Abdul Rahim Sabri | Mar 6, 09 7:53pm
Dewan Pemuda Pusat sekali mencabar Pergerakan Pemuda Umno Malaysia untuk berdebat.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cabaran Dewan Pemuda PAS berdebat mengenai isu pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
Kali ini ,Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat tentang isu siapakah sebenarnya penderhaka kepada Sultan.
Cabaran tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam surat yang dihantar kepada Khairy bertarikh hari ini.
Katanya, beliau menyerahkan kepada Khairy untuk memilih tarikh, tempat dan masa yang sesuai.
Nasrudin juga menyarankan agar debat tersebut disiarkan secara langsung oleh mana-mana saluran TV untuk membolehkan rakyat mengadilinya.
nasrudin hassanKetika dihubungi Malaysiakini Nasrudin berkata, surat cabaran tersebut dihantar kepada Khairy pagi tadi.
Jawab tohmahan
Menurutnya, debat itu bertujuan untuk mencari kebenaran terutama berhubung isu penderhakaan dan krisis politik di Perak.
Debat, jelasnya, adalah satu mekanisme untuk menjawab tohmahan bahawa Pakatan menderhaka kepada Sultan Perak.
"Pakatan Rakyat tidak ada peluang untuk menjelaskan kepada umum, kerana media utama dikuasai kerajaan.
"Cuma kita ada media yang terhad seperti media parti, internet dan blog untuk membolehkan masyarakat mengakses maklumat yang mana benar dan yang tidak benar," katanya.
Ditanya mengenai tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan debat tersebut, Nasrudin berkata: "Perkara yang lebih penting ialah Pemuda Umno menerima cabaran ini.
"Terima tawaran, selepas itu kita berbincang di mana tempat dan masa yang sesuai untuk berdebat. Kita bersedia di mana dan bila-bila masa sahaja".
Sehubungan itu, Nasrudin berharap Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau, menerima cabaran Pemuda PAS.
Bagaimanapun, tegas Nasrudin, pihak bersedia berdebat dengan mana-mana pemimpin Pemuda Umno sekiranya Khairy menolak cabaran itu.
malaysiakini.com
komen PB
Kita tunggu jawapan dari KJ dalam masa terdekat ini berhubung cabaran Pemuda PAS ini.Cuma aku selalu fikir kenapa Pemuda PAS selalu cabar Khairy untuk berdebat ?? tidak ada pemimpin lain kah di dalam UMNO yang hebat .
link
SAYA BUKAN OPORTUNIS POLITIK
Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
on Saturday, March 7, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
7 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
http://pkrpasdap.blogspot.com
KJ nak lawan nazaruddin ke? kena fikirlah...pasal politik boleh lah...
Apa lagi .. ni lah masa dan waktu KJ buktikan kepada rakyat.
Tapi pastikan jangan membawa kepada kejatuhan maruah bangsa dan parti.
Salam
p/s - saudara, saya telah pautkan blog saudara di blog saya. Jika saudara lakukan perkara yg sama adalah baik juga. T.kasih
Kalau kita tak bersatu macam mana nak kuat? Betul tak?
http://www.zelmey.blogspot.com
kita tunggu keputusan KJ samada terima @ tidak kerana skrg sudah hampir dengan perhimpunan agung UMNO .
ada agenda PAS ini dan nasrudin ini pun bakal bertanding kerusi pemuda PAS tahun ini kerana Salahudin akan mengosongkan kerusi itu nanti .mahu tunjukk hero la kononya pas ini pejuang bahasa
kita tunggu keputusan KJ samada terima @ tidak kerana skrg sudah hampir dengan perhimpunan agung UMNO .
ada agenda PAS ini dan nasrudin ini pun bakal bertanding kerusi pemuda PAS tahun ini kerana Salahudin akan mengosongkan kerusi itu nanti .mahu tunjukk hero la kononya pas ini pejuang bahasa
Saya cadangkan agar Pemuda PAS berdebat dengan DS Rais Yatim. Mungkin kita akan mendapat jawapan yang lebih meyakinkan.
terima kasih
KJ tak mampu..
jangan sahut cabaran itu.nanti malu seluruh keluarga UMNO.
Minta KJ menjadi imam dan baca khutbah disetiap masjid dalam parlimen beliau dahulu.rasanya itu lebih baik daripada nak tunjuk hebat merata-rata.
sy setuju jika Dr Rais Yatim yang patut berdebat dengan PAS ini kerana ketokohannya dalam perundangan dan perlembagaan merupakan kekuatan yang ada pada beliau .
melihat dlm tv ketika penerangan mengenai isu semasa kepada pegawai kerajaan ,dgn sebuah buku beliau mampu menerangkan dgn detail dan terperinci mengenai undang2 ..pembangkang yg kita tahu hanya putar belit shj undang2 ini