Guan Eng gelabah tuduh fakta salah kepada pihak lain pulak

on Saturday, September 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penang Port Sdn Bhd (PPSB) seharusnya tahu siapa yang perlu dirujuk dalam perkara berkaitan dengan laporan angka yang salah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. Beliau berkata angka trafik kontena yang dipetiknya dalam kenyataan akhbar pada Selasa adalah mengikut laporan pada Julai, memetik penasihat khas maritim Kementerian Pengangkutan Datuk Kapten Abdul Rahim Abd Aziz.

"Jika PPSB tidak berpuas hati dengan angka itu, saya rasa mereka perlu membangkitkan perkara tersebut dengan Abdul Rahim kerana beliau merupakan orang yang menyediakan laporan tersebut dan ia tidak pernah dibetulkan secara terbuka olehnya," kata beliau kepada pemberita hari ini.

Guan Eng berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada laporan hari ini yang memetik Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar bahawa pengendali Pelabuhan Pulau Pinang itu tidak pernah mengalami kerugian terutamanya dalam kuantiti trafik kontena, bercanggah dengan kenyataan Guan Eng. Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa dan kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB. Ditanya sama ada beliau merujuk kepada laporan salah semasa memetik angka trafik kontena dalam kenyataan akhbarnya, Guan Eng berkata:

"Tidak, saya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan. "Angka itu tidak pernah dibetulkan oleh Abdul Rahim secara terbuka sehingga hari ini. Jika ada yang salah dalam laporan itu, orang yang berkaitan perlu bertanggungjawab membetulkannya.

"Jika beliau (Abdul Rahim) tidak membuat sebarang penjelasan, ia tidak membawa apa-apa kesan kerana beliau adalah pengawal atur daripada Kementerian Pengangkutan," katanya.


Bagaimanapun, selepas kenyataan itu muncul dalam akhbar, Abdul Rahim menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng untuk menjelaskan mengenai angka tersebut.
"Abdul Rahim mengakui dalam SMS itu bahawa angka tersebut salah," katanya sambil menambah, pada masa itu kenyataannya telahpun dikeluarkan kepada media.klik di sini selanjutnya

Komen PB

Inilah stail politik DAP dan Guan Eng, bila sendiri buat silap mula lah nak tuduh pihak lain . Hang yang bodoh ,tak tau buat kerja tak periksa dulu ,main bantai saja ambil data dan terus kritik PBSB sehingga menjejaskan reputasi mereka .. Kalau hang tak keluarkan kenyataan dlm akhbar tentang ini ,benda ini tak timbul pun .

Sendiri bikin masalah ,bila buat kesilapan bodoh macam haram dan tak nak mengaku pulak kesilapan . Ini syle pentadbiran DAP , lempaq taik semua kat orang lain dan depa cuci tangan ...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.