PULAU PINANG, 8 Mac (Bernama) -- Setahun sudah berlalu sejak "perubahan arus politik" melanda lima negeri di Malaysia dan persoalan yang timbul sekarang ialah sejauh manakah perubahan itu membawa kebaikan kepada rakyat di negeri berkenaan.
Mungkin masih terlalu awal untuk mengukur perubahan yang dicapai. Namun demikian, kebanyakan pihak berpendapat tidak banyak perubahan besar yang terlaksana di lima negeri berkenaan daripada segi pembangunan.
Malam tadi, satu majlis sambutan berlangsung di Padang Kota Lama di sini, yang menyaksikan penampilan istimewa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Melalui pilihan raya umum setahun lalu, beliau dan beberapa orang lagi daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri. Mereka sendiri dikatakan terkejut dengan kemenangan masing-masing.
Berikutan kemenangan itu, Lim, yang juga dikenali sebagai "Mr Opposition" dan pernah meringkuk di penjara kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan, menerajui kerajaan negeri.
Perubahan nasib yang dialaminya itu diceritakan sendiri oleh Guan Eng pada majlis berkenaan dan disambut dengan tepukan bergemuruh oleh ramai hadirin.
Selain Pulau Pinang, gabungan DAP-PKR-PAS juga tidak disangka-sangka memperoleh kuasa di Kedah, Perak dan Selangor serta PAS terus mengekalkan pemerintahan di Kelantan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri DAP-PKR-PAS di Perak runtuh bulan lepas, kurang sebulan untuk genap setahun, apabila tiga Anggota Dewan Undangan Negeri mereka -- dua daripada PKR dan satu daripada DAP -- mengambil keputusan menjadi wakil rakyat bebas dan berikrar menyokong Barisan Nasional (BN).
Apabila berbicara tentang perubahan yang berlaku di lima negeri berkenaan, sudah tentulah ahli politik akan melihatnya daripada perspektif berbeza.
Bagi pembangkang di beberapa negeri berkenaan, iaitu BN, mereka mempertikaikan perubahan yang kononnya telah dibawa oleh gabungan DAP-PKR-PAS.
Ahli politik BN berkata mereka tidak melihat sebarang perubahan atau kejayaan besar yang dicapai di negeri terbabit, walaupun gabungan itu berjanji akan melaksanakan pelbagai perubahan dan inisiatif sejak setahun lepas.
"Mereka membuat pelbagai dakwaan, tapi tidak menyertakan sebarang bukti. Tidak dinafikan, mereka mencapai kemajuan daripada segi pungutan hasil taksiran. Tapi, ini bukan sesuatu yang baru kerana perkara itu pernah dicapai sebelum ini, walaupun kami tidak pernah menghebohkannya," kata setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow.
Chang Yeow, bekas anggota Exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi pembangunan pelancongan dan alam sekitar, berkata dalam kedudukan bajet yang ketat, kerajaan negeri Pulau Pinang sepatutnya sudah menemui cara baru bagi menjana lebih banyak hasil, seperti melalui peranan yang dimainkan oleh majlis tempatan.
Bagaimanapun, kata Chang Yeow, hingga kini, beliau belum melihat usaha seperti itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri, selain meneruskan dasar kerajaan negeri sebelum ini.
Bagi beberapa orang lain pula, satu-satunya perubahan dan pencapaian ketara yang berjaya ditampilkan oleh kerajaan negeri sekarang ialah "kerajaan negeri Pulau Pinang ialah Lim Guan Eng." Itu saja.
"Walaupun beliau (Guan Eng) ada exco negeri, bagi mereka di peringkat akar umbi, kerajaan negeri ialah Lim Guan Eng. Saya tak nampak wujudnya penurunan kuasa dan ini mewujudkan satu lagi persepsi -- sama ada mereka ini (ahli politik DAP, PKR dan PAS) memainkan peranan penting dalam kerajaan," kata pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam.
Dr Teng, yang pernah menyandang jawatan exco, berkata satu-satunya strategi yang kerajaan pimpinan DAP laksanakan ialah menonjolkan bahawa ketua menteri menghadiri semua majlis -- ada kalanya 10 hingga 12 majlis sehari, siap dengan liputan media.
"Perbuatan ini sudah tentu memakan banyak wang dan masa. Sebagai ketua menteri dan Anggota Parlimen Bagan, tak tahulah saya bagaimana beliau mentadbir negeri ini.
"Saya tak tahu bilakah masanya ketua menteri dapat duduk dengan tenang dan merancang serta mengatur strategi bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh negeri ini sekarang. Bagi beliau, apa yang lebih penting ialah membuat lebih banyak kenyataan dan mencari lebih banyak publisiti," kata Dr Teng.
Para penganalisis politik berpendapat kerajaan negeri gabungan DAP-PKR-PAS tidak sepatutnya berlengah dalam melaksanakan "kerja menaik taraf" setelah mereka selesai melaksanakan "operasi pembersihan" pada pilihan raya umum lepas.
"Saya belum nampak wujudnya sebarang rancangan atau kaedah penting bagi membantu negeri-negeri yang mereka kuasai untuk mengatasi masalah kejatuhan ekonomi sekarang. Saya belum nampak wujudnya pelan menyeluruh seperti itu. Bagaimanakah rakyat di negeri berkenaan mampu menghadapi masalah ekonomi yang wujud sekarang?" kata Dr Oh Ei Sun, seorng penganalisis politik.
Dr Oh berkata satu pelan ekonomi yang menyeluruh perlu diwujudkan memandangkan banyak orang berdepan dengan kemungkinan dibuang kerja dalam keadaan ekonomi dan suasana perniagaan yang lembap sekarang. Beliau mendapati prestasi negeri-negeri yang dikuasai DAP-PKR-PAS adalah tidak sama. Di Selangor, contohnya, prestasi kerajaan tempatan agak baik, tapi tidak begitu halnya di Kedah.
Bagaimanapun, seperti yang ditegaskan oleh Chang Yeow, biar apapun yang diperkatakan tentang negeri-negeri yang dikuasai oleh DAP-PKR-PAS, orang ramai nampaknya "bertolak ansur" dengan kelemahan mereka kerana mereka mempunyai pandangan tidak baik terhadap BN sejak Mac lepas kerana parti gabungan itu diangap "kasar dan mengamalkan rasuah".
"Apa saja yang kami lakukan, sama ada betul atau salah, kami menerima kesan buruk akibat persepsi itu. Mereka (gabungan DAP-PKR-PAS) sering dilihat sebagai masih baru dan perlu diberi peluang. Tapi, apa saja tentang BN, semuanya mereka kata tak betul.
"Orang merelakan saja mereka (gabungan DAP-PKR-PAS) membuat kesilapan kerana wujudnya persepsi yang tidak baik tentang BN. BN perlu melakukan perubahan dengan secepat mungkin bagi menangkis persepsi itu. Ia perlu diperbetulkan," kata Chang Yeow.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula percaya rakyat masih mempunyai keyakinan terhadap gabungan DAP-PKR-PAS.
"Kami sedar rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kami. Memang mereka ada mengkritik kami, tapi menerimanya secara terbuka.
"Bagi kami, cabaran paling besar ialah bagaimana hendak menggerakkan orang ramai supaya bergerak seiring dengan kerajaan dalam melaksanakan semua perubahan yang dirancang," kata Chow, yang juga anggota Exco yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan, pengurusan lalu lintas dan alam sekitar.
-- BERNAMA
komen PB
Secara jujurnya apa yang mahu saya katakan di sini sebagai rakyat Pulau Pinang , saya tidak langsung nampak mahu pun merasakan bahawa ada perubahan yang begitu ketara dengan kepimpinan kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat.
Apa yang kita nikmati adalah hanya bantuan air percuma untuk penduduk miskin ,beras sekampit ,RM 50 elaun guru sekolah agama dinaikkan yang mereka jaja cukup hebat ke seluruh negeri untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka . Banyak masa wakil rakyat PR PP terutama LGE ditumpukan kepada ‘politiking’ iaitu mendedahkan isu-isu lama dan penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh kerajaan PP yang terdahulu .
Kita ingatkan juga kepada DAP, jangan lupa dengan janji manifesto kamu ingin memberikan kepada rakyat di Pulau Pinang RM 6000.00 sebagai bonus pada setiap hujung tahun.Jangan kamu lupa janji kamu untuk menutup Tol Sg Nyiur.Jangan kamu lupa janji kamu, untuk mengawalkan harga barangan makanan di Pulau Pinang.
Secara umumnya melihat setahun pemerintahan PR di semua 5 negeri iaitu isu yang paling besar ialah isu menghina institusi Raja di Perak yang saya rasa satu bencana kepada bangsa Melayu .Krisis di Perak bukan sekadar membawa cerita duka kepada bangsa Melayu sebaliknya banyak seloka - mengaku Menteri Besar, enggan serah rumah/kereta milik kerajaan, sidang bawah pokok, 'tanam pokok bawah pokok' dan macam-macam lagi.
Penanaman lima batang pokok dan pembinaan tugu sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja”. Beliau berkata tanda penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.
Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
on Monday, March 9, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
7 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Salam...
Lagi lama Pas bergabung dgn PKR lagi byk masalah akan timbul negeri dibawah pemerintahannya. Sy sgt kuatir jika gejala buruk yg terdpt dlm pakatan 3 parti itu Pas,DAP dan PKR rakyat masih lagi tdk menerima Umno BN negara ini akan jatuh muflis.
Gabungan 3 parti tersebut mempunyai agenda jahat, apa yg kita nampak setahun berlalu pemerintah pembangkang keatas 5 negeri apa yg kita nampak penderhakaan kpd sultan dan menghina kaum melayu/mempermainkan islam sahaja.
Keadaan ini marilah sama2 kita memberi kesedaran kpd rakan2 bagi menjamin negara ini dlm keadaan selamat dari kerakusan kuasa oleh gabungan PAS DAP dan PKR itu.
Pakmie.blogspot.com
Lim Guan Eng berbangga dengan usaha PR menarik masuk 10 billion pelaboran asing ke Pulau Pinang. Nak bangga apa? BN telah membawa berbillion billion billion pelaboran asing, hatta pelaboran dari bulan dan bintangpun dah BN bawa ke PP. Apalah yang nak dibanggakan sangat.
kahkahhhh.....mentaliti orang umno memang macam nie....pejuang apa khabra sihat ke...lama tak jengok blog ko.....aku malas nak komen banyak....cuma aku nak bagitau kat ko jumlah sebenar perhimpunan anti ppsmi tu 150 ribu orang aje....
buat pakmei.....negara jatuh muflis.....baik ko tanya umno-barisan nasional buat selama 50 tahun memerintah...bukan banyak duit dibazirkan sikit aje.....
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00
nie baru sikit nanti aku tambah lagi.
buat bungaraya....nie projek yang dirancang umno-bn untuk negara.....tetapi duit kwsp 5juta ( alah ciput aje dah digunakan untuk redakan keadaan saham negara)
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion
sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.
tak pakan bungaraya...negara kitakan kaya....balun la duit selagi ada......
Janji tak tertunai. Kebanyakannya Auta sahaja.
Ya la kunang-kunang memang tak tunaikan janji...kata nak hapuskan rasuah...tapi sprm dah jadi komponen BN...kata nak rangsang ekonomi...tapi nilai RM kat pasaran dunia asyik jatuh aje...kata harga minyak tak dinaikkan(ini kata Najib)...tapi harga tetap naik jugak...lepas tu harga barng tak turun-turun...ko dah ikut ke nasihat Najib ...kan Najib suruh rakyat hidup sederhana.....tapi duit yang bagi kat Hee(adun lompat Dap)..alah yang geng BPN benci...tu dap perkauman la...dap babi lah....macam mana...nanti ko kunang-kunang boleh la hidup sederhana...tanam ubi kayu kat belakang rumah...lepas tu makan ubi kayu bakar hari-hari...maklumlah harga beras tak turun-turun wlaupun minyak dah turun....
Bukan auta...tapi auto...cuba tengok kerajaan sarawak.sabah dan trengganu semua pakai volvo dan merds baru....wow....tu la semua auta ajelah....kata semangat kebangsaan tapi pakai kereta mewah seerti kat perak jugakkan....maklumlah kata Ahmad said MB trengganu...servis perdana mahallah.....tu ala semua auta kan kepoh satu internet kerajaan UMNO berjimat cermatkan..kami pakai perdana aje....
btul ke 150000 org bro ..dalam malaysiakini pun ckp 8000 org sahaja.
aku ingat hang kira penduduk lalu di situ kot ,dok dalam kereta yang jammed ..hehe
ini fakta copy dan paste shj dan isu lama ..
najib telah umumkan bajet bini bernilai 60 billion untuk menangani kesan krisis ekonomi global yang melanda negara dan sy berpendapat ia banyak membantu rakyat berpendapatan rendah dan merangsang pertumbuhan ekonomi dlm negara.
apa yg PR buat di 5 negeri ..negeri aku sendiri PP yang sudah menjadi singapore ke 2 pun aku tak nampak perancangan yg dibuat untuk menangani krisis ekonomi global ini ...LGE ckp kilang tutup di Prai salah kerajaan Pusat ..haha habis itu apa keja hang buat ??
lepas nie kita boleh la kerja kat Utusan dak pun kat TV3....kahkahkahhh