Pemain import Syria tak tangguh solat walau di padang bola

on Friday, January 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemain Persib Bandung yang berasal daripada Syria, Naser Al Sebai melaksanakan ibadah solat Asar di gelanggang futsal ketika menjalani latihan setelah mendengar Azan yang berkumandang . Dengan menggunakan pakaian bolasepak yang lengkap dan menyarung baju latihan untuk menutup kakinya , Naser terus bertanya akan arah kiblat kepada rakan-rakannya

Naser merupakan pemain bolasepak muslim yang taat. Beliau tidak mahu menangguhkan waktu solatnya kerana mengetahui bahawa beliau akan menghabiskan waktu yang cukup lama untuk kembali ke kediamannya dari tempat latihan.

Ini bukan kali pertama bagi pemain yang bernombor 4 itu memperlihatkan sikapnya sebagai seorang muslim. Dalam sesi latihan mahupun pertandingan, beliau selalu duduk sekiranya ingin minum air.Ini merupakan sikap dan tindakan yang patut dicontohi oleh kita sebagai umat islam sebagaimana tatacara minum islam serta penegasan disiplin dalam menjalankan kewajipan ibadah lima waktu.

Sumber : Persib Bandung


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.