Bekas Adun Lunas Dipilih Calon Bukit Selambau
SUNGAI PETANI, 14 Mac (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ganesan, 49, adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas dan beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.
Beliau yang dilahirkan di ladang Sungai Division di Sungai Petani merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.
Beliau yang kini merupakan seorang peguam mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan R.Vatsala, 42, yang juga merupakan seorang peguam.
Ganesan menyertai MIC sejak 1983 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pergerakan itu.
"Saya berterima kasih kerana pucuk pimpinan memberi keyakinan dan saya akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumumannya sebagai calon BN.
Sementara itu Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dalam satu kenyataan berkata Ganesan dipilih setelah tinjauan MIC mendapati beliau adalah calon kegemaran di kawasan Bukit Selambau.
"Saya sudah berada di Bukit Selambau dua tiga minggu lepas dan saya dapat maklum balas orang ramai tentang calon, saya yakin dia diterima oleh semua kaum," katanya.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 29 Mac, manakala hari mengundi ialah 7 April.
BUKIT GANTANG
"TAIPING, 14 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Safian dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini di Taiping.".
- Bernama
S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian Calon BN Bukit Gantang
on Sunday, March 15, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
6 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
apsal muka cm mamak je ni?
BN akan menang besor....selamat BN.
Sat No to "Oral Sex". Respect your Wife.
Muka macam apa apa pun, hamba allah jugak. Allah tak pandang luaran aje. Allah tengok hati, iman dan taqwa.
Makluman :
Semua blogger yang siar logo BPN diminta tanpa paksaan untuk memerika beberapa perkara di bawah ini :
- Logo mesti berada di bahagian atas blog
- List ahli Bpn tidak bercampur dengan bukan ahli dan sentiasa dikemaskini berdasarkan list bpn saya.
- Chatroll dipasang di blog
- Resolusi terkini mestilah disiarkan di blog masing masing.
Selain itu BPN juga berharap agar semua dapat mengaktifkan Yahoo Messenger masing masing dan telah pun add YM Panglima bagi urusan perang siber dan juga apa apa sebaran am BPN yang terkini.
Etika Blogger BPN akan dibuat atas permintaan sahabat BPN demi memastikan BPN terus gagah dan kukuh dari semasa ke semasa.
Kegagalan mematuhi Etika BPN akan menimbulkan masalah dan akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti digantung atau dibuang keahlian.
Sebarang kekeliruan atau persoalan boleh dinyatakan kepada saya menerusi email atau YM.
Sekian,
yang benar,
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
Ahad 15 Mac 2009
Saudara,
Kita doakan agar Parti Keramat UMNO menang di Bukit Gantang dan parti-parti komponen iaitu MIC dan PRS juga turut menang di Bukit Selambau dan Batang Ai
insyallah BN akan menang !! GO BN !!