Hot ! Pengganas Sulu amal ilmu sihir untuk berperang tentera Malaysia #LahaDatu

on Sunday, March 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya.
Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.


Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.

Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya


3 Responses

  1. Anonymous says:

    mulau lo tulun dilo.. kinorohigan nga mada gia miagal ti boh.. mamakai sihir... ala nopo paparangan nga ala noboh..okon ko mamakai nondo jimat.... oboli e mato mamakai jimat maso moginum ??? supaya au do aayok?? ko po'ok sawo tulun moti....miagal di tambalut-tambalut tokou di.. he..he..he.. mamain tomod bogia .. esindiran no ka..ka.. siou sokiro na ka akan lado tooopodossssssssssssss...

  2. Anonymous says:

    Mana ada kebal bro, ilmu hitam ke, biruke apa warnapun bro, bila kena ngan peluru.....mati bro.....tak caye....ce try sekali.....sekalije dh cukup......

  3. Anonymous says:

    Bohong je sihir pengganas sulu tu pada hal mereka tu terlebih makan syabu, itu pasal mereka perasan jadi kebal,hilang-hilanglah konon...kalau di periksa air kencing comfirm sangkut.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.