Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim sah secara rasmi mengumumkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
Ia sekaligus mengetepikan seorang lagi calon PKR yang luar iaitu Chegubard yang sebelum pulun giler round satu Nibong Tebal berceramah. Malah beliau sendiri pernah cari pasal dengan blogger di situ iaitu Penggempur Mutiara.
Pengumuman Anwar itu sekaligus menimbulkan memberi isyarat bahawa Mansor akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya kerajaan DAP berjaya mengekalkan pemerintahan di P.Pinang. Kerusi DUN Penanti sudah tentu tidak akan dipertahan Mansor dan akan diberikan kepada calon lain
"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang."
Bagi GPB , keputusan PKR meletakkan Mansor di Nibong Tebal adalah medan sebenar bagi dirinya untuk menguji kemampuan sebenar sebagai Leader PKR dan TKM 1 .
**Di Balik Pulau dah ditolak , di Permatang Pauh nasib je menang ..Nibong Tebal pulak kita tunggu..