Bungkusan Jampi di meja Pak Lah

on Thursday, March 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.

Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Komen PB

Kenapa di saat pemilihan UMNO ini ,semua pemimpin UMNO begitu rakus dan gila kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja ( realpolitik ) . Bilik mensyuarat UMNO kita tentu tahu hanya orang tertentu sahaja boleh akses masuk ke bilik itu dan bungkusan itu sudah tentu diletakkan oleh orang dalam bangunan UMNO sendiri . Macam-macam perkara yang terjadi kepada UMNO dalam minggu ini yang sedang dilakukan oleh ahli partinya sendiri untuk merebut kuasa sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak pernah kita fikirkan .


6 Responses

  1. Tok Pawi says:

    yang meletakkan barang-barang tu satu hal. kita yang percaya benda2 camtu pun satu hal. syirik la wei

  2. Anonymous says:

    Kalau semua orang yang ada akses masuk ke bilik tu nafikan yang itu kerja mereka, bukankah tuanpunya bilik tu sendiri patut juga kita syaki? Lagipun dia ada akses dan ada banyak sebab untuk letakkan benda bagi membolehkan jawatan terus dipegang.

    Setuju dengan komen ayor lemuju. Buat apa nak percaya hal2 macam tu. Syirik.

  3. PARPUKARI says:

    GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

    BACA DI SINI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

  4. ini bilik mensyuarat UMNO ,bukan bilik peribadi .. Pak lah kalau hendak pergi ke suatu tempat ,sebelum beliau ke tempat itu ,polis akan check tempat itu terlebih dahulu demi keselamatan PM .

    tidak logik dia sendiri yg letakkan benda itu . Ada orang yang mahu aniayai Pak Lah dan sudah tentu orang itu anggap Pak Lah seperti musuhnya..

  5. Nik Amir. says:

    Ini semua kita kena tanya Setiausaha Kerja UMNO.Dia Administrator.Takkan dia tak tahu.Kalau dia kata dia tak tahu,maknanya dia bebal. Administrator yang gagal.Patutlah UMNO bercelaru.

  6. sori la bro my comment is different frm others....

    let's jgn percaya kpd tahyul!

    i hv a fren, adik kpd key person [jwtn x yah sebut] to Pak Lah.

    Pak Lah mmg tulis notes dia dalam jawi...

    maybe what they found is something belongs to Pak Lah.....

    1st we must see WHO is tryin to play this story? Surat kaba cina.
    They all memang suka kalau Pak Lah kekal sebab selagi Pak Lah is our PM selagi itu la pembangkang semakin kuat especially bukan melayu

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.