Mensyuarat bawah pokok seperti jual ubat di ropewalk daa..
Tan Sri P Ramlee seorang yang genius dan ramalan beliau tepat akan ada kerajaan yang bersidang bawah pokok
boleh la tunjuk berani kerana polis guna pendekatan diplomasi ,kalu guna tembak air pakat lari berterabur
pulun betul Speaker ini yang membuat sidang DUN bawah pokok kerana matlamat mereka satu iaitu KUASA
wajah pemimpin yang kemaruk kuasa dan hilang kewarasan
Polis mengawal keselamatan Pejabat SUK Perak - Bersedia
Usul pertama yang dibentangkan dalam sidang DUN olok-olok PR tadi menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan ianya diluluskan dengan sebulat suara.
10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.
10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut .klik di sini
Speakar penderhaka Sivakumar guna pembesar suara seperti sukaneka ???? hahaha sekarang ini bertambah golongan tidak waras di dalam PR selepas Karpal Singh yang telah tuduh Pemuda UMNO celaka kerana menghantar peluru kepadanya . Kemaruk Kuasa Nizar ini semakin menjadi-jadi dan tidak boleh dibendung lagi . Siapa yang pergi di sana melihat YB-YB gila kuasa ini bersidang bawah pokok pasti mengelengkan kepala . Begitu terdesaknya Nizar dengan perintah Sultan Perak dan tidak puas hati lagi dan isytihar dirinya semula MB Perak . aku nak tergelak pun ada melihat kerajaan bawah pokok ini seperti filem laksamana DOREMI iaitu kerajaan Pasir 2 Butir yang sultan dan menterinya bersdiang bawah pokok . Aku rasa jika PR ini memerintah negara ini ,undang2 ini dibuat seperti undang2 rimba dan ikut suka kepala mereka untuk buat.
Kepada DYMM Sultan Perak ,perbuatan kerajaan haram ini memang satu penghinaan kepada Sultan Perak .
komen pemimpin
"Apa yang dilakukan berbentuk politik, tidak memberi kesan kepada Menteri Besar dan Exco yang sah dan mereka (pembangkang) jelas tidak menghormati demokrasi,"Datuk Seri Ali Rustam
Sidang tergempar DUN Perak tidak bertamadun - Azalina
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.
“Ia juga merupakan satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah).
Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba ,” katanya
ikuti video kerajaan pasir 2 butir
Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
on Tuesday, March 3, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
13 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Mereka semakin berani...
kerana Melayu juga yang memberi peluang dan bersama sama menderhaka kepada Sultan.
Moga Allah selamatkan Negara kita dari pengkhianat macam ni dengan segera.
Ya betul semacam panglima perang cakap.
Setuju.
saya pinjam tulisan anda mengenai dr shamrahayu yang bercakap mengenai perlembagaab untuk disiar diblog saya. pohon kebenaran. arif omar. http://arifomar.blogspot.com
Hahaha nampak nya negara kita semakin teruk.Semua bermulanya semenjak 8 mac 2008.Ini menunjukan change yg dikatakan DSAI.Daripada bersidang di dewan,kita bersidang bawah pokok.
Lebih baik buat pilihanraya aje.....kalu BN-UMNO menang itulah hak mereka..kalu Pakatan Rakyat menang itu hak mereka.....nie pakatan rakyat dan BN-UMNO masing-masing bergantung kat adun lompat.....kan susah......lain-lain macam-macam boleh beri idea.....mengarut pun ada..ikut hati pun ada....ikut kepentingan diri pun ada.....
Layari blog pedang pejuang
Ada cerita mengenai pergoalan di Perak
TERBARU PAS MENYAMAKAN SIDANG DUN BAWAH POKOK DENGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH ...haha
Errr, guna gambar photoshop untuk fitnah
Inilah cara UMNO
Jangan tunjuk kat orang, ini blog kamu dan anda telah gunakan gambar yang kena photoshop untuk caci orang
Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz
Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.
YB Datuk
YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.
Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .
Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.
Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.
Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....
Inilah Komen yang saya maksudkan.
Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.
“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah
Daripada Pemuda kecewa
kerajaan pasir dua butir di bwh jajahan negeri pasir berdengung tu bersidang di bawah pokok sebab kerjaan depa dirampas oleh menteri pasola.
apa laa ko ni. x tgk citer tu abis dh wat andaian lain.
agaknyer laa kan negeri pasir dua butir tu PERAK..yg dok bersidang tu geng² nizar.tapi sape menteri pasola tu ekk???
anon
sy tidak menyamakan sepenuhya spt dlm filem itu tetapi sidang bawah pokok itu sama dengan sidang sang pederhaka nizar dan siva spt kerajaan pasir 2 butir ..haha
memang lucu la sidang bawah pokok yg menunjukkan spt org sudah hilang kewarasan .
Pemuda UMNO kelantan pernah menabal sultan Kelantan di atas padang bola. Tempat orang 'lumba kura-kura'.
Mana lebih teror "pertabalan Sultan Baru" @ Bersidang bawah pokok? 2X5...