Ini lah Wira Malaysia yang tidak didendangkan .
Walaupun pelbagai kritikan whasapp seperti " Shame On You Malaysia " oleh mangsa banjir yang terkenal iaitu Dr Adibah dari Kuala Krai ,Namun perjuangan membela bangsa dan tanahair tetapi berjalan walaupun susah payah dan menggadai nyawa.
Jika kita tak mampu menyumbang , seperti kata khatib di mimbar Jumaat tadi berdoalah agar saudara2 kita di sana diberi kekuatan menghadapi ujian Allah ini "
Ingatlah " Malaysia Support You " not Shame On You Malaysia "
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri taklimat banjir di Kelantan yang turut disertai MB Kelantan , Tok Pa dan DS Shahidan Kassim
KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keperluan logistik dan aset untuk membantu serta menyelamat mangsa banjir di seluruh negara terutama negeri ini dipertingkatkan.
Beliau berkata, pada masa yang sama, bekalan makanan akan ditambah untuk dihantar kepada mangsa khususnya di kawasan yang terputus hubungan.
Katanya, selain makanan dan logistik, bekalan diesel juga turut dipertingkatkan bagi dihantar ke lokasi yang terjejas khususnya untuk 10 buah hospital di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini hari ini.
Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan berhubung keadaan banjir di negeri ini. - UTUSAN ONLINE
Antara misi bantuan kemanusiaan digerakkan UMNO & NGO untuk
membantu mangsa banjir
Apa pulak "SHAME YOU MALAYSIA"??? Apa yang nak dimalukan, kita tidak buat onar, tak buat maksiat. Semua pihak bertungkus lumus menolong sebanyak seboleh bolehnya. Yang SHAME ON YOU tu adalah yang BANYAK BERCAKAP tapi tak BUAT APA PUN. Mengadu DOMBA dan mengambil kesempatan MENGHASUT rakyat benci apa yang kerajaan pusat buat. Senang cerita 'Busuk Hati".
Salam perjuangan tuan,
Mohon pautkan link.blog saya di.blog tuan. Saya akan pautkan.juga link.blog tuan di.blog saya.
Link.blog : http://sayapejuangbahasa.blogspot.com
Segala perhatian tuan amat saya hargai dan saya ucapkan ribuan.terima kasih.
Dr. Adibah patut baca Arahan MKN No. 20 sebelum buat komen bangang pasal bantuan bencana pd Kelantan.
Patut kata shame on us Kelantan for not preparing for the floods. Katalah we failed the people of Kelantan.
Bertahun2 memerintah Kelantan tapi apa hasilnya ... sengsara kpd rakyat.
Disaat musibah bencana banjir melanda negara sepatutnya rakyat bersatu hati, saling menghulur bantuan, memahami perasaan mangsa yang ditimpa kesusahan, berusaha menjaga keselamatan nyawa dan harta benda dan berkomunikasi saling mengambil tahu antara satu sama lain.
Diwaktu beginilah rakyat Malaysia kena mengenepikan egois diri dan mengambil ruang dan peluang berkongsi perasaan sambil mendekatkan perhubungan atas nikmat perpaduan. Alangkah baiknya pemuda DAP dapat bantu, pemuda MIC pun membantu, pemuda PKR juga menghulur bantuan, begitu pun mereka ini berkerjasama sesama pemuda yang ada dalam Malaysia bersatu hati membantu rakyat Malaysia ketika behadapan dengan kesusahan. Agar barisan pakatan dari PR dan BN manfaatkan musim banjir sebagai medan pencetus rasa rendah diri dan mengingati untuk saling membantu.