Archive for July 2013

default

SUSPEK TEMBAK PENGASAS AM BANK SUDAH DIKENALPASTI

on Wednesday, July 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Mungkin sedikit merungkaikan persoalan apabila pihak polis hari ini telah mendedahkan CCTV footage suspek utama pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi yang dikenali sebagai Sie Ngan Chai.

Menurut berita, Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar.

Ku berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.

Polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan tersebut untuk penembak.

Pada Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon, tokong Kuan Yin.

Pada petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke kereta dengan isterinya di Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah di tokong.

Seorang lelaki datang dari belakangnya dan menembak, memukul dada dan rusuknya.

Lelaki itu melarikan diri menaiki teksi yang sedang menunggu. Najadi meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat Malaysia Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.(mStar)

default

Khairy malukan Guan Eng yang buta sejarah komunis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

"Saya tidak faham kenapa dia (Guan Eng) tidak boleh membezakan antara kedua-dua entiti tersebut.

''Memang benar pada asalnya ideologinya sama tetapi Parti Komunis China telah melalui perubahan dan setelah Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memulakan hubungan dengan negara China maka mereka telah pun berhenti memberi sokongan kepada parti-parti luar negara terutamanya di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majli Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertikaikan hubungan diplomatik antara kedua-dua Pemuda UMNO dan Parti Komunis China yang disifatkan beliau telah menyerlahkan sikap kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, soal utama yang tidak ditekan Guan Eng ialah mengenai filem The New Village yang berdasarkan sedutan yang dilihat memberi gambaran positif terhadap pengganas PKM.

"Beliau sentiasa tidak menjawab isu pokok iaitu sensitiviti rakyat Malaysia yang masih lagi sensitif terhadap isu pengganas komunis," tegasnya.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak justeru, Pemuda UMNO meminta Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada filem itu.

"Tindakan Kementerian Dalam Negeri tepat untuk menangguhnya dahulu. Ini kerana kita lihat Tanda Putera, maka filem itu ditunda dan ditangguh selama satu tahun selepas penilaian semula.

"Dalam hal The New Village, kita mahu perkara sama dibuat juga. Itu perkara yang tidak disentuh Guan Eng kerana dia tidak faham perbezaan PKM dan Parti Komunis China hari ini dalam isu hubungan diplomatik," katanya.

default

SUSPEK LELAKI CINA TERBABIT PEMBUNUHAN PENGASAS AM BANK !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.-mynewshub.

default

HOT ! ADA PENGKHIANAT MELAYU TURUT SAMA SOKONG DONG ZHONG BANTAH PELAN PENDIDIKAN 2013-2025 !!

on Tuesday, July 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Akibat hasutan perkauman oleh puak-puak chauvinis & disokong penuh pembangkang , dasar-dasar kerajaan kini dianggap negatif  dan cuba dihalang .

Terbaru Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menjadi mangsa , ia  dianggap rasis &  perkauman kerana didakwa menghapuskan bahasa ibunda kaum Cinabeng serta  India  .

Trend ini akan berterusan hingga PRU14   kerana kaum Cinabeng hari ini sudah bersatu dan segala dasar kerajaan yang tidak memberi keistimewaan kepada mereka akan dianggap perkauman . Mereka sudah bersuara lantang kerana disokong pembangkang terutama  DAP



Trend mutakhir dalam masyarakat hari ini semakin membimbangkan terutama dalam konteks hubungan antara kaum sehingga menimbulkan isu polarisasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
   
Beliau berkata masyarakat hari ini dilihat mudah sensitif sehingga usaha baik yang dirancang oleh kerajaan dianggap negatif dan dijadikan isu yang menyentuh perkauman seperti apa yang berlaku terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP).
   
"Saya dimaklumkan perhimpunan konvensyen yang dibuat oleh Dong Zhong semalam membuat resolusi untuk menghalang apa yang kita buat dalam PIPP, yang dibentuk untuk memajukan sektor pendidikan.
   
"Ia (PIPP) dirancang dengan niat yang baik, bagaimanapun ia dilihat berbaur perkauman...13 tahun (pelaksanaan PIPP) dilihat sebagai usaha menghapuskan bahasa ibunda mereka," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di sini, malam ini.
   
Beliau berkata Dong Zhong melihat niat baik kerajaan itu sebagai perkara perkauman walaupun kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk mengumpul input PIPP, supaya sejajar dengan Akta Pendidikan serta Falsafah Pendidkan Negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata trend itu tidak membantu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum.

GPB ingin kongsikan apa yang berlaku semasa perhimpunan membantah PIPP ini . Pelbagai cercaaan , tuduhan rasis dihamburkan kepada kerajaan .

Malah yang lebih memalukan , ada pemimpin Melayu dari PAS & PKR menjadi  PENGKHIANAT  & BARUA  bila berucap di depan kaum Cinabeng demi  .



Persidagan Kebgsaan Persatuan2 Cina Msia 728 Membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Msia 2013-2025.


Ucapan Yap Sin Tian - DONG ZHONG 
a) Ucap t/kasih kpd para hadirin yg mencintai pendidikan bhs ibunda seluruh negara;
b) Laporan awal Pelan Pendidikan 2013-2025 yg diumumkan Kem Pendidikan msh melaksanakan dasar2 yg tdk kondusif terhdp pembgnan pendidikan bhs ibunda;
c) Tujuan persidgan ini utk menyeru rkyt sedar ttg ancaman & cabaran Pelan tersebut terhdp pembgunan pendidikan bhs ibunda;
d) Menegaskan hak2 menerima pendidikan bhs ibunda & krjn perlu mendengar & pandang serius terhdp permintaan rkyt.


Nurul Izzah:
a) Taraf pendidikan Msia semakin menurun;
b) Msia sebuah negara unik kerana mempunyai belbagai kaum, budaya & pendidikan bhs ibunda ttp krjn tdk menghargainya;
c) Pendidikan telah dipolitikkan oleh krjn;
d) Krjn harus memberi bantuan kewangan utk memperkembgkan pendidikan bhs ibunda & bukan membiarkan masyarakat sendiri mencari sumber kewangan utk mencapai yujuan ini;
e) Akan bawa permintaan persidgn ini ke parlimen utk mendesak krjn spy kaji semula dasar2 pendidikan negara.

Robert Phang:
a) PM menyifatkan dirinya sebagai PM seluruh rkyt ttp telah mengabaikan kepentingan rkyt dlm isu bhs ibinda;
b) Bukan anti krjn ttp demi masa depan negara;
c) Menyeru masy Cina bersatu padu utk memperjuangkan hak pendidikaan bhs ibunda;
d) Menyeru Dong Zong, Jiao Zong & Hua Zong bincgkn isu ini utk mencari penyelesaian;
e) Memuji Datuk Dr Wee Kah Siong yg telah berjaya membantu pelajar2 cemerlang mendptkan tmpt di IPTA & harap beliau akan terus berusaha membantu dalam isu bhs ibunda;
f) Harap Dong Zong adakan road show ke seluruh negara utk menerangkan & dptkn maklum balas hubg isu ini.

Mahfuz Omar:
a) Peendidikan adalah penting utk pembgnun negara;
b) Sistem pendidikan pelbagai aliran telah wujud sejak zaman jajahan British & tfk harus dihapuskan sewenang2nya;
c) Rkyt haris mempertahankan sistem yg telah diwujudkan itu;
d) Pelan Pendidikan tdk kondusif ini bukan shj melibatkan pendidikan bhs ibunda bahkan melibatkan pendidikan Islam;
e) Pelan ini tlah rampas hak ibubapa & rkyt kerana pemilihan pendidikan anak merupakan hak ibu bapa masing2;
f) Pendidikan bhs ibunda merupakan satu silang budaya;
g) Di bwh Pelan ini, krjn harus bantu perkembgkn sekolah agama rkyt & bukan semata2 utk menghapuskannya.


Teresa Kok:
a) Persidangan hari ini adalah utk masa depan penfidikan negara;
b) Msia Truely Asia krn mempunyai pelbagai kaum, budaya & pendidikan pelbagai aliran;
c) Krjn tdk menghargai bhw sekolah pendisikan Cina telah berjaya menghasilkan intelektual yg membanggakan negara;
d) Terdpt pemimpin2 UMNO bersikap perkauman meminta spy SJK (C) & (T) dihapuskan;
e) Dirinya berasal dari sekolah Cina & tdk pernah sekolah Cina mengajar murid2 membenci terhdp lain2 kaum& agama;
f) Terdpt 14% murid bukan kaum Cina belajar di SJK (C). Ini jelas menunjukkan sekolah Cina mempunyai taraf yg tinggi;
g) DAP menyokong sepenuhnya persidgan 728;
h) Menyeru Menteri Pendidikan menerima & menghormati permintaan rkyt spy mengadakan peebincgn semula hubg Pelan ini.

Arumugam:  ( TAMIL FOUDATION ) 
a) Menghargai ucapan Mafuz Omar & berharap apabila PR mengambil alih kuasa krjn pusat, Mafu dilantik sebagai Menteri Pendidikan spy beliau boleh melaksanakan apa yg yelah disebutkan tadi;
b) Pd 2004, terdpt resolusi PBB di mana tdk dibenar mengamalkan satu bhs dlm pendidikan pada negara yg berbilang kaum krn ianya akan tercetus konflik antara kaum;
c) Pelan ini akan menghapuskan pendidikan bhs ibunda & menjejaskan peranan sekolah Cina yg selama berjaya menghasilkan pelajar2 cemerlang;
d) Mangakui taraf SJK (T) lebih rendah berbanding lain2 aliran sekolah. Namun ianya tdk harus dijadikan alasan utk menutup SJK (T);
e) Krjn BN telah mempolitikkan pendidikan negara.

Membentang & Meluluskan Usul2.

Chow Sow Hong telah membentangkan 3 usul & telah diluluskan oleh para hadirin dgn cara angkat tangan:
a) Msia sebuah negara berbilang kaum, bhs, budaya & agama. Semua aliran sekolah adalah aset negara. Krjn harus laksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran;
b) Menyru krjn betulkan Pelan Pendidikan 2013-2025 mengikut dasar pendidikan yg termaktub dlm Ordinan Pelajaran 1957;
c) Menyeru rkyt, institusi pendidikan & peetubuhan memberi sokongan pada kpd kempen tandatgn utk membuat aduan trrhdp dasar2 Pelan Pendidikan 2013-2025. 

default

HOT ! PENDEDAHAN ISU SCORPENE JASPAL BUAT DAJJAL SUARAM MATI AKAL !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pendedahan arkitek yang terlibat secara terus dalam pembelian kapal selam Scorpene jelas memperlihatkan apa yang didakwa pihak Suaram selama ini adalah satu mainan politik. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kementeriannya tidak dapat mengambil tindakan terhadap Suaram yang menimbulkan isu itu kerana ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat. 

"Kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 


Beliau berkata meskipun permasalahan itu hanya dapat dirungkaikan setelah sekian lama, tetapi masih belum terlambat untuk kerajaan mengambil sebarang tindakan menerusi pendaftar syarikat atau pihak polis berdasarkan undang-undang sedia ada. 

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendedahan arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl yang antara lain mengatakan model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu. 
 - BERNAMA 



Akhbar the New Straits Times semalam memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya. Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar. 

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu. Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai. Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka. 

Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina. 

Dan kini, Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah: 

1. Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan. 

2. Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 - 2002. 

3. Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis. 

4. Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004. 

5. Altantuya dibunuh pada tahun 2006. 

6. Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia. 

7. Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead. 

8. Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol. 

9. Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191. 

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran 

Apa yang menarik ialah Jasbir, dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang. Jelas, sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik. Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar. Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia. 

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.

default

HASSAN ALI AKUI PEMIMPIN TERTINGGI PAS AMAL SYIAH !!

on Monday, July 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.





"Apa yang ingin saya tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

"Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Selain itu Hasan berkata, terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah. 

Utusan sebelum ini melaporkan dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah negara ini terutama di utara tanah air. - Utusan

default

Apa isyarat Najib mahu ahli pilih pemimpin Umno menang pilihanraya ?

on Saturday, July 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


"Kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti, tetapi juga dalam pilihan raya sekali," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemilihan Umno yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
 
Dengan pelaksanaan perlembagaan baru dalam pemilihan kali ini, Najib yang juga merupakan Presiden Umno yakin ia bakal menjadi pemangkin kepada meletakkan parti itu pada asas yang lebih kukuh.
 
Pemimpin yang berjaya di dalam parti sahaja ujar beliau belum mencukupi untuk terus menjamin kedudukan Umno sebagai sebuah parti yang diterima oleh keseluruhan rakyat di negara ini.
 
"Kita tengok kepada keadaan dalam parti kita di mana dengan kedudukan berdasarkan pada perlembagaan baru saya yakin ahli-ahli Umno dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas yang lebih kukuh, dan mereka itu boleh diterima oleh parti dan rakyat. 
 
"Inilah yang paling penting sekali, kerana kita bukan sahaja nak pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya sekali. 
 
"Kita harap Umno ini sebagai parti yang diterima rakyat. Jadi bila Umno nak diterima oleh rakyat bererti bahawa kita mesti mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang disenangi oleh rakyat. 
 
"Jadi proses pemilihan dalam parti diharap dapat melontarkan (menonjolkan) mereka yang kesudahannya dapat mencerminkan imej yang positif di kalangan rakyat," ujar beliau.
 
Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.
 
Kenyataannya itu dilihat bakal memberikan kesan kepada beberapa pemimpin parti itu yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Mei lalu.
 
Untuk rekod, penyandang Ketua Wanita Umno ketika ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula tidak dicalonkan pada pilihan raya lalu selepas tewas kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada penggal sebelumnya.
 

default

Terkini ! Pemimpin Dap P.Pinang ugut penulis blog dedah fitnah isu SK Sri Pristina @tunfaisal

on Friday, July 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Oleh : Tun Faisal


Penulis blog yang mendedahkan kisah sebenar tentang murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristina, Dhanyaraam Chinathamby telah diugut oleh Satees Muniandy, DAPsy Batu Kawan - ayatnya"Lain kali, kalau  tengok muka ini di mana-mana, anda tahulah apa nak buat"

Mungkinkah politik komunis style ini sedang dididik di dalam DAP. Ugutan ini seolah-olah sama seperti yang dilakukan oleh Red Bean Army bila mengugut seorang wanita yang menentang PR.

Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13



Wajah pemfitnah yang dikatakan terlibat dengan program pembangkang yang masih bebas, tanpa sebarang tindakan diambil ke atasnya. Bila agaknya SKMM dan PDRM mahu menahan wanita ini kerana perbuatan menghasut?


Malangnya, wanita ini masih bebas, tetapi Guru Besar SK Pristina telah diberikan pelbagai tekanan dan juga menerima pelbagai ugutan. Akibat perbuatan wanita ini, saya berpendangan mahkamah seharusnya menghukumnya dengan seberat-berat hukuman di bawah Akta Hasutan.

Bagi Satees, elok lah dia ditahan di bawah Kanun Keseksaan atau sebarang undang-undang yang berat juga. Kisah tentang ugutan Satees ini di ambil daripada facebook Dhanyaraam....


This is an example of how DAP counter an issue... By threatening? When they cant fight intellectually,they will start attacking you personally. This man believe to be working with Penang Gov and former aide of Professor Ramasamy who was sacked for assaulting his girlfriend. Now tell me, we need this kind of people in politics?? Cheap isnt it? Sigh

p/s : Despite having the police report made by the girl, I am still keeping it low by nothing attacking him personally bcs it make a different between me and him, but looks like this is how DAP works.
Like ·  ·  · 3 hours ago · 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.