Well itulah peranan Pemuda UMNO, bahawa ia mewakili sayap golongan muda parti,
memimpini Pemuda BN, serta representatif kepada seluruh golongan Malaysia.
Maka amat pentinglah bagi pemimpin Pemuda UMNO itu sezaman dan segenerasi dengan golongan atau segmen yang diwakili dan dipimpininya agar dapat ia, bukan sahaja, mendengar dan memahami, tetapi juga menjiwai, cita rasa, aspirasi, masalah, keperluan, perspektif, isu-isu serta idealisme orang muda.
Ada yang kata muda itu dari segi minda dan jiwanya di mana kalau minda dan jiwanya muda – maka mudalah ia. Ya, kita akui ada yang begitu, hatta ada yang sudah beruban penuh tapi masih berseluar jeans ketat. Namun hakikatnya, dan tidak dapat tidak, muda itu masih diukur relevansinya dari segi umur kerana umur itu menjadi masih proksi dan ukuran kepada mudanya seseorang itu.
Dalam konteks ini dan dalam persaingan Pemuda UMNO kali ini, hanya Khairy seorang sahaja yang layak bergelar sebagai pemimpin muda kerana umurnya 32 tahun dan masih relevan dalam konteks umur Pemuda UMNO yang diwartakan dalam lingkup 18 hingga 40 tahun, berbanding calon-calon lain yang berumur 44 tahun [Mukhriz] dan 43 tahun [Khir].
Memang diakui bahawa pengecualian umur diberi kepada Pemimpin Pemuda UMNO tetapi kita kena ambil maklum kepentingan umur yang seangkatan dengan golongan yang dipimpin agar tiada generational gap dan adultism dalam kepimpinan Pemuda yang menjurangkan lagi Pemimpin dan golongan yang dipimpinnya. Bak kata orang, orang muda ni pilihan warna dan cutting baju pun berbeza dengan orang tua.
Sebagai contoh kecil, dalam budaya Pemuda UMNO, perbualan lebih kepada rujukan “bro-bro” dan “ kau-aku”, kalau ada generational gap yang tinggi, pemuda di cawangan dan bahagian pun payah nak berbual dan bersama pemimpin mereka – nanti diselar kurang adap pula.
Juga, kita pun kena ambil maklum hasrat, falsafah dan maksud mengapa Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 menghadkan umur keahlian dan kepimpinan persatuan belia kepada umur 40 tahun.
Dalam hal ini, mari kita lihat kepada purata umur barisan kepimpinan Pemuda UMNO bahagian [Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda] serta perwakilan G2 yang bakal mengundi pada bulan Mac 2009 nanti.
[Sampel ini sangat representatif kerana mengambil jumlah sampel [or n of the population] seramai 578 daripada 797 perwakilan Pemuda atau 73 peratus daripada jumlah populasi. Begitu juga bagi KP yang meakili 79 peratus daripada jumlah KP seluruh Malaysia, sampel NKP setinggi 76 peratus dan sampel perwakilan G2 pula merangkumi 75 peratus.]
Daripada analisa purata umur itu tadi, kita dapati purata umur seluruh perwakilan, (merangkumi KP, NKP dan G2), adalah 36 tahun, purata bagi KP adalah 37 tahun, purata NKP pula 36 tahun dan bagi G2 pada 35 tahun.
Ini semua menunjukkan jurang umur atau generational gap yang ada sekiranya mereka yang terpilih sebagai Ketua Pemuda kelak adalah bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
Sehubungan dengan itu, kita harap para Perwakilan dapat menilai dan menilik pemimpin mana yang molek dan representatif bagi mereka, DAN JANGAN DILUPA – kepimpinan yang relevan kepada golongan muda Malaysia. Ini kerana, Pemuda UMNO ada lebih kirang seramai 700 ribu tetapi dalam PRU13 nanti dijangka terdapat seramai 7.3 juta pengundi muda. Bagi BN yang mengalami kejatuhan undi popular dari setinggi 90.4 peratus pada 2004 ke 50.6 peratus pada 2008, pastinya sokongan pengundi muda bagi saluran peti undi 3, 4 dan ke atas menjadi kunci kemenangan mana-mana parti politik yang bertanding.
Jadinya, kepada seluruh perwakilan – pilihlah calon pemimpin yang relevan dan pilihlag pemimpin untuk MASA DEPAN kita bersama.
Oleh: Hangtegar
Pemuda untuk golongan muda
on Monday, March 16, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
5 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Pemuda perlukan Golongan muda yang cerdik.
FACE="Times New Roman" SIZE="+3" COLOR="#FF0000">Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.HR WIDTH="75%" COLOR="#FF0000" SIZE="4">
We don't understand the article because it's written in Bahasa Melayu.. UMNO has to campaign in English to show support of PPSMI and current Ketue Pemudae UMNO...
Insya-Allah, jika benar peralihan kuasa dan semangat setiakawan yg sejati ada dalam diri setiap ahli Pemuda UMNO selepas PAU tahun ini, jika akan kembali kuat dan mampu meneruskan perjuangan ini.
Namun jika ada mereka2 yg gagal tidak mempunyai semangat setiakawan sejati... pasti UMNO dan Pemuda itu sendiri akan gagal dalam perjuangannya.
Pemuda dibawah teraju Hisham & KJ lumpuh secara total.
Tidak tahu merancang.Perbanyakkan kroni.Sombong etc..etc..
Tak pernah buat statistik kenapa saluran muda dal PRU lepas BN kalah teruk..
Kalau bab pemilihan pandai pula keluarkan statistik??ada pula R&D.!!! Tidak ada kemaluan langsung.
Pejuang Bangsa,
Dalam perkara ini, Saya sependapat dengan saudara, meskipun usia saya telah tua, biarlah rang muda memimpin remaja. Bak kata lagu, udang sama udang, masak gulai dalam kuali, Bujang sama bujang (muda), orang tua yang makan hati.....!!