Di sebalik perbentangan RUU Anti Lompat Parti oleh PM hari ini di Parlimen dan MOU antara kerajaan dengan PH tidak disambung , tentu gambar pertemuan Top 5 UMNO menjadi spekulasi hangat .
Biarpun ada pihak menyatakan PRU15 tahun hadapan disebabkan kenyataaan PM hari ni banyak lagi perlu diselesaikan sebelum bubar parlimen
Tapi keputusan tidak menyambung MOU dengan PH membuktikan PM telah melaksanakan apa yang telah diputuskan MKT UMNO
Ini merupakan signal jelas step & jalan menuju ke PRU15 adalah on track
Tentang gambar pertemuan Top 5 ini hari ini tentunya membincangkan mengenai tentang perkembangan terkini persediaan parti dan PRU15;
Pengarah Pilihanraya BN Tok Mat Hassan telah menjelajah negeri di Utara bagi melaporkan perkembangan persediaan jentera negeri dan bahagian kepada BN Pusat dan PM
Soal siapa calon itu kata Tok Mat biar Pusat bincang putuskan dan tidak boleh tersalah langkah
Malah Tok Mat sendiri berkata PM perlu diberi nasihat betul bagi menentukan tarikh bubar Parlimen .
Bola sekarang di kaki PM dan hanya tunggu masa untuk sepak
Kalau sudah jentera PDM Barisan Nasional telah dilancarkan beberapa negeri , tak logik PRU 15 diadakan tahun 2023 .
PRU 15 perlu diadakan tahun ini kerana negara perlu kerajaan yang stabil melalui mandat rakyat.
Kita pun tidak tahu apakah ekonomi global tahun 2023 lebih baik atau buruk ?