SERANGAN BOM DI PUCHONG KERJA MILITAN IS , POLIS BURU 2 SUSPEK

on Monday, July 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Polis mengesahkan serangan bom tangan terhadap sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini pada 28 Jun lalu, didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS), di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata serangan itu dipercayai dilakukan atas arahan seorang ahli IS warga Malaysia yang kini berada di Syria, dikenali sebagai Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

"Kita sudah menahan dua lelaki yang disyaki mendalangi serangan itu dan sedang memburu dua lagi rakan mereka.

"Kedua-dua mereka ditahan di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu dan dua lagi rakan subahat mereka sudah dikenal pasti identitinya," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Katanya lagi, susulan kejadian itu juga, polis sudah menahan 15 individu yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan IS di negara ini termasuk dua anggota polis.

Khalid berkata, tujuh suspek ditahan di Kedah, Selangor (empat), Kuala Lumpur (dua) dan masing-masing seorang di Melaka dan Pulau Pinang.

Polis kini sedang memburu dua lagi suspek berasal dari Rengit dan Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi polis .




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.