Saudara Khairy Jamaluddin telah muncul bersama YB Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato’ Dr Moh Puad Zarkashi dalam program Lintas Langsung Dari Parlimen yang disiarkan secara langsung selama sejam dari pukul 10.00, 10 Mac 2009.
Bertepatan dengan tarikh pembentangan mini bajet nasional oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak, perbincangan pada pagi tersebut lebih menjurus dan berkisar kepada pakej ransangan ekonomi.
Ketika ditanya pada awal siaran tersebut mengenai harapan untuk mini bajet, Saudara Khairy menjelaskan bahawa mini bajet ini dibentangkan dengan berlatar belakangkan kemelesetan dan kegawatan ekonomi dunia yang meruncing dan ini menunjukkan komitmen dan tindak balas dari
Kerajaan yang sentiasa peka kepada keadaan semasa dan kebajikan rakyat. Dari segi perinciannya pula, haruslah dihalusi akan jumlah, sektor yang ditumpukan, kaedah serta mekanisme pembayaran jumlah mini bajet tersebut, ujar beliau.
Sebagai selingan, hos bagi rancangan itu Saudara Sabaruddin Ahmad turut meminta pandangan Khairy mengenai PPSMI. Menurut Khairy, pendirian dan ketetapan beliau adalah konsisten dan jelas di mana beliau sejak dahulu lagi tidak bersetuju dengan dasar dan perlaksanaan PPSMI. Namun, pada masa yang sama juga beliau tidak bersetuju dengan usaha-usaha yang mempolitikkan PPSMI sekarang ini. Beliau berharap Kerajaan akan mengumumkan keputusan berkenaan halatuju PPSMI dalam masa terdekat dan pada masa yang sama berharap agar rakyat semua dapat bersabar dan menunggu keputusan tersebut.
Bercakap mengenai perlaksanaan mini bajet tersebut, Saudara Khairy menghuraikan bahawa, pertamanya, setiap perbelanjaan Kerajaan memerlukan kesan gandaan atau multiplier effects kepada seluruh rakyat Malaysia. Keduanya pula, dari segi jumlah – ia hendaklah berkemampuan untuk memberi anjakan bagi menghindari risiko krisis ekonomi, terutama apabila kadar pertumbuhan suku ke empat 2008 hanya pada 0.1 peratus. Beliau menjelaskan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk mini bajet, dan sekiranya ia dinaikkan kepada RM20 bilion, ia masih pada tahap 3 peratus GDP. Selanjutnya, beliau menerangkan bahawa Kerajaan memerlukan kaedah perbelanjaan yang boleh memberi impak serta merta kepada rakyat kerana jika ia sekadar kerja-kerja atau projek infrastruktur – ia akan menelan masa yang agak lama untuk sampai terus kepada rakyat. Jadi, Kerajaan perlu juga memperuntukkan inisiatif berbentuk subsidi atau banturan terus yang boleh meringankan beban rakyat.
Menyentuh mengenai isu pengangguran, Saudara Khairy menegaskan bahawa isu pengangguran adalah isu generasi muda kerana kebanyakan mereka yang bekerja dan menganggur adalah dari golongan tersebut. Beliau juga menekankan bahawa perlu ada usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat yang dilanda tekanan ekonomi mengurangkan kos mereka seperti pengurangan cukai atau pengurangan sementara bayaran balik hutang.
Seterusnya beliau mengutarakan cadangan sekim insuran pengangguran atau unemployment insurance scheme yang boleh membantu dan meringankan beban mereka yang diberhentikan kerja. Sekim yang sudahpun diamalkan di negara-negara maju itu melibatkan sumbangan dan penglibatan dari pihak majikan, pekerja serta Kerajaan dan amat bersesuaian dengan senario semasa. “Kita tidak boleh beranggapan bahawa negara kita selesa dengan full employment lagi,” ujar Khairy. Beliau juga berpendapat bahawa sekim berkenaan lebih sesuai digunakan bagi membantu golongan penganggur daripada pengeluaran dana KWSP, yang pada asasnya adalah simpanan untuk hari tua.
Saudara Khairy juga mejelaskan bahawa pendekatan bersifat ekonomi makro semata-mata tidak akan dapat membantu kita melepaskan diri dari krisis ekonomi dunia sekarang. “Kita juga perlu pendekatan mikro atau setempat”, jelas beliau. Sebagai contoh, perlaksanaan mana-mana projek pertanian di Rembau amat menekankan aspek kesan gandaan seperti penjanaan pekerjaan.
Menyentuh mengenai latihan pada pekerjaan, Saudara Khairi menegaskan bahawa latihan pada dasarnya hendaklah mengikut dan reflektif kepada kehendak pasaran.
Dari segi perbezaan ekonomi dunia dan Malaysia pula, Saudara Khairi menjelaskan bahawa terdapat dua perbezaan utama iaitu, pertamanya, sektor kewangan kita masih adalah kukuh dan keduanya, kita mempunyai kadar simpanan yang tinggi. Maka, kita haruslah mencari jalan untuk penggunaan produktif dana simpanan tersebut dalam bentuk pelaburan. Institusi-institusi kewangan pula hendaklah mengurangkan kerenah birokrasi dalam pinjaman. Selanjutnya Khairy menjelaskan bahawa, mini bajet ini juga berperanan untuk membina keyakinan pengguna untuk berbelanja bagi menjana ekonomi.
Dalam aspek pekerja asing, Saudara Khairy berpendapat bahawa ia melibatkan isu penyelarasan kerana ia berkait rapat dengan isu permintaan buruh dari sektor-sektor tertentu dan juga aspek penguatkuasaan. Khairy menegaskan bahawa dasar pekerjaan negara hendaklah pro-rakyat tempatan.
Semasa sessi Lintas Langsung tersebut, YB Dato’ Dr Puad memberi beberapa ulasan dan cadangan seperti kempen membeli barangan buatan tempatan, pengurangan kerenah birokrasi serta sistem penyampaian yang dapat memberi kesan dan impak terus kepada rakyat.
Semasa ulasan penutup beliau, Saudara Khairy menjelaskan bahawa keadaan ekonomi kita masih lagi kukuh dan sihat dan mini bajet ini merupakan satu respon dari Kerajaan bagi menangani impak krisis ekonomi dunia. Beliau berharap mini bajet ini akan dapat sampai terus kepada rakyat dan mencapai impak serta merta. Di samping itu beliau juga mengingatkan semua yang dua rakan utama ekspot negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sudah pun dilanda kemelesetan ekonomi. Seterusnya beliau menekankan kepentingan untuk Kerajaan membela kebajikan rakyat serta menangani pengangguran.
HangTegar
Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-idea bernas
on Saturday, March 14, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Tuan, apa khabar ? lama tak online..
moga calon terbaik bakal jadi ketua pemuda umno.
doakan dan buatlah pilihan.
online je ...setiap mlm sy online