Hot! Anwar terikut kebodohan Nasrudin perlekeh Najib ke Gaza

on Friday, January 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana tidak melawat pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.
 
48 jam selepas lawatan bersejarah Perdana Menteri ke Gaza itu – yang pertama oleh pemimpin daripada negara bukan Arab, Anwar menegur Najib kerana kononnya tidak mengiktiraf pergerakan Fatah yang berpangkalan di Tebing Barat, ruang udara wilayah itu dikuasai oleh rejim Tel Aviv. 
 
Kelmarin, Najib menjelaskan bahawa rejim Zionis enggan memberi kebenaran untuk rombongan beliau menggunakan ruang udara itu bagi melawat Tebing Barat selagi Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Justeru Najib terpaksa menumpu lawatannya ke Gaza sahaja yang dikuasai oleh Hamas.
 
Najib berkata Malaysia mahukan Fatah dan Hamas merealisasikan hasrat menubuhkan kerajaan gabungan secepat mungkin demi keamanan di bumi Palestin.
 
Anwar mendakwa lawatan Najib itu hanya untuk mencari sokongan pengundi Melayu di Malaysia dan menolak penjelasan Najib mengenai punca beliau tidak dapat ke Tebing Barat yang dikuasai oleh Fatah dan presidennya Mahmoud Abbas.
 
“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya.
 
Anwar sebelum ini terjebak dalam kontrovesi Asia Tengah apabila didakwa membuat  membuat kenyataan pro-Israel dalam wawancara dengan akhbar Wall Street Jo


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.