Tiga Ciri Calon Untuk Saingi Anwar Di Permatang Pauh

on Tuesday, August 12, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



BUKIT MERTAJAM, 11 Ogos (Bernama) -- Seorang bekas pemimpin Umno Bahagian Permatang Pauh menyenaraikan tiga ciri utama yang harus ada pada calon Barisan Nasional untuk menyaingi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pertamanya calon BN itu mestilah mampu meredah semua kawasan dan tempat tumpuan anak-anak muda di Permatang Pauh kerana kebanyakan mereka ini adalah pengundi atas pagar.

Keduanya, calon BN itu mestilah orang yang berpengaruh dan tahu semua rahsia dan strategi politik Anwar.

Ketiganya, calon BN itu mestilah mempunyai rekod yang baik dan tidak mempunyai masalah dengan kawan dan lawan di Permatang Pauh.



adakah ezam yang dimaksudkan ?????

"Di Permatang Pauh ini masih ramai pengundi atas pagar, dan mereka akan memilih calon, bukannya parti," kata bekas pemimpin bahagian itu, yang enggan namanya disiarkan.



Katanya daripada 58,459 pemilih berdaftar di Permatang Pauh, 40 peratus berusia 40 tahun ke bawah dan kebanyakan mereka bukan anggota mana-mana parti politik.

"Jika kita memilih calon yang tepat, Umno mempunyai peluang 50-50 menewaskan Anwar," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding. Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.




***Mengikut ramalan dan sumber2 yang boleh dipercayai dari Permatang Pauh ,kezutan akan berlaku apabila calon P44 Permatang Pauh diumumkan oleh PM . Apa yang bekas pemimpin bahagian itu jelaskan mengenai ciri2 calon itu jelas dikehendaki oleh pengundi dan ia ada pada calon itu. Permatang Pauh WAR akan bermula !!!


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.