kumpulan pengganas bersenjata Sulu dipercayai mencari seorang lelaki tempatan iaitu individu pertama yang membuat laporan polis, mendedahkan kehadiran mereka pada 9 Februari lalu di Kampung Tanduo.
Perkara itu didedahkan anak saudara lelaki berkenaan, Rano Julasi, 34, ketika ditemui di pusat perpindahan sementara Dewan Amara Budi, Felda Sahabat 17 di sini, semalam.
Menurut Rano, cerita itu dimaklumkan oleh sepupunya yang dapat melarikan diri selepas Kampung Tanjung Batu, 7 kilometer (km) dari Kampung Tanduo, ditawan penceroboh, 3 Mac lalu.
Rano berkata, sepupunya itu dapat melarikan diri selepas dipaksa keluar ke pekan membeli beras.
"Dia tidak pulang selepas diarahkan membeli beras. Dia berasa takut kerana penceroboh mencari bapanya untuk membalas dendam.

"Penceroboh juga mengacukan parang di lehernya selepas mengetahui dia adalah anak kepada individu yang mendedahkan pergerakan mereka kepada polis," katanya.
Katanya, bagaimanapun penceroboh tidak dapat mengesan bapa saudaranya kerana sewaktu kejadian lelaki itu keluar ke bandar.
Dalam pada itu, ketika ditanya keadaan selepas mengetahui penceroboh berada di Kampung Tanjung Batu, Rano berkata, dia bersama isteri dan tiga anak terus lari menyelamatkan diri.
"Kami keluar dari kampung Tanjung Labian sehelai sepinggang. Saya berasa takut kerana Kampung Tanjung Batu hanya sejauh 3 km dari rumah," katanya.
Rano berkata, dia bersyukur dapat menyelamatkan diri dan turut bersimpati dengan penduduk yang terperangkap di kampung berkenaan hampir seminggu.