Hot ! DAP Amal politik lawak bodoh & silap mata

on Monday, January 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- DAP yang merupakan satu daripada tiga parti pembangkang utama negara, didakwa bermain politik secara lucu, selepas mengakui kesilapan teknikal dalam pengiraan lebih 500 undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, bulan lalu.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakui memang lumrah manusia melakukan kesilapan tetapi persoalannya adalah mengenai perbezaan jumlah undi yang agak besar, iaitu 500 undi.

“Saya tidak dapat terima perbezaan membabitkan angka begitu besar. Ia seolah-olah ‘silap mata’ di mana seorang ahli, pada awalnya berada pada tempat sekitar 30, tetapi secara tiba-tiba boleh melonjak ke tangga 20.

“Saya tidak pasti, adakah pertambahan ini, hanya semata-mata untuk memuaskan hati sebahagian ahli DAP Melayu,” katanya, ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Island Teknologi, di Hotel Eastin, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, beliau sendiri terkejut dengan pengumuman DAP bahawa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan parti itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC.

“Sejak DAP ditubuhkan, ahlinya suka mencari kesilapan orang lain, kini parti mereka sendiri melakukan kesalahan.

“Baru dengan undi melibatkan 2,000 orang, DAP tidak dapat menguruskan pengiraan yang tepat. Tidak tahu, macam mana hendak memberikan kepercayaan kepada DAP untuk menguruskan angka-angka melibatkan bilion.

“Dalam hal ini, saya cukup yakin, hanya dengan sebuah kerajaan yang berpengalaman sahaja dapat mentadbir negara ini dengan sistematik,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam sidang akhbar di sini, mengakui kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu adalah sesuatu yang memalukan namun ia adalah kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Katanya lagi, ia adalah kesilapan pertama dalam sejarah DAP yang tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.


One Response

  1. Anonymous says:

    ada sesiapa yg dapat gubah lagu dap ubah style kepada dap pandai kira kira

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.