"Agenda besar itu jelas menerusi gerakan melemahkan perpaduan masyarakat Melayu, meruntuhkan Parti kita, dan agenda besar itu kini terpampang di depan kita hari ini. Tidak pernah sebelum ini ada anak Melayu yang tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya menghalang kenderaan raja, anak Melayu tidak sanggup membaling batu kepada rajanya sendiri, tidak mungkin ada anak Kuala Kangsar dan tidak mungkin rakyat Perak berbuat biadap kepada raja" Hisyamuddin Tun Hussein
Pemuda Umno akan sekat kemenangan hatrik pembangkang - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan memastikan pembangkang tidak akan mencapai kemenangan hatrik di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan diadakan serentak 7 April ini.
"Dengan kebangkitan Pemuda Umno, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," kata ketua pergerakannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis penutup latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda Umno di sini hari ini.
Pembangkang sebelum ini menang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Beliau juga berkata Pemuda Umno akan menghalang usaha pembangkang yang ingin mengambil kesempatan untuk memecahbelah anggota parti, melagalagakan pemimpin dan melemahkan Umno terutama menjelang pemilihan agung parti 24 Mac ini.
"Pemuda Umno akan menyedarkan generasi dan pengundi muda mengenai taktik kotor pembangkang yang mencampur aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat," kata Hishammuddin.
Pautan
PEMUDA DEDAH AGENDA BESAR MUSUH NEGARA
Komen PB
Pemuda UMNO akan kembali kukuh dan kuat selepas pemilihan UMNO ini .Kebangkitan Pemuda UMNO akan menyekat impian penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim konon hendak mencatat hatrik menang tiga pilihan raya kecil berturut-turut selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Pemuda UMNO akan menyedarkan generasi dan pengundi muda taktik kotor pembangkang mencampur-aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan dan memikat hati.masyarakat.
Bagi Pemuda UMNO, mereka yang biadap sedemikian kepada orang ramai dengan menuduh dan memfitnah sambil berselindung di sebalik imuniti Dewan Parlimen adalah pengecut dan pemimpin Melayu yang sanggup diperalatkan untuk melembar tohmahan terhadap pemimpin adalah pengkhianat besar.
Dengan kebangkitan Pemuda UMNO itu, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bikut Selambau dan Batang Air pada 7 April ini.
Pemuda BN Sedia Gempur !!
Pemuda UMNO akan bangkit !!
on Sunday, March 15, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
6 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Bangkit dari mana? Bangkit dari tidorkah? Pemuda UMNO sepatutnya telah lama bangkit. Telah lama perkasa dan telah lama seperti harimau lagaknya. Bukan setelah 50 tahun merdeka baru nak bangkit. Salah ayat kot.
Tak nampakkah betapa payah dan jenuhnya Hismhamuddin pertahankan PPSMI drp mereka yang mamsih nak duduk dipelusuk lubuk kemunduran.
Itu bangkitlah namanya tu.Sokong Hishamuddin.
kita lihat hisyam cukup dikritik oleh pembangkang mengenai isu ppsmi ini ..beliau berseorangan dan memerlukan support dr ahli UMNO
Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%
Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.
Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.
Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat
Kesibukan berkempen dalam pemilihan UMNO akan memberi peluang pembangkang menang di 3 kawasan tersebut.
Hisyam keseorangan dalam isu PPSMI..kerana siapa yg pertahankan akan menjadi bahan ketawa org Melayu.
KJ dan Puad sudah..lari...dr pertahan PPSMI.PR akan main isu PPSMI di Bkt Gantang dan Selambau.
UMNO kalah di K.Terengganu kerana PPSMI dimain isu kpd org Melayu.
nalapambu
saya setuju dengan anda tidak semua penduduk melayu Bkt Gantang menyokong BN kerana Melayu sekarang sudah berpecah kepada 3 parti iaitu UMNO,PAS dan PKR
angin perubahan sedang melanda di Perak dan orang Melayu kini sudah sedar akan mainan DAP dan PAS di Perak . Sebelum ini mungkin tsunami politik 8 Mac boleh dijadikan alasan tetapi suasana politik di Perak sudah berubah .BN kini menampilkan calon anak tempatan kembali menabur bakti dan ini adalah satu elemen penting pemilihan calon sesuatu kawasan .
Sejarah telah membuktikan UMNO akan menjadi kuat setelah selesai Pemilihan UMNO iaitu bermakna masalah dalaman UMNO telah diselesaikan . Jika dahulu kalau kita sandarkan kepada track record dari zaman che det ,selepas pemilihan UMNO akan berlansungnya pilihanraya umum dan UMNO berjaya memperoleh kemenangan .
Pemilihan UMNO boleh diibaratkan satu kaedah untuk mengukuhkan parti supaya lebih kuat .
BN mampu menang di Bkt Gantang dan ia akan bersandarkan kepada selepas pemiliham UMNO ini . akan ada banyak signifikan pemilihan umno ini kepada pilihanraya kecil ini terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau
PPSMI tidak seharusnya dijadikan isu politik oleh PAS dan PKR .
negara seperti Korea Selatan dan China kini giat menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris kerana sedar komunikasi menjadi asas penting dalam meningkatkan daya saing global dan ilmu pengetahuan.Sekarang ini kepentingan Bahasa Inggeris cukup penting dalam kerjaya dan orang PAS dan pejuang bahasa mahu lihat anak melayu tidak pandai bahasa inggeris ..sedih juga melihat ada melayu yang tidak mahu melihat bangsa nya maju ,pandai dan boleh bersaing dengan bangsa lain di dunia .
Dia kalau boleh mahu bangsanya ketinggalan dan di luar bandar terus tidak terdedah dengan bahasa inggeris .
aku lihat kebanyakan yang membantah isu ini sendiri berpendidikan Inggeris (sekolah inggeris) dan petah berbahasa Inggeris, tetapi tidak mahu pula generasi muda kita menguasai ilmu sama.
Isu PPSMI ini bagus juga kalau Prof2 yang tua2 ini hendak bawa ke Bkt Gantang dan Bukit Selambau ..GOOD !! pendidikan pun hendak dijadikan modal politik ,memang bodoh semua pejuang bahasa dipergunakan oleh PAS dan PKR ..