Lagi penyelewengan duit peruntukan DUN di Selangor !!

on Saturday, September 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Satu lagi penyelewengan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh pemimpin PKR di Selangor didedahkan oleh bekas setiausaha PKR cabang Sepang, Arffain Mohamad.

Malah lebih keji lagi apabila ianya turut membabitkan wang program Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Kes itu turut berkait tuntutan palsu, tidak mengadakan program walaupun sudah terima peruntukan dan wujud juga kegiatan memalsukan tandangan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sepang.

Arffain yang kecewa kerana semua aduan berkaitan penyelewengan itu yang disalurkan kepada pimpinan tertinggi PKR tiada tindakan akhirnya memanjangkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mendakwa wakil PKR yang dilantik kerajaan negeri menguruskan projek membabitkan peruntukan DUN Dengkil disyaki menyelewengkan sebahagian dana keseluruhan RM370,000 bagi kawasan berkenaan.

Katanya, wakil PKR itu yang juga Ketua Cabang Sepang dikatakan membuat 18 tuntutan meragukan membabitkan jumlah kira-kira RM130,000 bagi membolehkan peruntukan berkenaan dikeluarkan tujuan tertentu.

Untuk rekod, DUN Dengkil diwakili Datuk Marsom Paeng daripada Barisan Nasional tetapi dijadikan DUN Angkat oleh kerajaan campuran Selangor dengan dipertanggungjawabkan kepada Exco kerajaan negeri, Yaakop Sapari.

Arffain dalam sidang medianya di Ampang pada Jumaat berkata, beliau sudah menyerahkan dokumen berkaitan kepada SPRM pada 5 Ogos dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Sepang pada keesokannya.

Hari ini beliau menyerahkan dokumen sama kepada Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak Malaysia), Mohd Nazree Yunos.

Menurut Mohd. Nazree, dokumen tersebut diserahkan kepada pihaknya kerana Arffain sebelum ini pernah mengemukakan aduan mengenai dakwaan tuntutan palsu berkenaan kepada kepimpinan PKR Selangor.

Bagaimanapun, aduan itu dikatakan tidak diberi perhatian termasuklah tiada sebarang tindakan diambil sehinggalah Arffain membuat laporan kepada SPRM Putrajaya.

Dalam pada itu, Mohd. Nazree turut menyatakan pihaknya mahu perkara itu disiasat dan sekiranya wujud unsur-unsur penyelewengan dalam tuntutan itu rindakan yang tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat. -10/9/2009


Komen PB


Tak habis-habis isu penyelewengan duit peruntukan dan kali ini peruntukan untuk program hari raya pulak dan ini didedahkan sendiri oleh orang PKR iaitu bekas Setiausaha Cabang Sepang sendiri . Mereka semua kebanyakan wakil rakyat PR Selangor suka betul seleweng dan buat tuntutan palsu sama jg kes rasuah dan penyelewengan oleh SPRM ke atas Exco Selangor yang juga bos kepada Teoh Beck Hock. Ini lah modus operandi utama mereka untuk songlap duit peruntukan yng dikhaskan untuk Adun BN yang dijadikan Adun Angkat oleh mereka.

Kerajaan Selangor ini dipenuhi dengan rasuah dan penyelewengan saja...






2 Responses

  1. MEMANG DAH SAH ..pkr ini parti yang bermasalah...!!!

    kalau KETUA pun dah bermasalah..dah tentu akar umbi nya pun LAGI BANYAK MASALAH..

    SEBAB APA ?? : sebab si Nuar tak berani bersumpah kes liwat nye..

    memang si nuar kaki peliwat...

  2. Anonymous says:

    orang dah lupa daratan macam tu lah...sama-samalah kita rakyat beri pengajaran pada mereka nanti...

    mereka menyeleweng duit rakyat....inikah yang dikatakan berkhidmat untuk rakyat.

    Pakatan Rasuah ini harus dihancurkan...Pakatan seleweng Rakyat ini nama paling sesuai untuk mereka.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.