Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan Dewan Rakyat menarik kembali kekebalan ahli-ahli Parlimen supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ibrahim berkata, walaupun terdapat Akta Hasutan 1948 yang menghalang ahli-ahli Parlimen daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kestabilan kaum namun akta itu sahaja tidak mencukupi kerana tindakan kepada mereka yang bersalah di bawah akta itu mengambil masa yang lama.
"Saya cadangkan supaya tidak ada lagi imuniti (kepada ahli Parlimen) kerana kekebalan tidak perlu ada. Sultan-Sultan, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pun tidak ada kekebalan.
"Kita di sini boleh bercakap apa sahaja. Kita boleh bercakap sebab kita ada di sini tapi orang yang namanya disebut atau pun didakwa begitu begini tidak ada di sini dan mereka tidak boleh mempertahankan diri mereka.
"Jadi saya rasa sudah sampai masanya kekebalan kepada kami ahli-ahli Parlimen ditarik kembali supaya (kita) boleh bercakap dengan lebih bertanggungjawab," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 di Dewan Rakyat.
Selain itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mencadangkan semua warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun diwajibkan mengangkat sumpah ketaatan kepada Raja dan Rukun Negara bagi melahirkan rakyat yang taat dan cintakan negara.
"Ini penting sebab sekarang ini, macam-macam perkara dah berlaku dan golongan generasi muda pun kurang pengetahuan sejarah.
"Kalau kita tidak menyedarkan mereka, ia boleh menjerumuskan negara ke arah kehancuran," katanya.
komen PB
-cadangan yang baik oleh YB Datuk Ibrahim Ali yang mahu tidak ada lagi imuniti kekebalan kepada Ahli-ahli Parlimen ketika berbahas di dalam Parlimen .
-isu Karpal Singh menuduh Pemuda UMNO dengan perkataan celaka di dalam Parlimen kerana menghantar ugutan 2 butir peluru kepadanya.Ini satu tuduhan yang tidak berasas kepada Pemuda dan cabaran Khairy Jamaluddin supaya menunjukkan bukti dalam masa 24 jam ini tidak langsung dijawabnya dengan bukti .
-Sekarang ini ,ahli Pembangkang ini semua bukan anak jantan lagi dan penakut untuk membuat kenyataaan di luar Dewan kerana takut kena saman jika tuduhannya itu tidak betul .
- Justeru itu ,cadangan ini baik agar setiap ahli Parlimen yang mulut tidak anda insurance ini tidak lagi membuatkan kenyataan dalam bentuk fitnah dan tuduhan tidak berasas di dalam Dewan Rakyat . Berani Cakap Berani Tanggung la
Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
on Wednesday, March 11, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Sokong 100%. Dah tak larat tahan malu tengok pemimpin yang dipanggil YANG BERHORMAT guna bahasa kurang hajar dalam majlis rasmi. Budak sekolah tak disiplin kita heboh.
Cadangan baik, saya sokong. Wakil rakyat yang dipanggil YANG BERHORMAT bercakap guna bahasa kurang hajar dalam majlis rasmi, memberi gambaran buruk pada anak-anak.
Aku pun sokong 100%
1. Kalau takut kene bayar saman, gubal akta perlindungan insuran (ada ke syarikat insuran yang nak buat skim ahli politik ni?)
2. Kalau saman, saman sekali parti yang diwakili. Dengan cara ini jawatankuasa disiplin sesuatu parti akan lebih bertanggungjawab terhadap Adun atau MP mereka. (Rujuk Kes YB Zul).
Ke arah mendidik bangsa beradab dan berhemah!