TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO

on Thursday, March 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Ucapan tanpa teks oleh KJ yang memukau semua yang mendengar

Khairy Jamaluddin (304undi)diumumkan sebagai Ketua Pemuda yang baru tewaskan Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

manakala Naib Ketua Pemuda pula dimenangi oleh Datuk Razali Ibrahim (417undi).

Terima kasih kepada semua Perwakilan Pemuda akhirnya membuat keputusan yang bijak, matang dan berani . Cabaran yang besar untuk Khairy Jamaluddin memikul jawatan Ketua Pemuda UMNO itu , tetapi saya yang juga ahli Pemuda UMNO yakin dengan kepimpinan beliau yang semakin matang dalam pelbagai isu ,persepsi dan fitnah yang cuba dilemparkan oleh pemimpin pembangkang.

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan.
Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.



Arahan pertama Khairy pastikan bekas bos memang

Ketua Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar minta perwakilan pemuda beri undi kepada bekas boss merek, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Saya ada hutang yang belum selesai. Arahan pertama saya pada semua (perwakilan pemuda), esok pagi masuk Dewan Merdeka, kita kena pastikan dia menang. Saya tak boleh terima kalau dia kalah atau kurang undi,” katanya.

Katanya, amanah atau tugas yang diserahkan bekas Ketua Pemuda itu cukup berat.

“Besar tanggungjawab ini. Kalau silap, wajib tegur saya dan yang lain. Kita bukan pemimpin atau manusia terbaik. Pada bila-bila masa, kita perlu sedia ditegur,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun mengakui kemenangannya bukan majoriti dan itu jelas tanda barisan dalam Pemuda perlu dirapatkan antara setiakawan, pemuda berani dan berani berubah.

“Dalam barisan baru ini perlu ada pemuda yang berani untuk sama-sama masuk ke kubu lawan, perlu ada yang berani berubah untuk membawa perubahan kepada UMNO atau parti akan rebah,” ujarnya.

Dalam persaingan tiga penjuru itu, Khairy memperolehi 304 undi manakala Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebanyak 254 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir, 232 undi.

Katanya, kemenangan ini catat sejarah kerana pertandingan tersebut menunjukkan semangat demokrasi yang cukup tinggi dan matang oleh semua perwakilan.- 25/3/2009



Pemuda Berazam Kikis Dakwaan Negatif UMNO Lupa Rakyat

Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berazam mahu mengikis dakwaan negatif bahawa UMNO sudah lupa pada rakyat biasa terutama generasi.

Justeru tegasnya Pemuda UMNO akan melaksanakan pendekatan pro aktif untuk mendekati rakyat sama ada di desa mahupun di kota.

"Kita kena kembalikan program mesra rakyat seperti pemuda masuk kampung, gubal program-program baru seperti pemuda masuk kampus bagi mendampingi pelajar dan juga masuk ke kawasan miskin di bandar.

"Pemuda akan pastikan kita sentiasa berada bersama rakyat. Ini untuk mengikis pandangan negatif mereka kepada kita khususnya UMNO", katanya.

Pada masa yang sama beliau turut mengulangi janjinya untuk menyatukan dua penyokong calon yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Ini penting kerana kita perlu bersatu dalam berdepan cabaran. Saya mahu pastikan di bawah kepimpinan saya tiada mana-mana pihak yang dipinggirkan", ujarnya.

Barisan Pemuda UMNO

Pengerusi Tetap: Datuk Abdul Fattah Abdullah 460 undi

Timbalan Pengerusi Tetap : Muhammad Yadzan Mohammad 202 undi

Ketua : Khairy Jamaluddin Abu Bakar 304 undi

Naib Ketua : Datuk Razali Ibrahim 417 undi

Exco Pemuda UMNO :

1. Mohamed Suffian Awang 653 undi
2. Shafiqurrahman Shamsuddin 569 undi
3. Sohaimi Shahadan 541 undi
4. Gasing Saling 534 undi
5. Mohd Afandi Yusoff 503 undi
6. Jamawi Jaafar 471 undi
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak 471 undi
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin 455 undi
9. Ahmad Darus 446 undi
10. Ahmad Zaki Zahid 446 undi
11. Ali Mazat Salleh 437 undi
12. Megat Zulkarnain 436 undi
13. Zubir Zabidi 419 undi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin 419 undi
15. Lokman Noor Adam 406 undi
16. Syahrin Md Jamaluddin 404 undi
17. Tun Faisal Ismail Aziz 402 undi
18. Muhammad Khairun Aseh 389 undi
19. Mohd Hisamudin Yahaya 388 undi
20. Mohamad Iruan Zulkefli 387 undi

Komen PB

Syabas dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana berjaya mendapatkan kepercayaan dari majoriti perwakilan Pemuda yang hadir dan akhirnya dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tahun 2008/2011. Dengan kemenangan ini maka Khairy sekaligus berjaya menutup mulut segelintir pihak yang sebelum ini mendakwa Khairy tidak layak menjadi pemimpin UMNO, karier Khairy akan berakhir seiring dengan pengunduran pak Lah dan ada juga yang mengatakan kononnya Khairy hanyalah liabiliti kepada Pemuda dan UMNO.

Khairy juga berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dia merupakan aset penting dalam UMNO dalam menentukan hala tuju Pemuda dan beliau juga membuktikan bahawa beliau masih relevan dan masih diperlukan oleh UMNO dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan golongan muda agar kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

Pemuda hanya untuk Pemuda !! itu la kata-kata keramat untuk pemuda UMNO yang diketuai oleh anak muda seperti Khairy kerana Dr. Khir dan Mukhriz sudah melebihi umur 40 tahun. Khairy ialah orang muda yang tahu aspirasi orang muda.

Semoga beliau dapat menegur UMNO demik kebaikan untuk perubahan dan membawa jugA pemuda UMNO ke tahap yang lebih cemerlang seperti di zaman Datuk Harun Idris dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,dan Datuk Seri Najib .Saya melihat kejayaan beliau memang tepat pada masanya di saat UMNO perlukan perubahan . Di saat ini juga UMNO dan Pemuda memerlukan dan amat dahagakan seorang pemimpin yang berani, kuat dan berkeyakinan untuk membawa semula generasi muda yang mana sekarang ini dilihat semakin menjauhi dari UMNO.

Oleh itu ,perwakilan telah membuat keputusan matang ,tepat dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak dengan memilih Khairy yang datang dari kalangan orang muda juga, yang berdarah perjuangan dan bersemangat waja, menjadi simbol dan idola golongan muda,intelektual , berkarisma , mempunyai cambahan idea yang bernas dan berwawasan dan mampu membawa dan menggerak generasi muda menjadi satu kumpulan di bawah nama semangat setiakawan..



link
Rapat semula barisan Pemuda UMNO
Lagi Ulasan Kemenangan Khairy
Khairy Wajar Terajui Pemuda UMNO?
Khairy
What’ s next - KJ
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
Rapatkan Barisan, Kembalikan Sokongan Rakyat – Azimi

Perjuangan belum selesai -Muhkriz


6 Responses

  1. Tahniah KJ. Walaupun didapati bersalah oleh Lembaga Displin UMNO, KJ masih mampu menang.



    Stop Oral sex. Respect your wife's doa.

  2. Tahniah buat KJ.

    Diharap selepas ini dia mampu menjalankan tugas penting kerana pemuda UMNO adalah ahli pemuda UMNo adalah tonggak parti dimasa hadapan.

  3. Steady KJ!

    Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik dan bijaksana.

    UMNO dulu,kini dan selamanya.

  4. saya memuji semangat Datuk Muhkriz yang akan terus memberi sumbangan kepada parti walaupun beliau tewas dlm merebut Ketua Pemuda

    sebagai Ahli Parlimen BN ,beliau masih boleh berjuang untuk parti khususnya UMNO ..

    ayuh semua ahli UMNO kita rapatkan barisan dengan menyokong saf baru kepimpinan Najib - muhyidin

    insyallah UMNO akan kembali kuat !!

  5. Anonymous says:

    Tahniah kepada KJ !! Khairy Jamaluddin terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru selepas zaman gelap era cucu Dato Onn , Hisyam (Mat PPSMI). Banyak rakan-rakan Pakatan Rakyat gembira dengan kejayaan KJ yang menang sebagai KP UMNO kerana melihat aura KJ sebagai pemimpin yang matang , terbuka dan intelektual pemikirannya. Apa yang saya dapat bezakan antara ketiga calon KP pemuda ini dapat dilihat dibawah:

    * KJ - bersifat terbuka dengan idea baru, intelektual, pro golongan muda,
    * Muhriz- pro mahathirisme (diktator), bersifat bangsawan
    * Khir Toyo - bawa Pemuda UMNO menjadi lebih rasict

    Tetapi kemenangan KJ disambut dengan laungan kurang enak dari penyokong Muhriz dan ia menjadikan kesan dan cabaran yang kuat kepada KJ.

    Tahniah KJ...

  6. Anonymous says:

    tahniah kj
    sebagai abang besar pemuda umno saya nasihatkan kj tonton semula video meraikan kemenangan pemilihan tersebut yang mana saudara menyambut nya dengan bangga dan rakus,mendabik dada dan melompat meja macam berok!!!!!! munkin kj terlebih makan ayam tak betul sembelih, itu lah perangai macamtu. Kj kena singkap sejarah ketua-ketua pemuda lama yang umur nya tak panjang kerana terlalu rakus dan tak dapat ubah perangai lama. selamat berjuang. BROHOLL

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.