Polis P.Pinang pantau sekolah direkrut jadi gangster !!

on Wednesday, January 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Polis sedang memantau kegiatan kumpulan kongsi gelap yang merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan mereka.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejak sesi persekolahan bermula awal bulan ini, polis telah menerima beberapa laporan dari ibu bapa dan guru mengenai anggota kumpulan kongsi gelap menunggu di luar kawasan sekolah dan mempelawa para pelajar menyertai kumpulan mereka.
"Pemantauan sedang giat dilakukan dan kita telah mengerahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) supaya meronda di kawasan sekolah yang telah dikenal pasti di sekitar daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay di Sungai Dua hari ini.
Beliau berkata, URB akan melakukan rondaan sebelum dan selepas waktu persekolahan bagi membanteras kegiatan itu. - BERNAMA



Komen GPB 


GPB menyambut baik pemantauan pihak Polis negeri diketuai  Ketua Polis Datuk Rahim Hanafi  di sekolah-sekolah mengenai kegiatan terbaru merekrut  menjadi ahli kongsi gelap dikalangan pelajar  .

 Ini juga hasil daripada maklumat ibubapa & guru  kepada pihak polis sekaligus membuktikan hubungan pihak berkuasa dengan rakyat berpisah tiada. 




One Response

  1. Salam, blog tuan telah saya link di blog saya, mohon pautkan jg blog budak baru belajar ini, http://beliabangkit.blogspot.com. Tq

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.