Terkini ! Ambang #KL112 buat Mat Sabu dah gelabah , sambutan hambar

on Friday, January 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Festival Rakyat: Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112 yang dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu ternyata gagal.

Himpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam masih lagi tidak berlangsung seperti yang dijadualkan.

Ini kerana, jumlah pengikut yang hadir pada himpunan pada malam ini tidak mencapai jumlah 500 orang seperti yang disasarkan oleh Pengerusi Penyelaras Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Hingga kini, jumlah pengikut yang hadir dianggarkan tidak melebihi 200 orang.

Padang Kelab Sultan Sulaiman masih lagi lengang dan tidak diisi oleh pengikut-pengikut yang hadir.

Ketika ini, penganjur Festival Rakyat memaklumkan himpunan malam ini bermula jam 9.00 malam.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terpaksa meminta orang ramai yang berada dan berjalan di luar kelab untuk masuk ke padang memeriahkan himpunan Festival Rakyat.

Festival Rakyat diadakan malam ini sebagai upacara mengira detik #KL112 iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada hari esok yang bertempat di Stadium Merdeka.

Ceramah dalam festival sepatutnya berlangsung jam 8.15 malam.

Seramai 47 orang penceramah dijemput untuk memberikan ceramah kepada pengikut-pengikut HKR.

Antaranya seperti, Teng Chua, Cikgu Normala, Profesor Bala Subramaniam, Abby Abadi, Hairi Othman dan ramai lagi.






One Response

  1. Anonymous says:

    Sedihhhhhh , yang bersama hanya MIMALIFLAMWAW.. Mana p bangsa lain ????

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.