8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak

on Thursday, March 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


8 didakwa hina Sultan Perak

PETALING JAYA: Seramai lapan orang akan dihadapkan ke mahkamah kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.

Enam daripada mereka akan didakwa esok di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1988.

Manakala dua yang lain akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini.

Mereka yang didapati bersalah akan didenda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali, seperti yang tercatat di bawah Seksyen 233(3)akta berkenaan.

Difahamkan, pada 16 Februari beberapa pegawai eksekutif Komunikasi Maklumat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMK) selepas melihat kewujudan blog serta komen tersebut.

komen PB

Jika dahulu zaman kesultanan Melayu ,jika menghina Raja maka ia akan dihukum pancung seperti juga filem-filem Tan Sri P Ramlee . Ini baru hukuman ringan sahaja dan pastinya semua blogger ini adalah dari parti Pakatan Rakyat kerana tidak puas hati perlantikan Datuk Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak .

Daulat Tuanku !!


7 Responses

  1. Anonymous says:

    DAULAT TUANKU !
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  2. Akhirnya Undang Undang memberikan 'signal' kepada penguatkuasa untuk bertindak !!!

    Daulat Tuanku !

    BPN akan sentiasa mempertahankan Sultan Melayu kita untuk kesejahteraan umat manusia di Malaysia..

    Daulat Tuanku !!!!

  3. PaKMie says:

    Salam.....

    Sokong kata2 PB...itu hukuman ringan sahaja...

  4. PaKMie says:

    salam...

    Sokong juga kata2 Pg5 cyber...

    Daulat Tuanku!!!

    BPN berjuang utk kedaulatan raja2,agama,bangsa dan negara.

  5. PAPA GOMO says:

    SALAM BRO...
    GUA CADANGKAN MEREKA INI KALAU DI DAPATI BERSALAH DAN TINDAKAN SUSULAN HARUS DI AMBIL!!!
    HARAMKAN DARI MENJEJAKKAN KAKI DI BUMI PERAK!!!

  6. baru mereka sedar bahawa perbuatan itu cukup memalukan bangsa jika mereka seorg melayu yang menghina Raja nya sendiri .

    BPN tetap mempertahankan Sultan Melayu kita untuk kesejahteraan umat manusia di Malaysia..

    Daulat Tuanku !!!!

  7. bungaraya says:

    Orang yang menghina Sultan Perak seharusnya tidak lagi dibenarkan menjejakkan kakinya kenegeri Perak. Begitu juga dengan negeri-negeri yang lain jika sekiranya Sultannya diderhakai.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.