KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.klik di sini
Batal pewartaan guna perkataan 'Allah' tepat: Zahid
KOTA KINABALU: Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat pelbagai agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan intepretasi di kalangan masyarakat, terutama bukan Islam terhadap pewartaan perintah itu sekarang sudah diperbetulkan melalui langkah berkenaan.
Sambil menyambut baik langkah itu, beliau mengingatkan pihak terbabit dalam penerbitan agama Kristian supaya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) berhubung perkara berkenaan.klik di sini
Syukur akhirnya kerajaan mengikut kehendak majoriti umat Islam yang mahu nama Allah hanya digunakan oleh orang Islam dan membatalkan pengunaannya kepada penganut Kristian .Bukan seperti pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim yang membenarkan pengunaan nama Allah ini oleh penganut Kristian di Malaysia konon nya keterbukaan atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”.
kita lihat ucapan dari pemimpin PAS dan Anwar
Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.
"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."
Harakah 3/1/2008
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.
Nik Aziz: Bukan Islam boleh guna "Allah", tapi serah pada Pusat
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan.
Bagaimanapun, kata Menteri Besar Kelantan itu, ia terserah kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya.
"Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, Kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," kata beliau dipetik Bernama.
Sehubungan itu, tambah beliau, terserah kepada Kerajaan Pusat menentukan tindakan dan berharap ia tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Bertambah BODOHNYA Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi " green light " kepada puak Kristian ini.
Adakah Pas tahu jika puak Kristian dibenarkan menggunakan nama Allah dan Bahasa Malaysia didalam buletin Kristian secara tidak langsung Pas juga merestui upacara " pengkristianan " orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dan Pas dan Anwar jangan terkejut akan ramai anak muda Melayu Islam akan menjadi murtad kerana keliru dan tidak boleh membuat perbezaan antara Islam dan Kristian.
Di larang menggunakan nama Allah -KDN
on Sunday, March 1, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Ya saudaraku...
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
PAS tak konsisten dlm perjuangan. Ramai ahlinya tertipu. Sanggup korbankan dasar perjuangan semata-mata untuk kepentingan politik.
Tak guna punya PAS...nanti anda akan dihukum dlm PRK Bukit Ganatang. Tunggu dan lihat. Seperti mana mereka dihukum semasa PRU 11 pada tahun 2004 dimana PAS trengganu kalah teruk.