PANAS ! Nurul Izzah jawab berbelit isu sokong murtad !

on Monday, November 5, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Bila dah terhantok , baru nak sedaq dan pusing balik cakap .  Masa di depan puak Kristian , Nurul Izzah  bercakap bukan main lagi   demi nak undi mereka di pilihanraya. Seolah-olah undang-undang di Malaysia tak adil yang menyekat kebebasan agama dikalangan umat Islam . 



GPB mohon ulama ILMU yang lebih arif   kupas mengenai mengenai ayat 256 Surah Al Baqarah ini agar tidak dikelirukan oleh anak pemimpin fahaman Pluralisme ini .  Ini kerana kita tahu Nurul Izzah ini kalau bercakap berbelit-belit & tak boleh dipercayai .

Semasa di forum beliau berkata " Tiada desakan dalam beragama , mana boleh kita kata maaf ini ( kebebasan agama) hanya untuk bukan Islam sahaja " tapi sekarang " setelah memeluk Islam ,seorang Muslim tertakluk kepada syariat Islam " .



Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis. 

 Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. 

Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. 

 Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. 

 Nurul Izzah Anwar 
4 November 2012



Kenyataan Nurul Izzah di Forum 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

 Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.


Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,”KLIK DI SINI




3 Responses

  1. Anonymous says:

    x heran... si bebal ni sama jek dgn apak die....

  2. Anonymous says:

    Nurul adalah ahli politik yang mempunyai pandangan jauh seperti Aung San Suu Kyi. Dia setuju Melayu ada kebebasan tukar agama ! Sebelum kedatangan agama Islam orang Melayu sudah beragama lain dan tiada masalah terhadap masyarakat ! Melayu jika beragama lain mungkin lebih senang bersahabat, rajin, gigih, bersemangat dan pandai berniaga. Agama adalah kepercayan peribadi malangnya sudah dipolitikan

  3. Anonymous says:

    Celakalah kepada penentang Islam wahai Anon 5/11/2012 5:42PM!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.