Tersebar meluas banner iklan promosi kononnya ada pihak membuat program 6P untuk pemutihan PATI di media sosial .
Sebenarnya ia palsu dan kerajaan tidak PERNAH membenarkan mana-mana pihak menjalankan program bulan Oktober dengan mengenakan bayaran .
PUTRAJAYA - Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi menjalankan program pemutihan '3P' atau '6P' dan sebagainya untuk pendatang asing tanpa izin (Pati), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau berkata majikan dan agensi pekerjaan sah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan serta promosi tentang program '3P' dan '6P' tersebut yang disebarkan secara berleluasa menerusi media sosial.
Sehubungan itu, beliau berkata majikan dan agensi pekerjaan sah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan serta promosi tentang program '3P' dan '6P' tersebut yang disebarkan secara berleluasa menerusi media sosial.
"Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat palsu mengenai program pemutihan yang diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengenakan bayaran tertentu kepada majikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustafa berkata majikan serta agensi pekerjaan adalah dinasihat agar sentiasa merujuk kepada laman web Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat yang sahih.
Katanya program pemutihan 6P telah berakhir tahun lepas dan kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menggantikannya dengan program lain seperti 3P dan sebagainya. - Bernama