUM LAIN @razlanrafi

on Friday, December 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO.

Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain."

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

default

APA GUNA KDNK GAH TAPI REALITINYA KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT @khairykj @NajibRazak

on Tuesday, December 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB bersetuju dengan kenyataan YB Khairy Jamaluddin   hari ini , apa guna  KDNK negara mencatat pertumbuhan tetapi realitnya kos sara hidup rakyat meningkat dan tidak mengambarkan realiti sebenar ekonomi .

YB KJ cukup lantang dan peka kehendak generasi muda dan sebagai Menteri muda dalam kabinet , harap beliau dapat bawa rintihan dan kesempitan golongan ini di mesyuarat kabinet esok .


 Keresahan orang muda mengenai kenaikan kos sara hidup akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah membangkitkan isu itu rentetan kenaikan tarif elektrik, tol serta kesan gandaan yang bakal berlaku terhadap barangan dan perkhidmatan lain.

"Saya akan membawanya dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini sebagai mewakili pandangan orang muda dan kerisauan mereka tentang kenaikan yang datang sekali gus seperti tsunami.

"Ini adalah keresahan generasi muda berkaitan kos sara hidup, kita masih belum pasti penyelesaiannya tetapi perkara ini wajib saya bangkitkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementeriannya dengan Intel Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan MPBN Sidang 2 Penggal ke-29 yang dihadiri lebih 70 peserta mewakili majlis belia negeri-negeri.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Menurut Khairy, beliau membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini dan akan konsisten membawanya dalam mesyuarat Kabinet.

"Kenaikan banyak perkara secara serentak ini yang hendak dibincangkan, malangnya, kita tangguh (kenaikan) semua ini sudah lama, bila semuanya datang sekali, itu yang menjadi masalah kita hari ini," katanya.

Berhubung kenaikan tol, jelas Khairy, kerajaan terpaksa menanggung pampasan RM400 juta setahun kepada syarikat konsesi sekiranya kenaikan ditangguhkan, namun beliau berpendapat ada formula lain yang mungkin belum difikirkan.

"Semuanya ada kesan gandaan yang akan dirasai kemudian, memang bila kita naikkan tarif elektrik, kira-kira 70 atau 80 peratus isi rumah tidak nampak kesan dalam bil mereka tetapi ada kesan kemudiannya pada harga barangan dan perkhidmatan," katanya.

Menurut Khairy, beliau yakin kerajaan peka mengenai masalah yang berlaku kerana keutamaan negara adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya.

"Kita cakap kepada rakyat biasa bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan lima peratus tetapi jika apa yang rakyat rasa adalah kos hidup meningkat, itu adalah satu masalah kerana perangkaan ekonomi tidak menggambarkan realiti ekonomi sebenar," katanya.

default

KENAIKAN TOL : MENTERI LUPA AKUJANJI BN , PEMUDA UMNO BANGKIT BANTAH @azwanbro @khairykj @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



GPB sambut baik  bila pemimpin  Pemuda UMNO  seperti YB Khairy & Khairul Azwan Harun bingkas bangun membantah kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam ( LRT,monorel ) . Pemuda bantah tapi disertakan cadangan baik untuk kerajaan .

Ternyata Pemuda UMNO dapat merasai keresahan dan kesempitan golongan muda jika bebenan kenaikan tol   & tambang pengangkutan dinaikkan tahun depan . Menteri Pemandu seperti Wahid Omar bukan tahu bebanan rakyat samada di bandar dan luar bandar mengenai segala benda yang mereka nak naik ini .


Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol

. “Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya.Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

 “Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya. 

 Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.

 “Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya,” katanya. 

 Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi. Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR). 

 “Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar,” katanya. Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1. 

 Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.

 “Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan. “Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR?

 Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan,” katanya.

 Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.

 “Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel,” katanya. Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.

 Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet. Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu. Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan. 

 Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013.


Cuma yang GPB ingin persoalkan Menteri lantikan Najib ini , dia tahu atau tidak  Manifesto BN  yang berjanji akan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

Harap Najib dapat membatalkan segala kerja gila idea PEMANDU berhubung  kenaikan tol ini termasuk pengangkutan awam ( LRT-Monorel) ini .

Kalau  Najib teringin nak beri kerusi Perdana Menteri secara free kepada ANWAR &  DAP di PRU14 sebab tak mahu jadi kerajaan populis ...

Silakan NAIK kan  segala benda di Malaysia ini tahun 2014 ini ....















Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. 



default

Akhirnya kehebatan tentera Malaysia di Somalia diiktiraf Amerika @NajibRazak

on Saturday, December 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.

Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.


Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.


“Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

“Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,” katanya,


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini. 

default

KEBIADAPAN JEFF OII & TONY PUA TERUS DIBANTAH , PAS PULAK TAKUT SERGAH DAP @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Tindakan biadab dua pemimpin DAP iaitu Jeff Ooi dan Tony Pua menghina penjawat awam terus mendapat bantahan orang ramai.

Di pekarangan Masjid Jamek Seberang jaya selepas solat Jumaat, sekumpulan jemaah berhimpun secara aman sambil mengutuk perbuatan tersebut

Demonstrasi selama hampir 20 minit itu diketuai oleh bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim dan bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail.

Menurut Zamil, Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing' perlu memohon maaf di pejabat ROS di Putrajaya.

"Jika benarlah dia menyedari mulutnya celupar dan ada maruah selepas melakukan kesilapan, dia perlu segera berbuat demikian kepada ROS.

"Begitu juga dengan Jeff Ooi yang perlu meminta maaf di pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) selepas menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu sebagai kucing kurap, bukan hanya meminta maaf selepas didesak oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh," katanya kepada pemberita selepas menyertai perhimpunan aman itu.

Sebelum ini beberapa pihak mendesak wakil rakyat DAP itu meminta maaf dan menarik balik perkataan 'kucing kurap' yang dibuat Jeff Ooi bagi merujuk kepada kegagalan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong.

Tony Pua pula dalam laman Facebook sebelum ini menggelar ROS sebagai 'anjing' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses pertama pada 15 Disember lalu.

Sementara itu, Zainol berkata, pucuk pimpinan Pas juga dilihat tidak mengambil berat tindakan biadab kedua-dua pemimpin DAP berkenaan semata-mata mahu menjaga hubungan baik sesama mereka.

"Sepatutnya pemimpin atasan Pas tampil menyatakan sikap sebenar mereka terhadap kenyataan biadab dua pemimpin DAP terbabit kerana menghina kakitangan awam.

"Apakah mereka tidak berani menyatakan pendirian seperti mengutuk tindakan itu atau menyuarakannya supaya kedua ahli DAP terbabit memohon maaf secara jujur sebagai tanda mengakui kesilapan mereka?," soalnya.

default

10 BUKTI MAT SABU PENGANUT SYIAH DIDEDAHKAN KDN

on Thursday, December 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.

3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan


4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah

5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.

6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand

7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak

8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.

9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.

10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
- Rakyat News

default

PROTON PERDANA BARU JADI KERETA RASMI KERAJAAN DILANCARKAN @NajibRazak

on Wednesday, December 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






PUTRAJAYA 11 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri Kabinet.
Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - BERNAMA





default

BILA BANJIR DIPOLITIKKAN , MKN SEKOLAHKAN NUR ADILLA & FUZIAH SALLEH !! @tunfaisal @azwanbro @drnovandri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Sejak kebelakangan ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati banyak pihak mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan tidak kurang juga kritikan berhubung pelaksanaan operasi pengurusan banjir terutama di Pahang dan Terengganu.
Justeru, MKN terpanggil untuk memberikan respon terhadap surat terbuka daripada Nur Adilla Abd Rahim bertajuk Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menangkis persepsi negatif terhadap jentera pengurusan bencana negara yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.
Penulis menyatakan kehairanan beliau terhadap tahap ketidaksiagaan badan-badan kerajaan tertentu sedangkan Malaysia menghadapi situasi banjir saban tahun. Luahan beliau, hanya apabila Ahli Parlimen Kuantan membawa perkara mengenai banjir di Kuantan ke Dewan Rakyat barulah ia mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara. Hal ini memperlihatkan bahawasanya kedua-dua penulis dan Ahli Parlimen Kuantan tidak mengikuti perkembangan semasa.
Banjir yang berlaku di Kuantan bermula pada 2 Disember 2013 dan Ahli Parlimen Kuantan hanya membawa perkara ini ke Dewan Rakyat pada 4 Disember 2013. Pada waktu YB Fuziah Salleh mengutarakan usul berkenaan, anggota tindak balas sudah pun beroperasi selama dua hari bagi mengeluarkan mangsa untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 13,460 orang di Kuantan sahaja.
Pemindahan seluruh negara setakat jam 12.00 malam 4 Disember 2013 melibatkan 21, 253 mangsa. Sebenarnya, Puan Nur Adilla dalam tulisan ini memberi gambaran bahawa YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan tidak turun ke padang sewaktu banjir mula berlaku serta tidak mengikuti perkembangan banjir di kawasan Parlimen Kuantan yang beliau wakili.
Adalah tidak adil bagi penulis untuk menyimpulkan bahawa operasi menyelamat, memindah, dan pengagihan keperluan kepada mangsa banjir hanya dilakukan oleh MKN setelah ditekan dan didesak oleh ahli politik.
Perlu dijelaskan di sini bahawa MKN menguruskan bencana tanpa dipengaruhi sebarang fahaman politik mahupun individu berkepentingan. Prioriti utama adalah menyelamatkan nyawa tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, serta fahaman politik seseorang.
Dakwaan penulis dan juga Ahli parlimen Kuantan turut memperlihatkan ketidakfahaman mereka tentang sistem pengurusan bencana negara yang setaraf dengan sistem antarabangsa seperti badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang meliputi aktiviti sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu bencana.
Walhalnya, sebelum dicadangkan oleh penulis sekali pun, MKN saban tahun mengambil langkah  melakukan persiapan sebelum berlakunya bencana banjir.
Hasil daripada post-mortem pengurusan banjir bagi musim tengkujuh lalu digunakan bagi memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti supaya jentera pengurusan banjir akan datang lebih berkesan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sejurus negara menghampiri musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut 2013/2014, MKN mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 24 September 2013 sebagai langkah persediaan awal.  Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan sebanyak 4 hingga 5 episod hujan lebat akan berlaku dalam tempoh sehingga Mac 2014.
Episod hujan lebat yang menyeluruh selama 3 hingga 7 hari akan menyebabkan risiko berlakunya banjir. Melihatkan keadaan ini, MKN mengarahkan supaya agensi serta aset pengurusan banjir diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.
Untuk makluman, wakil kerajaan Negeri turut dijemput untuk menghadiri Mesyuarat JPBP bagi berkongsi maklumat mengenai persediaan jentera pengurusan banjir serta ramalan keadaan cuaca. MKN negeri juga mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di negeri masing-masing bagi menyelaraskan persediaan di peringkat negeri dan daerah.
Pendek kata, kerajaan melalui pelbagai agensi pengurusan bencana termasuk MKN melakukan semua persediaan yang perlu bagi memastikan operasi menyelamat dan perpindahan dilakukan sepantas mungkin bagi mengelak kejadian tidak diingini serta memastikan bekalan dan keperluan di pusat pemindahan adalah mencukupi.

Untuk makluman penulis, seramai 56,997 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk memberikan bantuan.
Selain itu, aset kerajaan yang boleh dikerahkan untuk operasi banjir di seluruh negara ditempatkan mengikut zon. Melihat kepada keadaan banjir semasa di pantai timur, MKN dan agensi-agensi tindak balas berkaitan mengambil tindakan untuk menggerakkan kekuatan dan aset di negeri-negeri yang tidak dilanda banjir bagi meningkatkan keupayaan agensi tindak balas dalam operasi banjir di kawasan yang terjejas banjir.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan di pusat-pusat pemindahan mewartakan sebanyak 4,696 pusat pemindahan di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1.3 juta mangsa. 54% daripada pusat pemindahan yang dikenal pasti adalah Kompleks Penghulu, Dewan Orang Ramai, Pusat Komuniti, dan lain-lain.
Selebihnya adalah sekolah. Selain itu, JKM juga menubuhkan Depot Simpanan Keperluan Bencana dan Stor Bencana Negeri di beberapa lokasi strategik di Pengkalan Chepa, Kemaman, Bedong, Sungai Buloh, dan Muar. Selain itu, terdapat 513 Pangkalan Hadapan bagi menyimpan stok barangan makanan dan barangan bantuan bencana ke kawasan yang berisiko terputus hubungan atau terputus bekalan.


Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan dan persediaan tidak selalunya berjalan lancar terutama dalam keadaan dunia yang mengalami perubahan iklim. Penulis seharusnya sedar cabaran yang dihadapi oleh agensi pengurusan bencana apabila terpaksa berdepan dengan cuaca ekstrem yang membawa kepada bencana.
Dalam kes di Kuantan, rekod cerapan hujan dari 1 hingga 3 Disember adalah sebanyak 900 mililiter. Cerapan ini adalah tiga kali ganda daripada jumlah cerapan sepanjang  Disember bagi 2012 iaitu 330 mililiter sebulan. Faktor ini, ditambahkan dengan fenomena air pasang besar menyebabkan air naik dengan mendadak sekali.
Sistem ramalan awal Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) setaraf dengan negara maju. Namun, apabila melakukan ramalan bagi cuaca tropika seperti di Malaysia, ia ternyata agak sukar dan ini turut diperakui oleh pakar-pakar meteorologi dunia.
Ramalan berlakunya episod hujan walaupun dapat dilakukan 7 hari ke hadapan namun ia tidak dapat menentukan lokasi tepat kejadian hujan, sebaliknya hanya secara umum. Lanjutan daripada ramalan JMM, amaran awal disebarkan melalui media termasuk media elektronik dan bantuan polis supaya penduduk di kawasan berisiko berjaga-jaga. Sejurus air mula naik, agensi penyelamat melakukan operasi pemindahan.
Mengenai dakwaan tentang bantuan yang  lambat tiba serta keadaan yang teruk di pusat pemindahan, ia harus dicerna dengan minda yang rasional. Harus difahami bahawa kerja pemindahan memerlukan masa berikutan keadaan cuaca, jumlah mangsa, serta faktor yang tidak dapat dielakkan. Terdapat mangsa yang enggan berpindah meskipun dipujuk dan akhirnya terkandas berikutan air naik terlalu dalam.
Peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir melebihi jangkaan awal menyebabkan keadaan agak tidak tersusun di pusat-pusat pemindahan pada peringkat awal. Ekoran daripada kenaikan aras air yang tinggi akibat hujan ekstrem dan air pasang besar, terdapat beberapa pusat pemindahan turut dibanjiri. Mangsa di pusat pemindahan berkenaan terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan lain yang menyebabkan sedikit kesesakan.
Berikutan situasi ini, JKM juga terpaksa mengambil langkah menyusun semula pengagihan bekalan makanan dan bahan mentah bagi memastikan keperluan mencukupi. Selain itu, pihak berkuasa turut mengalami cabaran daripada segi logistik bagi menghantar bekalan berikutan keadaan cuaca yang buruk serta jalan raya ditenggelami air.
Namun, ini hanya berlaku pada peringkat awal pembukaan pusat pemindahan sahaja dan keadaan kini lebih stabil dan bertambah baik serta bekalan keperluan adalah mencukupi. Bagi kawasan yang terputus hubungan, bantuan dihantar melalui helikopter.


Melihatkan keadaan semasa banjir yang melanda negara, MKN perhatikan ramai yang cuba membandingkan Malaysia dengan negara Jepun yang dikatakan lebih unggul dalam menguruskan bencana. Walaupun ia adalah suatu perkara yang positif bertujuan penambahbaikan, namun adakah mereka ini sedar bahawa apabila negara Jepun dilanda bencana, semua pihak di segenap lapisan masyarakat meletakkan perbezaan fahaman politik dan ideologi mereka ketepi dan berganding bahu untuk menangani krisis yang dihadapi.
Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan. Menyedari hakikat ini,  masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa.
Mereka ini mempunyai kesedaran tinggi peranan dan tanggungjawab yang seharusnya mereka mainkan tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Ini membolehkan negara mereka untuk bangkit kembali dengan pantas selepas berlakunya musibah.
Masyarakat Jepun sama ada orang awam atau parti politik tidak memijak di atas kepala agensi dan anggota penyelamat untuk mendabik dada sendiri.
Dalam keghairahan kita untuk membandingkan situasi dalam negara dengan negara luar yang dirasakan lebih ke hadapan, seharusnya kesediaan masyarakat untuk turut sama menggalas perubahan juga harus diambil kira.
Tahap kesedaran rakyat Jepun terhadap pentingnya untuk bersedia menghadapi bencana adalah amat tinggi. Menyedari bahawa mereka tinggal di kawasan yang berisiko menghadapi bencana alam, mereka memberikan kerjasama dalam melaksanakan langkah persediaan termasuk mengambil insurans bagi melindungi harta benda mereka.


Mengenai bantuan berupa wang berjumlah RM500 yang didakwa penulis sebagai terlalu sedikit, ingin diperbetulkan di sini bahawa ia bukanlah sebagai pampasan atau ganti rugi kepada kerugian yang dialami mangsa.
Terma yang sebetulnya bagi pemberian wang kepada mangsa ini adalah sumbangan Bantuan Wang Ihsan kerana ia hanya bagi meringankan beban kepada mangsa atas dasar keprihatinan kerajaan bagi membolehkan mereka ini memulakan kehidupan sejurus selepas berakhirnya banjir.
MKN juga mengambil kesempatan ini untuk menjawab tohmahan kononnya Bantuan Wang Ihsan terlebih dahulu masuk ke dalam poket segelintir pihak yang tamak. Sebagai makluman, sumber kewangan bagi peruntukan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana adalah daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang tertakluk kepada tatacara kewangan kerajaan sedia ada dan proses pengauditan.
Proses penyerahan Bantuan Wang Ihsan juga tidak dilakukan sewenang-wenangnya, dan memerlukan dokumen pengenalan diri selain hanya empunya diri iaitu ketua keluarga yang disahkan dibenarkan untuk mengambilnya.
Semua keluarga yang layak akan diberikan Bantuan Wang Ihsan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik waima mereka mengenakan pakaian melambangkan parti yang disokong sekalipun semasa proses penyerahan. Hasilnya, akaun KWABBN bebas daripada sebarang komen audit yang negatif berikutan ia diuruskan dengan baik.
Sebagai makluman, negara pernah mengalami situasi banjir yang lebih buruk dan menyeluruh di seluruh negara melibatkan lebih daripada 230,000 mangsa yang berpindah pada 2010, selain daripada 140,000 mangsa pada 2006 dan 100,000 mangsa pada 2005.
Namun, situasi banjir semasa yang diperlihatkan adalah seolah-olah kerajaan tidak berdaya untuk menguruskannya, sedangkan mangsa yang terlibat pada ketika ini berjumlah sekitar 50,000 orang iaitu jauh lebih sedikit.
Hakikatnya, realiti di peringkat lapangan, keadaan ini masih boleh dikawal dan ditangani dengan baik walaupun terdapat gangguan dan cabaran logistik pada peringkat awal.
Tujuan MKN mengemukakan respon bukan disebabkan tidak boleh menerima kritikan tetapi bagi memperbetulkan salah faham serta kesalahan fakta yang didakwa oleh banyak pihak termasuk penulis sendiri.
MKN menghargai segala pandangan konstruktif yang diutarakan. MKN sentiasa berusaha untuk memantapkan dan memperbaiki sistem pengurusan bencana dalam keadaan perubahan iklim dan senario pembangunan negara yang rancak.  Namun, ia juga perlu mengambil kira keupayaan dan kapasiti negara selain melihat kepada kebolehmampanan kepada sesuatu usaha yang dilakukan.
Semua pihak dipohon untuk tidak melihat dari jauh dan mempolitikkan pengurusan bencana serta mengambil tindakan menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan kestabilan dan kelancaran operasi banjir yang boleh merendahkan moral petugas yang sedang bertungkus-lumus  memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
Sebaliknya, semua pihak perlu berganding bahu bagi membantu jentera pengurusan bencana di peringkat tempatan. Nur Adilla Abd Rahim adalah seorang yang terpelajar. Justeru MKN yakin puan faham dengan maksud “Good deeds should be spotlighted and not laserred”.  – 10 Disember, 2013.
* Artikel ini disediakan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.