Archive for July 2022

default

PN KECEWA DENGAN PM GARA GARA TIDAK DAPAT JAWATAN ?

on Thursday, July 28, 2022 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 




PERIKATAN NASIONAL KECEWA?

Kalau nak kira kecewa, ini antara tindakan orang yang dikatakan kecewa dengan PM dari UMNO.
1. Ogos 2020 - Secara tiba-tiba tubuhkan Perikatan Nasional dengan PAS yang sebelumnya bersama UMNO dalam MN (pada waktu itu masih rancak)
2. Ogos 2020 - Tuntut bertanding 45 kerusi semasa PRN Sabah (daripada 73 jumlah kerusi DUN). Bila tak dapat, letak calon bebas berdepan dengan Barisan Nasional.
3. Oktober 2020 - Cuba isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan bersama parti komponen dalam Kerajaan.
4. Semenjak PRU14 - Curi Ahli Parlimen UMNO dan Ahli UMNO.
5. Februari 2021 - Ahli MPT Bersatu minta UMNO dedah perbincangan Mesyuarat MKT.
6. Jun 2021 - Pemuda PN membuat kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO letak otak kat lutut.
7. Oktober 2021 - Timbalan Presiden PPBM berkata keputusan UMNO untuk tidak kerjasama dengan Bersatu adalah pandangan peribadi beberapa pemimpin. Sedangkan itu keputusan akar umbi.
8. Januari 2022 - Ketua Penerangan Bersatu kata UMNO rakus kerana membubar DUN Johor. PPBM setiap minggu menganggu urusan Kerajaan negeri.
9. Januari 2022 - Timbalan Pengerusi PN & Presiden PAS gelar UMNO sebagai itik patah kaki.
10. Januari 2022 - Mokhtar Senik kata tiada pawang yang mampu merawat UMNO.
11. Mei 2022 - Pengerusi PN Kedah berkata bahawa kerjaya politik Presiden UMNO sedang nyawa nyawa ikan.
12. Mei 2022 - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO minta beliau campur tangan dalam kes mahkamah beliau yang jelas hanya satu cerita rekaan.
13. Mei 2022 - Ketua Penerangan PAS berkata bahawa Presiden UMNO menolak MN apabila UMNO enggan terima Bersatu tetapi PAS masih memaksa UMNO terima.
14. Jun 2022 - Pengerusi PN Kedah sekali lagi menyerang UMNO dengan mengatakan bahawa Presiden UMNO takut dipenjara. Walhal serangan ini hanya kerana UMNO tetap berpendirian tidak mahu bersama PN.
15. Julai 2022 - Tuntut jawatan TPM dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi. Pengerusi MPN buat apa? Tuntut jawatan.
16. Hari ini, setelah pelbagai aksi tindakan dan kenyataan mencemuh BN, - tiba-tiba PN hendak kata dia yang kecewa??
Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU15 nanti? Gembira?

SHAHRIL SUFFIAN HAMDAN

default

PERTEMUAN TOP 5 UMNO BINCANG PRU15 ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 



Di sebalik perbentangan RUU Anti Lompat Parti oleh PM  hari ini di Parlimen dan MOU antara kerajaan dengan PH tidak disambung ,  tentu gambar pertemuan Top 5 UMNO menjadi spekulasi hangat . 


Biarpun ada pihak  menyatakan PRU15 tahun hadapan disebabkan kenyataaan PM hari ni  banyak lagi perlu diselesaikan sebelum bubar parlimen 

 


Tapi keputusan tidak menyambung MOU dengan PH membuktikan PM telah melaksanakan apa  yang telah diputuskan MKT UMNO 

Ini merupakan signal jelas step  &  jalan menuju ke PRU15 adalah on track 


Tentang gambar pertemuan Top 5 ini hari ini tentunya membincangkan mengenai tentang perkembangan terkini persediaan parti  dan PRU15;




Pengarah Pilihanraya BN  Tok Mat Hassan telah  menjelajah negeri di Utara bagi melaporkan perkembangan persediaan jentera negeri dan bahagian kepada BN Pusat dan PM

Soal siapa calon itu kata Tok Mat biar Pusat bincang putuskan dan tidak boleh tersalah langkah 

Malah Tok Mat sendiri berkata PM perlu diberi nasihat betul bagi menentukan tarikh bubar Parlimen . 

Bola sekarang di kaki PM dan hanya tunggu masa untuk sepak 

Kalau sudah jentera PDM Barisan Nasional telah dilancarkan beberapa negeri  , tak logik PRU 15 diadakan tahun 2023 . 


PRU 15 perlu diadakan tahun ini kerana negara perlu kerajaan yang stabil melalui mandat rakyat. 

Kita pun  tidak tahu apakah  ekonomi global tahun 2023  lebih baik atau buruk ? 







default

KITA LIHAT PRU15 HENDAK KUBURKAN SIAPA - ZAMBRY

on Tuesday, July 26, 2022 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 









TASEK GELUGOR, 25 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluahkan kesyukuran apabila melihat kekuatan jentera Pulau Pinang yang bersemangat melakukan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, meskipun negeri ini ditadbir oleh Dap di bawah Pakatan Harapan (PH) namun jentera parti gabungan ini tidak berputus asa bagi memastikan pulau mutiara ini mencipta sejarah kembali kepada BN.

“Meskipun negeri pembangkang tapi semangat ditunjukkan dengan winning mentality yang ada pada semua, insya-Allah… kena ingat seperti mana yang disebut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan kata politik tidak ada satu yang mustahil.

“Kita berbangga dengan usaha yang dilakukan sejak pagi ke petang ditunjukkan satu komitmen sangat tinggi untuk kita pastikan bahawa pilihan raya akan datang BN akan capai kemenangan.

“Bukan hanya peringkat nasional sama-sama doakan negeri Pulau Pinang mencipta satu sejarah baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perda, Tasek Gelugor dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi BN Pulau Pinang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Musa Sheikh Fadzir, semalam.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan serta kepimpinan lain.

Sementara itu, Musa menerusi ucapan beliau juga berkata bahawa BN negeri telah melaksanakan gerak kerja sebaiknya bagi menghadapi PRU-15.

Menurut beliau, semangat dalam kalangan jentera akar umbi juga pada tahap terbaik walaupun pelbagai pihak mahu melihat parti-parti dalam gabungan ini terkubur terutama selepas kekalahan pada PRU-14 lalu.

“Ada orang kata nak kuburkan UMNO, MCA, MIC tapi kita lihat PRU-15 hendak kuburkan siapa… insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan ini kita akan teruskan untuk pastikan bahawa BN akan peroleh kemenangan cemerlang.

“Dengan adanya pelancaran ini kita akan balik ke pusat daerah mengundi (PDM) masing-masing dan menjalankan tugas… saya yakin dan percaya jentera PRU BN Pulau Pinang telah pun bersiap sedia,” ujar beliau. – UMNO Online

default

BN MUNGKIN TIDAK BERGERAK SOLO PRU15 , TOK MAT TAK MAHU SILAP LANGKAH LAGI ..

on Sunday, July 24, 2022 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan  Pengarah Pilihanraya UMNO Tok Mat Hassan hari ini di Alor Setar bahawa mungkin BN tidak bergerak solo dalam PRU15 tidak mengejutkan . Selama ini  BN bertanding pun dalam khemah besar bersama komponen dari Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan .

Kata Tok Mat ia bergantung kepada situasi dan kecenderungan untuk menang .

Saya yakin  Tok Mat juga mengetahui lebih detail laporan  kemampuan  lokaliti Parlimen   dan negeri itu sendiri  untuk menang jika bergerak solo .  

Mungkin kah hasil congakan dan formula  untuk menang BN di beberapa Parlimen dan negeri masih  memerlukan  kerjasama  MN ?

Contoh di  Kedah sendiri kita tahu kekuatan PAS walaupun ada MB yang gedebe dan popular ..

Pulau Pinang pulak ramai undi  Melayu berpecah kepada PH , PAS dan BN ... 

hanya kerjasama MN dilihat mampu melakar kejutan di P.Pinang   sekurang kuranya menambah kerusi ADUN pembangkang . 

Selangor juga berdepan senario yang sama di P.Pinang .

Menurut sumber sahabat saya ,  Tok Mat ini hang pa tak boleh kencing cakap boleh menang dengan kajian ini semua .. dia pun ada data ..






ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.

Bagaimanapun, katanya, pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU-15 setakat hari ini masih kekal.

"Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.

"Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.

"Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.

"Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah," katanya.

Mohamad berkata, laporan setiap UMNO Bahagian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk memastikan sama ada UMNO sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU-15.

"Ramai orang kata mahu adakan PRU-15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah.

Pemilihan calon belum kita bincang lagi," katanya.

Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri.

sumber : Berita Harian 

default

PENANG TECHNOLOGY PARK BERTAM MENERUSKAN VISI TUN ABDULLAH DI KEPALA BATAS

on Friday, July 22, 2022 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 


Siapa sangka kawasan yang dahulunya merupakan kawasan kelapa sawit dan sawah padi kini telah berubah wajah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Kepala Batas merupakan Bandar yang terletak di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. 


Kepala Batas yang dahulunya  lebih dikenali sebagai ‘pekan koboi’ disebabkan pada masa tersebut premis atau kedai-kedai pada zaman 1990-an mampu dibilang dengan jari. 


Kini masa mengubah segalanya,Kepala Batas tidak lagi seperti dahulu. Pelbagai kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas telah dibangunkan di kawasan tersebut. Pembangunan pesat ini secara positifnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk dan kawasan ini.


Pembangunan yang pesat ini tercetus daripada idea bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kepala Batas yang mahukan Kepala Batas membangun seperti bandar-bandar yang lain.


Teringat dulu  beliau pernah menyebut mahu membangunkan  Kepala Batas ini sebagai Mini Putrajaya .


Pembangunan ini telah memberi kesan yang positif terhadap pekan Kepala Batas dan telah menjadikan pekan ini sebagai tempat institusi pendidikan, kegiatan ekonomi, dan juga pusat pentadbiran yang dahulunya terletak di Bandar Butterworth dan kemudianya berpindah di Bertam, Kepala Batas.


Malah  pembangunan  institusi-institusi pendidikan dibina seperti Institut Pengajian dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia. Universiti Teknologi Mara, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains Mara juga turut memberi impak besar kepada penduduk di sini .


Kewujudan institusi-institusi pendidikan disini akan menghasilkan ribuan graduan dan TVET  dan tentunya  memerlukan peluang pekerjaan yang banyak  di kawasan sekitar ini . 

 

Jadi , projek Taman Teknologi Tinggi Pulau Pinang (Penang Technology Park) Bertam amat tepat dan perlu dibangunkan .  Malah ia juga dapat meningkatkan pembangunan ekonomi kepada daerah Seberang Perai Utara dan juga negeri Pulau Pinang melalui kegiatan pelaburan tempatan mahupun pelaburan asing . 


Cuba kita bayangkan sektor industri yang akan dibawa ke Bertam ini seperti terdapat di Taman  Perindustian  Batu Kawan dengan kebanyakkan syarikat melabur adalah syarikat berteknologi tinggi seperti bidang semiconductor , aeroangkasa  barang perubatan dan lain lain. Golongan muda & lepasan graduan di  Kepala Batas dan sekitar Seberang Perai Utara tentunya akan dapat manfaat melalui peluang pekerjaan ini  . 


Kepala Batas kini sudah memiliki pelbagai kemudahan infrastruktur yang baik , institusi  pendidikan,pusat pentadbiran kerajaan telah merancakkan kegiatan ekonomi penduduk kawasan ini  . 


Kini  projek berimpak tinggi seperti  Taman Teknologi Tinggi Pulau Pinang di Bertam perlu direalisasikan bagi meneruskan visi dan legasi Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk masa depan  rakyat Kepala Batas. 






 




default

SURAT TOMMY THOMAS GUGAT ASET NEGARA BERNILAI BERBILLION RINGGIT ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 




Surat bekas peguam negara Tommy Thomas kepada peguam yang dilantik oleh pihak yang mendakwa sebagai waris sultan Sulu dijadikan sandaran dalam keputusan timbang tara baru-baru ini yang kini mengancam untuk merampas aset Malaysia bernilai berbilion ringgit di luar negara.

Penelitian terhadap 297 perkara dalam keputusan timbang tara itu menunjukkan sekurang-kurangnya lebih dari 10 kali surat Thomas dipetik ketika hakim timbang tara Gonzalo Stampa menjelaskan kewajaran anugerah diberikan kepada penuntut.

Proses timbang tara itu berakhir di mana Malaysia diperintahkan untuk membayar AS$14.9 billion (RM60 billion) kepada kumpulan tersebut, menjadikan ia sebagai pampasan kedua terbesar seumpamanya di dunia, malah mampu menyebabkan kerugian lebih besar daripada skandal 1MDB.


Dalam surat bertarikh 19 September 2019, Thomas yang menjadi peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu, sebuah kerajaan yang pernah memerintah beberapa wilayah di kepulauan Melayu termasuk apa yang hari ini merangkumi negeri Sabah.

Pembayaran tersebut dihentikan sejurus selepas pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah oleh ratusan penyokong setia Sulu pada 2013.

Selepas menyatakan kekesalannya, Thomas turut menyenaraikan tunggakan bayaran termasuk 10% faedah, di mana jumlah keseluruhannya berjumlah RM48,230.

Thomas kemudian menawarkan untuk menghantar jumlah tersebut “dengan segera” kepada pihak penuntut sebagai pertukaran untuk menamatkan sebarang tindakan timbang tara.

"Malaysia kini bersedia dan sanggup membayar kepada klien anda semua tunggakan bayaran dari 2013 hingga 2019," tulisnya sambil menambah tawaran tersebut harus dibalas pihak penuntut untuk menghentikan sebarang langkah timbang tara diambil.

Timbang tara itu dibuat selepas tuntutan dibuat oleh lapan individu, di mana mereka memetik perjanjian pada 1878 antara Sultan Sulu Mohamet Jamal Al-Alam dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, sebuah syarikat kolonial Britain yang ditubuhkan bagi mengeksploitasi sumber alam di wilayah itu.

Dalam perjanjian tersebut, sultan menyerahkan kedaulatan di beberapa wilayah yang terletak di Utara Borneo yang kini dikenali sebagai Sabah.


Susulan beberapa proses undang-undang di Sepanyol, keputusan timbang tara itu diumumkan sebuah mahkamah di Paris pada Februari tahun ini di mana pihak penuntut dianugerahkan AS$14.92 bilion (RM60 bilion) termasuk faedah dan kos.

Keputusan tersebut dikecam oleh Putrajaya, di mana ia mengatakan Stampa yang merupakan hakim timbang tara Sepanyol tidak mempunyai kuasa untuk memberikan anugerah tersebut.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang peguam kepada penuntut untuk mula menguatkuasakan pampasan itu awal bulan ini, dengan menyampaikan notis rampasan aset ke atas dua anak syarikat Petronas di Luxembourg.

Sebagai reaksi kepada tindakan tersebut, sehari kemudian, Malaysia mendapat perintah penangguhan di Paris untuk menghentikan pelaksanaan anugerah timbang tara tersebut, yang mengundang amaran peguam penuntut untuk menyasarkan aset-aset Malaysia di negara lain.

Bagaimana surat Thomas membantu dalam kejayaan tuntutan Sulu

Ketika mengemukakan kes dalam prosiding timbang tara tersebut, penuntut Sulu beberapa kali menggunakan tawaran yang dibuat Thomas, di mana Stampa merujuknya dalam mewajarkan penganugerahan berbilion dolar itu.

Stampa berkata Malaysia melanggar perjanjian 1878 apabila menghentikan bayaran tahunan sebanyak RM5,300 sejak 2013.

“Encik Thomas mengambil pendirian yang sama dalam suratnya pada 19 September 2019 ... ketika beliau menawarkan penyelesaian dengan kembali membuat pembayaran, dengan syarat pihak penuntut menghentikan tindakan timbang tara.

“Secara jelas (dan benar), peguam negara Malaysia tidak pernah menganggap timbang tara ini sebagai satu serangan terhadap prerogatif kedaulatan Malaysia.”
 
Kemudiannya, Stampa kembali mengulangi apa yang dikatakan Thomas.
 
“Pihak responden (Malaysia) turut mengakui semua pembayaran itu dihentikan pada 2013 dan tidak dibayar kepada penuntut sejak itu. Pada 19 September 2019, Malaysia berkata bahawa ‘… ia kini bersedia dan sanggup membayar klien semua tunggakan dari 2013 hingga 2019 dan bersetuju untuk mematuhi Geran 1878 dan Pengesahan Penyerahan 1903 mulai sekarang berhubung pembayaran akan datang. Sementara mengenai tunggakan, Malaysia juga bersetuju untuk membayar faedah mudah sebanyak 10% p.a. bagi pembayaran tahunan untuk setiap tahun yang dirujuk’..”

Stampa juga turut merujuk kenyataan lain oleh Thomas dalam menyimpulkan sultan Sulu tidak pernah melepaskan dirinya daripada kedaulatan ke atas wilayah Borneo Utara.
 
Stampa berkata Malaysia bersetuju bahawa “penilaian bukti yang ada pada timbang tara ketika ini mengekalkan Sultan tidak pernah dilucutkan atau dilupuskan daripada kedaulatan wilayah Borneo Utara yang disebut dalam Perjanjian 1878 dan Wasiat Pengesahan 1903.”

Wasiat Pengesahan itu ditandatangani Sultan Sulu Jamalul Kiram II, mengesahkan beliau sudah menyerahkan pemilikan Borneo Utara kepada penjajah British.
 
Stampa turut merujuk kepada fakta bahawa tiada sebarang keraguan ditimbulkan oleh Thomas yang menunjukkan bahawa prosiding timbang tara itu akan melanggar kekebalan kedaulatan Malaysia.
 
“Terma itu mendedahkan tiada sebarang keraguan ditimbulkan pada waktu tersebut (i.e., 19 September 2019), sebaik sahaja timbang tara yang dibuat ketika ini dimulakan, menyatakan prosiding yang dijalankan akan melanggar kekebalan kedaulatannya.”
 
Satu lagi tamparan kepada Malaysia adalah perkataan yang digunakan dalam surat Thomas tersebut, yang membawa kepada kesimpulan ia adalah transaksi komersial dan tertakluk kepada timbang tara. 

Pendirian yang diambil oleh Thomas tersebut adalah bercanggah dengan dasar kerajaan ketika ini.

“Subjek tuntutan itu bukan bersifat komersial dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara, malah Perjanjian 1878 sendiri tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara,” kata Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan bersama Kementerian Luar dalam maklum balas kepada keputusan timbang tara itu pada Februari.

Ketika menyimpulkan penemuannya, Stampa sekali lagi merujuk surat Thomas dalam memutuskan Malaysia masih terus mematuhi Perjanjian 1878 tanpa sebarang keraguan.

Beliau memetik satu baris daripada surat Thomas mengenai pembayaran tahunan Malaysia kepada waris sultan Sulu, “..dari 1963 hingga 2012, di mana, ia tidak pernah putus dan berterusan selama 49 tahun”.

“Penimbang tara berpandangan Responden (Malaysia) terus menunaikan Perjanjian 1878 – secara sukarela dan tanpa ragu-ragu - sehingga akhir 2012,” tambah Stampa.

Stampa kemudiannya mengisytiharkan Malaysia gagal menunaikan pembayaran seperti di dalam Perjanjian 1878 dan menambah ia “tidak dapat menunjukkan pada masa yang sama mengikut mana-mana alasan kontrak bagi tindakannya yang tidak menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kontrak tersebut”. 

“Sebaliknya, responden secara sukarela mengakui bahawa ‘… malangnya, pembayaran.. dihentikan pada 2013,” katanya, sekali lagi memetik Thomas.


sumber :malaysianow


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.