PUTRAJAYA: Mulai 1 Mac depan, warga Malaysia yang memohon pasport baharu, penggantian pasport atau penyambungan pasport gantian tidak perlu membawa foto untuk dilekatkan di borang permohonan mereka.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen untuk mengambil gambar mereka.
"Tiada caj dikenakan untuk pengambilan foto itu dan tiada bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan pengambilan gambar berkenaan kerana ia adalah arahan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus kepada beliau dan Jabatan Imigresen baru-baru ini," katanya selepas menghadiri Hari Imigresen 2013 di ibu pejabat Jabatan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mod Radzi dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad.
Dalam pada itu, Alias berkata bagi tahun 2012, Jabatan Imigresen menerima sebanyak 2.3 juta pemohon pasport Malaysia.
Justeru itu, jabatan menjangkakan tahun ini (2013) pemohon meningkat kepada 2.6 juta.