Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi jalanan PAS dan PKR

on Sunday, March 8, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



samseng PAS dan PKR membelasah polis FRU di bawah jejambat menuju ke Istana Negara







Perhimpunan PPSMI menjadi demontrasi jalanan PKR dan PAS




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, percaya kekecohan yang berlaku pada perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini semalam disebabkan ada campur tangan parti politik.

Beliau kesal kerana penyokong Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berdegil dan mengingkari arahan polis, menyebabkan tindakan tegas terpaksa diambil.

Berikutan itu, polis menahan lapan lelaki manakala 119 lagi diperiksa kerana bertindak agresif serta menyertai perhimpunan haram dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan Seksyen 341/353 Kanun Keseksaan.

"Saya percaya kejadian ini (pertembungan antara penyokong GMP dan polis) didalangi parti politik tertentu.

"Mereka (GMP) berjanji untuk hanya berkumpul di perkarangan Masjid Negara dan tidak mengadakan demonstrasi atau perarakan, namun jelas mereka tidak menepati janji yang dipersetujui," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Polis sebelum ini memberi kebenaran kepada kumpulan itu berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara dengan hanya tujuh wakil termasuk Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dibenarkan menghantar memorandum ke Istana Negara.



Namun keadaan bertukar kecoh dan menjadi tegang selepas penyokong GMP mula berarak mengiringi wakil gerakan itu menghantar memorandum bantahan ke Istana Negara, walaupun dihalang pasukan polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tinjauan mendapati antara yang menyertai perarakan itu ialah sekumpulan pemuda memakai pakaian Unit Amal Malaysia daripada Pas.



Difahamkan, beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan termasuk Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Memorandum bantahan itu antara lain menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong yang PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.

Berita Harian, 8 Mac 2009

komen PB

Apabila saya melihat isu PPSMI ini yang tengah panas seperti api ,sebenarnya perjuangan ini menerusi Pemuda UMNO sudah lama bermula sebelum tertubuhnya GMP ini . Pemuda UMNO menerusi Naib Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin dan beberapa perwakilan dari Johor ketika perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007 membahaskan mengenai isu PPSMI dan menyeru kerajaan mengkaji semula PPSMI ini dalam dasar pendidikan kita .



link
Akhirnya Yahudi gelakkan Mahathir... hahahahah
-Pak Lah tidak perlu tunduk pada tekanan perhimpunan haram GMP – Syed Ali

-PPSMI: PM risau tekanan makin besar

-Perhimpunan Umno dijangka bincang PPSMI
-Bahasa Inggeris: Kenyataan PM isyarat positif
- Antara Sunnah Nabi dan kebodohan kita
-PPSMI angkara PR , Masa Depan Anak Bangsa diperjudikan
-PPSMI itu HANTU - syndrome state of denial
-Luahan hati kecewa Pak Samad kepada wartawan tentang himpunan bantah PPSMI


9 Responses

  1. MACAMMANA KATA NAK MEMPERJUANGKAN BAHASA...

    PADAHAL SENDIRI TAK TAU BAHASA.

    NGO, PR DAN SEANGKATAN, KAU ORANG SEMUA...ABUK PUN TARAK.

  2. dimana ada demonstrasi..disitu ada PAS dan PKR

    chegu bard sendiri melaungkan BN hancur2 !!..ini lah bukti perhimpunan politik PAS dan PKR bukan mahu pejuang bahasa pun . isu ppsmi ini hanya sebagai isu yang PAS dan PKR untuk politikkan dan menjadi Hero .

    hassan ahmad dan samad said perlu fikir panjang lepas ini untuk kerjasama dgn parti politik spt PAS yang sememangnya telah tipu GMP itu sendiri

  3. Nik Amir. says:

    PAS ni kalau ada orang mengata(Parti Anak Setan) pasti merah menyala marahnya.
    Kalau makluk yang suka buat kecoh dan mengganggu ketenteraman makluk lain apa namanya..Seingat saya orang yang memperkenalkan salutation Anwar Al-juburi ialah Mat Sabu.Mana-mana ceramah pun itulah perkataan yang diucapkan pada DSI.
    Kemudian dia sendiri pula kena tangkap khalwat di Hotel Perdana.Dengan isteri orang pulak tu.Kita kat Kelantan panggil Mat Sabu dengan nama Mat Sabu Al-khalwati.Tok Guru Nik Aziz berusaha sungguh melindungi Mat Sabu al-khalwati dengan sarbannya.terlepas lah dia.Masa itu PAS sibuk dengan Hukum Hududnya.Inilah produk P.A.S.
    Kerja dorang macam orang tidak temaddun.Tidak boleh dijadikan model langsung.

  4. kamal says:

    apa yang diperjuangkan oleh perhimpunan semalam bukan untuk memperjuangkan bahasa tapi untuk kepentingan pas dan pkr....apakah tanpa perhimpunan kita gagal untuk berjuang....lu pikir la sendiri

  5. pandangan sy mengenai isu PPSMI ini ialah ia boleh membahayakan UMNO sendiri dan pembangkang,pejuang2 bahasa juga kini telah melabelkan UMNO bukan pejuang bahasa Melayu walaupun sering melaungkan ketuanan Melayu di seluruh negara .

    saya menyokong kenyataan Pak lah supaya keputusan mengenai PPSMI ini harus dilakukan segera kerana majoriti penentang PPSMI ini terdiri pejuang bahasa,pensyarah IPT, guru, PIBG ,mahasiswa IPT iaitu golongan muda cukup lantang menentang PPSMI ini .

    Kerajaan harus memikirkan suara rakyat terutama golongan muda jika tidak mahu mereka menyokong pembangkang .


    Jika seorang Sasterawan Negara yang berusia 76 tahun sudah mengeluh memikirkan masa depan bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan di negara sendiri, apakah yang patut UMNO lakukan sekarang? UMNO sebagai sebuah parti yang berlandaskan kepada perjuangan memartabatkan 'Ketuanan Melayu' sepatutnya lebih tersinggung apabila berdesing suara umat Melayu yang mewakili pelbagai pertubuhan mulai bangkit mempertahankan maruah bahasa ibunda yang menjadi bahasa rasmi negara sejak 52 tahun kita di merdekakan 1957 .

    Semua perwakilan harus menggunakan Perhimpunan Agung UMNO 2009 sebagai platform terbaik menentang dasar PPSMI ini . Kita mahu dengar suara akar umbi dari UMNO juga dan sy cukup yakin ramai ahli2 UMNO juga tidak setuju dasar ini yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir.

    UMNO perlu berubah bukan hanya pada slogan shj tetapi perlaksanaan seperti ini yang lebih menjurus kepada mengikut kehendak rakyat .

  6. Taminsari says:

    Salam..

    Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

    Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

    Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

    Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

    Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

    Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

    Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI. Bukankah masih ada pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dan harus diberi penekanan supaya pelajaran matematik dan sains dapat difahami? Zaman telah berubah, Dunia sudah maju akan tetapi Melayu yang menentang masih tidak mahu memanjukan diri dari pelbagai sudut seolah macam filem Melayu yang masih ditakok lama dan apabila dikritik melalak sana sini. Begitu juga kepada PR Perak yang gagal matematik dari segi bilangan Adun yang menyokong sehingga tertubuhnya Kerajaan BN diPerak. Akhirnya tanam pokok "Jembalang" dimana mesyuarat bawah pokok diadakan oleh yang bergelar Speaker dan diikuti oleh balaci PR Perak. Pokok IPOH telah melahirkan nama Ipoh, jadi tidak perlu tanam pokok lain sebagai simbol untuk tujuan pelancongan. Bodoh namanya.

    Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

    Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

    Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh, biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

    Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

    Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

    Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

    PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

    Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

    Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk generasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan.

    Wallahuallam..

    Salam perjuangan..

  7. tq ..

    sdr taming sari di atas pandangan anda .walau apapun kita tunggu keputusan kerajaan mengenai PPSMI ini dan saya rasa selepas peralihan kuasa ini baru diputuskan .

  8. Anonymous says:

    KENAPA SEMALAM TIBA - TIBA PAKATAN RAKYAT A..K.A PENIPU RAKYAT MENJADI PEMBELA MELAYU??

    Terkejut juga penulis melihat klip daripada Malaysiakini yang mana merakamkan tragedi BANTAH PPSMI yang diperkuda oleh Pakatan Rakyat, terutamanya PAS.

    Hairan bin Ajaib! Pengkhianat bangsa tersebut menjadi hero dijalan raya untuk mempertahankan maruah bahasa kebangsaan yang kononnya di nafikan oleh kerajaan BN? Betulkah mereka memang pejuang bangsa?

    Fikirlah! Pada Sultan pun mohon MENDERHAKA, tiba - tiba nak jadi pembela negara? Kepada semua blogger PRO PR dan penyokong PR yang mana "fanatik" akan BANTAH PPSMI, jangan berlagak serupa hero di filem hindustan.

    Tak payah nak tunjuk yang anda semua tu bela bahasa kebangsaan. Orang hina raja pun anda sokong, ni nak bela bahasa? Podahcit!

    Jangan maki polis kerana menembak air kedalam masjid, kerana itu adalah kesalahan besar yang Pemimpin Pakatan Rakyat lakukan. Mempergunakan masjid untuk tujuan politik kotor. Adakah ini benar - benar perjuangan bahasa ataupun lagak hero tamil?

  9. qwerty says:

    anjing2 PAS,PKR menggunakan kalimah islam,,Allah untuk menyalak...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.