GEMPAR ! Pengganas Sulu sebenarnya rancang mahu serang selepas parlimen bubar !! #LahadDatu

on Friday, March 15, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Hari rancangan Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo semakin terdedah satu persatu.  

Menurut akhbar Utusan , kumpulan  dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Akhirnya persoalannya mengapa sekarang baru pengganas Sulu mahu masuk ke Sabah telah terjawab dan ini berkait rapat dengan PRU 13 .sebaik saja  Najib membubarkan Parlimen .

Kalau ia berkait rapat dengan dengan Parlimen  bubar , adakah ini sandiwara dirancang  kerajaan seperti mana dituduh Tian Chua ?  Kerajaan tak untung pun jika negara berlaku huru-hara dan kucar kacir ketika PRU 13

Yang untung adalah pembangkang supaya boleh meraih sokongan dengan menabur kebencian rakyat kepada rakyat . Jadi , tuduhan media & perisikan Filipina mendakwa pembabitan pihak pembangkang di Malaysia dalam isu pencerobohan ini terbukti ada asas  .

Dakwaan Wisma Putra semalam ada  pihak ketiga a.k.a Dalang disebalik pencerobohan ini memang saha dan mereka mahu negara ini kucar kacir di waktu menjelang PRU   dengan mengunakan pencerobohan pengganas Sulu  .







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.