Guan Eng dapat fakta salah kritik Penang Port

on Saturday, September 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PULAU PINANG 24 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diselar kerana memberikan fakta yang salah sekali gus memberikan gambaran tidak benar berhubung status Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar yang nyata berang dengan kenyataan Guan Eng yang dilaporkan akhbar semalam mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan syarikatnya.

Sebaliknya, beliau meminta Ketua Menteri itu supaya menjadi pemimpin bertanggungjawab dengan menyemak sesuatu fakta daripada sumber yang betul terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Ahmad turut menegaskan, PPSB juga tidak memerlukan sebarang bantuan atau perlu diselamatkan kerana syarikat itu sentiasa mencatatkan keuntungan sejak beliau mengambil alih pada tahun 1999 hingga ke hari ini.

Menurutnya, hasil syarikat telah meningkat dua kali ganda iaitu daripada RM139 juta pada tahun 1994 kepada RM277 juta pada tahun lalu.

Malah, tegas beliau, graf prestasi syarikat juga berterusan menunjukkan peningkatan, jadi mereka tidak pernah mempunyai masalah.

''Untuk pengetahuan semua, jumlah kendalian kontena bagi suku kedua tahun ini juga meningkat sebanyak 13 peratus iaitu daripada 199,391 kepada 225,322 TEUs dan bukan merosot 24 peratus seperti dalam kenyataan Guan Eng.

''Beliau tidak layak untuk bercakap mengenai PPSB, jadi adalah lebih baik Guan Eng mula mentadbir Pulau Pinang dengan betul dan saya pula kendalikan urusan pelabuhan, jangan campur hal perniagaan dengan politik," tegas beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan semalam, Guan Eng meminta Kerajaan Pusat mempertimbang untuk memberi semula status pelabuhan bebas kepada negeri ini ekoran kemerosotan jumlah kendalian kontena.

Beliau berkata, kemerosotan yang dicatatkan sebanyak 24 peratus pada suku tahun kedua merupakan amaran kepada Kementerian Kewangan supaya menyuntik dana dan idea baru kepada PPSB.

Katanya lagi, langkah itu perlu diambil bagi menyelamatkan pelabuhan tersebut memandangkan pelabuhan lain di negara ini mencatatkan peningkatan dan hanya Pulau Pinang sahaja yang mengalami kemerosotan.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Pengarah Urusan PPSB berkata, jumlah kendalian kontena bagi bulan Ogos tahun ini iaitu 92,439 TEUs juga adalah terbaik pernah dicatatkan dalam sejarah PPSB.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya juga menjangkakan jumlah kendalian kontena suku ketiga tahun ini bakal mencatatkan peningkatan lebih tinggi walaupun dalam keadaan ekonomi yang lembap.

''Kami tidak pernah merungut walaupun syarikat terpaksa menanggung kerugian dalam perkhidmatan feri demi memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat negeri ini, bagaimanapun secara keseluruhan, kami terus meraih keuntungan," ujarnya.

Tambahnya, jika kerajaan negeri ikhlas hendak menolong PPSB bagi membantu meningkatkan perkembangan syarikat, pihaknya mengalu- alukan untuk mengadakan perbincangan antara kedua-dua pihak.

Komen PB

Sekali lagi KM PP Guan Eng buat kesilapan bodoh lagi dengan membuat kenyataan mengkritik Penang Port ekoran kemerosotan jumlah kendalian kontena yang dikendalikan oleh Penang Port. Cukup memalukan PP mendapat KM yang cakap tak menggunakan fakta yang tepat demi menuntut kerajaan Persekutuan menyalurkan dana peruntukan ke Penang Port . Malah beliau mengatakan pelabuhan PP paling merosot jumlah kendalian kontena berbanding pelabuhan lain di Malaysia.

PB setuju dengan kenyataan Ahmad Ibnihajar yang Guan Eng tak layak untuk cakap mengenai PBSB . Jika tak tahu apa langsung tentang bisnes ,baik jangan cakap dan jaga pentadbiran negeri sudah. Cuma apa yang tersirat disebalik kritikan Guan Eng terhadap PBSB yang dipimpin oleh Ahmad Ibnihajar ini , adakah ini merupakan amaran pertama dan tekanan oleh kerajaan negeri kepada PBSB yang kebanyakkannya pengurusannya berbangsa Melayu ?? klik di sini



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.