Pemuda UMNO pulak doa PAS kembali ke pangkal jalan #PAU2012

on Wednesday, November 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





 Di sebalik isu doa 'KO BN', Pemuda Umno hari ini "mendoakan" agar ahli-ahli parti pembangkang terutamanya Pas selamat buat selama-lamanya dan akan kembali ke pangkal jalan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjuangan Umno tidak seperti Pas yang sanggup mendoakan kehancuran orang lain demi kepentingan politik.

Menurutnya, perjuangan Umno tidak pernah terkeluar daripada landasan Islam, sebaliknya mempertahankannya.

Beliau berkata, Umno akan mendoakan kebaikan kepada parti itu untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpinnya yang gemar menyemai kebencian.

"Di bawah nilai Islam, pimpinan tertinggi Pas sanggup mendoakan kebinasaan Umno.

"Sesiapa sahaja yang mereka tak suka, mereka akan doakan lekas binasa.

"Tetapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli Pas selamat selamanya, dan suatu hari nanti mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno hari ini.

Sebelum ini, doa "K.O" yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno.

Doa itu dikatakan sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, jika doa yang dibuat oleh pembangkang itu diajar kepada anak-anak, keadaan nasib agama dan bangsa tidak akan baik.

Beliau berkata, apabila isu Islam dibangkitkan oleh orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat, ulama Pas terus membisu.




3 Responses

  1. Anonymous says:

    Pelik noooo... puak sesat doakan puak yang berpegang pada agama Allah supaya kembali ke pangkal jalan.

    JIKA UMNO DOAKAN PAS, MAKNANYA UMNO NAK PAS SESAT MACAM UMNO. GILA KA APA PUAK UMNO NIE????????????????

    Apabila UMNO mula start berdoa maknanya doa PAS sedang dimakbulkan Allah.

  2. Anonymous says:

    anon 3:39PM,
    ko ni ape ? tolol eh ?

  3. Anonymous says:

    Bodoh lain mcm pulak org pas ni..semua benda dia nak spin..esok dah mampos,tuhan kasi spin muka lawan kiblat baru tau

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.